Movie Review : Virus (2019)

Monday 23 November 2020


Director : Aashiq Abu

Writer : Muhsin Parari, Sharfu, Suhas

Cast : Kunchacko Boban, Tovino Thomas, Parvathy Thiruvothu, Asif Ali, Rahman, Soubin Shahir, Indrajith Sukumaran, Revathi, Rima Kallingal, Madonna Sebastian, Sreenath Bhasi, Zakariya Mohammed

Production Company : OPM Cinemas

Distributor : OPM Cinemas

Genre : Medical / Drama 

Running Time : 152 minutes

Release Date : 7 June 2019

Trailer :

Diadaptasikan dari kisah benar yang berlaku di Kerala, India Selatan bila virus Nipah merebak di Government Medical College, Kozhikode. Bermula dari pesakit yang bernama Zakariya (Zakariya Mohammed) yang dibawa dari Baby Hospital dan dipindahkan ke GMC. Nurse Akhila (Rima Kallingal) yang merawat turut dipindahkan ke GMC selepas mendapat symptom yang sama – demam, tekanan darah tinggi, susah bernafas dan muntah. 

Disebabkan Zakariya, terciptanya satu kluster di GMC dan pakar virus sahkan virus tersebut virus Nipah berdasarkan symptom sedia ada. Menteri Kesihatan, C K Prameela (Revathi) bersama team dia menyiasat punca virus Nipah di dua kawasan tersebut. Dalam masa yang sama pelbagai jenis kontroversi dan khabar angin wujud antaranya ialah virus yang merebak mungkin disebarkan oleh kumpulan pengganas gara-gara datang dari Zakariya, seorang Muslim. 

C K Prameela call Dr. Annu (Parvathy Thiruvothu) untuk tugas undercover dan siasat latar belakang semua pesakit yang terlibat dalam kluster Zakariya. Dalam masa yang sama, Paul (Tovino Thomas) cuba untuk kawal keadaan di GMC supaya pekerja tak panik di saat genting. 

Bagus bila pengarah movie Malayalam, Aashiq Abu buat movie berdasarkan kisah benar untuk beri penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat tapi sayang lah kalau penceritaan tak disampaikan dengan baik. Sepanjang 152 minit tengok movie Virus ni agak pening dengan semua konflik yang wujud dari awal sampai misteri terbongkar. Tiba-tiba je flashback muncul tanpa berkait dengan plot utama ataupun naratif. Nampak kreatif lah kalau watak dan sub-plot tak banyak. Bila baca kes sebenar baru faham apa yang terjadi dan siapa watak-watak berkenaan. 

Kudos to Rajeev Ravi dengan visual yang menarik untuk hidupkan senario sebenar di wad kecemasan baik zon hijau, kuning atau merah. CPR, injection, stiches, darah, kemalangan, kematian dan banyak lagi yang dipaparkan secara close-up untuk gambarkan betapa pentingnya sumbangan seorang doktor. Visual effects dengan teknologi dalam scene team Kementerian Kesihatan berbincang tentang data yang dikumpul pun nampak smart. 

Kalau yang tak familiar dengan virus Nipah mungkin tak faham tentang cara virus ni merebak sebab doktor dekat GMC ataupun doktor yang terlibat pakai PPE atau surgical mask ikut suka je. Ada scene Dr. Annu buka mask N95 dia sebab taknak pesakit cuak padahal result test dia belum keluar lagi. Dalam situasi pandemic macam tu, macam tak perlu je nak berdrama. 

Dalam movie Virus ni ada diceritakan asal-usul virus Nipah yang datang dari Malaysia pada tahun 1999 berpunca dari kelawar buah dan babi. Sejarah ni diterangkan bila ada keluarga mangsa yang nak kebumikan ikut cara Islam so team Kementerian berbincang hal SOP. Antara scene yang dijelaskan dan ditayangkan dengan cantik bila melibatkan isu sensitif. 

