Movie Review | Maria Mariana II

Sunday 16 May 2021

Pengarah : Yusof Haslam

Penulis Skrip : Yusof Haslam

Pelakon : Erra Fazira, Ziana Zain, Awie, Rosyam Nor, Roy Azman, Noraini Hashim, Ning Baizura, Zulkifli Ismail, Shaharon Anuar, Jesslyn

Syarikat Produksi :  Skop Productions Sdn Bhd.

Pengedar :  Grand Brilliance Sdn Bhd, Skop Productions Sdn Bhd.

Genre :  Drama / Aksi

Durasi Tayangan : 118 minit

Tarikh Tayangan : 2 April 1998

Trailer :


Sequel dari movie Maria Mariana arahan Dato’ Yusof Haslam membawa kembali pergaduhan antara  Maria (Erra Fazira) dengan adiknya Mariana (Ziana Zain) walaupun pada filem lepas si kakak dah berkorban nyawa untuk selamatkan si adik. Kali ni pergaduhan meletus bila Mariana sering keluar malam untuk melepak di kelab malam dek kerana terkesan dengan kata-kata Ray (Roy Azman) tentang kisah silamnya.

Puan Zainab (Noraini Hashim) kecewa bila Mariana buat perangai lagi. Sangkanya perangai anak bongsunya akan berubah setelah sebulan Maria terlantar di hospital. Rupanya Mariana cuma nak balas dendam setelah dimalukan di khalayak ramai oleh Ray dan geng dia. Kejadian tersebut tak berhenti di situ bila Mariana dan Remy (Rosyam Nor) diganggu dalam perjalanan pulang ke rumah. Nasib baik Sazali (Awie) muncul tepat pada waktunya. 

'Buat pertama kali aku melihat ketakutan seorang lelaki di depan seorang perempuan. Perangkap dari soerang wanita yang kau anggap boneka yang boleh kau main-mainkan' - Mariana

Dek kerana terhutang budi, Mariana bekerja sebagai penyanyi di Kelab Malam X kepunyaan Sazali. Dari situ mereka berkenalan lebih rapat dan jatuh cinta. Bila Mariana sampaikan hasrat Sazali untuk datang merisik, ibunya menolak kerana pekerjaan Sazali yang dipandang serong oleh jiran sekeliling. Dalam masa yang sama Maria juga mendapat maklumat bahawa Sazali merupakan pengedar utama pil-pil khayal yang membahayakan masa depan anak muda di bandaraya Kuala Lumpur. 

Kalau dalam Maria Mariana 1, dua beradik ni banyak bertelagah mulut sampai masing-masing sedia maklum apa masalah yang dihadapi. Tapi dalam sequel pula masing-masing lebih banyak diam bila bergaduh. Durasi filem lebih panjang sikit dari yang sebelumnya tapi dipenuhi dengan flashback dari scene dalam Maria Mariana 1 dan soundtrack bila ada banyak scene kelab malam. Soundtrack dalam album Maria Mariana II ni ada banyak lagu dari penyanyi lain selain Ziana macam title track dari Slam, lagu Alangkah oleh Ning Baizura, Roda-Roda Kuala Lumpur dari AC Mizal dan banyak lagi. 


Memandangkan Maria pun dah bercinta dengan Dr. Faris (Zulkifli Ismail), ada banyak panorama berlatarbelakangkan lokasi terkenal di Kuala Lumpur macam Sunway Lagoon, Jalan Duta dan lain-lain. Dalam sequel ni banyak jugak scene dekat office Mariana sebab ada watak Remy yang syok dengan dia. Suka sangat tengok koleksi outfit yang dikenakan Mariana, nampak elegan sebab body cut Ziana yang lentik. Even dekat rumah pun outfit dia cantik-cantik berbeza dengan Maria yang pakai ala kadar. 

For makeup effects masih lagi amatur macam scene headshot tapi ada tompokan darah tanpa lubang tu kelakar jugak lah. Patutnya tak perlu close-up pun sebab posisi badan tu dah jelas menunjukkan watak tu sudah mati. Warna darah pun cair kemain padahal sirap zaman tu pekat je. Zaman tu mana ada inai instant macam sekarang, seminggu je dah hilang so warna inai masa scene majlis kahwin pudar gila. Patutnya tak payah tunjuk pun takpe sebab tak cantik. Btw masa scene kahwin ni ada cameo dari Syamsul Yusof masa kecik, jadi tukang pegang bunga manggar haha comel je. 

