Blog Performance Mac 2021

Thursday 1 April 2021

Bulan ni lemau betul rasa sebab tak ada public holiday langsung. Even weekend pun tak terasa berehat sangat sebab banyak benda kena buat. Bila ganti puas mula la lemau je rasa dengan cuaca panas lagi. Tinggal berapa hari je lagi nak puasa, cepat betul masa berlalu. 

1. PV



Bulan ni traffic berganda lepas tukar template baru. Tak sangka boleh naik banyak macam ni bila guna template yang mesra SEO. Ramai pulak tu reader blog ni yang baca via mobile. Entah dah berapa lama sebenarnya traffic boleh pergi jauh tapi stuck sebab template. Rugi sangat. 

Sebelum ni memang dah cari siapa yang pandai edit blog tapi takde pun yang willing to help so belajar buat sendiri je lah. Cari je yang dekat free template, backup blog lepastu apply je code tu dekat blog. Mana yang nak edit, mana yang nak buang atau tambah tu makan masa jugak lah nak godek. Itupun tak habis belajar lagi. Btw untuk bulan April, nak target 1,200,000! 

2. Posts


Since blog dah mesra pengguna, banyak jugak post lama kena korek selain post baru dapat views yang agak tinggi lah dari sebelum ni. Yang bestnya banyak movie Hindi dapat perhatian jugak which is nice to see lah perubahan baru ni. 

3. Keywords


Keywords makin banyak sejak tukar template tapi tak lah membantu sangat nak update apa. Ada jugak yang pelik macam semalt dengan nu vot tu. Entah apa benda entah. Boleh kata bulan ni memang tak belek sangat keywords. Tak sempat nak belek to be exact. 

4. Audience


Dah dua bulan audience dari India hilang dari radar. Entah pergi mana dah padahal dah update banyak movie review Hindustan. Mungkin sebab tak ada review web series kot sebab yang bantu naik pun web series. Hewwww mana ada masa nak tengok web series :(

5. Bilangan Entri


Jujur cakap disebabkan trafik naik berganda bulan ni, rasa malas nak update tu datang berganda jugak so tak hairan lah bulan Mac punya mampu update 49 entri je itupun ada 2 giveaway. Mungkin kena tebus balik lah bulan April nanti sebab trafik jatuh jugak kalau tak update. Nak target berapa entri tu tak pasti sebab bulan puasa kannn. Mana nak puasa, mana nak terawehnya, moreh lagi, sahur lagi hmmmm kbai

J&T Courier Service Buka Cawangan Di Subang Bestari

Tuesday 30 March 2021


Sekarang ni mudah sangat urusan pembelian barang ataupun nak hantar barang sebab J&T Express courier service dah buka dekat sangat dengan kawasan rumah. Dalam 1km dari rumah macam tu je. Sebelum ni ada Ninja Van dengan Pos Laju tapi dua courier service ni jarang ada dalam option kalau order barang dekat Shopee. Dan sebelum tu ada Citylink tapi dah berpindah ke kawasan lain. 

Dulu nak tunggu lama jugak lah barang sampai, dalam masa seminggu macam tu tapi sekarang ni fuhhh performance mantul kemain. Masa weekend pun ada barang sampai. Tapi rasa kesian jugak lah sebab tak mengharapkan pun barang sampai on weekend which means diorang kena kerja untuk kejar komisyen. Nasib baik hub Subang ni tak pernah ada masalah pekerja rosakkan barang. Alhamdulillah for that. 

Minggu lepas adik order biskut Florentine dekat Shopee dari seller Cookies Delicious sebab murah je RM19 sebalang. Dalam satu balang ni ada 50 pcs. Biskut Florentine ni masa nak raya memang sakan la dia menjelmakan diri. Kalau dulu susah nak jumpa rumah yang hidang biskut Florentine sebab bahan nak buat tu bukan murah wei. Sekarang ni memasing dah boleh beli, apa ada hal sangat lah. 


Masa order ni sampai, dapat small note dari seller untuk customer. 

'Dear cust:
- Florentine jenis cookies mudah hancur jadi saya pack masuk plastik kecil2 untuk elak dari hancur.
- Jika hancur sikit2 semasa transit tu normal la ye...
- Sebarang masalah atau cadangan boleh terus ke Shopee chat saya
- Maaf kalau ada kekurangan
- Sebalang ada 50pcs

TQ order


So based on small note dia tu memang betul lah biskut Florentine ni ada yang hancur walaupun dia dah pack kecil-kecil dalam plastik Hello Kitty yang comel tu. Tapi tak banyak pun lah yang hancur. Even hancur pun still sedap nak krup krap masa layan Netflix. 


Biskut Florentine dia quite nipis dan tak lah manis sangat, just nice dekat tekak je. Bila makan biskut Florentine ni tak lah rasa nak makan banyak-banyak sebab teringat malas nak workout. Semua jenis kacang yang dia letak pun rangup. Setiap kali makan memang beringat la makan satu plastik je. 


