Movie Review : Bang Bang (2014)

Thursday 3 September 2020


Director : Siddharth Anand
Writer : Siddharth Anand, Abbas Tyrewala, 
Cast : Hrithik Roshan, Katrina Kaif, Danny Denzongpa, Javed Jaffrey, Jimmy Sheirgill
Production Company : Fox Star Studios
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Action / Romantic / Comedy
Running Time : 156 minutes
Release Date : 2 October 2014
Trailer :


Tak tahu lah dah berapa kali ulang movie ni sebab jalan cerita dia entertaining for action rom-com tambah pula bila ada Katrina Kaif sebagai heroin! Chemistry dia dengan Hrithik Roshan the best. Kira dream comes true lah bila tak puas tengok jodi ni dalam movie Zindagi Na Milegi Dobara bila Katrina Kaif cuma supporting actress je dan movie tu multi-starrer. 

Bang Bang merupakan remake dari movie Hollywood – Knight And Day tahun 2010. I tengok dua-dua movie and I suka dua-dua movie tapi I lagi suka Bang Bang la sebab dah digubah ikut selera Bollywood dengan music album hebat karya duo Vishal-Shekhar dan diterbitkan di bawah Zee Music Company. Semua soundtrack best dengan koreografi dari Bosco-Caesar. Bukan setakat chemistry dalam lakonan je bahkan Hrithik dengan Katrina sizzling as dance partner as well!


Jalan cerita movie Bang Bang ni tak lah logik sangat bila Most Wanted Criminal In India, Omar Zafar (Danny Denzongpa) berjaya bunuh Kolonel  Viren Nanda (Jimmy Sheirgill) di penjara dengan maximum security di London. Kalau dekat Mumbai, India boleh percaya lah sebab polis boleh kena rasuah dengan mudah je. I mean, look at Dawood Ibrahim, the actual most wanted criminal in India. 


Fast forward to some years later, Rajveer (Hrithik Roshan) diburu oleh polis dan juga anak buah Hamid Gul (Javed Jaffrey), orang kanan Omar Zafar sebab dia berjaya curi berlian paling bernilai iaitu Kohinoor. Rajveer pergi ke Shimla dan terjumpa dengan Harleen Sahani (Katrina Kaif) yang kebetulan tengah menunggu blind date dia, Vickie. 

Dari situ bermula lah pengembaraan aksi antara mereka berdua dari Shimla ke Greece dan Prague sebab mereka yang memburu tak tahu yang Harleen tak tahu pun tentang Rajveer dan Kohinoor tapi disebabkan mereka dah nampak Harleen bersama dengan Rajveer so diorang assume yang Harleen tahu. 


Kekuatan movie ni bukan lah pada jalan cerita tapi kelebihan pengarah Siddharth Anand ni bila dia lebih suka fokus kepada visual dan shot angle dengan kecantikan VFX. Since Bang Bang projek movie pertama berskala besar dari segi bajet mahupun screenplay, boleh nampak ada kelemahan pada beberapa scenes tapi tak lah ketara sangat. Tapi bila compare dengan WAR, ketara benar perubahan positif dari Siddharth Anand. 








Tak pasti Bang Bang 2 akan wujud ataupun tidak sebab Siddharth Anand tengah busy dengan movie Rambo sekarang ni dan WAR 2 tengah siapkan skrip tapi nak sangatttt Hrithik-Kat berlakon dalam action lagi under Siddharth Anand sebab dia bagi peluang untuk heroin menyerlah dan bukan setakat jadi cantik je. Dia tahu potential actors dia dekat tahap mana. 


Action stunt dalam movie ni dilakonkan sendiri oleh Hrithik dengan Katrina. Untuk scene water jet dekat laut tu Hrithik buat sendiri and due to that dia kena buat brain surgery bila dia banyak kali kepala dia terhentak kuat bila masuk dalam air. Even scene dekat jambatan pun dia buat sendiri dan re-shoot bila dia tak puas hati dengan outcome stunt tu. Sebab tu movie ni ambil masa lebih panjang dari schedule asal. Tapi puas hati sangat bila tengok especially in Blu-Ray! 