Lakonan Ziana masih lagi bagus dalam sequel dan kening dia pun banyak kali mainkan peranan berbanding filem sebelumnya. Ingatkan dalam sequel ni, Erra akan dapat screentime lebih tapi sama jugak, watak dia agak terhad. Kali ni perhatian lebih tertumpu pada Awie dan Rosyam Nor. Roy Azman pun dapat screentime lebih pada first half. 

'Aku ingin menatap keayuan wajah kau. Wajah seorang gadis manis yang sering membuat aku mimpi dalam tidurku. Simpan saja kisah hitam itu dalam lipatan hidup kau. Aku hanya mahu memiliki hati dan jiwa kau, Ana.' - Sazali

Tengok scene Awie ride motor dekat Kuala Lumpur rasa syok je macam shooting masa Hari Raya sebab jalan lengang. Sekarang ni Hari Raya pun penuh je kereta dekat KL tu. By the way thanks Netflix for Maria Mariana franchise. Takde la bosan sangat raya ni haha

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.4/10

Movie Review | Maria Mariana

Pengarah : Yusof Haslam

Penulis Skrip : Yusof Haslam

Pelakon : Erra Fazira, Ziana Zain, Edika Yusof, Roy Azman, Noraini Hashim, Kenji Sawahi, A. Galak

Syarikat Produksi :  Skop Productions Sdn Bhd.

Pengedar :  Grand Brilliance Sdn Bhd, Skop Productions Sdn Bhd.

Genre :  Drama / Aksi

Durasi Tayangan : 105 minit

Tarikh Tayangan : 18 April 1996

Trailer :


Dah lama tak layan movie letops di bawah terbitan Skop Productions Sdn Bhd. ni. Bila Netflix bawak masuk memang dah aim nak tengok masa raya ni walaupun Netflix berkempen #ChupNetflix. Mengisahkan kehidupan dua beradik perempuan berlainan ayah tapi seibu. Maria (Erra Fazira) merupakan anak sulung dalam keluarga dan fokus pada pelajaran juga ringan tulang. Berbeza dengan adiknya Mariana (Ziana Zain) yang banyak melepak dengan geng motor sehingga lewat malam, malas belajar dan liar.

Ayah mereka, En. Zakaria (A. Galak) sudah beberapa kali dipanggil ke sekolah untuk dimaklumkan mengenai masalah disiplin Mariana. Bila ditegur Mariana melenting dan menuduh parents dia melebihkan Maria dalam segala hal. 4 tahun berlalu pun perangai mereka masih sama walaupun setelah ketiadaan En. Zakaria. Puan Zainab (Noraini Hashim) risau benar dengan Mariana bila 6 kali bertukar tempat kerja kerana masalah disiplin. 

Setiap malam Mariana akan melepak dengan geng motor bersama Ray (Roy Azman) dan pulang lewat malam kemudiannya bangun lewat untuk ke pejabat. Satu hari Roy bertindak untuk memperkosa Mariana kerana sering diejek oleh rakan-rakannya. Jefri yang dah lama perhatikan Mariana datang menyelamatkan kemudiannya berkenalan rapat dan bercinta. 

'Kita orang Timur Mariana. Apa yang kita buat, jangan keterlaluan.' - Jefri

Maria senang sangat tengok perubahan Mariana dan berterima kasih kepada Jefri. Dalam keadaan dia yang sibuk menjalankan tugas untuk menjejak penjenayah berbahaya, Tony (Kenji Sawahi) di Kuala Lumpur, ada perkara positif yang terjadi di dalam rumah setelah bertahun lamanya pegang amanah dari arwah ayah. 

Plot cerita Maria Mariana ni ringan je sebenarnya tapi kekuatan emosi dalam drama yang diketengahkan tu yang menjadikan filem ni kekal relevan sampai sekarang. Jenis yang suka rebel sebab kurang dapat perhatian ni memang akan wujud dalam mana-mana family baik middle class ataupun upper class pun. Kalau cukup perhatian pun tetap lah mengada nak rebel jugak. Jiwa remaja katanya.

