Movie Review | Milea - Suara Dari Dilan

Sunday 14 June 2020


Pengarah :  Fajar Bustomi, Pidi Baiq
Penulis Skrip : Pidi Baiq
Pelakon : Iqbaal Ramadhan, Vanesha Prescilla, Adhisty Zara, Yoriko Angeline, Zulfa Maharani, Debo Andryos, Andovi da Lopez, Jerome Kurnia, Gusti Rayhan, Omara Esteghlal, Giulio Parengkuan
Genre : Romantik
Durasi Tayangan : 103 minit
Tarikh Tayangan : 13 Februari 2020 (Indonesia), 13 Jun 2020 (Malaysia)
Syarikat Produksi : Max Pictures
Pengedar :  Netflix
Trailer :


Kalau dua movie sebelumnya kita dengar kisah cinta zaman SMA dari sudut penceritaan dan perasaan Milea (Vanesha Prescilla), kali ni diceritakan pula oleh Dilan (Iqbaal Ramadhan). Tapi tak dapat juga jawapan kenapa Dilan marah benar dengan Anhar (Giulio Parengkuan) sampai bawa pistol nak serang Anhar dan abang dia. 


Even Milea datang halang pun dia pura-pura tak faham dan tipu Milea kata taknak serang walhal jelas sangat dia dah kumpulkan semua geng dia nak pergi serang. Nasib dia malang je, kena tangkap dengan polis tambah pula ada pistol. Nasib baik lah parents Milea tak bising Milea bercinta dengan Dilan yang dibuang sekolah, suka melepak dengan geng motor dan ditahan polis sebab ada senjata api. 

Dalam movie ni Dilan sendiri mengaku bergaduh dengan Anhar adalah benda bodoh yang dia buat sebab akhirnya dia putus juga dengan Milea dan hilang kawan-kawan dia. Ni bukan spoiler sebab dalam Dilan 1991 pun dah tunjuk dah. Dalam movie Suara Dari Dilan ni cuma untuk refresh ingatan peminat franchise Dilan ni je. Tak banyak pun yang berbeza dengan dua movie sebelumnya.


Cuma kita dapat tahu perit yang Dilan rasa bila Akew (Gusti Rayhan) meninggal, Milea menjauhkan diri dan keluarga pun marah dengan perbuatan dia sedangkan dia mati-mati bagitahu semua yang dia tak terlibat langsung dalam hal ni. Dilan perlukan someone tapi semua yang rapat dengan dia tak ada masa tu. Milea pulak perangai dia suka sangat nak minta putus lepastu bila Dilan dah menjauh, dia pulak terhegeh tanya kenapa Dilan berubah. Duh?


Dah nama pun cinta remaja zaman SMA, so tak boleh la nak expect dua watak ni bijak sebab Dilan pun bukan top students dekat Indonesia. Both still young and dumb tambah pula bila parents macam tak involve betul-betul. Boleh je kalau Bunda (Ira Wibowo) advise Milea supaya pujuk Dilan ataupun minta maaf dengan Dilan sebab buat keputusan dalam keadaan marah.

Ibu Milea (Happy Salma) pun yang tidak-tidak je bila dia suruh Dilan maafkan Milea sebab sedih tengok anak dia menangis bila kantoi keluar dengan Kang Adi (Refal Hady) padahal dah janji dengan Dilan taknak keluar. Bukan masalah cemburu tapi masalah tak jujur. Dah kantoi baru gedik nak nangis acah mangsa. 


Kalau jalan cerita dan ending dia predictable, benda tu tak jadi isu pun sebab cerita cinta zaman remaja kot. Segala keputusan bodoh memang ada lah dalam tu. Tapi even dah masuk zaman kerja pun Milea still bodoh. Apa benda entah ajak Dilan pergi reunion tapi dia bawak tunang dia sekali. Lepastu bagitahu Dilan yang dia rindu Dilan. Tak terkata otak kalau jadi Dilan. Ikutan jadi pusing!


Rasanya dalam Dilan 1990 je yang ada kata-kata sweet dari Dilan sebab dalam Suara Dari Dilan ni ada juga ayat cinta dari Dilan tapi macam merepek je. Mungkin sebab Dilan dah tawar hati dengan perangai Milea. 

Perpisahan adalah upacara hari-hari yang penuh dengan perasaan rindu'
‘Dulu kita pernah berharap kita akan selalu bias bersama-sama. Sama sekali aku tidak pernah berpikir bahwa kita akan berpisah. Tapi itulah yang terjadi. Terima kasih untuk sudah mau bersamaku melalui banyak hal yang kita lalui.’

Sinematografi sutradara Dimas Imam Subhono tetap gratis dalam franchise Dilan dan Milea cuma soundtrack makin lama makin tak best. Walaupun lirik tu relatable dengan scene dan mood tapi cara penyampaian dan irama tu tak menarik. Movie romantik dan emosi tapi vibe indie. Franchise ni bawak pulang untung yang tinggi kot takkan la nak hire komposer pun tak cukup budget. Cari la lagu yang boleh jadi penarik untuk audience ulang tengok banyak kali macam lagu Dulu Kita Masih SMA nyanyian Lutfi Aulia. 