Tengok lah banyak kali pun tetap best dengan muka comel Katrina Kaif dan scene kelakar dia. Heck even locations dalam movie ni pun cantik especially dekat Greece. Sesuai sangat untuk jadi tempat Harleen berangan dia hidup bahagia dengan Rajveer. One thing I love the most about Rajveer, dari awal pertemuan dengan Harleen dia selalu motivate Harleen dan penuh dengan kata-kata positif walaupun perkara yang Harleen buat tu pegang lampu suluh je. Tssskkk 


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

Blog Performance August 2020

Wednesday 2 September 2020

Happy September everyone. 

It's my birthday tomorrow but I don't feel like celebrating since Sushant's case getting darker and deeper. Dah nampak ada keywords kes Sushant dah mula muncul so I try to update as much as I can sebab kes ni mungkin akan jadi lagi besar dan ubah sistem Bollywood. Hopefully. Pray for it. 

Baaaack to our topic. Bulan Ogos not bad lah for me. Let's see...

1. PV


Walaupun PV bulanan dah menurun, tak mencecah 30k for almost three months now, I malas nak fokus sangat dah bab tu sebab niche blog ni pun tak lah strong sangat. Dan I pun tak rasa nak tukar kepada niche lain. 

Cuma new strategy mungkin akan update pasal Btown sepenuhnya dekat blog je. Sebelum ni buat thread dekat Twitter tapi bukannya dapat apa pun. Baik update dekat blog sebab senang nak cari. Sambil mencari, sambil tekan iklan hshshs

Untuk all time PV, dah mencecah target 895k so bulan September boleh la kot cecah 920k pulak. Eikkss happynya hujung tahun nanti dah boleh celebrate sejuta PV! 

2. Posts


Rasanya post pasal L'oreal  Extraordinary Hair Oil tu naik sebab video bro bagi tips jaga rambut kot hahaha thanks bro whoever you are. Bulan Julai punya tak ada langsung review yang masuk dalam carta tapi bulan Ogos punya ada fuhhh nasib baik walaupun satu je hahaha

3. Keywords


Tengok keywords pun ada L'oreal. Telemovie review Shiba Shiba Doo pun ada je tapi PV tak naik setinggi Kisah Seram Hostel la kot. 



Btw ni antara keywords yang sempat belek kalau check harian punya. Happy sangat nampak ada yang cari movie review Khuda Haafiz sebab tadi baru nampak ada yang promote movie ni dekat group Bollywood. Movie Manikarnika pun sama. 


Since dah ada yang cari fesyen pakaian Hindi, I'll update more lah wardrobe Btown stars nanti and drop designers label dalam movie review. 

4. Audience


Reader dari India masa bulan Julai drop teruk gila but bulan lepas dah naik sikit dah. Maybe sebab dah banyak review untuk web series kot macam I mentioned dalam entri performance bulan Julai tu. Hopefully lepas ni tak hilang dari carta dah. 

5. Bilangan Entri


Bulan ni actually tersasar dari target bila asalnya nak update 80 entri tapi dapat 60 entri je. Walaupun dekat situ 63 tapi sebenarnya 60 je sebab haritu tukar settine timezone KL so dia tarik 3 entri dari bulan lepas haha. But anyway, bulan ni kita try lah cecah 70 entri.

Dalam previous wishlist nak update lebih banyak review which I think I did sebab I berjaya update 24 entri Movie Review/Drama Review/Telemovie Review. Bulan ni kita try la tengok berapa banyak boleh shoot haha wish me luck ;)

Penipuan Rhea Chakraborty Dalam Interview Aaj Tak News

Monday 31 August 2020

Sakit hati dengan media trial yang dikenakan terhadap dia dan keluarga, Rhea Chakraborty ambil keputusan untuk buat interview untuk ceritakan kisah dari pihak dia. Tambah pula katanya Sushant Singh Rajput datang dalam mimpi dia dan minta dia bagitahu cerita sebenar.


Walaupun diberi platform untuk netizen dengar kisah dia, Rhea bukan sahaja menipu malah buat cerita dan burukkan keluarga Sushant dan juga Ankita Lokhande. 

