Redeem Tin Hello Kitty Di 7E

Tuesday 23 March 2021

Minggu lepas berjaya kumpul 15 sticker Hello Kitty dari 7Eleven. Kerja dekat Oasis ni memang rajin nau menyinggah ke 7E lepas lunch. Kadang nak beli jajan lah, beli aiskrim lah, beli kopi lah. Kadang tu memborong sampai penuh plastik. 


Setakat nak kumpul 15 stickers tu apa lah sangat khennnn! At first macam malas lah nak kumpul sekali bila dapat booklet dia ni eh eh banyak pulak boleh lekat haha sudahnya habiskan 15 terus lepastu pergi redeem. 


I bukan penggemar Hello Kitty pun tapi out of all redeemable gifts ni, Hello Kitty edition yang paling function sebab dapat storage tin. Walaupun kecil je tapi function teruk! 

Kotak dia pun comel, rasa sayang pulak nak buang


Siapa entah buat idea untuk tarik bahagian atas ni. Bijak betul sebab memudahkan orang buat video unboxing hahahaha

So this is mineeeee....


Tak boleh nak agak tau dapat tin corak yang mana sebab tak ada tunjuk dekat kotak so kalau dapat dua tin yang sama memang zahabedah lah nak kena kumpul lagi 15 sticker. 


Bagus betul siapa yang design storage tin ni sebab ada handle nipis dekat bahagian tepi. Senang nak tarik keluar. Selain jadi storage tin, boleh juga jadi mini handbag ala Gigi Hadid. Kau hadoooo?!


Dekat bahagian bawah dah ada cop 7Eleven. Kalau siapa mintak jual memang tak lah nak bagi sebab limited edition, bukan senang nak jumpa. Tapi kalau dekat Shopee ada, I surrender ah main lekat-lekat sticker ni. Sekarang tengah kumpul yang kedua pulak. Memang mengalir macam air ye duit sekarang ni tssskkk! Siapa dah redeem tu, share la dapat location mana hihihi

Dua minggu lepas ada jemputan untuk ke RRM HQ sebab ada Majlis Penghargaan buat semua lawyers dan staff Ram Reza & Muhammad. Ikutkan nak buat untuk semua tapi branch Kuala Terengganu, Penang dengan Jakarta tak dapat la nak merentas ke mari sebab PKP. Kita buat yang mana dapat hadir je. 

Itupun ada yang tak dapat hadir sebab kena jaga anak. Hari Sabtu memang susah sikit nak cari pengasuh. Nak bawa datang office pun takut mengganggu majlis. Ikutkan nak buat majlis ni dekat The Cube, One Utama tapi ada facilities yang tak boleh digunakan. So buat dekat HQ je lah, senang. 

Bermula dari jam 10 pagi dengan kehadiran semua warga Ram Reza & Muhammad, pengenalan ahli-ahli baru yang kebanyakannya dari Training Associates 

  • Amirul Izani [Corporate Department]
  • Aina Izzah [Corporate Department]
  • Amelia Edreena [Corporate Department]
  • Mira Nadia [Litigation Department]
  • Zahra [Litigation Department]
  • Hafizah [Conveyancing Department]
  • Anis [Syariah Department]
....dan juga lawyers baru - Encik Abu Bakr untuk Corporate Department, Ms Farhana Idros untuk Syariah Department dengan Ms Mastura untuk Litigation Department. Gigih kan buat list ni sebab esok lusa kalau lupa diorang department mana, I rujuk sini je haha. Gara-gara PKP ni jarang ke HQ jadi susah nak ingat semua kecuali Corporate Department lah sebab department sendiri hshshs

Kalau ikutkan adat rasmi warga RRM yang baru kena perform talent show macam menyanyi, berpantun atau apa saja lah bakat terpendam tu tapi disebabkan majlis ni singkat so tak sempat la diorang semua nak perform. Mungkin next gathering la kot. 

Habis sesi perkenalan, Managing Partner, En. Nor Hisham Haji Muhammad teruskan dengan mengupas sedikit meeting yang lepas untuk ingatkan balik target, misi dan pencapaian RRM sepanjang tahun 2020. Kemudian bagitahu tujuan semua partners buat Majlis Penghargaan RRM ni bila ada staff dah capai level tahap gaban. Sebelum ni staff tu dah capai tahap dewa dan RRM dah bagi penghargaan sempena 10 tahun bekerja. Kali ni dah cecah 20 tahun, hadiah yang lain pula diberikan. 

As for us yang baru tahap cikai ni dapat goodies box. Dekat dalam tu ada baju korporat RRM, lanyard beserta ID masing-masing dan juga mask RRM. Baju korporat tu wajib pakai setiap hari Isnin tapi lanyard dengan mask haruslah setiap hari. 



