Movie Review : Serious Men (2020)

Sunday 4 October 2020


Director : Sudhir Mishra
Writer : Bhavesh Mandalia, Abhijeet Khuman, Niren Bhatt, Nikhil Nair
Cast : Nawazuddin Siddiqui, Indira Tiwari, Yogesh Yadav, Nassar, Aakshath Das, Sanjay Narvekar, Shweta Basu Prasad
Production Company : Bombay Fables, Cineraas Entertainment
Distributor : Netflix
Genre : Drama / Comedy
Running Time : 114 minutes
Release Date : 2 October 2020
Trailer :


Movie yang diadaptasikan dari novel Serious Men karya Manu Joseph yang diterbitkan pada tahun 20101 ni mengisahkan tentang usaha seorang ayah dari kasta rendah, Ayyan Mani (Nawazuddin Siddiqui) dalam memastikan anak dia akan dapat pendidikan based on merits dan bukannya sebab kasta.

Di India, kasta mempengaruhi banyak perkara dalam kehidupan rakyat. Baik dari segi layanan mahupun sistem pendidikan serta taraf kehidupan. Rajin macam mana pun, kalau datang dari kasta rendah tetap akan bekerja sebagai kerani dan hidup di slum area.


Ayyan yang bekerja sebagai personal assistant kepada saintis Dr. Arvind Acharya (Nassar) yang mengkaji tentang stratosphere di National Institute of Fundamental Research di Mumbai, gunakan segala pengalaman dan ilmu Sains juga Matematik untuk anak dia, Adi (Aakshath Das) untuk nampak genius di mata orang lain serta media. Hakikatnya Adi kena hafal semua formula dan ayat yang diberikan oleh ayah dia sahaja sebab Adi dilahirkan slow learner dan cacat pendengaran. 

‘I cannot deal with primitive minds like you!’ - Adi

Plan bijak ni awalnya nampak gah dan Adi disanjung oleh penduduk di situ sehinggakan ada menteri anak beranak Keshav (Sanjay Narvekar) dan Anuja Dhavre (Shweta Basu Prasad) yang gunakan Adi sebagai muka dalam kempen mereka. Tapi lama-kelamaan Adi mula penat dan sedih sebab tak dapat spend childhood time dia untuk bermain dengan orang lain. Malah diperli oleh rakan sekelas dan jiran-jiran yang suka bertanya tentang soalan-soalan Sains dan Math. 

Watak Ayyan Mani mungkin relatable dengan my Asian dad yang enjoy their life as second generation yang dapat pendidikan dan kerja just enough untuk sara keluarga. Tapi watak Adi represents my life and 90s kids sebab kita lah yang akan fikir tentang sains, matematik, teknologi dan persoalan-persoalan yang lebih besar dalam hidup. Persaingan kita lebih sengit dari second generation atau 2G supaya 4G akan hidup selesa. With covid-19, everything made life just like hell.


But fret not, dalam movie ni watak Adi belum besar lagi dan covid-19 pun belum muncul lagi. Team production dan novelis paparkan kehidupan dan survival 2G terhadap 3G. Bukan sahaja tentang kehidupan mengenai kasta sahaja yang dikritik dalam movie ni tapi sistem pendidikan yang dinilai berdasarkan kasta sedangkan pendidikan itu asas kepada semua manusia. 

Bukan setakat plot yang sharp tapi dialog juga antara kekuatan utama movie Serious Men yang dikarang oleh  4 orang penulis skrip. Lakonan Nawazuddin sebagai Ayyan tampak meyakinkan dengan lingo dan kemarahan dia sebagai a small molecule of society. Sama juga seperti Aakshath Das yang buat kita percaya dia mempunyai anugerah Tuhan sampai you sense something is wrong.


Sayangnya watak Oja Mani (Indira Tiwari) sebagai isteri dan si ibu tak lah diberikan perhatian sangat. Personally, I think Mukesh Chabra boleh cari someone yang presentable visually. Music score Karel Antonin pun bagus bila cuma ada satu lagu dengan lirik
“The umbrella of night has so many holes. Who poured acid on it...is an unsolved mystery.” 
Ayyan tak tahu apa maksud lirik tu dan tak faham sikit pun tentang lagu tu tapi lagu ni akan muncul dalam tiga keadaan dalam hidup dia bila dia adalah nobody, kemudian somebody dan jadi nobody balik kerana sifat tamak dia.


