Drama Review | Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 8 : Hutan Dan Penunggunya

Sunday 28 February 2021

Pengarah : Mamat Khalid

Penulis Skrip : Mamat Khalid

Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

Genre : Komedi / Seram

Jumlah Episod : 13 Episod

Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020

Syarikat Produksi : Astro

Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand

Trailer :

Lepas serangan zombie dalam Episod 6 dan Episod 7, warga Kampong Pisang pergi bercuti di lubuk mengail ikan sebab Pak Idrus bagitahu dia dapat ikan besar dan segar dekat sana. Bakobar (Bell Ngasri), Pak Jabit (Aziz M. Osman), Cik Punama (Dewa Sapri), MA Madi (Adi Afendi), Cik Nab (Avaa Vanja), Cik Chun (Nazeera Sardi) dan ramai lagi yang join lengkap dengan peralatan berkhemah, makanan dan juga joran. 

Dalam perjalanan ke lubuk ikan tu ada orang kampung dah berpesan kawasan situ keras tapi Bakobar loyar buruk dengan confident. Sampai je dekat situ Bakobar dah dapat dua ekor ikan besar, makin seronok lah masing-masing nak mengail ikan. Bila malam menjelma, Pak Idrus berjaga untuk first round. Bakobar dengan MA Madi pula kemudiannya bermula jam 12 malam. 

Terkejut bukan kepalang bila mereka berdua jumpa Pak Idrus yang dah sejuk macam air batu. Habis riuh satu kawasan perkhemahan tu sampai bangunkan semua orang. Sementara yang lain pergi minta bantuan untuk bawa jenazah Pak Idrus keluar dari hutan, Bakobar, Cik Chun dengan MA Madi berjaga di situ. 

Bukan setakat takut dengan Pak Belang, mereka diganggu dengan makhluk bertanduk dan juga perempuan cantik yang mengajak mereka mandi bersama. 

Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi  drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya. Episod kali ni nampak pengarah fokus dekat watak Bakobar dengan MA Madi je. Walaupun ada cik Chun tapi screentime dia tak panjang dengan dialog yang boleh dikira berapa patah. 

Visual dalam Episod 8 : Hutan Dan Penunggunya agak gelap sebab kebanyakan scene berada di dalam hutan pada waktu malam. Makhluk penunggu tu agak kelakar lah sebab at first ingatkan Ultraman Tiga pakai baju hitam yang datang ziarah. Tak dijelaskan pula tu makhluk apa macam episod-episod sebelumnya. Mungkin sebab tak ada watak Cik Purnama dengan Pak Din (Kazar Sairi) kot. Diorang je suka buka kitab sejarah dalam drama ni. 

Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama zaman 80-an macam lagu Umpan Jinak Di Air Tenang nyanyian Ahmad Jais. Dinyanyikan semula oleh watak Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) yang buta tapi menghiburkan hati orang kampung dengan bakat dia di Warung Pak Jabit. Disebabkan episod ni diorang pergi bercuti, Ahmad Yassin pun kena heret sekali untuk nyanyi lagu sementara diorang pasang khemah. 

Scene perempuan cantik mengilai tu agak seram jugak lah, bila dia menangis. Habis meremang bulu roma! Dah la tengok waktu malam sebab tak expect langsung episod kali ni seram sikit dari yang lain. Scene kelakar pun tak banyak sangat kali ni. Tak sabar nak tengok next episode sebab ada Hantu Kak Limah. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 7/10

Minggu lepas Starbucks keluarkan drinks baru edisi 'cloud' bersempena Women's Day. Edisi cloud ni adalah gabungan kolaborasi Starbucks dengan Ariana Grande sebab dia suka emoji awan. Ariana dah tweet sebanyak 98 emoji awan dekat Twitter dia. Budak intern mana entah kena suruh kira berapa banyak jumlah emoji awan dalam tweets Ariana Grande. T.T


Tapi tu cerita tahun 2019 lah, sekarang ni release balik tahun 2021 dengan 3 pilihan sebelum Women's Day menjelang tiba. Sebelum you guys judge I fan Ariana Grande, I jawab siap-siap okay. I beli sebab nampak orang cakap sedap. I tahu pasal Ariana Grande pun sebab nak tahu berapa kalori drinks ni. Jawapannya 197 kalori dalam satu cup. 

Antara Ice Salted Caramel Cloud Macchiato, Caramel Cloud Macchiato dengan Salted Caramel Cold Brew, I pilih Caramel Cloud Macchiato sebab tak suka ice salted andddd tak suka cold brew sebab kopi dia pahit sangat. 


Ice Cube Caramel Cloud Macchiato ni sama je dengan Caramel Macchiato cuma dia letak cold foam banyak gila supaya elemen awan tu terserlah dalam cup. I rasa membazir gila beli pengalaman untuk minum awan sebab dia tak ada rasa pun. 