Rasa macam nak repeat order dekat Cookies Delicious ni untuk raya nanti sebab malas buat sendiri. Lagipun kalau order lambat takut pulak stok habis. Order awal-awal pun susah jugak lah sebab takut habis awal jugak haha dilemanya.....

Anyway korang dah start memborong persiapan raya ke? 

Movie Review | Jolly LLB 2 (2017)

 

Director : Subhash Kapoor

Writer : Subhash Kapoor

Cast : Akshay Kumar, Annu Kapoor, Huma Qureshi, Saurabh Shukla, Kumud Mishra, Ram Gopal Bajaj, Sayani Gupta, Manav Kaul 

Production Company : Fox Star Studios

Distributor : Fox Star Studios

Genre : Legal / Drama / Comedy

Running Time : 137 minutes

Release Date : 10 February 2017 (India)

Trailer :

Sequel kepada Jolly LLB (2013) masih lagi menggunakan kreativiti dan dedikasi pengarah juga penulis Subhash Kapoor dengan tema keadilan. Lebih kurang sama dengan installment pertama di mana peguam kecil bertarung dengan peguam ternama di kamar mahkamah. Cuma kali ni kes lebih besar dengan pertuduhan yang lebih berat, sesuai lah dengan tajuk movie - The State vs Jolly LLB 2. 

Jagdishwar "Jolly" Mishra (Akshay Kumar) merupakan peguam di bawah Mr. Rizvi (Ram Gopal Bajaj) tapi dia tak dapat banyak peluang pun untuk practice ilmu guaman tapi lebih kepada menjadi pembantu peribadi sehinggakan diejek oleh rakan sekerja. Di rumah pula dia sering berjanji pada isterinya, Pushpa (Huma Qureshi) yang dia akan belikan barangan mewah lepas dia dapat buka chamber sendiri.

Hajat dia tercapai bila Hina (Sayani Gupta) yang sarat mengandung bayar yuran guaman untuk tuntut bela terhadap mendiang suami dia, Iqbal Qasim (Manav Kaul) yang dituduh sebagai pengganas sedangkan pihak polis ‘terkeliru’ dengan surname. Jolly guna yuran tersebut untuk beli chambers yang diidamkan walhal dia menipu Mr. Rizvi akan bawa kes Hina ke mahkamah. 

Terjerat dengan penipuan sendiri dan dihantui rasa bersalah selepas dibuang keluarga, Jolly berazam untuk dapatkan keadilan dengan failkan kes ni di mahkamah bersama bukti baru seperti yang dipinta oleh Hakim Sunderlal Tripathi (Saurabh Shukla). Pihak polis terutamanya Inspektor Suryaveer Singh (Kumud Mishra) diwakili oleh Peguam Pramod Mathur (Annu Kapoor) yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun. 

Like I said earlier, movie sequel dalam franchise legal ni mempunyai konsep dan tema yang sama dengan first installment, jadi tak hairan lah kalau ending pun berpihak kepada peguam kecil ni. Tapi olahan penceritaan yang dipersembahkan dengan rencah komedi juga drama diadun bersama dialog ampuh dari watak-watak utama yang menjadi kekuatan Jolly LLB 2. 

Hakim pun orang yang sama siap tanya Jolly dia ada abang ke dekat Delhi sebab perangai lebih kurang je. Sepatutnya Arshad Warsi ada buat cameo tapi tak tahu kenapa tak jadi. Lakonan dari barisan pelakon utama juga cemerlang tanpa menenggelamkan mana-mana watak. Bukan sahaj tersenarai dalam Rs100cr club malah mendapat beberapa pencalonan di beberapa award events dalam pelbagai kategori. 

‘When two people fight in India, what’s the first thing they say to each other? I will see you in court! Why do people do that? Because they still have faith in judicial system. They believe if the government, administration and police don’t listen to them, the court will hear them out and give them justice.’ - Judge Sunderlal Tripathi

Walaupun movie Jolly LLB 2 ni diterbitkan di bawah syarikat produksi besar seperti Fox Star Studios tapi music album dari Manj Musik, Meet Bros dan Chirantan Bhatt kurang menarik tumpuan kecuali lagu romantik  Bawara Mann yang menonjolkan chemistry yang sepadan antara Akshay dan Huma. Nasib baik lagu dalam movie ni ada 4 je dan 1 lagu sahaja yang ada solo feature berbanding yang lain, bergerak seiring dengan jalan cerita.

 

Tapi music album tu bukanlah kelemahan besar pun sampai mencacatkan jalan cerita sebab banyak pergelutan sama ada di dalam kamar mahkamah ataupun di luar yang menjadi titik-titik utama penceritaan. Mesej satira dalam beberapa babak yang menekankan korupsi, terrorism dan kelemahan sistem perundangan dipersembahkan dengan baik. 