 

Antara Erra dengan Ziana, momentum cerita ni lebih terarah kepada watak Mariana sebab watak dia yang ada lengkungan perubahan dengan pelbagai range of emotion. Bila dia rebel, tagih perhatian dari keluarga, masa dia bercinta dengan Jefri dan berubah menjadi sopan dan manja lepastu melalui episod kekecewaan. Scene Mariana angkat kening sebelah dekat bos dia tu memang epik! Lakonan Erra okay je tapi karakter dia sebagai kakak dan polis yang tegas je dari awal sampai habis. 

Soundtrack dalam movie Maria Mariana ni kebanyakannya diambil dari himpunan single track Ziana Zain pada zaman tu. Kebanyakannya lagu yang famous sampai sekarang macam Anggapanmu, Madah Berhelah, Korban Cinta dan lain-lain. Ada juga scene yang Ziana nyanyi sendiri dekat kelab. 


Masa tengok movie ni impressed dengan fashion style setiap watak. Dah la kebanyakan masa diorang pakai leather jacket ataupun denim jacket. Watak Roy dengan Jefri pun style sebab ala bad boy yang suka menunggang motor. Tapi baju pejabat kelakar lah sebab gedabak kemain. Lipstick Maria dengan Mariana pun tak nak kalah, kemain pakai warna purple, dari jauh dah nampak. 

Dialog dalam movie ni agak puitis dan berbahasa baku. Tak lah rasa kelakar sebab ritma ayat tu kedengaran sedap especially scene percintaan Mariana dengan Jefri. Dah la soundtrack lagu Tiada Kepastian yang ditulis oleh S. Amri. Menusuk betul. Kalau sekarang ni bila berbahasa baku, pelakon sendiri nampak canggung sebab dah terbiasa dengan bahasa pasar. 

Ending Maria Mariana tergantung sebab ada sequel. See you guys at the next review! 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

Movie Review | Gol & Gincu (2005)

 

Pengarah : Bernard Chauly

Penulis Skrip : Lina Tan, Rafidah Abdullah

Pelakon :  Nur Fazura, Sazzy Falak, Ashraf Sinclair, Rafidah Abdullah, Melissa Maureen, Pierre Andre, Sharifah Amani, Farrah Shamila, Celina Khor, Kartini, Zarina Zainoordin, Anita Tahir) Khatijah Tan, Bernice Chauly, Ida Nerina

Syarikat Produksi : Red Communications

Pengedar : Red Communications

Genre : Romantik / Komedi

Durasi Tayangan : 95 minit

Tarikh Tayangan : 11 Ogos 2005

Trailer :

Famous sangat movie Gol & Gincu ni masa tahun 2005 sampai ada series dan tercalon untuk ditayangkan di beberapa filem festival termasuklah Festival Filem Tokyo padahal genre romantik komedi je. Before this dah pernah buat movie review untuk sequel - Gol & Gincu 2 so ni review untuk filem asal pulak. 

Mengisahkan tentang gadis manja, Putri (Nur Fazura) yang banyak habiskan masa dengan menjadi penyokong setia kekasih dia, Eddy (Ashraf Sinclair) dan mereka fesyen ataupun shopping dengan kwan baik dia, Mia (Melissa Maureen). Ibu Eddy dah plan supaya mereka berdua bertunang sebelum berangkat ke Australia. Habis je belajar dekat sana boleh terus berkahwin. 

Malangnya Eddy minta untuk putuskan hubungan sebab Putri terlampau clingy dan dia pun sudah terpikat dengan Shasha (Sazzy Falak), kapten futsal Ballbusters. Tak dapat terima kenyataan tersebut, Putri plan dengan Mia untuk pikat kembali hati Eddy. Putri minta tunjuk ajar Zie (Rafidah Abdullah) dan bentuk kumpulan futsal sendiri sebab dia nak join pertandingan futsal yang dianjurkan oleh Hotlink. 

Kebanyakan ahli team futsal Putri tak pandai bermain futsal dan baru nak belajar main macam Jijie (Sharifah Amani), Jay (Farrah Shamila), Ling (Celina Khor), Sarah (Kartini). Dayang (Zarina Zainoordin) dengan Aisyah (Anita Tahir) pulak dah pernah main tapi Dayang selalu ada masalah komitmen lah pulak bila dia kena jaga adik-adik. Disebabkan tunjuk ajar Zie dan sikap positif Putri, team dia sentiasa tunjuk perkembangan bagus sampai dia yakin untuk lawan Ballbusters. 