I try shake and stir 5,6 kali supaya dia well blend tapi tetap juga lah begitu kejadiannya. Rasa dia pahit sebab tak bercampur pun lapisan kopi dengan extra thick cold foam tu. Awan ni cantik untuk dipandang je tapi kalau untuk diminum, it's a big no. Well at least for me lah. Lain orang lain citarasa dia kan so yupp what a waste. Ugghhh!

Director : Abhishek Sharma

Writer : Saiwyn Quadras, Abhishek Sharma

Cast : John Abraham, Diana Penty, Aditya Hitkari, Yogendra Tiku, Ajay Shankar, Boman Irani

Production Company : Zee Studios, JA Entertainment

Distributor : Pooja Entertainment

Genre : Thriller / Drama

Running Time : 129 minutes

Release Date : 25 May 2018

Trailer :

Diinspirasikan dari salah satu peristiwa bersejarah di negara India di mana sekumpulan pakar dalam bidang masing-masing ditugaskan untuk menjayakan misi nuclear test di Pokhran Test Range, Rajashtan pada Mei 1998. 

Digelar ‘Operation Shakti’, 5 bom nuclear dicipta untuk ditempatkan di Pokhran dan dilakukan secara rahsia dari tahun 1989 hingga 1998. Dalam movie ni, watak Ashwat Raina (John Abraham) usulkan kepada Home Minister pada tahun 1995 tapi gagal kerana ideanya dicuri kemudiannya digantung tugas kerana memalukan negara di mata dunia. 

Tahun 1998, Home Minister Himanshu Shukla (Boman Irani) baru muncul kerana peralihan tampuk pemerintahan dan panggil Ashwat secara rahsia untuk mengetuai ‘Operation Shakti’. Ashwat minta wakil BARC (Bhabha Atomic Research Centre) - Dr. Viraf Wadia (Aditya Hitkari), DRDO (Defence Research and Development Organisation) - Dr. Naresh Sinha (Yogendra Tiku), Mejar Prem Singh (Vikas Kumar) dari Tentera India, ISA (Indian Space Agency) - Puru Ranganathan (Ajay Shankar) dan Kapten Ambalika Bandyopadhyay dari Intelligence Bureau India. 

Mereka semua menyamar sebagai pihak arkeologi yang menetap sementara di Kubu Pokhran untuk kerja-kerja membaikpulih bangunan bersejarah di sana. Operasi ni bukan senang sebab sentiasa dipantau oleh satelit Amerika yang mampu zoom jam tangan yang dipakai oleh tentera dengan jelas. Mereka cuma ada masa selama 1 jam sahaja pada waktu malam untuk bekerja selama 15 hari tanpa meninggalkan jejak langsung. 

Ashwat cuba elakkan bekerja pada waktu siang sebab keadaan cuaca yang terlampau panas dan risiko untuk kantoi lebih tinggi disebabkan ribut pasir. Tapi disebabkan pergolakan politik secara tiba-tiba yang mungkin akan membatalkan misi tersebut, mereka semua tiada pilihan. Dalam masa yang sama misi mereka dapat dihidu oleh perisik Pakistan dan Amerika. 

Kebanyakan scene untuk watak Ashwat Raina adalah fiksyen untuk build up tension, drama dan nampak lebih entertaining tapi proses pengendalian bom nuclear, beberapa strategi dan gangguan adalah benar-benar berlaku pada masa tu. Berdebar jugak tengok masa saintis dengan askar bekerjasama buat kerja setiap malam sebab masing-masing kena teliti dan berdisiplin. 

‘What we thought was for the nation. What we did is for the nation. And what we got will be for the nation.’ – Ashwat Raina

Bukan setakat dialog yang bagus, lakonan dari barisan pelakon juga cemerlang dalam menjayakan watak mereka . Kesemua pelakon watak utama perlu join acting workshop supaya watak mereka nampak hidup baik dari facial expression ataupun bahasa tubuh. Tambah pula movie Abhishek Sharma di bawah terbitan Zee Studios dan JA Entertainment adalah tribute sebagai mengenang jasa mereka yang terlibat. 

"Parmanu is an ode to the Army and scientists, who although ordinary people, truly accomplished extraordinary feats in the face of adversity to ensure that India finds its due place on the world nuclear map." – John Abraham

Visual nampak realistik dengan khidmat CGI hasil gabungan Aseem Mishra dan Zubin Mistry. Scene bom nuklear meletup di Pokhran tampak jelas disokong dengan background music yang dramatik. Music album dengan sentuhan melodi Rajashtan hasil komposer duo Sachin-Jigar bergerak seiring dengan lirik yang sarat dengan mesej patriotik.