1. Hubungan Sushant Dengan Ayah Dia Tak Sebaik Yang Disangka

Sebelum ni Rhea pernah dedahkan pada media yang kakak Sushant yang paling rapat dengan mendiang pernah cabul Rhea masa mereka berdua tidur sebilik. Gara-gara kejadian ni, Sushant bergaduh dengan Priyanka dan tak mahu berjumpa dengan family.

Here's what Sushant Singh Rajput said to his father during their last phone  call | Filmfare.com

Kali ni Rhea bagitahu pula Sushant tak okay dengan ayah dia sebab ayah dia tinggalkan Sushant sewaktu kecil dan khabarnya berkahwin lain. Mereka berdua tak pernah berhubung selama 5 tahun.

Statement Rhea disangkal oleh abang ipar Sushant bila dia bagitahu yang kehidupan keluarga middle class tak mudah bila suami isteri terpaksa berpisah untuk jaga anak-anak di kawasan yang berbeza. Sementara ayah dia pergi ke Delhi untuk jaga Priyanka dengan Sushant dari sekolah menengah sampai besar, ibu Sushant pula stay di Patna untuk jaga Shweta. 

2. Sushant Keep In Touch Dengan Ankita Lokhande

Ankita Lokhande bercinta dengan Sushant selama 6 tahun dan putus pada 2016. Both of them moved on and Ankita bertunang dengan kawan baik dia pada 11 Jun 2020. Ankita bidas kenyataan Rhea bila dia tak pernah pun contact Sushant selepas putus ataupun tinggal di apartment kepunyaan Sushant.

Masa debut movie dia, Manikarnika released tahun lepas memang Sushant ada ucap tahniah dekat IG but that’s it.

Did fans coax Sushant Singh Rajput to comment on ex-lover Ankita Lokhande's  'Manikarnika' look?

Image
Image

3. Sushant Claustrophobic

Memang betul Sushant ada claustrophobic macam Rhea cakap dia pernah ada bila dia takut dengan tempat gelap dan kecil terutamanya bila dia naik lif. Even mengaku dalam interview dengan Zee News tahun 2015. Tapi tahun 2016 dia belajar untuk lawan fobia dia kemudian masukkan impian untuk jadi pilot. 

 Image

Image


Bukan setakat hilang rasa takut, masa dia buat simulation di NASA Centrifuge dalam bilik selama 25 minit pun dia rasa excited sangat. Walhal coach NASA tu bagitahu ada orang sampai muntah ataupun pengsan masuk dalam tu tapi Sushant sampai ulang 2 kali. 

4. Sushant Ambil Modafinil Untuk Hilangkan Claustrophobic

Rhea bagitahu Sushant makan ubat Modafinil untuk hilangkan rasa fobia bila naik flight ke Paris gara-gara claustrophobic dan tidur sepanjang masa dalam flight. 

Image

Berbeza dengan fakta fungsi Modafinil bila ubat ni digunakan untuk mengurangkan rasa mengantuk dan waktu tidur. Tambah Rhea lagi, Dr. Harish Shetty yang bagi Modafinil kepada Sushant untuk ubati fobia dia sebelum pergi Euro trip. Lepas interview ni Dr Harish Shetty menolak dakwaan Rhea. 

Image

Even kalau Rhea tersilap cakap nama ubat pun, tetap terserlah penipuan tu bila dia kata Sushant akan tidur setiap kali naik flight sebab ramai je yang selfie dengan Sushant bila jumpa dia dalam flight selama dia hidup. 

5. Sushant Sakit 3 Hari

Tambah Rhea sebaik saja sampai ke Paris, Sushant taknak keluar dari bilik sebab takut dengan painting seram dekat hotel tu dan berkurung selama 3 hari. Kelakar lah penipuan Rhea sebab Sushant update dekat IG dengan Twitter video dia happy sangat dekat Disneyland pada 8hb dan 9hb sebab ada dalam bucket list dia. 

Guess who’s the videographer? Yuppp… Rhea Chakraborty. 

Lagi kelakar bila ada fans Sushant siap bergambar dengan Sushant pada 7hb di Sacre Ceour. 



6. Sushant Takut Dengan Painting

Another blatant lies….

Dalam bucketlist Sushant ada tersenarai impian dia untuk spend satu malam dekat kubur sebab dia suka benda-benda scary. Dia suka layan movie horror dengan family. 