Dan untuk staff tahap gaban tu, tak lain tak bukan Head of Accounts Ram Reza & Muhammad - Puan Rozieda Abdul Rahman bila dah mencecah 20 tahun bekerja dengan RRM. Masuk sebagai anak dara, berkahwin, dapat anak pertama, kedua, ketiga semuanya dekat RRM. Dah la awet muda, muka maintain sama je dari dulu sampai sekarang. 




Sempena menghargai kerjaya dan kesetiaan Kak Ida kepada RRM, hadiah berupa ASB RM10,000 dengan rantai tangan pulut dakap dari Makmur Gold. 

'Mula-mula saya masuk Ram Reza ni, diinterview oleh En. Ram, partner sebelum ni. Second interview oleh En. Hisham dekat office di Jalan Genting Klang. Masa tu dekat tingkat 2, ingat lagi bilik En. Hisham masa tu atas restoran cina. Kalau masa diorang masak tu, asap semua naik ke bilik En. Hisham, tak nampak terus En. Hisham. 

Lepas 6 bulan kerja dengan RRM, kita pindah ke Diamond Square. Daripada 1 unit, kita sewa 2 unit then 3 unit lepastu 4 unit sampai lah satu floor dekat tingkat 6 tu Ram Reza & Muhammad sewa. Lepastu En. Hisham start buka branch di Aman Suria. Tahun 2014, HQ pula pindah ke Starpac Point so saya nampak lah dulu RRM wajib meeting setiap hari Jumaat lepastu sebulan sekali pulak setiap hari Sabtu minggu yang pertama. Lepastu lama-lama dah slowly jarang-jarang. 

Dulu En. Hisham ajar buat akaun sebab Kak Ida zero, tak ada langsung pengetahuan pasal akaun. Dulu sikit je lama-lama dah pegang banyak sampai pening kepala. Kak Ida dah ada dekat RRM dari Jalan Genting Klang, buka Aman Suria, Diamond Square lepastu Oasis. Ingat lagi dulu-dulu dalam meeting En. Hisham pernah cakap, one day kita akan ada uniform sendiri so uniform yang pertama warna putih, macam baju sekolah. Material uniform RRM dari tahun ke tahun kena upgrade so yang sekarang ni lah, yang latest paling bagus dan selesa. 

Saya memang tak sangka sangat RRM akan bagi hadiah ni, tak sangka sangat. Terima kasih banyak-banyak dekat semua partners. Terima kasih juga kepada En. Hisham sebab sudi terima saya bekerja di RRM. Kita ni sebagai manusia sentiasa ada baik dan buruk tapi sebagai pekerja sentiasa la fikir tentang kebaikan majikan. Tipu lah kalau tak ada terasa hati dengan majikan tapi sentiasa pandang kebaikan dan bersyukur. Harapan saya semoga Ram Reza & Muhammad akan lebih berkembang lagi. Insya-Allah dan terima kasih.'

Settle majlis pemberian goodies, hadiah dan ucapan kepada RRM & Kak Ida, semua yang datang dijemput makan. 



Terima kasih kepada warga RRM HQ sebab jemput kitorang datang dan sediakan makanan yang sedap untuk majlis haritu. Untuk Kak Ida, tahniah sebab dah mencorakkan kerjaya bersama RRM dan jadi sumber inspirasi kepada yang baru ni untuk jadi lebih bersemangat dan pupuk rasa sayang kepada RRM juga. Bila nampak majikan hargai staff ni rasa lagi seronok lah nak bekerja dan ni bukan pertama kali pun RRM bagi penghargaan. Dah banyak dengar cerita sebelum ni cuma disebabkan covid, tak banyak lah aktiviti dijalankan. Hopefully tahun depan banyak plan untuk training, bengkel, team building, event dan trip onzzz balik untuk semua join dan eratkan bonding semua branch. 

Movie Review | Kapoor & Sons (Since 1921)

Sunday 21 March 2021

Director : Shakun Batra

Writer : Shakun Batra, Ayesha Devitre Dhillon

Cast : Sidharth Malhotra, Fawad Khan, Alia Bhatt, Ratna Pathak Shah, Rajat Kapoor, Rishi Kapoor

Production Company : Dharma Productions

Distributor : Fox Star Studios

Genre : Drama

Running Time : 140 minutes

Release Date : 18 March 2016

Trailer :

Tak suka tengok movie ni sebenarnya walaupun movie Kapoor & Sons ni best dan antara family drama terbaik pernah ada di Bollywood sebab dari awal sampai habis movie asyik menangis je. Bila Asian family drama ni dia memang menusuk ke hati sebab relatable sangat dengan life. I mean typical Asian culture and lifestyle. 

