Movie Review : Mulut Masin

Monday 30 November 2020

Pengarah :  Razaisyam Rashid

Penulis Skrip :  Anwari Ashraf, Zaim Akmal, Shemad Al Jufri, Zulaikha Zakaria, Natasha Azlan

Pelakon : Jay Nazif, As’ad Motawh, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin, Cassia Iman, Farahdhiya, Maria Farida, Lan Pet Pet, Khatijah Tan, Aloy Paradoks, Dee Al-Hadi, Azman Hassan, Bohari Ibrahim dan Amir Ameezan.

Syarikat Produksi :  Alpha 47 Films

Pengedar :  Astro Shaw / Astro First

Genre :  Komedi / Seram

Durasi Tayangan :  70 minit

Tarikh Tayangan : 19 November 2020

Trailer :

Movie Mulut Masin naskhah terbaru dari pengarah Razaisyam Rashid mengisahkan tentang 5 orang sepupu mencari wasiat nenek mereka (Khatijah Tan) yang telah hilang gara-gara Ayu (Cassia Iman) buka kotak pusaka sekaligus melanggar amanah arwah nenek mereka. Sudahnya mereka dilempar garam dan dihantui kelibat nenek. 

Roy (As’ad Motawh) ajak mereka semua ke kubur nenek untuk pastikan sama ada nenek dah bangkit ataupun khayalan semata. Masin mulut Roy bila kubur nenek berlubang semula. Esok pagi Roy cakap dalam tempayan tu ada petunjuk kepada wasiat. Masin lagi! Memang ada petunjuk yang tersimpan elok dalam labu sayong. Sudahnya mereka berlima menjejak kembali wasiat yang hilang berdasarkan petunjuk yang ditinggalkan oleh nenek sebelum parents diorang tahu perkara sebenar. Menangis Boyot (Muzayyin Mahyuddin) kalau tak dapat makan seminggu. 

Movie yang diadun konsep tradisional dan kontemporari ni mengetegahkan warisan seni orang Melayu bila nenek Ramlah suka berpantun 4 kerat. Tambahan pula tulisannya menggunakan tulisan jawi yang dah makin lapuk dek arus kemodenan. Sama seperti iman yang tak dapat diwarisi anak beranak, begitu lah juga Ajib (Jay Nazif) yang tak mampu membaca tulisan jawi. Nasib baik si Azan (Danish Hazriq) pro dengan tulisan jawi dan tinggi ilmu agama. 

Bila melibatkan wasiat dan harta pusaka, tipikal perangai anak-anak suka bergaduh berebutkan harta tanpa peduli langsung keadaan orang tua. Sama juga la yang ditonjolkan oleh watak Pak Long (Lan Pet Pet), Minah (Maria Farida), Angah (Faradhiya) dan juga suami dia (Aloy Paradoks). Tak banyak pun watak diorang buat dalam movie ni selain bergaduh sebab keutamaan diletakkan pada bahu pelakon-pelakon cilik dengan keletah kelakar mereka berlima. 

Tak sangka As’ad Motawh ada bakat berlakon sebab selama ni elakkan untuk layan hasil kerja dia sebab nyanyian dia yang sumbang dan dikecam bertubi. Better kalau As’ad fokus dengan dunia lakonan sebab physical traits dia sesuai sebagai pelakon utama. Rasanya movie ni berlatarbelakangkan Kodiang, Kedah sebab Ajib dengan nenek dia sembang utagha. Scene guard pun mention Usain Bolt Kodiang. Jay memang selesa dengan dialek utagha sebab dia lahir di Penang tapi on and off pada watak lain. 

Lakonan kelima-lima pelakon kanak-kanak  dan remaja nampak tak kekok depan kamera sebab masing-masing memang dah ada pengalaman shooting ads sebelum ni. Chemistry diorang berlima tu nampak cantik walaupun awalnya Roy sejenis poyo tapi makin lama makin nampak perubahan karakter lepas banyak masa diluangkan bersama. Pengarah Razaisyam Rashid bagitahu yang dia kena train pelakon kanak-kanak ni selama 10 hari sebelum start shooting. Worth the effort!

Kelemahan movie ni pada penceritaan yang tak dikembangkan sehabis baik dan durasi yang singkat selama 70 minit sahaja walhal boleh letak banyak lagi scene komedi  dan panjangkan plot masa sebab mereka semua stay sampai Hari Raya. Mungkin boleh ditambah scene flashback kisah anak-beranak Ramlah supaya bertambah deep scene emosi di hujung cerita. Scene seram pun tak banyak sangat. Mungkin sebab taknak pelakon-pelakon utama cuak agaknya. Tapi boleh je kacau pelakon sampingan kan?