Dalam interview Aaj Tak News, Rhea ada mention dia minta bantuan Dr. Susan Walker buat therapy untuk Sushant tapi Dr. Susan Walker tak ada lesen sebagai psychiatrist pun. Sebelum ni keluarga Sushant dah buat report polis mengatakan Rhea Chakraborty dan beberapa orang lagi racun Sushant dengan ubat berdos tinggi sehingga Sushant hilang kewarasan kemudian kurung dia dalam rumah.

7. Rhea Risau Dengan Financial Sushant

Dalam interview ni dia bagitahu yang Sushant terlampau berbelanja sampai kewangan dia merosot sedangkan Samuel Miranda, house manager dan juga bodyguard Sushant bagitahu yang kebanyakan masa Sushant tidur dalam bilik dan Rhea yang suka host party dan panggil keluarga dan kawan-kawan dia datang.


Even ED dedahkan bank statement akaun Sushant di Kotak Bank yang dibelanjakan untuk lifestyle Rhea dan Euro trip.

8. Family Tak Halang Sushant

Rhea marah family Sushant bila tuduh dia halang mereka semua jumpa Sushant sedangkan masa dekat Chandigarh celebrate birthday Sushant, kenapa tak halang Sushant balik ke Mumbai? Dia tak pernah halang Sushant jumpa family.

Tapi Shweta Singh bidas kenyataan Rhea bila dia tak sempat pun jumpa adik dia di Chandigarh walhal dia dah nak sampai ke India masa tu sebab Rhea call Sushant sampai 25 kali. Family syak Rhea ugut Sushant sampai adik bongsu mereka resah dan balik ke Mumbai lepas dapat call dari Rhea.

9. Rhea Tak Pernah Ambil Dadah

Dia bagitahu Sushant smoke marijuana dan dia dah cuba suruh Sushant kurangkan. Tambah Rhea, Sushant pernah order stock dari handphone dia tapi Rhea sendiri tak pernah terlibat dalam weed or drugs.

Image

Image

Image

Image

But these chats proven otherwise and drug dealer di Goa, Gaurav Arya kenal Rhea tapi tak kenal Sushant. Rhea pun mengaku dia kenal Gaurav. So who's doing what? Family Sushant boleh terima kenyataan kalau Sushant smoke weed atau ambil dadah tapi diorang nak bukti dari statement Rhea.

10. Paris Fashion Show

Rhea ada mention yang Sushant nak ikut dia pergi Paris sebab ada Fashion Show dekat sana under label Shien. Dah alang-alang pergi so terus bercuti sekali. Selain Rhea, ada dua lagi Bollywood actress yang dijemput - Adah Sharma dengan Pragya.


Tapi dalam video ni boleh nampak yang Rhea tak ada pun dekat event tu sebab seat dia sebelah Adah Sharma kosong walaupun ada satu gambar dia dekat event. (Jump to 12.00 minute) Dua actress yang dijemput memang promote habis lah fashion show tu tapi Rhea tak up gambar langsung.

Dan kalau Rhea dengan Sushant pergi sebelum 4 Oktober 2019 sebab ni tarikh event, still Sushant keluar dari bilik dalam tempoh 3 hari yang Rhea mentioned sebab Sushant ada post gambar dia dekat Paris pada 5hb.


Tak tahu siapa yang buat skrip untuk Rhea Chakraborty tapi dalam semua interview yang dia buat, banyak kali dia kantoi menipu. Kenapa dia menipu sedangkan bukti terpampang jelas? Buat masa sekarang Rhea dipanggil kali kelima untuk sesi soal siasat dengan pihak CBI. Juga soal siasat dengan Narcotics Bureau untuk urusan jual beli dadah dengan kartel dadah di Goa. 