Pengarah dan penulis Shakun Batra memang gunakan elemen drama tu dan squeeze sepenuhnya untuk menghasilkan skrip yang penuh emosi dalam keluarga Kapoor. Tak kisah macam mana masing-masing pretend untuk jadi happy tapi rahsia dan masalah yang ada tu tak mampu disimpan dah. Silap sikit je confirm bertekak sampai pecah barang. 

Kisah bermula dengan watak si atuk (Rishi Kapoor) yang suka berpura-pura jatuh sakit untuk dapatkan perhatian dari anak dia, Harsh (Rajat Kapoor) dan menantu, Sunita (Ratna Pathak Shah) sampai masing-masing dah jelak dengan game dia. Sampai lah dia jatuh sakit dan ditahan di ICU. Cucu sulung, Rahul (Fawad Khan) dan si bongsu, Arjun (Sidharth Malhotra) pulang ke Conoor lepas dapat panggilan dari keluarga. 

Baru je sampai ke rumah dah mula bergaduh bila Arjun sakit hati dengan parents yang lebihkan perhatian pada Rahul. Harsh geram dengan anak bongsu dia bila susah untuk fokus dalam sesuatu perkara. Ambil subjek fotografi di kolej tapi berhenti separuh jalan. Bekerja sebagai website designer kemudiannya berhenti. Jauh berbeza dengan Rahul yang berjaya sebagai penulis novel di New York, ada business sendiri dan akan mula melabur. 

Hubungan Harsh dengan Sunita pun tak berapa bagus bila Rahul bagitahu Arjun yang parents mereka dah mula tidur berasingan. Masalah kewangan sentiasa menjadi isu utama tambah pula bila mereka menjaga atuk yang sudah uzur dan perlukan expenses yang tinggi untuk dihantar ke hospital lain di  Bangalore yang lebih bagus faisilitinya. 

Stress dengan keadaan family dan menyampah dengan kehadiran Rahul, Arjun selalu habiskan masa di luar rumah bersama kawan dia, Wasim. Kebetulan ada parti di banglo cantik kepunyaan Tia (Alia Bhatt) yang balik bercuti. Dari situ Arjun dan Tia mula berkenalan dan serasi bersama. Dalam masa yang sama Tia crush dengan Rahul, penyewa banglo untuk business dia. 

Walaupun banyak konflik antara semua watak tapi tak bermakna movie ni heavy atau intense sepanjang masa sebab banyak juga scene yang funny and adorable to watch. Macam scene Arjun dan Tia agak comel dan sweet lah sebab masa ni Sid dengan Alia betul-betul bercinta so chemistry diorang lain macam sikit. Ada Fawad Khan pula sebagai Rahul, sesuai lah dengan karakter dia the perfect guy in town. Handsome teruk! 

Bukan setakat chemistry antara Sid dengan Alia je yang menyerlah onscreen tapi dinamik antara Fawad Khan dan Sid nampak kuat dan lebih meyakinkan sebagai adik-beradik. Bergaduh macam mana pun, sakit hati macam mana pun, air yang dicincang takkan putus. Rahul lah racun untuk Arjun, tapi penawar dan pelindung setiap kali adik dia buntu dengan hidup. Tapi tak bermakna Arjun useless sepertimana di mata parents dia. Watak Arjun ialah payung terjun kepada Rahul untuk menjadi sempurna. 

Movie Kapoor & Sons terbitan Dharma Productions berlatarkan panorama dan suasana kawasan tanah tinggi di Coonoor, India jadi banyak view yang cantik dari lensa Donald McAlpine. Suka tengok kawasan banglo rumah Tia ataupun rumah Kapoor sendiri. Ada laman luas dengan pokok bunga dan sentiasa berkabus. Grading tone dengan warna musim panas dan wardrobe sesuai dengan kawasan tu. Kudos to team for these details. 

Music album Kapoor & Sons pula menggunakan kreativiti dari gabungan beberapa orang komposer terkenal seperti Badshah, Amaal Malik, Arko, Tanishk Bagchi, Benny Dayal dan Nucleya. Masing-masing come up dengan lagu dan signature music masing-masing tapi blend in just right dengan penceritaan. One of my favorite music album walaupun critics kata semua lagu lebih kurang sama dengan lagu-lagu para komposer dalam movie lain but who cares, right? Fun fact, movie ni menang Filmfare Award for Best Background Score.

