Drama Review : Cinta Itu Fairytale Episod 5

Sunday 28 June 2020


Pengarah : Tam Suhaimi
Penulis Skrip : Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, CTNA Marzuki, Shamaine Othman
Pelakon : Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Intan Nor Saina, Iman Zulkarnaian, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Adli Ihsan, Iqbal Rusli
Genre : Romantik / Komedi
Jumlah Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 21 Mei 2020
Syarikat Produksi : Imaginal Pictures
Penyiaran : iflix


SINOPSIS CINTA ITU FAIRY TALE


Mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya. Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut.

REVIEW EPISOD 5 – TAK PERNAH HILANG: 

Episod kali ni bertemakan passion sebagai penggerak utama dalam melakukan sesuatu especially kerjaya baik Niesa (Afifah Nasir) sebagai owner café ataupun Nina Suraya (Eyka Farhana) yang mula fokus dengan kerjaya penulis lepas dia berhenti jadi Instafamous gara-gara breakup dengan Zach (Harris Baba) sampai jatuhkan nama baik dia dekat klien. 


Agak sukar untuk Nina dapat inspirasi untuk menulis novel baru bila dia tak boleh nak move on lagi dari kisah cinta dia dengan Zach. Sebelum ni watak utama dalam novel dia semua bercirikan karakter Zach yang kononnya penyayang, baik dan romantik tapi bila Zach dah tak ada dalam hidup dia, mula la kena serang writer’s block. 

Tengah tunggu je scene bila Nina nak bersuara sebab makin lama makin geram tengok perangai Zach yang minta simpati dengan netizen. Poyo pulak tu masa dia phone interview untuk young entrepreneur. Perangai Nina masa dia ejek Zach dekat belakang tu relatable sangat kalau menyampah dengan ex-boyfriend. Part Nina sebut apo really cracked me up. Her facial expression on point habis!


Tapi menyampah bila Nina mengamuk dengan Adam pergi tempat lain padahal dia yang salah cari lepas ternampak Zach dekat clothing store. Kesian tengok Nina layan dia nak tak nak pastu asyik nak marah. Lepastu Adam pula yang beria minta maaf sedangkan terang-terang salah Nina. Duh! 

Dah la Imran (Syrul Ezwan) tak sudah-sudah nak jaki dengan Adam. Dah la datang lambat, buat kerja pun culas tapi ada hati nak mintak naik gaji. Nasib baik Niesa memang kenal perangai Adam macam mana. Mungkin Imran anggap Adam sebagai ancaman dekat café tu kot tapi kalau dia buat kerja elok, perangai pun elok, Niesa tak kisah pun nak naikkan gaji dia kan? 


Suka tengok scene Niesa buat kek untuk klien dia untuk birthday party walaupun actual cake tak sama dengan yang dia sketch haha. Decoration dengan bunga daisy dan hydrangea memang cantik sangat. Kalau ada bunga baby breath mungkin lagi cantik tapi rasanya lagi sesuai kalau jadi hiasan untuk jelly cheesecake sebab dah melekat setempat.  


Sayang betul Nina duduk lepak dalam rumah je cari inspirasi padahal stay dekat Johor Bahru. Dulu pergi sana masa weekend pun tak cukup lagi berjalan sebab banyak sangat tempat best dekat sana. Belum sembang food hunting lagi. Hopefully next episodes Nina dengan Niesa atau dengan Adam pergi jalan-jalan dekat Johor Bahru. 

Teaser episod 6 nampak Nina teringat balik kenangan sweet dia dengan Zach. Takkan terkesan kot dengan ayat Zach masa dekat birthday party tu? Nak tahu apa Zach cakap dekat Nina, kena tengok la drama Cinta Itu Fairytale di Iflix secara percuma okay. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Stainless Shelf Basket Bathroom

Sejak viral basket besi untuk bathroom I decide untuk tukar shelf dalam bilik air sebab shelf yang dulu beli sebab viral dah tunggu masa nak roboh je haaa


Okay je pakai shelf ni tapi sebab bilik air selalu basah so macam tak sesuai lah. Bilik air kecik je. Memang senang la nak kena air bila mandi tu. Sebab tu nak tukar pergi shelf lekat dekat dinding sebab tak kena langsung air. Memang kering. 


Awal tu macam ragu-ragu jugak nak beli sebab baca review mostly cakap lepas letak barang dia akan melorot ke depan. Seharian jugak lah cari shelf yang betul-betul elok dekat Shopee. Tapi bila nak yang betul-betul elok, bajet pun kena helok jugak lah. 

At first cari within range satu basket around RM9 macam tu tapi bila tengok review basket yang ni memang bagus, seller pun okay terus add to cart je lah. Harga dia satu basket RM22. Seminggu la baru sampai lepas place order. Tengah PKP kan, memang tak expect dapat cepat pun. 