Prop yang menghidupkan suasana kampung orang Melayu dari Aminah Mohammad dan music score dari Aliff Ashraf antara adunan yang sesuai dengan konsep dan tema movie Mulut Masin. Sesuai sebagai tontonan keluarga kerana sarat dengan mesej kekeluargaan. Boleh tengok di Astro First dengan harga RM15. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

Ternampak tweet minta pendapat sama ada landed house ataupun high rise yang lebih sesuai dijadikan kediaman ideal? Memandangkan I pernah tinggal dalam dua-dua jenis rumah, so entry ni nak berkongsi pengalaman dan juga kelebihan atau kekurangan dua jenis rumah ni. 

Kalau zaman dulu memang suka sangat dengan landed house sebab kita ada tanah dan laman kita sendiri tapi disebabkan populasi yang makin bertambah dengan harga tanah yang makin mahal, kebanyakan rumah yang available dan mampu milik adalah high rise. 

Tapi tak jadi masalah pun kan kalau dapat buat pinjaman ataupun rumah di bawah skim kerajaan pun dah disediakan jenis landed. 

LANDED HOUSE

Landed house terdiri daripada rumah teres setingkat, teres dua tingkat, teres tiga tingkat, banglo, semi-D, kluster atau linked, townhouse, villa dan sebagainya.

Kelebihan Landed House

1. Ada Laman Depan, Belakang Atau Sisi

Bila ada laman ni boleh guna untuk bercucuk tanam macam my mom boleh tanam banyak sayur atau pokok bunga dekat laman dia. Dah boleh jimat sikit perbelanjaan barang dapur. Kadang dia bersedekah dekat kawan-kawan atau jiran-jiran dia. Ada yang ubahsuai laman sebagai tempat istirehat atau buat pool. 

2. Bebas Untuk Ubahsuai

Kalau nak ubahsuai ikut selera sendiri tak ada masalah pun asalkan dapat kelulusan dari majlis bandaraya. Nak tambah tingkat atas ataupun nak besarkan ruang dapur dengan ruang tamu. Tak perlu nak minta kebenaran JMB dan ikut waktu yang ditetapkan. 

3. Senang Nak Angkut Barang

Kalau rumah landed ni beli furniture atau barang banyak tak aka nada masalah sebab park depan rumah terus boleh bawa masuk dah. 

4. Kereta

Senang nak park satu hal, nak cuci kereta pun mudah sangat sebab ada pili air dekat bahagian depan. Every weekend pun boleh cuci kalau rajin. Keselamatan kereta pun terjaga sebab di dalam kawasan rumah. Tak lah risau kereta kena curi ataupun spare part hilang dicuri orang. 

5. Binatang Peliharaan

Sesuai sangat bela binatang peliharaan seperti kucing, burung, ikan atau anjing sebab ruang yang selesa dan bebas bergerak sama ada indoor ataupun outdoor. 

Keburukan Landed House

1. Senang Diceroboh Oleh Binatang 

Dekat rumah mak memang senang sangat binatang nak masuk ikut lubang tandas ataupun bertenggek di pagar. Pernah je ular tedung masuk rumah ataupun kala jengking ada dekat sofa. Lipan masuk dari saliran air ataupun tikus di bahagian dapur. 

2. Tahap Keselamatan Rendah

Kalau duduk dalam satu taman perumahan agak susah nak kawal sebab ada banyak rumah perlu dijaga melainkan ada guard ataupun rukun tetangga tapi rumah mak dah pernah kena ceroboh masuk. Esok pagi bangun tengok tayar motor dah hilang satu. Nasib baik tak masuk merompak rumah. 

3. Parking Terhad

Setiap rumah dah disediakan laman untuk park kereta tapi kalau satu family ada dua tiga buah kereta akan muncul masalah sebab tak ada extra parking. Belum campur lagi perangai jiran yang suka park kereta depan rumah kita. Dah tegur banyak kali pun tetap degil. 

4. Kos Penyelenggaraan

Bila ada tanah sendiri kena jaga sendiri lah. Bila rumput dah panjang kena upah orang potong, selenggara longkang depan dan belakang rumah ataupun bersihkan tangki air. 