 

Kekuatan lakonan dari semua pelakon, skrip yang kemas dan sarat dengan konflik juga mesej, emosi dan comic timing yang tepat, visual dan music score, diadun dengan baik untuk tontonan keluarga. 

p/s : Don’t blame me if you guys fall in love with Fawad Khan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : Aanand L. Rai

Writer : Himanshu Sharma

Cast : R. Madhavan, Kangana Ranaut, Jimmy Sheirgill, Eijaz Khan, Swara Bhaskar, Deepak Dobriyal, Mohammed Zeeshan Ayyub, Rajesh Sharma, Kajal Bhadana, K.K.Raina, Dipti Misra

Production Company : Colour Yellow Productions

Distributor : Eros International

Genre : Romantic / Comedy 

Running Time : 128 minutes

Release Date : 22 May 2015

Trailer :

4 tahun lepas Manu (R. Madhavan) dan Tanu (Kangana Ranaut) berkahwin kemudiannya pindah ke London, masing-masing mula menyampah untuk hidup bersama. Tanu hantar Manu ke hospital sakit mental dan pulang ke Kanpur, India. Lepas 5 hari Manu di sana, Pappi (Deepak Dobriyal) datang untuk bebaskan dia dan balik juga ke India. Sampai sahaja di sana, Manu berjumpa dengan peguam untuk hantar notis cerai kepada Tanu. 

Kecewa dengan notis cerai tersebut, Tanu berjumpa kembali dengan Raja (Jimmy Sheirgill) untuk bertanya khabar dan kawan lama dia tengah sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan dia tak lama lagi. Payal (Swara Bhaskar) pula makin busy dengan keluarga sejak dia bersalin anak pertama jadi tak dapat nak berjumpa dengan Tanu macam sebelum ni. 

Manu ajak Pappi pergi ke Universiti Delhi sebab dia ada seminar berkenaan dengan cardiology tapi di sana dia ternampak Datto (Kangana Ranaut). Awalnya dia ingatkan Tanu dah datang untuk berjumpa dia tapi dia tersilap orang bila Datto adalah atlet daerah dan bekerja di situ. Dia mula berkenalan dengan Datto dan kemudiannya bercinta. 

Masing-masing ambil keputusan untuk berkahwin bila Manu terima notis cerai dari peguam Tanu, Advocate Arun "Chintu" Kumar Singh (Mohammed Zeeshan Ayyub). Tak perlu dah dia tunggu Tanu minta maaf ataupun perbetulkan balik keadaan sebab Datto ikhlas sayangkan dia, sopan dan matang. Malangnya Manu dan Tanu sama-sama tak tahu yang peguam Tanu memandai-mandai hantar notis cerai sebab dah jatuh cinta dengan Tanu. 

Kalau dalam Tanu Weds Manu, hero yang menyerlah, kali ni pengarah Aanand L. Rai guna kekuatan populariti dan bakat lakonan Kangana untuk bawa dua watak yang berbeza fizikal dan karakter. Disebabkan watak Tanu dan Datto, Kangana beroleh National Award untuk kategori Best Actress. Tambah lagi koleksi National Award Kangana lepas kejayaan dia bawa watak sampingan dalam movie Fashion dan watak Rani dalam movie Queen. 

Chemistry Kangana dengan R. Madhavan pun makin menyerlah dalam movie ni sebab masing-masing banyak scene bersama. Suka tengok scene Tanu dengan Manu menyembang dekat credit scene tu sebab comel sangat. Jalan cerita second sequel ni lebih kurang sama je dengan yang pertama tapi disebabkan lakonan Kangana, movie ni jadi menarik dan menghiburkan. 

Berbeza sangat dengan installment sebelumnya, Tanu Weds Manu Return memaparkan panorama yang cantik dengan beberapa lokasi seperti London, Delhi, Haryana dan banyak lagi. Wardrobe dan props pun makin cantik. Music album Tanu Weds Manu Return antara fav album sebab banyak lagu best dengan high beat sesuai dengan masyarakat Punjabi macam Piya Move On ataupun Banno.

 

Walaupun movie Tanu Weds Manu Returns ni genre komedi tapi tak semestinya boleh tutup mata dengan beberapa babak yang menjengkelkan. Manu yang gunakan Datto sebagai rebound dan berkahwin sedangkan age gap yang jauh beza. Senang sangat nak manipulate Datto sebab dia masih muda lagi. Scene kedua bila Pappi culik Komal sebab dia tak boleh terima kena reject. 