Kalau ikutkan kejayaan Jolly LLB 2, akan ada installment ketiga dalam franchise Jolly LLB tapi tak pasti siapa pula yang akan pegang watak utama. Antara Arshad Warsi ataupun Akshay Kumar. Boleh jadi pelakon baru pula dengan kes jenayah yang pernah menggemparkan negara India. Looking forward to that. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

Movie Review | Jolly LLB (2013)

Director : Subhash Kapoor

Writer : Subhash Kapoor

Cast : Arshad Warsi, Boman Irani, Amrita Rao, Saurabh Shukla, Rajeev Siddhartha, Harsh Chhaya, Sanjay Mishra, Mohan Agashe, Ishtiaq Arif Khan, Mukund Bhatt, Rajiv Siddharth

Production Company : Fox Star Studios

Distributor : Fox Star Studios

Genre : Legal / Drama / Comedy

Running Time : 128 minutes

Release Date : 15 March 2013

Trailer :


Diinspirasikan dari kes langgar lari Sanjeev Nanda pada tahun 1999, kes pelakon superstar Salman Khan pada tahun 2002 dan juga beberapa kes yang sama berlaku di India, pengarah dan penulis Subhash Kapoor mengangkat konsep ketidakadilan yang berlaku pada kelas bawahan. 

Berlatarbelakangkan kehidupan di Delhi yang terkenal dengan kes jenayah, Jagdish "Jolly" Tyagi (Arshad Warsi) cuba menjadi terkenal dengan failkan affidavit terhadap kes Rahul Dewan (Rajeev Siddhartha) sementelah Hakim Sunderlal Tripathi (Saurabh Shukla) putuskan bahawa cucu businessman kaya tersebut tidak bersalah atas tuduhan melanggar 6 orang lelaki yang tidur di bawah flyover. 

Walaupun anak guam Tejinder Rajpal (Boman Irani) dah mula tak senang duduk, dia masih lagi tak tergugat dengan kehadiran Jolly. Dengan mudah Tejinder dapat hidu niat busuk Jolly dan hantar Albert Pinto (Harsh Chhaya) untuk peralatkan pihak lawan. Malah membuka tawaran wang tunai dengan jumlah yang tinggi dan sebuah kereta jika Jolly berdiam diri di mahkamah nanti. 

Bak pucuk dicita ulam mendatang, Jolly terima wang tersebut lantas melamar kekasih hati dia, Sandhu (Amrita Rao) tapi perbuatan dia dianggap jijik dan memalukan. Tamparan Kaul Saab (Ramesh Deo) menyedarkan Jolly dan setelah berfikir panjang, dia ambil keputusan untuk cari bukti kukuh terhadap kes langgar lari Rahul Dewan dan pulangkan kembali duit Tejinder. 

‘Everyone present at this court knows that the accident caused by Rahul Dewan. But I am the judge. People’s thought and my feelings cannot influence my judgment. I have to pass the judgment based on evidence.’ - Judge Sunderlal Tripathi

Kekuatan movie Jolly LLB pada keunikan penceritaan, plot yang realistik, screenplay dipersembahkan secara progresif, skrip digarap kemas, dialog padu dalam beberapa scene juga lakonan dari barisan watak utama merupakan faktor kemenangan di  National Film Award untuk kategori Best Feature Film in Hindi juga National Film Award for Best Supporting Actor : Saurabh Shukla. 

Selalunya watak Hakim dalam movie Bollywood lebih banyak mendiamkan diri sehinggalah keputusan dikeluarkan tetapi watak  Hakim Sunderlal Tripathi nampak hidup dengan karakter yang cepat terasa, menyampah dengan permainan para peguam dan seperti penjawat awam biasa, menggunakan kabel untuk dapatkan kepentingan peribadi macam dalam scene dia pujuk Tejinder untuk book rumah di Fabulous City.  

Walaupun pada first half, pace movie agak perlahan dan watak Sandhya tak dikembangkan dengan baik cuma memenuhi quota heroin, ditambah dengan music album dari Krsna yang agak lemah sehinggakan plot lari dari landasan asalnya tapi perbalahan dalam kamar mahkamah dengan keseimbangan rencah drama dan komedi yang menaikkan momentum penceritaan. Pujian harus diberikan pada lakonan Arshad Warsi dan Boman Irani dengan persembahan yang bagus dari watak masing-masing. 

Tema movie Jolly LLB di bawah terbitan Fox Star Studios ni adalah ketidakadilan dalam sistem perundangan yang mana pengarah menggunakan korupsi untuk melawan korupsi dalam template satira. Macam scene Guruji  (Sanjay Mishra) sebagai bookie untuk jual bahan bukti yang disembunyikan oleh pihak polis. 

Tak pasti lah kelemahan dalam plot cerita terutamanya di second half adalah disengajakan untuk menunjukkan betapa besarnya korupsi dalam badan berkuasa ataupun pengarah Subhash Kapoor terlepas pandang terhadap perincian cerita macam scene polis tersalah tangkap sedangkan pernah berjumpa dengan mangsa. Anyway, movie ni antara yang tersenarai dalam wajib tonton terutamanya yang suka dengan tema jenayah atau undang-undang. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 9/10