Bila tengok movie ni balik baru tahu yang cerita asal dikarang oleh Rafidah Abdullah sendiri. Kagum lah sebab dia, Tini dengan Celina adalah hos rancangan 3R yang pernah famous dekat TV3 sebab bincangkan masalah sosial yang melibatkan wanita dan educate banyak perkara. Tapi sebab 3R tayang masa hari Sabtu petang, memang jarang dapat tengok lah. Kadang tu keluar dengan family tak pun main dekat luar haha

Disebabkan Rafidah, movie arahan Bernard Chauly ni bukan sekadar kisah cinta semata tapi ada sub-plot yang mengetengahkan isu seks rambang, stereotaip, seksis dan prejudis terhadap wanita dan banyak lagi yang dibincangkan secara santai tanpa menghilangkan konsep santai. Suka tengok scene diorang buat farewell untuk Jay sebab mak dia (Khatijah Tan) tak suka anak dia main futsal. Takut jadi lelaki katanya tapi diorang berjaya ubah mindset tu. 

Visual dan grading tone untuk movie Gol Dan Gincu ni nampak fresh dan banyak menggunakan warna-warna terang untuk menggambarkan semangat dan kehidupan remaja kota. Sama juga dengan himpunan soundtrack untuk movie ni sebab banyak lagu dengan melody catchy dan lirik yang inspiring macam lagu Teruja dari Ella. Kudos to Meredith sebab pelbagaikan soundtrack dari band indie, pop, rock, ska dan banyak lagi. Masa scene diorang nyanyi lagu Bagaikan Puteri tu kenapa la Zarina tak ada sekali haha

Kekuatan movie Gol Dan Gincu bukan setakat pada jalan cerita yang bagus malah lakonan juga cemerlang baik dari pelakon utama mahupun sampingan kecuali pelakon-pelakon lelaki. Ashraf masa ni tengah pelat lagi tapi watak dia pun lebih kepada chocolate boy je. Pierre Andre pun tak dapat banyak screentime dan kemunculan dia setakat bagi pandangan mata kepada Putri je. Kalau penulis kuatkan lagi watak dia dengan inspiring dialogues mungkin lagi menarik. 

All in all, movie ni memang malar segar tak kira lah tengok masa tahun 2005 ataupun 16 tahun kemudiannya, banyak sangat pengajaran tentang persahabatan dan kehidupan yang boleh kita belajar dan adapt dalam perjalanan hidup. By the way watak Jijie adalah punca wujudnya sequel. Walaupun tak ada Fazura dalam Gol Dan Gincu 2 tapi kekuatan jalan cerita dan lakonan jadikan movie tu sama syok dengan yang pertama. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | SAM: Saya Amat Mencintaimu

Saturday 15 May 2021

Pengarah :  Syafiq Yusof

Penulis Skrip : Syafiq Yusof 

Pelakon :  Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jasmin, Neelofa, Harun Salim Bachik, Fimie Don, Adam Shah, Mubarak Majid, Lydiawati

Syarikat Produksi : Skop Productions

Pengedar : E.MAS

Genre : Romantik / Misteri / Seram / Psikologi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 19 Ogos 2012

Trailer :


Filem yang menerima 5 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-25 di bawah arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Productions mengangkat tema psikologi. Movie S.A.M adalah debut movie kepada Syafiq sebagai pengarah lantas mendapat pengiktirafan di dalam The Malaysia Book Of Records untuk Pengarah Termuda Malaysia – 18 tahun. Masa tengok Behind The Scene movie ni dulu Syamsul bagitau yang adik dia kusut nak shoot separuh movie ni so dia tolong mana yang patut sampai siap. 

Sebab movie S.A.M ni lah suka dengan karya-karya Syafiq Yusof sebab idea dia berbeza dengan ayah dan abang dia. Kisah bermula dengan percintaan Sam (Shaheizy Sam) dengan Lisa (Lisa Surihani) di sebuah syarikat. Lisa adalah pembantu Sam so kebanyakan masanya habis dengan Sam. Tak hairan lah dia mudah jatuh cinta. Tambah pula Sam seorang yang naïf dan baik. Tak seperti bekas kekasih dia, Jeef (Syamsul Yusof) yang baran.

Disebabkan kecantikan Lisa, Sam selalu berasa insecure dan terpaksa hadap peminat psiko macam Haikal (Azad Jasmin) ataupun lelaki gatal macam Din (Adam Shah). Sebab tu dia nak cepat kahwin dengan Lisa supaya semua gangguan tu berhenti. Malangnya bila Sam nak melamar Lisa, mereka berdua dipukul oleh Haikal kemudiannya diculik dan dibawa ke kilang PV6, Klang. 