High Rise House

High rise terdiri dari rumah pangsa, apartmen, service apartment, kondominium dan lain-lain

Kelebihan High Rise

1. View Cantik

Makin tinggi apartment tu, makin cantik lah permandangan. Tapi depends jugak dengan lokasi yang dipilih. Macam rumah I sekarang memang dah lama cari apartment ada nature view sebagai treatment bila kepala dah stress dengan kerja. Sejuk pulak tu, tak perlukan aircond dah. Ada yang dapat beach view, boleh tengok sunrise dan sunset. Musim perayaan boleh nampak fireworks. 

2. Keselamatan Tip-Top

Tak payah nak risau ada stranger atau kes pecah rumah sebab kawalan ketat dengan pintu masuk yang terhad. Nak masuk pun kena ada sticker. Rumah sebelum ni ada access card dan CCTV dalam lif atau kawasan parking. Binatang pun takkan ceroboh masuk sebab tinggi. Kes ketukan misteri di Sabak Bernam tu pun tak wujud hehe

3. Lengkap Dengan Kemudahan

Kebanyakan high rise akan dilengkapi dengan kemudahan gym, kolam renang, court, taman permainan, kedai serbaneka ataupun dewan serbaguna. Makin tinggi harga high rise, makin banyak kemudahan yang developer offer. 

4. Surrounding Terjaga

High rise selalunya akan dijaga oleh pihak JMB maka tak wujud lah masalah lori sampah tak datang kutip sampah ataupun fasiliti rosak sebab setiap bulan akan bayar maintenance fees. Buat aduan untuk sebarang kerosakan, nanti akan dibaiki. Kalau ada perangai park merata, buat aduan je terus kena clamp.

Keburukan High Rise

1. Terhad

Macam mana beli, macam tu la sampai bila-bila sebab struktur yang tak boleh berubah. Melainkan renovation kecil ataupun tak melibatkan sistem elektrikal ataupun paip. Trend sekarang bila developer yang tentukan lokasi air-cond ataupun piring Astro. Tak boleh letak sembarangan. Nak tanam pokok pun kena cari yang indoor sebab matahari tak kena sangat dekat kawasan beranda. 

2. Saiz Kecil

Saiz high rise pun kecil bergantung kepada jenis high rise. Kalau rumah pangsa 600sqft sahaja. Kalau keluarga besar memang tak sesuai sangat bila kena berhimpit dan tiada privasi. 

3. Penat Angkut Barang

Rumah sekarang ni tak ada lif so kalau nak beli barang tu memang kena cari mood dan timing yang cun. Kalau tengah sakit ataupun penat memang hilang mood nak panjat rumah atau keluar rumah. Lagi haru bila tertinggal barang dalam kereta ataupun terlupa tutup air dalam bilik air. 

4. Keselamatan Kereta

Masalah bila park dekat bawah sebab kereta akan bercalar sebab budak-budak suka main dekat kawasan parking. Kucing pun suka tidur dekat bumbung kereta. Pernah jadi kes bila tikus gigit wayar kereta. Dah kena keluar extra cost untuk perkara macam ni. 

Kelebihan dan keburukan ni bergantung juga pada jenis rumah sebab kalau beli rumah banglo ataupun villa tak muncul masalah bising dan kerenah jiran yang degil. Landed ataupun high rise rasanya dua-dua bising sebab attached dengan rumah orang lain. 

Kalau duduk rumah flat memang terganggu sebab kawasan yang sesak dan padat. Balik kerja dah penat tapi tak boleh nak tidur sebab anak-anak jiran main lumba lari dekat kawasan koridor. Bila dah pindah ke apartment tanpa lif, tak ada lah masalah tu. 

Best advice, cari rumah ikut lifestyle kita macam mana. Dekat situ baru boleh jumpa kelebihan dan adapt dengan keburukan jenis rumah. 

Movie Review : Bikin Filem

Sunday 29 November 2020

Pengarah :  M. Hilter Zami (Latiff Zami)

Penulis Skrip :  M. Hilter Zami (Latiff Zami)

Pelakon :   Sherry Alhadad, Azhan Rani, Sharifah Sakinah, Ammerul Affendi, Azrel Ismail, Ucop, Azhar Sulaiman, Mark Adam, Scha Al-Yahya,  Zain Hamid, Erra Fazira, Roy Azman, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, Syasya Saidin

Genre :  Komedi

Durasi Tayangan :  65 minit

Tarikh Tayangan : 5 November 2020

Syarikat Produksi :  Empire Filem Solution

Pengedar :  Astro Shaw

Trailer :

Sesuai dengan tajuk movie, Bikin Filem ni mengisahkan tentang perjalanan team production di bawah kelolaan Penerbit Khaty (Sherry Alhadad) dan Pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk menyiapkan movie genre aksi yang berjudul Dendam. Duit pembikinan tu Khaty dapat hasil pampasan bercerai dengan Dato’ Ngah Harun bila Datin Azizah (Erra Fazira) taknak lagi berkongsi suami.

