Movie Review : Yeh Salli Aashiqui

Tuesday 31 March 2020


Director : Cherag Ruparel
Writer : Vardhan-Cherag
Cast : Vardhan Puri, Shivaleeka Oberoi, Pulkit Bangia, Jessey Lever, Ruslaan Mumtaz 
Production Company : Amrish Puri Films, Pen India Limited
Genre : Romantic / Thriller
Running Time : minutes
Release Date : 29 November 2019
Trailer :


Sahil Mehra (Vardhan Puri) jatuh cinta pandang pertama dengan si cantik Mittee Deora (Shivaleeka Oberoi) bila Mittee masuk ke kelas sebagai pelajar baru. sama-sama belajar dalam bidang hospitality di Bristol Institute College Shimla.

Awalnya Sahil macam malu-malu untuk mulakan langkah sebab dia tahu Mittee anak orang berada dari bandar besar, tak mungkin la nak syok dekat dia. Tapi nasib dia bertuah bila Mittee sndiri yang mulakan perbualan dan ajak dia spend time ambil angin dekat luar kelab sementara kawan-kawan yang lain have fun.


Makin lama makin banyak persamaan dan Sahil dengan Mittee mula jatuh cinta. Masa birthday Sahil Mittee cadangkan untuk menderma dalam satu pertubuhan NGO yang bantu ramai anak-anak yatim, Muskaan NGO. Disebabkan Sahil terharu dengan Mittee yang pemurah, dia derma jumlah yang agak besar dekat Muskaan NGO.


Tapi bila dah lama kenal ni mula la perangai sebenar terserlah. Sahil mula nampak yang Mittee menipu bila dia sakit kepala dan skip lecture. Kebetulan Sahil pergi bilik musuh dia, Jehan (Pulkit Bangia) untuk settlekan bil pizza tapi tak sangka dia nampak Mittee tengah merokok dalam bilik Jehan. Puas Mittee pujuk bagitahu yang dia tengah down bila dapat tahu nenek dia sakit. 


Sahil maafkan tapi bila masuk kali kedua dia nampak Mittee bermesra dengan Jehan, Sahil jadi baran sampai ignore Mittee tambah pula bila alasan dia tak masuk akal. Masa exam Sahil bagitahu Venu (Jessey Lever) yang Mittee meniru. Venu buat aduan dengan lecturer sampai Mittee dipanggil ke bilik pengetua. Pihak kolej cuma akan beri 35% markah final dan selebihnya terletak pada usaha Mittee.


Bila Mittee dapat tahu Sahil punca dia hampir dibuang dari kolej, Mittee plan untuk kenakan Sahil sampai dihantar ke hospital sakit mental Shimla. Sahil dibuang keluarga, kawan-kawan dan hilang masa depan walaupun dia salah seorang bright student di kolej tu.


Masa decide untuk tengok movie ni tak tengok pun trailer dia. Just pick random je tapi tak sangka pulak movie ni ada twist yang whoaaa! First half nampak cerita cinta klise antara Sahil dengan Mittee tapi bila masuk second half dok tunggu apa plan Sahil untuk balas dendam dengan Mittee. Keadaan mental Sahil pula dah banyak terjejas dek peristiwa hitam ditipu Mittee.


Movie ni disandang oleh pelakon baru – Vardhan dan Shivaleeka tapi dua-dua bagus dengan watak masing-masing, chemistry pun cantik. Thumbs up untuk Vardhan sebab bawa dua watak berbeza pada second half. Walaupun baru tapi dia mampu portray dua watak walaupun ada scene dia nak kita nampak yang Sahil adalah Sahil walaupun dia cuba jadi Surya yang ganas dan biadap. Shivaleeka kalau dapat peluang macam Ananya, we can bid goodbye for Annie Pie forever. Serious talk.


Brownie points untuk Vardhan sebab penulisan skrip ni fresh dan menarik.Plot disusun cantik dari kisah percintaan kepada psychotic breakdown, rahsia lama Sahil yang membunuh parents dia dan bertukar ke episod balas dendam terhadap Mittee. Scene majlis pertunangan Mittee dengan Anuj (Ruslaan Mumtaz) the best lah. Padan muka Mittee!


Visual agak average untuk movie Yeh Salli Aashiqui sebab pembikinan dengan bajet rendah tapi tak mengganggu penceritaan pun. Vardhan pay tribute kepada atok dia, Amrish Puri dalam movie DDLJ bila dia bagi makan burung merpati.


Music score best dan sesuai dengan jalan penceritaan sama ada first half ataupun bila bertukar thriller mode. Suka lagu romantic Hawaa Banke nyanyian Armaan Malik.


All in all I really loved this movie. Yang mana suka tengok cerita cinta thriller boleh tengok movie Yeh Salli Aashiqui. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review : Keluarga Bahadon


Pengarah : Syed Fariz Syed Khairuddin
Penulis Skrip : Fairul Nizam
Pelakon : Remy Ishak, Susan Lankester, Jihan Muse, Khir Rahman, Sabri Yunus, Namron, Sharifah Aleysha, Mark Adam, Melissa Campbell, Ayu Azhari, Othman Hafsham, Alvin Wong, Douglas Wong, Junji Delfino, Razak Ahmad, Amy Mastura
Genre : Komedi
Syarikat Produksi :  Anomalous Films
Pengedar : Viu
Jumlah Episod : 10 episod
Tarikh Tayangan :  11 Julai 2019
Trailer :


Jo Don (Remy Ishak), seorang chef di restoran mewah di Perancis terpaksa pulang ke Malaysia lepas dapat panggilan emergency dari Mama Don (Susan Lankester) memaklumkan bahawa Papa Don/Baha Don (Othman Hafsham) dah meninggal dunia.