Kalau ikutkan ada 5 bom nuklear yang diuji pada Mei 1998 tapi dalam movie Parmanu cuma 2 bom sahaja iaitu White House dan Taj Mahal. Bukan isu besar untuk fakta pada hari kejadian sebab feel tu tetap sampai. 

Dekat hujung movie ada banyak real life footage dan gambar pada Mei 1998 yang meraikan kejayaan negara India dalam mendeklarasikan sebagai salah satu negara bernuklear. Satu mesej yang jelas kepada negara Amerika, China dan Pakistan untuk tidak memandang enteng ketenteraan dan pertahanan negara India. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, Melissa Rauch, John Ross Bowie, Sara Gilbert, Brian George, Alice Amter, Michael Trucco, Christine Baranski, Brian Thomas Smith

Genre : Sitcom

Running Episodes : 23 episodes

Release Date : 21 September 2009 – 24 May 2010

Production Company : CBS

Distributor : Netflix

Trailer :

 

Penghujung second season untuk The Big Bang Theory arahan Mark Cendrowski di bawah penerbitan house production CBS watak Leonard Hofstadter (Johnny Galecki), Sheldon Cooper (Jim Parsons), Howard Wolowitz (Simon Helberg) dan Raj Koothrapali (Kunal Nayyar) terima tawaran ke Kutub Utara untuk buat eksperimen. 

Balik je dari sana Penny (Kaley Cuoco) nak perbaiki relationship dia dengan Leonard tapi jadi awkward sebab bukan bercinta tapi more to friend with benefits type. Sheldon pula makin rapat dengan Raj dalam episod 4- The Pirate Solution, sebab eksperimen Raj gagal dan kemungkinan besar akan dihantar balik ke India. Sheldon offer Raj bekerja sebagai pembantu dia tapi bekerja dengan Sheldon bukan sesuatu yang mudah. 

Dalam episod 5 - The Creepy Candy Coating Corollary, Howard mula tagih janji Leonard bila diorang pernah bet lepas tengok movie Spiderman 2, siapa yang dapat hot girlfriend akan introduce hot girl kepada kawan dia. So Penny perkenalkan Bernadette (Melissa Rauch), graduate microbiology yang bekerja di Cheseecake Factory kepada Howard. Penny dengan Leonard quite nervous jugak sebab Howard ni bukan sejenis watak yang digemari but it turns out great for both of them. 

Sementara diorang berdua busy dengan double date, Sheldon dengan Raj join card tournament untuk tumpaskan juara bertahan, Wil Wheaton a.k.a musuh utama Sheldon sebab kecewakan dia masa Star Trek convention dulu. Kelakar gila tengok Sheldon kena game masa ni. 

Writer develop lagi watak Sheldon bila dia trauma tengok Penny dengan Leonard bergaduh sebab dia selalu tengok parents dia bergaduh masa kecil. Leonard dengan Penny pulak dalam sedar tak sedar dah layan Sheldon macam anak diorang dah. Kelakar and aww at the same time. 

“Sheldon, please try and understand. Leonard and I are in a relatiosnhip and occasionally we're gonna fight. But no matter what happens, we will always love you.” - Penny

Kita memang dah sedia maklum watak Sheldon tak pernah drive kereta tapi kelakar bila tengok dia terpaksa bawa Penny pergi hospital lepas tergelincir dalam bilik air dalam episod 8 - The Adhesive Duck Deficiency. Stress jugak tengok sebab kalau Penny call ambulance lagi cepat samapai daripada kena dengar Sheldon membebel dan drive. Leonard, Howard dengan Raj pergi camping sebab nak tengok meteor tapi termakan magic cookies, hadiah dari nenek dekat khemah lain. 

Makin rapat dengan Penny tak bermakna Sheldon tak insecure sebab sekarang Penny dah jadi orang penting dalam hidup Leonard so dalam episod 15 - The Large Hadron Collision, Sheldon sakit hati Leonard nak bawa Penny pergi Switzerland tengok Large Hadron Collision walhal Penny bukan tahu pun pasal fizik. 

Lepas dua season tertanya-tanya kenapa elevator blok diorang rosak, baru Leonard bukak cerita apa yang terjadi masa dia baru berpindah masuk ke apartment Sheldon dan kenapa Leonard bertahan dengan perangai Sheldon dalam episod 22 - The Staircase Implementation. 

Season 3 ni I mula attached dengan Sheldon, Leonard, Howard, Raj dan Penny sebab dah makin banyak tahu pasal backstory dan present. Their likes and dislikes even Sheldon berubah banyak sebab Penny tanpa dia sedar. Excited jugak tengok Will Wheaton dengan Stan Lee jadi guest star untuk season ni dan bukan setakat mention nama tapi ada scene bersama dengan Sheldon. 