Sam cuba minta bantuan dari Jeff lepas semalaman di sana dan diserang bertubi-tubi. Boss (Harun Salim Bachik) arahkan Jeff pergi ke PV6 yang merupakan kilang lama syarikat mereka sebab dia tak nak kehilangan klien penting syarikat. Jeff minta bantuan Zura (Neelofa), kawan baik Lisa untuk check sama ada hint atau jejak yang ditinggalkan. 

Kekuatan movie S.A.M adalah pada jalan cerita yang memaparkan isu psikologi dalam masyarakat dan plot twist menarik yang dipersembahkan pada second half. Namun disebabkan pengarah terlampau fokus pada action scene dekat second half buatkan momentum cerita menurun sebab meleret walaupun ada masanya terkejut dengan tindakan si lelaki misteri. 

Better kalau pengarah fokus pada flashback yang menceritakan kehidupan kanak-kanak lelaki (Fimie Don) dan tunjuk kenapa dia boleh menghidap schizophrenia. Kita nampak ayah dia (Mubarak Majid) mengamuk sebab dapat anak sakit tapi kemarahan tu kesan dari perangai anak dia. Zaman dulu memang pantang betul kalau ada ahli keluarga yang sakit mental ataupun down-syndrome. 

Lakonan Shaheizy Sam cemerlang dengan perubahan emosi dan karakter terutamanya pada second half sebab first half lebih fokus pada percintaan dia dengan Lisa. Padanan Sam dengan Lisa menonjolkan chemistry yang kuat untuk babak romantik. Movie S.A.M. adalah movie kedua mereka bekerja bersama sebagai pasangan bercinta so tak ada masalah langsung untuk deliver. Soundtrack Ajari Aku nyanyian Anuar Zain menaikkan mood dan suasana percintaan mereka berdua. 

Lakonan supporting cast ada yang okay ada yang mehhhh macam Azad yang berjaya menaikkan elemen seram dengan karakter psiko dan obsess dengan Lisa. Dia berjaya shift mood dari romantik kepada seram walaupun muncul sekejap je. Sama juga dengan Adam yang menimbulkan ketegangan antara Din dan Sam. Berbeza dengan Syamsul ataupun Neelofa yang muncul lebih banyak tapi kayu dan try hard. 

Memandangkan movie S.A.M dibikin di bawah penerbitan Skop Productions jadi bab visual memang tak ada masalah sangat. Close up banyak membantu lakonan setiap watak sebab kebanyakannya ekspresikan melalui reaksi muka terutama pada second half movie. Cuma ada beberapa scene di tempat gelap sampai tak nampak apa yang berlaku. Transition pun kemas dan sharp. 

Movie S.A.M ni best nak layan walaupun dah 9 tahun berlalu and thanks to Netflix sebab tayang salah satu movie berkualiti dalam industri perfileman tempatan. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.7/10

Drama Review | Love Alarm 2

Director : Kim Jin-woo

Writer : Workshop R (Cha Yeon-su, Kim Seo-yi, Kwon Ji-young)

Cast :  Kim So-hyun, Jung Ga-ram, Song Kang, Kim Si-eun, Song Seon-mi, Ki Do-hoon, Lee Jae-eung

Production Company : Studio Dragon, Production H

Distributor : Netflix

Genre : Sci-fi / Romance / Drama

Running Episodes : 6 episodes

Release Date : August 22, 2019 – March 12, 2021

Trailer : 


Sequel kepada drama romantik terbitan eksklusif Netflix kali ni dihasilkan oleh penulis dan pengarah yang berbeza. Season 1 bersiaran sebanyak 8 episod dan berlatarkan kehidupan di zaman sekolah menengah dan Season 2 dengan susur masa 4 tahun kemudiannya. Kalau season lepas penceritaannya ada banyak sub-plot tapi kali ni lebih tertumpu kepada watak-watak utama sesuai dengan konsep adult life. 

Kim Jo-jo (Kim So-hyun) makin rapat dengan Lee Hye-yeong (Jung Ga-ram) dan cuba untuk belajar mencintai lelaki tersebut walaupun apps Love Alarm dia tak mampu bergetar setiap kali Hye-yeong datang dalam radius 10 meter dek kerana shield yang dipasang. Dia cuba untuk mencari di mana Cheon Duk-gu (Lee Jae-eung) berada sebab dia nak buang shield tersebut tanpa sedar yang Duk-gu bunuh diri 4 tahun lepas.

