Jamuan Raya Ram Reza & Muhammad 2020

Saturday 11 July 2020

2 Jun lepas, my firm buat Jamuan Raya rasmi dan diadakan di branch masing-masing pada waktu dan hari yang sama. Disebabkan covid-19 tak dapat lah buat jamuan raya dekat HQ macam tahun-tahun sebelumnya. 


Seminggu sebelum jamuan tu dah discuss dah nak order makanan apa untuk jamuan nanti since kami di branch Petaling Jaya ni tak ramai sangat pun. Sorang bawak 1 menu pun dah boleh buat jadi banyak. 

Lepas dah discuss, dah belek menu dengan harga, menu jamuan raya RRM PJ, makan nasi hujan panas dengan ayam masak merah, nasi impit dengan rendang ayam dan daging, kuah kacang, lemang, tauhu begedil, kek batik, puding susu, keria ball dengan aneka kuih raya. 



Sehari sebelum jamuan tu dah busy decorate bilik meeting dengan lukisan last minute dari Danish. Asalnya nak buat tulisan 3D 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' je tapi terlukis pulak yang lain. Tahu-tahu dah malam dah. 


Hasilnya....


Lampu bintang tu I korek dari storage dekat rumah. Dulu beli dekat Kaison tapi tak pernah guna so officially diguna secara rasmi untuk jamuan ni hahaha kira masuk la dengan lukisan Danish tu kan? :P

Dah settle deco dekat bilik meeting, kitorang deco dekat ruang receptionist sebab nanti nak ambil gambar dekat sini. Record video ucapan sekali untuk upload dekat FB Ram Reza & Muhammad.  Sampul raya dengan kad raya pun korek yang mana ada and recycle yang tahun lepas punya. Berjimat okay. 

AJ busy dengan script video ucapan raya

Dah settle semua, sementara tunggu makanan sampai, kitorang bergambar raya sambil tolong Mr Kai pakai sampin. Entah celah mana dia korek entah. Beli dekat Jakel katanya.


 
Dah siapppppp...



Meanwhile boss tengah busy dalam bilik....


Dah panggil keluar bergambar pun still busy....


anddddd he's ready....


 



Kalau ikutkan nak buat video lip sync lagu raya tapi lepas cubaan demi cubaan macam tak menjadi je so kitorang drop the idea haha


Jamuan supposedly start dalam pukul 12.30 macam tu tapi record ucapan raya dulu dan shoot some videos dan gambar official lepastu baru makan. Dalam pukul 11 macam tu makanan dah sampai so sempat la nak setup meja makan sebelum ucapan.


 





Ngam jam 12.30 our managing partner dah sampai ke office untuk shoot video official raya dari RRM then boleh lah makan. Perut pun dah berbunyi sebab bau makanan semua sedap-sedap. Siapa boleh tahan kan? 


Tapi sebelum makan tu kena setup monitor dulu untuk Zoom meeting sebab ikut schedule jamuan raya akan ada sesi berbalas pantun dari semua branch dan buat ucapan raya serentak. 



RRM HQ, Petaling Jaya, Penang, Kuala Terengganu & Jakarta in one frame :)

Nak buat ucapan pun satu hal jugak sebab tak semua branch dapat connection bagus. Nak setup angle bagi semua orang nampak pun satu hal jugak 


So sementara menunggu semua branch betul-betul ready, kita makan la dulu sambil dengar lagu raya


Masa tu memang rancak menyembang macam-macam hal tambah pulak makanan semua sedap memang sakan la masing-masing tambah seround dua


Masa sesi berbalas pantun tu quite meriah la jugak tapi dah lupa pulak apa pantun dari Ms Fisah wakil branch PJ hshshs sorry miss. 

So this is our official photo untuk raya tahun ni. 


Tak la segempak gambar raya dari RRM HQ sebab location bangunan diorang cantik untuk outdoor photoshoot. 

 Freestyle pun kelakar. 

Dari pagi membawa ke petang kitorang beraya dan bergambar. Walaupun sambut dekat branch masing-masing je tetap meriah la. Hopefully tahun depan dah boleh beraya dekat HQ, for sure lagi meriah dan menu lagi sedap. Nak berbalas pantun pun lagi syok. Last but not least, gambar the Oasis girls beraya!


Tak lama lagi dah nak Raya Haji kan, so Selamat Hari Raya Haji. Mesti tahun ni meriah sebab ganti raya puasa yang terbatas tempoh hari. Hiks! 

Hilang Kempunan Nak Makan Durian!

Friday 10 July 2020

Durian di mana-mana.....

Even worst bau durian di mana-mana....


Bukan teruk sebab apa tapi teruk bila asyik terbau durian orang lain je. Bukan tak ada yang jual, ramai je tapi mood tak sampai lagi. So weekend lepas kitorang turun bawah depan rumah pergi beli 2kg durian D24. 


Durian ni kalau 2kg peniaga timbang maksudnya you will get around ratus gram je isi sebab yang berat tu kulit dengan biji je hahaha

Mintak pakcik tu belah siap-siap sebab dekat rumah tak ada pisau besar. Kudrat pun tak ada sangat sebenarnya sebab masa beli tu dah malam. Entah mood tiba-tiba datang nak makan masa tu jugak. 


Masa beli tu dah tengok dah isi dekat dalam macam mana so tak ada isu isi buruk ke apa. Semuanya cun. Geram je tengok isi dia banyak. Bila makan rasa berlemak tapi pahit sikit lah. Rasanya sedap lagi durian kampung. Ke salah beli durian? 

Anyway esok nak balik Sabak sebab my mom baru balik dari kampung. Banyak ole-ole dia borong. Penuh satu kereta. Durian, tempoyak, petai, cempedak aaaaa tak sabar nak makan semua!!!

Rendang Daging #DapurRizarul


One of my Twitter friend start buat rendang daging sejak raya haritu. Kebetulan airline industry berehat sekejap dek kerana covid-19, so dia ada masa lapang la nak ambil order untuk rendang daging ni. 

Tengok ramai yang order dan puji sedap, jadi teringin pulak nak rasa. Lagipun rumah dia dekat je dengan office sebab dekat area Ara Damansara jugak. Jimat kos delivery haha


Raya haritu order 100gm sebab nak try je dulu. 100gm dia jual RM40. Masa dia hantar pun dah lewat malam sebab baru balik dari Melaka katanya. 


Bila panaskan tu wangi bau daging sedap sangat. Bila makan memang sedap cuma sayang betul tak pedas sangat. Makan dengan nasi panas-panas memang layan. Antara punca kenapa berat naik masa raya haritu. Satu pinggan nasi tak cukup, memang kena bertambah. 

Nasib baik order 100gm je sebab nak habiskan sorang pun mengah. Lepas seminggu baru habis itupun adik makan sekali. Lepas ni kalau open order nak beli lagi lah. Nampak dia open order untuk menu breakfast jugak haritu. Bahaya bila dekat ni, hancur diet haha

Tengok IG dia tadi ada open order rendang daging to'ki lagi so boleh la order untuk Raya Haji pulak kan? Kali ni ada set rendang dengan lemang ataupun nasi impit. Siapa nak order boleh pergi usha dekat sini :)