Nak lekat pun senang. Sebelum lekat tu lap dulu dengan wet tissue. Lepastu biarkan sejam supaya dia melekat elok. Then letak barang. Tapi letak yang ringan je la sebab takut jugak rosak. Yang berat pun shampoo dengan shower gel je. 

Lepas ni nak beli lagi satu sebab nak letak skincare dengan handwash. Baru ada space nak letak indoor plants. 

Yang nak beli boleh klik link ni 

Movie Review : The Tashkent Files

Saturday 27 June 2020


Director : Vivek Agnihotri
Writer : Vivek Agnihotri
Cast : Naseeruddin Shah, Mithun Chakraborty, Shweta Basu Prasad, Pankaj Tripathi, Mandira Bedi, Pallavi Joshi
Production Company : SP CineCorp, Vivek Agnihotri Creates
Distributor : Zee Studios
Genre : Politic / Mystery / Thriller
Running Time : 144 minutes
Release Date : 12 April 2019
Trailer :


Journalist Ragini (Shweta Basu Prasad) dapat call dari unknown caller dan offer dia great scoop untuk dia dedahkan pada public. Nama Ragini cuma famous di socmed bila selalu naikkan topic sampai trending tapi mostly source dia cuma fake news dan rumours. Sebagai journalist, boss dia rasa benda tu tak layak dijadikan scoop pun dan sampai bila-bila Ragini tak akan jadi politic journalist yang bagus.

Scoop yang dijanjikan unknown caller ada di bawah meja dia sebagai surprise birthday gift. Dalam envelope tu ada beberapa artikel dan confidential report dari Kerajaan India tentang Perdana Menteri India Ke-2, Lal Bahadur Shastri yang meninggal sebab heart attack lepas menang peperangan India-Pakistan tahun 1965 dan tandatangan perjanjian di Tashkent.


Tapi betul ke laporan mengatakan Shastri meninggal sebab serangan jantung dan bukannya dibunuh? Kalau betul sebab sakit jantung jadi kenapa wujudnya dua laporan doktor yang bercanggah di mana satu diberikan kepada India manakala satu lagi diberikan kepada Kerajaan Russia. Ada 8 doktor yang hadir untuk bagi rawatan kepada Sashtri tapi kenapa 6 doktor sahaja yang sign? Kenapa laporan Russia dan India berbeza pada jenis ubat yang diberikan kepada Sashtri?


Disebabkan rumours dan teori konspirasi inilah Home Ministry, PKR Natrajan (Naseerudin Shah) minta ahli politik pihak pembangkang, Tripathi (Mithun Chakrobarty) tubuhkan satu committee untuk membincangkan hal ni dari perspektif dan ilmu masing-masing dalam masa 8 hari.


Pakar sejarah, Aisha Ali Shah (Pallavi Joshi), aktivis Indira Joseph Roy (Mandira Bedi), Saintis Gangaram Jha (Pankaj Tripathi), Director Archives India, Omkar Kashyap (Rajesh Sharma), bekas ejen perisik RAW, GK Anantha Suresh (Prakash Belawadi), ketua pemuda parti kerajaan, Vivendra Pratap Singh Rana (Prashant Gupta), bekas hakim di Supreme Court, Hakim Kurian Abraham (Vishwa Mohan Badola) dan Ragini dipilih untuk bincangkan kes ni tanpa kehadiran media.

First half movie The Tashkent Files nampak menarik bila idea untuk membincangkan isu sejarah dan politik quite fresh concept and idea walaupun movie ni dikatakan agenda politik parti pembangkang untuk menang dalam pilihanraya tahun 2019.


Kebanyakan  sumber yang dijadikan plot dalam movie ni dipetik dari Google dan buku terbitan Russia menunjukkan yang Vivek dan team production buat research dan kajian dengan mendalam. Perbincangan dan perdebatan antara committee members dikuatkan dengan dialog dan beberapa point yang dilontarkan which keeps me engaged with this conspiracy theory. 


 ‘We think that democracy runs on votes, but no! Democracy is runs on ideologies and intelligence’

‘Everyone remembers the kings ... but no one remembers the kingmakers’

‘It's very important to win in politics ... because losers aren't capable of changing the destiny of a country’

‘People who fear the truth are idiots ... instead you should fear rumours ... because if you don't stop a rumour then it becomes a type of truth ... in front of which even the real truth seems like a lie’


Sayangnya visual dengan music score nampak dibikin dengan bajet yang murah. Suntingan untuk beberapa scene nampak lemah. Mungkin some scenes are exaggerate untuk tambahkan drama dalam penceritaan but all in all, klimaks dan lakonan kesemua actor yang dibintangi oleh pelakon berbakat besar yang buatkan movie ni menarik dan berbaloi untuk ditonton.


Perubahan dalam karakter Ragini dari mencari scoop untuk naikkan nama dia kepada seorang rakyat yang ada hak untuk kebenaran antara permata dalam movie ni. The angst and depth of curiosity are so relatable. A great thriller for political genre. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10