Hwang Sun-oh (Song Kang) pula teruskan kehidupan seperti biasa bersama kekasihnya Lee Yuk-jo (Kim Si-eun) walaupun terasa kosong. Ibu dia, Jeong Mi-mi (Song Seon-mi) cuba untuk berbaik bila ayah dia curang. Apa guna apps Love Alarm kalau bergetar tapi dalam masa yang sama curang juga dengan perempuan lain? Bila Sun-oh berjumpa kembali dengan Jo-jo, dia tak peduli kalau apps Love Alarm tak bergetar sebab dia tahu mata tak mampu menipu. 

Masa dalam Season 1 dulu ada diceritakan side effects apps Love Alarm ni bila 23 orang bunuh diri akibat tiada yang sayang. Rentetan dari kejadian tu, ada pembunuhan yang berlaku dalam Season 2 tapi tak diberi perhatian sangat pun sebab perasaan Jo-jo lagi penting dalam cerita ni. Tapi bagi kesan besar lah terhadap syarikat Love Alarm yang dimiliki oleh Brian Cheon (Ki Do-hoon). Kalau tak ditangani dengan cepat nanti para pelabur akan lari pula. 

Kecewa dengan jalan cerita Love Alarm 2 ni sebab dari awal lagi dah nampak watak Jo-jo akan pilih untuk bersama dengan Hye-yeong sebab dia sentiasa ada untuk Jo-jo. Sedangkan Jo-jo tak adil pada Sun-oh terus buang dia tanpa sebab. Macam mana pulak penulis boleh fikir yang Jo-jo memang suka dengan Hye-yeong dari awal tapi perasaan dia terganggu bila Sun-oh datang. Data yang Duk-gu tunjuk pun masa Jo-jo spend time dengan Hye-yeong je. Kenapa tak tunjuk data masa Jo-jo jumpa Sun-oh?  

Rasanya pengarah patut tutup kisah ni masa Season 1 sebab buat sakit hati je tengok Sun-oh dilayan macam tu. Tak adil langsung pada watak dia. Nampak sangat Sun-oh mengalah sebab dia sayangkan Hye-yeong. Bila dia lepaskan Jo-jo, dia dapat balik berkawan dengan Hye-yeong padahal bukan salah dia kalau Jo-jo dengan Hye-yeong insecure. Hye-yeong tak peduli dah dengan janji yang dia buat dekat Sun-oh asalkan dia dapat Jo-jo. Kejam! 

Bab visual dan sinematografi memang cantik lah sebab di bawah studio Netflix so bab yang tu terjaga dari Season 1 lagi. Lighting dalam scene pun ikut mood watak masa tu macam lighting yang kelam untuk menambahkan perasaan suram dan sepi dalam kehidupan Sun-oh walaupun dia ada kekayaan dan populariti. Berbeza dengan scene Jo-jo dan Hye-yeong yang dipaparkan dalam visual yang dreamy. 

Cantik sangat rumah Hye-yeong sebab kelopak bunga ceri sentiasa beterbangan dalam kawasan rumah dia. Simbolik kepada rasa cinta Hye-yeong yang suci dan jujur terhadap Jo-jo. Nampak tak team production memang nak Jo-jo end up with Hye-yeong? Macam lah Sun-oh mainkan perasaan Jo-jo masa diorang bercinta dulu. Dalam Season 1 masa Sun-oh bercinta dengan Jo-jo, banyak shot diambil berlatarkan bunga canola sebagai simbolik kebahagiaan dan kebanggaan sebab Sun-oh memang nak semua orang tahu perasaan cinta dia dekat Jo-jo. 

Ni lah jadinya kalau satu drama tapi digarap oleh team production yang berbeza. Mungkin pada awalnya team production bergaduh dan terbahagi kepada dua. Satu team Hye-yeong, satu lagi team Sun-oh so masing-masing dapat bajet untuk buat dua cerita dengan jalan cerita yang lebih kurang sama. Kan senang kalau diorang bagitau awal-awal drama ni ada dua jalan cerita, dua ending so kalau suka watak ni, tengok version yang ni. Haihhh

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 5.8/10