Movie Review : Eyes Closed (2017)


Director : Kim Sol Mae
Writer : Seung-Hwan Lee
Cast : Baro (B1A4), Seol In-Ah, Han Jong Lee, Yeong-jin Jo
Production Company : Titan Platform
Distributor : Chocolate Pictures
Genre : Thriller / Mystery / Crime
Running Time : 144 minutes
Release Date : 19 May 2017 (South Korea)
Trailer :



Kim Hyun Woo (Baro B1A4) seorang musician yang buta dan setiap hari busking di underground mall di kawasan bandar tu. Setiap hari juga ada sekumpulan gadis sekolah datang bagi hadiah dan request lagu. Sama juga dengan Mi Rim (Seol In-Ah) yang minat dengan Hyun Woo dan selalu hadiahkan susu strawberry. Mi Rim selalu request Hyun Woo nyanyikan lagu Magic Castle bila dia dirundung masalah atau dipukul ayah dia yang kaki mabuk. 


Berbeza dengan hari lain bila Lee Chung Soo (Lee Han Jong) datang dan bagitau Hyun Woo yang dia baru sahaja membunuh seseorang dengan pisau tajam semalam. Walaupun Chung Soo kelihatan seperti bergurau tapi cara dia bercerita nampak macam dia betul-betul membunuh sampaikan Hyun Woo jadi takut. Tapi Chung Soo bagitahu yang dia baru karang cerita untuk novel baru dia dengan watak pembunuh psiko. 


Tak lama kemudian Mi Rim datang dengan muka yang lebam di bahagian dagu dan bagi susu strawberry. Mi Rim bagitahu yang perempuan mabuk yang selalu kacau Hyun Woo mati kena bunuh ditikam pisau. Hyun Woo teringat cerita Chung Soo yang seakan sama dengan pembunuhan perempuan tu. Tapi dia cuba positif. Mungkin sekadar kebetulan. 

Tapi keesokannya pak cik kutip sampah pula jadi mangsa bunuh dan Chang Soo terlebih dahulu bagitahu Hyun Woo cara dia membunuh. Kelakarnya pihak polis dalam movie ni nampak agak relaks dengan pembunuhan yang begitu banyak sebab perempuan mabuk dan pak cik kutip sampah tu bukan mangsa pertama dan kedua tapi yang berbelas lebih kurang macam tu lah. 


Boleh pula untuk siasatan jenayah besar macam ni ketua polis masih berebut kes ni kes siapa. Mungkin sebab kes ni tak keluar dekat news so tak ada media pressure since yang meninggal pun rakyat kelas bawahan. Pembunuh ni pilih mangsa dia dengan mencari orang yang bernasib malang dalam hidup dan akan anggap dia sebagai penyelamat yang akan hantar ke alam barzakh. 


Director nak deliver element suspense dengan tunjuk scene Hyun Woo tak buta tapi tak menjadi pun sebab by logic lah kan, rumah orang buta mana yang ada cermin panjang sampai ke kaki terletak elok sebelah wardrobe dia? And Hyun Woo ni hidup seorang diri. Sebelum dia nak reveal rahsia tu pun kita dah tahu dah dia tak buta. Lagi satu, kenapa entah director suruh Hyun Woo berhenti dekat depan CCTV dan tengok business card polis? 


Walaupun jalan cerita movie ni tak lah meyakinkan sangat tapi yang bestnya director simpan watak sebenar pembunuh misteri tanpa dedahkan sebarang klu pun sampai hero pun tak boleh teka siapa dia. Secara kebetulan je dia ternampak something yang dia cam. Tapi macam biasa lah, kalau crime thriller mesti hero boleh solve dulu sebelum polis walhal polis dah buat siasatan sebelum pembunuh tu datang ke kawasan tu lagi. 


Rasanya ni first time I tengok Baro dan Seol In-Ah berlakon. Not only they have great chemistry together, in stand-alone scene pun masing-masing berjaya deliver watak dengan bagus. Hopefully lepas ni both of them dapat offer as lead role dan bukannya supporting role walaupun dah banyak movie dan drama Baro. Tak pasti Baro guna suara sendiri untuk semua lagu yang dia nyanyi ke dubbing dalam movie ni. Overall, nice to watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.8/10

Movie Review : The Closet (2020)


Director : Kim Kwang-bin
Writer : Kim Kwang-bin
Cast : Ha Jung-woo, Kim Nam-gil, Heo Yool, Kim Shi-A, Shin Hyun-Bin, Kim Soo-Jin,  Park Sung-Woong, Kwak Ja-Hyoung, Park Ji-A -, Lim Hyun-Sung
Production Company : Moonlight Film, Perfect Storm Film
Distributor : CJ Entertainment, EDKO Films Ltd
Genre : Horror / Drama
Running Time : 98 minutes
Release Date : 5 February, 2020
Trailer :