Betul la apa Tanu cakap, senyum atau mesra sikit je dengan lelaki mula lah perasan lebih padahal anggap kawan je. Ramai sangat watak lelaki desperate dalam franchise ni. Watak Raja pun asyik kena reject sampai dah jelak kalau installment ketiga pun dibikin dengan plot yang sama juga. Well, hopefully not lah sebab sequel ni dah okay dah. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10

Movie Review | Tanu Weds Manu (2011)

Director : Aanand L. Rai

Writer : Himanshu Sharma

Cast : R. Madhavan, Kangana Ranaut, Jimmy Sheirgill, Eijaz Khan, Swara Bhaskar, Deepak Dobriyal

Production Company : Bohra Bros Productions, Paramhans Creations and Movies n More

Distributor : Viacom 18 Motion Pictures, Paramhans Creations and Movies N More Pvt.., Soundrya Production

Genre : Romantic / Comedy 

Running Time : 119 minutes

Release Date : 25 February 2011

Trailer :

Manoj Kumar Sharma a.k.a. Manu (R. Madhavan) baru balik dari London dan habiskan cuti dia ke merata tempat bersama keluarga dan kawan baik dia, Pappi (Deepak Dobriyal) untuk mencari calon isteri yang sesuai. Di Kanpur dia jatuh cinta pandang pertama dengan Tanuja Trivedi a.k.a. Tanu (Kangana Ranaut) dan setuju untuk berkahwin. 

Tanu minta Manu batalkan perkahwinan mereka sebab dia tak pernah setuju untuk berkahwin dan Manu cuba ambil kesempatan masa dia tidur walhal mereka tak pernah berbincang. Lagipun Tanu dah ada teman lelaki dan akan kahwin lari kalau keluarga dia tak setuju dengan pilihan dia. Manu akur dengan keputusan Tanu untuk batalkan perkahwinan. 

Tak lama lepas tu dia berjumpa dengan Raja (Jimmy Sheirgill) bila Ayushi (Neha Kaul) adalah salah seorang calon isteri pilihan keluarga Manu. Dari situ Manu dan Raja mula berkawan baik walaupun perangai mereka jauh berbeza. Raja dah bertunang dengan Sapna jadi keluarga dia carikan calon suami untuk adik dia pula cuma masalahnya semua reject bila nampak tangan Ayushi yang cacat. Manu pula tak kisah dengan fizikal atau paras rupa asalkan parents dia happy tengok anak tunggal diorang kahwin. 

‘Doctor, do not think that we wished to deceive you. But what can we do? No one comes here after hearing about the hand. My sister is very nice. She does all the household chores. It is not a problem for her. ‘ - Raja

Sebelum pulang ke London, Manu pergi ke Punjab untuk hadir ke majlis perkahwinan Jassi (Eijaz Khan). Dekat situ dia berjumpa kembali dengan Tanu sebab Tanu adalah kawan baik kepada pengantin perempuan, Payal (Swara Bhaskar).  Manu dan Tanu mula berkawan bila Jassi dan Payal selalu ajak mereka berdua temankan untuk hang out. Bila ada mata yang memerhati, kedua belah keluarga baik Manu dan Tanu dapat panggilan telefon khabarnya mereka berdua sudah berbaik dan setuju untuk berkahwin. Tapi lain pula yang jadi bila kekasih Tanu datang dan ajak dia kahwin di mahkamah. 

Bila genre romantik komedi ni tak lah berat mana pun movie arahan Aanand L. Rai ni dan skrip dari Himanshu Sharma boleh dikatakan santai dan kelakar. Plot twist pun unpredictable walaupun ending dia kita dah tahu sebab tajuk movie terang-terang bagitahu audience. Dengan budget yang kecil dan predictable ending pun, movie Tanu Weds Manu di bawah penerbitan Bohra Bros Productions, Paramhans Creations and Movies n More ni boleh kaut keuntungan yang tinggi di 3 daerah besar di India. 

Lakonan Kangana Ranaut sebagai Tanu tak lah menyerlah sangat pun walaupun dia heroin sebab cerita  lebih terarah kepada watak Manu yang sanggup berkorban demi cinta asalkan Tanu bahagia dan watak Raja yang mati-matian pertahankan cinta dia. Kalau dah ada dua watak hero yang strong, confirm lah watak heroin agak terhad. 

Sebab di bawah production house kecil so visual movie ni tak lah cantik mana pun dan paparkan suasana kehidupan masyarakat Punjab. Wardrobe pun biasa-biasa je walaupun ada majlis perkahwinan pun, biasa je props dalam movie ni. Music album dari komposer Krsna Solo pun tak berjaya tarik perhatian ataupun tinggalkan impak langsung. Tapi lagu kebanyakannya bergerak seiring dengan jalan cerita dan beat agak funky so tak jadi masalah sangat lah. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 6.6/10