Khaty lantik mak andam dia, Nana (Ucop) sebagai penerbit eksekutif dan in charge bahagian make-up semua cast. Pelakon utama pula disandang oleh Ijam Min (Azrel Ismail) merangkap anak ikan dia dan kerana followers dia di Instagram ramai, likes pun tinggi. Heroin pula kebetulan je Zarina (Scha Al-Yahya) termasuk dalam kawasan shooting. Walaupun tak pandai berlakon, Rahim G nak cast dia sebab dia cantik. Sindiran padu dari pengarah dan penulis M. Hilter Zami tentang industri perfileman sekarang. Idea movie ni juga terhasil dari pengalaman dia setelah bekerja di belakang tabir sejak umur dia 16 tahun lagi. No wonder semua scene nampak real. 

Since movie ni penuh dengan pelakon-pelakon yang biasa dan selesa dalam watak komedi, tak jadi masalah pun untuk masing-masing deliver karakter yang dilakonkan dan menyerlah dengan dialog yang kelakar. Dialogue delivery pun jelas. Scene Mek Kid (Mark Adam), tukang buat air perli Ijam tu even tengok banyak kali pun tetap kelakar. Setepek je dia bagi. Gelagat pengarah yang nak tukar jalan cerita sebab tiba-tiba dapat ilham. 

'Berat jugak tanggungjawab jadi pengarah ni.' - Along (Penolong Pengarah)

Scene kalut bila team props (Azhar Sulaiman) lupa nak siapkan material, production manager (Sharifah Sakinah) kena layan kerenah pelakon kekwat ataupun handle masalah yang muncul dekat set. Scene dia bawak bomoh datang set untuk tolak hujan sebab shooting terpaksa delay bila cuaca buruk sampai 3 hari. Dah tengah shoot tiba-tiba kena pack up sebab hujan lebat. Habis rosak semua props. Banyak lagi lah scene kelakar masa shooting ni. Sayangnya movie ni terlampau singkat cuma 65 minit sahaja sedangkan banyak lagi scene yang boleh dikembangkan. 

'Semua filem ialah karya agung! Gabungan kepakaran dari semua surut yang diperlukan untuk melahirkan sesebuah filem adalah penyebabnya' - Rahim G

Kudos to Raja Mukhriz and his team sebab shot yang diambil semuanya cantik. Dia tahu angle mana yang sesuai untuk tambah mood dan impak pada karakter watak bila pelakon perlu guna facial expression atau body gesture semata. Cuma scene Khaty bergaduh dengan Dato’ Ngah dalam panggung tu patut diambil dari sudut lain sebab bila movie dekat belakang kena blur, nampak tak cantik shot Khaty. Scene gangster dalam kereta pun ada part yang nampak visual effects dia tapi yang tu boleh tutup mata je lah. Music score pun nice. 

Rasanya goof dalam movie ni bila dalam tayangan perdana Dendam tu ada watak si botak padahal dia dah kena head shot dekat dalam kereta. Ataupun cerita dah bertukar sebab watak Zarina ditambah? Scene Khaty dengan Rahim sedih dan anggap ujian tu datang sebab maksiat pun macam tak perlu sebab industry negara lain lagi banyak maksiatnya, elok je movie boleh keluar. Silap sendiri bawa cash banyak dengan pintu kereta manual macam tu. 

Anyway movie ni dah siap lama dah around 2010 sebab pengarah kata dia peram sampai 10 tahun sebab tak ada penerbit yang berani ambil movie ni. Walaupun lambat tapi terima kasih Empire Film Solution sebab angkat karya tempatan ni.  Kudos to Astro Shaw sebab suka terbitkan filem dengan skrip yang bagus dan mutu lakonan juga kualiti teknik perfileman yang mantap untuk penonton. Hopefully M. Hilter Zami boleh bekerjasama lagi dengan penerbit yang sama untuk movie akan datang. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10