Lepas kematian isteri dalam satu kemalangan, Sang-won (Ha Jung-woo) yang bekerja sebagai arkitek dan anak perempuan tunggal dia, Ina (Heo Yool) berpindah ke rumah baru di kawasan luar bandar. Sang-won selalu busy dengan kerja dia dan tinggalkan Ina bersendirian di rumah sebab dia belum jumpa nanny untuk Ina. Pada Ina, ayah dia tak pernah peduli dengan dia dan anggap diri dia membebankan sedangkan Sang-won nak buat yang terbaik dan pekerjaan dia tak sesuai untuk tumbesaran Ina.


Tapi by logic macam pelik jugak lah tindakan Sang-won sebab anak dia baru kehilangan mak lepastu ayah pula busy dengan kerja dan pindah jauh ke dalam hutan. Tak ada kawan baru, jiran ataupun saudara-mara. Kena tinggal sampai 2 bulan pula tu. Kalau jadi Ina memang dah fikir benda yang sama. 


Tak lama kemudian Ina mula berubah karakter dari pendiam kepada ceria bila dia jumpa kawan baru. Sang-won tak percaya dengan cerita anak dia sebab dia tak pernah jumpa pun kawan Ina. Sang-won selalu dengar bunyi aneh dari almari besar dalam bilik anak perempuan dia. Ina juga selalu berkelakuan aneh. Tiba-tiba Ina hilang tanpa jejak. 


Selepas  sebulan, Sang-won setuju untuk upah Heo (Kim Na-gil) yang boleh berinteraksi dengan alam ghaib dan dia percaya Ina hilang kerana dibawa ke alam sana oleh roh Myung-jin (Kim Shi-A).  Heo dah lama buat kajian tentang 32 kanak-kanak yang hilang dalam masa 10 tahun dan Ina adalah mangsa terbaru. Tambahan pula bila rumah tersebut ada sejarah hitam bila ibu dia sendiri meninggal kerana almari berpuaka. 


Dalam dia menjejak Ina, Sang-won dan Heo membongkar misteri kehilangan kanak-kanak lain dan kenapa mereka semua boleh hilang bila masuk dalam almari. Tema penderaan kanak-kanak baik dari segi fizikal dan juga mental diangkat dalam naskhah horror. Dari rasa seram timbul rasa kesian yang amat sangat dengan nasib kanak-kanak ni. 


Scene Sang-won mencari Ina di alam lain dengan bantuan Heo sama macam scene dalam movie The Insidious cuma Sang-won berada di hutan berkabus. Scene VHS tape ibu Heo dalam upacara halau hantu almari tu nampak tak real sebab ambil dari banyak angle walhal tak ada orang ataupun camera stand dekat kawasan tu. 


Tapi scene hantu muncul memang seram jugak lah sebab hantu kanak-kanak, dengar suara diorang gelak pun dah boleh kecut. Hantu dia pun bukan jenis jumpscare cliché tapi muncul tak disangka which is great to watch. Nama je kanak-kanak tapi still kejam sebab dendam dengan keluarga yang mendalam. 


Kekuatan lakonan Ha Jung-woo dan Kim Nam-gil dalam scene melodrama nampak meyakinkan. Boleh nampak penyesalan Sang-won dan watak Heo yang cuba cucuk dengan life lesson dia dapat dari kehilangan kanak-kanak ni. Also loved their chemistry as buddy bila karakter mereka dua berbeza. Sang-won seorang yang serious tapi Heo pula sejenis yang kelakar. Unlike typical shaman. Everytime watak dia muncul, dia ubah suasana gloomy kepada ceria. So movie ni tak lah melankolik sangat. 


Walaupun movie ni genre seram tapi jalan cerita menarik dengan perjalanan si ayah mencari anak dan cuba buktikan kasih sayang kepada si anak. Throughout the movie dapat lihat pelbagai range of emotions dari barisan watak utama. Recommended. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 9/10