“When I get around to writing my memoirs, you can expect a very effusive footnote and perhaps a signed copy.” – Dr. Sheldon Cooper

Fun fact, The American Film Institute iktiraf Season 3 The Big Bang Theory sebagai  saalah satu sitcom atau series terbaik pada tahun 2009. Well I totally agree with that! 

Movie Review | Bikeman (2018)

Saturday 27 February 2021


Director : Prueksa Amaruji

Writer : Prueksa Amaruji, Weeravat Chayochaikon

Cast : Pachara “Peach” Chirathivat, Jennifer Kim, Sananthachat Thanapatpisal, Pramote Pathan

Production Company : M Pictures, Workpoint

Distributor : 7HD, True Thai Films, M Channel

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 95 minutes

Release Date : 20 September 2018

Trailer :


Movie dengan genre romantic comedy Thailand di bawah arahan Prueksa Amaruji  ni mengisahkan tentang penipuan Sakkarin (Pachara “Peach” Chirathivat) sebagai seorang graduan universiti yang bekerja dia bank walhal pekerjaan sebenarnya adalah penunggang motorsikal berbayar di bandar Bangkok.

Sakkarin menipu sebab takut nak bagitahu pada mak dia, Suree (Jennifer Kim) yang dia gagal selepas 21 kali apply bekerja di bank. Mendiang ayah dia bekerja di bank dan mampu sara keluarga juga nenek yang sakit. Dia tak nak mak dia kecewa bila tahu dia bekerja sebagai rider sahaja. Berapa sangat lah upah yang dia dapat untuk bantu tanggung semua expenses dalam rumah walaupun dia rajin dan buat yang terbaik untuk customer. 

Satu hari Sakkarin terjumpa crush zaman sekolah rendah si cantik, Jai (Sananthachat Thanapatpisal) yang bekerja di NCB bank. Dia malu untuk dedahkan identiti sebenar tapi akhirnya kantoi juga sebab Jai cam fizikal dia yang tak banyak berubah dari zaman sekolah which kinda absurd since fizikal Sakkarin dalam falshback agak montel.

 Jai tak malu pun nak berkawan rapat dengan Sakkarin sebab dia rasa kerja sebagai rider lagi best dapat tengok banyak tempat. Tak macam dia yang asyik terperuk dalam bank dan selalu dimarahi oleh senior dia, A (Pramote Pathan)merangkap boyfriend sejak sekolah menengah. Impian Jai adalah menjadi seorang pilot tapi sama macam Sakkarin, belum ada rezeki dekat dalam bidang tu lagi. 

Jalan cerita Bikeman ni penuh dengan lawak yang dipaksa dan stretch secara melampau macam scene Sakkarin panik setiap kali berjumpa dengan Uncle Preecha (Kom Chauncheun) padahal takde benda pun. Orang tu baru nak tegur dia dah menggelabah serupa nampak hantu. Dia buat macam tu lagi lah orang syak dia ada rahsia. 

Sama juga dengan scene dia terserempak dengan mak dia dekat traffic light. Beria dia tak nak menyahut panggilan mak dia sebab takut kantoi padahal boleh je ubah suara jadi garau sebab dia dah tutup muka dia dengan kain. Daripada tak expect apa jadi syak ada something yang tak kena. Scene A kantoi curang tu menyampah tengok sebab over satu hal, tak logik pun satu hal jugak. 

Banyak sangat sub plot yang menyimpang dari idea asal sampaikan rasa penat nak tengok sampai habis. Tak semua lah scene kelakar tu tak menjadi dan try hard macam scene A jatuh tangga masa nak kantoikan rahsia Sakkarin tu kelakar. 

Chemistry Peach dengan Sananthachat Thanapatpisal nampak comel dan kalau director olah cerita dengan elemen romantik drama lagi sesuai kot sebab watak Jai banyak deliver dialog dan kata-kata semangat yang banyak membina keyakinan dalam diri Sakkarin. Scene Suree tahu anak dia bekerja sebagai rider pun menyentuh perasaan jugak sebab mesej yang disampaikan oleh si mak tu terasa dekat sangat dengan hati. 

Bila tahu rahsia Sakkarin nak sangat bekerja sebagai banker tu rasa macam hambar jugak lah sebab kalau dah 21 kali cuba tapi tak dapat tu boleh cuba dalam bidang lain jugak kot sebab tak didedahkan pun Sakkarin ni ambil major apa dekat universiti. Tapi dekat Malaysia ni tak semestinya belajar engineering end up kerja sebagai engineer. Boleh je jadi usahawan tudung berjaya macam Nononess jual jenama Tudung Ruffle. 

Visual dengan music score okayish lah untuk movie romantic comedy, sesuai lah dengan penceritaan yang santai untuk tontonan keluarga. 

1. Team Production +0,5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 5.4/10