I love the ending bila director paparkan yang semua manusia akan manipulate system untuk hidup lebih senang. Kalau Dr. Acharya adalah Serious Men dari perspektif Ayyan, label yang sama digunapakai kepada Ayyan dari perspektif Oja dan Adi. Sama juga dengan nun dan menteri. Atau mungkin slow people yang digambarkan oleh Ayyan dalam dunia ni. 

‘If you understood, you will be me’ – Serious Men

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review : Khaali Peeli


Director : Maqbool Khan
Writer : Yash Kesarwani, Sima Agarwal
Cast : Ishaan Khatter, Ananya Panday, Jaideep Ahlawat, Zakir Hussain, Swanand Kirkire, Anup Soni, Satish Kaushik, Suyash Tilak, Vedant Desai, Deshna Duggad, Ashish Varang
Production Company : Zee Studios, Offside Entertainment
Distributor : Zee Plex, ZEE5
Genre : Masala / Action
Running Time : 113 minutes
Release Date : 2 October 2020
Trailer :


Vijay Chauhan a.k.a Blackie (Ishaan Khatter) dari kecil lagi dah bercita-cita nak jadi seperti Yusuf Khan a.k.a Chikna! (Jaideep Ahlawat) bila kerja haram lebih mudah dapat duit dan kuasa sementara ayah dia (Anup Soni) dah larang supaya hidup dengan cara yang baik. Blackie tinggalkan ayah dia dan hidup dengan Yusuf di Mumbai lepas kantoi masa nak mencuri di kedai barang kemas.


Yusuf pula jalankan perniagaan haram bila dia culik budak perempuan untuk dilacurkan dan illegal business yang lain dibantu oleh Aunty. Ramai kanak-kanak lelaki di rumah dia dilatih supaya buat kerja-kerja haram. Blackie pula diarahkan untuk menjadi ulat tiket di panggung wayang. Di situ la dia berjumpa dengan Red Riding Hood tapi malangnya, Yusuf dah warning supaya jauhkan diri sebab RRD dah kena ‘book’ dengan pedofilia. 


Tapi sebab dia langgar arahan Yusuf, Blackie dipaksa untuk bunuh RRD. Kerana sayang, dia gagal petik picu pistol. Lagipun dia baru berumur 11 tahun masa tu. Sejak hari tu, dia tinggalkan Yusuf dan bekerja sendiri kemudian jadi pemandu teksi 10 tahun kemudiannya. Beberapa jam sebelum dia bertemu dengan Pooja Gunjjar (Ananya Panday), dia diserang dengan pemandu teksi yang lain dan tak sengaja tertikam perut ketua pemandu teksi (Ashish Varang).


Sudahnya Blackie dan Pooja sama-sama jadi buruan pihak polis bila kantoi Pooja larikan duit tauke kedai emas, kawan (Swanand Kirkire) kepada Yusuf Khan. Lagi huru-hara bila Pooja ugut nak cederakan Inspector Tawde (Zakir Hussain). Macam mana Blackie dengan Pooja nak selamatkan diri dari Yusuf Khan dan polis, kena tengok sendiri la movie ni.

 Sebelum ni Ananya Panday cuma jadi watak ketiga dalam movie Student Of The Year 2 dan juga Pati Patni Aur Who tapi kali ni dalam Khaali Peeli dia dapat jadi heroin utama dan screentime lebih banyak and she did great with some tricks and action stunt of her own. Chemistry dia dengan Ishaan okayish and for some scenes nampak awkward. Sayangnya pelakon kanak-kanak Vedant Desai dan Deshna Duggad  lagi comel and convincing enough with their world.


Since movie Khaali Peeli ni genre masala, so plot dia tak lah berat sangat dan second half agak predictable. It just a light entertainment. Not bad lah sebab Bollywood dah lama tak release movie genre masala. Dah jelak dengan genre biopic. Director Maqbool Khan bijak bermain dengan latar masa bila flashback dan present bersilih ganti dengan visual effect yang menarik. Slo-mo moments are the best and in great timing.


Tapi sayangnya music album Khaali Peeli tak best. Duniya Sharma Jayegi je la kot yang not bad. Layan ‘Duniya Sharma Jaayegi’ dengan ‘Tehas Nehas’ sebab nak tengok dancing skill Ishaan je since choreography untuk semua lagu direka cantik. Teringat abang dia, Shahid Kapoor masa muda dulu.