Hopefully Fajar Bustomi dan Pidi Baiq buat ending yang diinginkan oleh semua peminat Dilan dan Milea dalam next installment sebab movie ni dah jadi kegilaan baik di Indonesia juga Malaysia. Jangan kejam sangat please :’)

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10

Movie Review : Hwayi – A Monster Boy

Friday 12 June 2020


Director : Jang Joon-hwan
Writer : Park Ju-seok
Cast : Kim Yoon-seok, Yeo Jin-goo, Cho Jin-Woong, Jang Hyun-Sung, Park Hae-Joon, Kim Sung-Kyun, Lee Kyoung-Young, Seo Young-hwa, Kim Young-min
Production Company : Showbox
Distributor : Showbox
Genre : Action / Thriller
Running Time : 125 minutes
Release Date : 9 October, 2013
Trailer :


Seorang budak diculik dan dibesarkan oleh sekumpulan perompak yang diketuai oleh Seok-Tae (Kim Yun-Seok), seorang pemandu yang gagap, Ki-Tae (Cho Jin-Woong), si cilik Jin-seong (Jang Hyun-Sung) sebagai planner, Beom-soo (Park Hae-Joon) yang pakar dalam senjata api dan Dong-beom (Kim Sung-Kyun) kuasai martial arts. Semua skills yang ada dalam mereka semua diturunkan kepada Hwayi (Yeo Jin-Goo) hingga la dia besar.


Lepas 14 tahun Seok-Tae decide untuk ambil job bunuh Lim Hyoung-Taek (Lee Kyoung-Young) yang menghuni di kawasan kejiranan yang bakal diruntuhkan untuk pembinaan rumah apartment baru tapi terhalang disebabkan keputusan Hyoung-Taek dan isteri dia Kim Sun-ja (Seo Young-hwa) yang taknak berpindah bila masih berharap anak mereka yang hilang akan pulang. 

Hwayi dihantar untuk menyelinap masuk ke rumah tersebut sebelum mereka berlima masuk. Di ruang tamu Hwayi terjumpa gambar dia semasa kecil. Sejak dari hari tu, dia mula cari tahu siapa dia dan kenapa mereka berlima ambil keputusan untuk besarkan dia.


Movie Hwayi – A Monster Boy yang ditayangkan di Puchon International Fantastic Film Festival ke-18 pada tahun 2014 bertemakan misteri penculikan dan dendam. Director Jang Joon-hwan buat movie ni menarik bila kita curious nak tahu kenapa mereka berlima culik dan besarkan Hwayi sedangkan di minit awal mereka berbincang perlu pastikan budak tu hidup supaya mereka boleh dapat duit. 

Kalau diikutkan, tak ada pun scene atau watak yang cuba nak connect dengan audience tapi lebih kepada menceritakan sebab semua watak utama juggles antara kisah silam dan pilihan mereka. Bila kita enjoy tengok kemesraan dan father figures masing-masing jaga Hwayi, plot berubah suasana kembali ingatkan kita dengan kekejaman mereka semua. Sama juga dengan watak Hwayi yang dibesarkan dalam persekitaran buruk.


Walaupun jalan cerita menarik untuk ditonton tapi naratif movie ni agak sarat dan kompleks dengan beberapa scene yang tak perlu terutamanya watak Detective Jung-min (Kim Young-min) siasat geng perompak ni sebab apa yang dia tahu, audience dah tahu awal dah pun. Sudahlah lambat cari hint, lepastu tak membantu pulak tu. Misteri Hwayi tu Seok-Tae yang akan dedahkan di hujung cerita nanti.


Scene Detective Jung-min hesitate nak tembak Seok-Tae ataupun Hwayi tu nampak macam dangkal je sebab sepatutnya by that moment dia patut dah tahu siapa patut dia tembak. Sama macam dekat awal scene bila berbelas polis yang ada dalam train tapi semua fokus nak tembak Beom-soo padahal boleh je yang dekat hujung kiri dan kanan lari keluar dari coach dan kepung dari belakang.


Tak ada pulak tu scene Detective Jung-min syak macam mana operasi polis asyik busted je. Sebab dalam movie ni pengarah highlight character Detective Jung-min sebagai kreatif dan bagus dengan kerja dia tapi masuk second half dah nampak pengarah mula toned down polis dan detektif supaya nampak watak-watak perompak ni powerful habis.


First time tengok lakonan Yeo Jin-Goo dalam drama Hotel De Luna, tak sangka langsung dia menang besar Best New Actor tahun 2014 sebab mutu lakonan dia melakonkan watak Hwayi yang trauma, dibayangi raksasa besar dan bagus dengan skills yang diajar oleh ayah-ayah dia. Action stunt dia kemas dan sharp on screen hasil koreografi Jung Doo-hung.


Movie ni mungkin bukan pilihan sesetengah orang sebab agak gore dan ganas tapi untuk yang suka genre action thriller boleh la layan Hwayi. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +1 = 8.8/10

Teh Tarik Ori F&N


Gara-gara terpengaruh dengan Danish bila tiap-tiap hari dia minum Teh Tarik Ori F&N ni mula la nak join sekali. Dekat 7 Eleven tengah ada promo beli 2 botol RM7 je tapi jangan tanya harga sebotol berapa kalau dekat kedai biasa sebab lain kedai lain harga. Dekat Shopee pun jual in bulk. 

Tapi tak kisahlah berapa pun harga dia sebab teh tarik ori F&N ni memang sedap baq hangggg. Dia punya resipi teh tarik kena la dengan tekak I yang lagi suka teh pekat rasa pahit teh sikit bila minum. Ada lagi satu teh tarik kurang manis kalau yang tak minum manis sangat. 

Teh tarik Ori F&N ni lagi nikmat kalau minum masa sejuk-sejuk kaw keluar dari freezer fuhhhh panas-panas macam sekarang ni memang sesuai sangat pekena sebotol. 


Sekarang ni F&N tengah buat promo untuk teh tarik ori dan kurang manis. Memang ngam sangat la beli dekat portal F&N boleh dapat diskaun 15% sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia berjaya harungi PKP gara-gara Covid-19.