Walaupun movie ni sarat dengan watak tapi masing-masing ada cerita masing-masing yang penting dibawa masuk supaya nampak drama bertemakan pandemik ni. Sedih bila tengok scene mak Zakariya tak sanggup nak jumpa orang dari Kementerian yang siasat tentang punca virus Nipah sebab dia tak nak orang kampung cerca anak dia pembawa musibah. 

Hakikat yang terpaksa kita telan bila berlawan dengan pandemik. Even segelintir frontliners kita pun dicemuh oleh orang biasa sebab dituduh pembawa virus apatah lagi yang terkena virus covid-19 ataupun virus berjangkit yang lain. Kudos to Virus team yang mengangkat tema pandemik dari kisah benar, hopefully akan datang lebih banyak lagi movie macam ni. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 8.3/10

Star Metal Shelf, Mr. DIY

Semalam pergi DIY nak cari pasu tapi terbeli pulak metal shelf berbentuk bintang ni. I mean, siapa je kuat iman masuk DIY beli satu barang, keluar pun tetap satu barang kan? Dekat kaunter pun penuh dengan barang. Dekat rumah ada bateri, tetibe terbeli jugak bateri pfftt


Metal shelf bentuk bintang ni harga RM13.90 je. Berbaloi lah dengan saiz dia yang besar tapak tangan je. Saja je beli sebab mengada satu hal, nak tambah shelf dekat dinding satu hal sebab makin banyak pulak barang dekat main shelf dalam bilik. 

Lagipun kalau metal shelf ni kuat, nak beli lagi nanti nak letak benda lain pulak. Sekarang ni kena gantung je barang-barang sebab Bella suka buat sepah. Penat jugak nak mengemas benda yang sama. Nak suruh dia kemas sampai kiamat tak settle. 


Metal shelf ni tak disediakan hook so pepandai la beli sendiri. I guna hook yang ada 4 paku dekat kepala tu sebab kuat. Kalau hook sticky tu alamatnya sejam kemudian dah roboh la shelf ni. Sebab metal shelf ni kecil je so kita letak koleksi perfume je lah dekat shelf ni. 

Nak letak pasu bunga pun dah habis dah. Kena tunggu la English Ivy membiak dengan jayanya. Kalau ada yang nak beli metal shelf Mr. DIY ni, so macam ni je lah keadaan dia, sesuai dengan harga I must say. 

Tak sangka langsung random tweet boleh dapat hadiah penghargaan dari Nescafe. Lama jugak la tunggu lepas Nescafe minta isi borang supaya dia boleh hantar parcel ke alamat surat-menyurat. Masa tu dah down dah sebab ingatkan kena game je rupanya memang betul lah Nescafe hantar hadiah! 


Dalam box kecil ni ada sebiji signature mug Nescafe, satu ziplock berbentuk mug dan 3 sachet Nescafe berbeza perisa - Dark Roast, Caramel dan White Coffee. 



Dalam box tu ada satu kad ucapan penghargaan sebab setia dengan Nescafe. Bila tengok balik dekat Twitter, banyak rupanya tweet pasal Nescafe sejak tahun 2010 lagi. Tahun 2009 baru buat Twitter kan so tak faham lagi algorithm Twitter macam mana hehe



Tak sangka betul dulu bukannya suka sangat minum kopi. Masa kecik dulu mak suka bancuh kopi hitam tapi tak nak minum sebab takut kulit jadi hitam. Zaman 90-an dulu bila berkulit gelap confirm kena bahan. Kicap pun tak makan tau. 

Bila masuk zaman study baru mula berjinak dengan kopi sebab sedap itupun tak boleh minum selalu sebab dehydrated then demam. Baru sekarang jatuh cinta kaw kaw dengan kopi, minum hari-hari pun no hal. Fav sekarang haruslah Milk Tea Latte Nescafe. Hopefully Nescafe akan keluarkan pula Cham sebab gabungan teh dengan kopi mewujudkan sensasi rasa padu. Gittewww

Anyway, thanks Nescafe! Love you 3000, to the moon and back!