Maqbool Khan did his best as director tapi skrip dari Yash Kesarwani dan Sima Agarwal tak membantu sangat terutama pada second half. Tak ada plot twist gempak pun untuk selamatkan cerita. Sayang sangat sebab movie ni boleh jadi lebih bagus. Not sure disebabkan covid-19 ataupun disebabkan budget yang rendah. Either way, movie ni mungkin sesuai untuk certain audience or maybe not. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 6/10

Movie Review : Office Uprising (2018)


Director : Lin Oeding
Writer : Peter Gamble Robinson, Ian Shorr
Cast : Brenton Thwaites, Jane Levy, Karan Soni, Kurt Fuller, Alan Ritchson, Gregg Henry, Ian Harding, Zachary Levi
Production Company : Mind the Gap Productions, Rumble Riot Pictures
Distributor : Sony Crackle
Genre : Action / Comedy  / Horror
Running Time : minutes
Release Date : July 19, 2018
Trailer :


Sebelum ni pernah nampak Kak Sha update pasal movie genre komedi yang bertemakan zombie ni. Bila dah jumpa memang rasa nak tengok lah sebab hero dia handsome. Desmond (Brenton Thwaites) bekerja sebagai akauntan di AmmoTech – company terbesar yang jual senjata di US. Kegawatan ekonomi masa tu buatkan semua pekerja dalam syarikat resah tunggu masa je nak kena buang sebab AmmoTech akan bergabung dengan syarikat lain. 

Tapi Desmond chill je sebab dia bekerja dekat situ pun sebab kawan baik dia, Samantha (Jane Levy). Kena marah dengan Adam Nusbaum (Zachary Levi) pun dia okay je. Hari dia mungkin busy dengan kerja akauntan bila dia kena check department apa yang minta approval untuk order bahan ataupun busy dengan game rekaan dia. Explanation the higher the floor of the office you work on, dictates how big a “douchebag” you are tu bang on!


Petang tu ada sesi motivasi dari CEO Grantt tapi disebabkan Desmond kena balik awal untuk siapkan report, dia tak tahu pun yang semua pekerja dekat situ dah jadi gila gara-gara energy drink – Zolt. Esoknya dia datang office macam biasa tapi tak sedar yang office dah penuh dengan mayat yang dibunuh secara kejam. 

Asalnya energy drink Zolt tu untuk askar supaya kuat masa perang tapi nerd dekat R&D department sengaja nak test dekat pekerja lain. Sudahnya bagi ancaman dekat syarikat. Perkara pertama Desmond buat haruslah cari Samantha tapi dia dah terlambat sebab Samantha dah minum sikit. Walaupun minum sikit tapi kesan dia tetap teruk. Sampai muntah hijau baq hanggggg


Plot dia simple je, Desmond dan kawan-kawan dia perlu keluar dari Ammotech tapi malangnya tak lah semudah yang disangka sebab beberapa department dalam office memang penuh dengan pekerja yang stress. Makin stress, makin kuat la kesan sampingan Zolt tu. Perfect depiction untuk suasana di office. Sales department memang aggressive. Human Resources penuh dengan pekerja perempuan so most of them kena tikam dekat belakang hshshs


Dari awal sampai habis memang movie ni kelakar dan bukan jenis slapstick comedy. For adults, we can relate so much sebab komedi dia berasaskan working culture and office politics. Ada juga beberapa scene yang diorang perli undang-undang di US. Anyway, scene Desmond nak order pizza tapi kena go through unit pemantauan panggilan telefon tu kelakar. 

Brenton bukan setakat admirable with his handsome face tapi lakonan dia pun mantap. He has great comic timing and can threw some punch too.  And the fact Mourad Haryana (Karan Soni) is alive till the end is wow. Dah la watak dia berasal dari Jakarta which hardly ever mentioned in Hollywood movie. Dia puasa pulak tu! Nothing much for Jane Levy though.


Office Uprising ni agak ngeri lah so memang tak sesuai kalau yang jenis lemah semangat sebab dia bukan zombie gigit orang makan otak tapi extreme jugak lah. Bunuh dengan pencil, pancung kepala dengan tin, bunuh dengan kapak, potong tangan bagai and the list goes on…

Lepas tengok movie ni boleh buat kesimpulan jangan lah minum energy drink sembarangan. Plus kalau tak perlu jangan minum pun. It’s not healthy lah rely on energy drinks too much untuk jadi produktif. Another subtle and cliché hint, you are always replaceable.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 9/10