Small Reunion di Gloria Jean's Cafe, Oasis Square Ara Damansara

Thursday 2 July 2020


Bulan lepas dapat text nak lunch date sama-sama dekat area office. Kalau kawan datang melawat ni memang happy benar rasa sebab terperuk je dekat Oasis tak jumpa orang. Dah la tak boleh nak lepak sebab corona. 

Nak sembang hal kerja sekali sebab tu pilih lunch dekat Gloria Jeans sebab tempat lain agak noisy and sesak. Susah nak discuss kalau bising kan. 


Makan dekat Gloria Jeans ni, portion dia banyak so berbaloi sangat la kalau bayar lebih mahal sikit dari restoran biasa. 


Kebetulan masa pergi tu owner cafe buat menu baru set lunch asam pedas ikan pari. Rasa dia sedap lah, portion pun memang kenyang makan. Ikan pun rasa fresh.


I chose Nasi Beriani Burkha dengan Kari Ayam. Not sure kenapa nasi dia tak blend cantik or maybe guna scoop yang sama untuk nasi putih so termelekat sekali tapi yang penting nasi beriani dia sedap sangat. Terasa la rempah beriani tu bila makan. 

Even kari ayam compliment well this menu. Acar buah dia pun sedap la untuk orang macam I yang tak berapa nak gemar makan acar buah sebab manis but this one is sedap! Owner kata set nasi beriani dia beli dari Air Asia. Kenapa la dia tak beli Nasi Lemak Pak Naser sekali. 


Mood Anim haritu nak makan western je so dia ambik Creamy Carbonara Spaghetti. Puas hati makan spaghetti ni sebab creamy and penuh dengan ayam dan mushroom. 


For dessert, makan mushroom and chicken pie. Beria la nak berdessert bagai padahal perut dah penuh dah dengan main dish. Belum masuk drinks lagi. Nasib sembang agak panjang so tak la penuh sangat perut tu.



For drinks I ambik Mocha Cookies N Cream tapi rasanya I suka lagi Mocha Starbucks sebab tak pahit sangat lagipun dekat Gloria takde banyak pilihan sangat. 

Overall I have fun lunch dekat Gloria Jean's sebab staff service terbaik, dah la selesa, cantik pulak tu tempatnya. Before this pun dah pernah lepak dengan officemate dekat sini kalau nak pekena cheesecake sebab dekat sini sedap. 

Wordless Wednesday : Parineeti Chopra for Khush Wedding 2020

Wednesday 1 July 2020












Blog Performance June 2020

Second quarter 2020 dah habis dah tapi blog makin teruk pulak. Orang lain dah dapat beribu, kita still RM0.00 sebab account adsense buat hal. Dah give up nak betulkan tapi sedih pulak tengok orang lain dapat tapi kita tak pernah dapat.

1. PV


Bulan Jun merudum je la jatuhnya walaupun dah blogwalking setiap hari. Target pun tak cecah 850k, boleh dapat 839k je. Untuk Julai target 880k la kot. Dapat ke tak dapat, ah lantak lah. 

2. Post


Dari bulan May ramai betul cari gardening tips. Tengah musim orang gila berkebun kan. Since pokok pun dah banyak mati, malas dah nak update pasal gardening. Bila ada kucing ni memang tak terjaga lah pokok tu. Hari-hari dia nak korek tanah. T.T

 All Time Popular Post pun sama je dengan yang sebelum ni.

3. Keywords


Jangan tanya apa benda filem batu badaun tu. Entah yang idak-idak je. 

4. Audience


Tak drop banyak pun dari Malaysia, dalam 4k je compared to May. 

5. Bilangan Entri


Bulan ni takde mood nak update entri sangat sebab mood dah hilang bila tahu Sushant meninggal. I dah excited Dil Bechara nak keluar tapi jadi macamni pulak. Tengok lah kalau ada mood nak back on track Julai nanti. Overall June sucks!