Mat Don (Khir Rahman) sebagai anak sulung agak gembira dengan pemergian Papa Don bila dia sangka dia akan mewarisi harta dan perniagaan keluarga. Tapi malangnya mengikut wasiat, Jo Don yang akan mengetuai keluarga dan business dengan syarat dia harus mengahwini Suzi Faye (Melissa Campbell) anak kepada salah seorang sekutu dia, Little Kok (Alvin Wong).


Mat Don suruh pembantu dia, Angelito Jericho Papito (Mark Adam) untuk halang perkahwinan Jo dengan Suzi. Dalam masa yang sama, Jo yang bercinta dengan Kesuma (Jihan Muse) cuba untuk lari dari Malaysia dan hidup berdua dengan bantuan dari Ucu (Sharifah Aleysha).


Tapi gagal bila Secretary Hui lebih awal bertindak dan buang Kesuma jauh ke Mongolia dengan bantuan Madam dan Talal. Mama Don syak Suzi Faye nak bolot harta keluarga Don bila terdengar perbualan Suzi dengan kawannya dalam Bahasa Hokkien. Tapi Mama Don cuma salah faham bila Hokkien dia agak teruk.


Arranged marriage antara Suzi dengan Jo makin lama bertukar kepada cinta tanpa pengetahuan Kesuma. Jo pula busy dengan misi dia untuk betulkan kembali perniagaan dan kawal perangai sekutu perniagaan dia tapi semua tu tak mudah bila masing-masing dah berusia dan dah biasa hidup dengan perniagaan haram. Mat Don pula makin rancak menghabiskan duit keluarga dengan berfoya-foya bersama 26 orang teman wanita.


Genre komedi drama Keluarga Bahadon menjadi walaupun ada beberapa plot yang klise bila Jo dipaksa kahwin dengan Suzi untuk menjaga business keluarga. Sama juga dengan kehendak Mama Don untuk kahwinkan Ucu dengan anak Enche Besar (Amy Mastura), Enche Syabil supaya dapat makan buah yang sedap dan segar hari-hari. Perebutan kuasa antara Mat dan Jo dan lain-lain.


Drama terbitan Viu yang memenangi Drama Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2019 yang diadakan di Singapura ni diklasifikasikan sebagai R-rated gara-gara bahasa yang digunakan agak kasar tanpa tapis untuk menonjolkan dunia mafia. Agak tak sesuai untuk tontonan keluarga walaupun bertemakan kekeluargaan.


Uniknya drama ni bila pelbagai Bahasa ditonjolkan selain Bahasa Melayu, English dan French bila Mama Don fasih berbahasa Mandarin, sekutu Madam Mendoza berbahasa Tagalog dan beberapa scene dalam Bahasa Tamil. Ada juga dialek Kelantan, Perak dan Kedah. Meriah!


Best tengok drama ni sebab pelakon utama dan sampingan masing-masing ada bakat lakonan yang bagus. Sabri Yunus sebagai Abe We yang pakar dalam perniagaan daging lembu buat kita terhibur setiap kali dia muncul onscreen. Sama juga dengan Namron dan Bundo. Tak sangka Jihan dan Remy ada chemistry, terhibur dengan kisah percintaan agung mereka yang terhalang.


Thumbs up untuk team visual yang memaparkan dunia keluarga Baha Don dan sekutunya dalam visual yang cantik dan persalinan kostum yang menarik. Mama Don dengan cheongsam, Ucu dalam persalinan gothic, Mat Don yang segak dalam retro, Talal tonjolkan sisi Arabic dan Bundo dalam persalinan Minang.


All in all I terhibur sangat dengan drama komedi Keluarga Bahadon dan disebabkan ramai yang suka dengan cerita ni tambah pula team Keluarga Bahadon dah menang banyak award, tak lama nanti akan muncul Season 2 pula. Tak sabar!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10
Hari ni kerajaan jalankan operasi nyahkuman di beberapa kawasan untuk bunuh kuman dan virus so some of menteri pun turun jugak cumanya entahlah tak faham dengan perangai menteri dan staff diorang ni.

KKM dah tekankan social distancing tapi ramainya turun padang serupa tak payah suruh rakyat RMO. Tak perlu kot turun padang ramai-ramai. Menteri pun tak perlu turun. Nak buat apa? Setakat nak bazirkan PPE dengan tag MENTERI?

Image

But anyway just skip that.

Hari ni officially Sungai Lui diperketatkan kawalan lepas 2 kawasan di JB terima nasib yang sama sampai 13 April nanti. Jalan masuk ke Sungai Lui ditutup ekoran kes positif covid-19 tinggi seramai 71 orang gara-gara pelajar tahfiz Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah, Batu 23 terlibat dengan perhimpunan tabligh.

Image

MB Selangor akan salurkan bantuan makanan kepada penduduk Sungai Lui sepanjang EMCO. Kes covid-19 so far dah mencecah 2,626 orang pesakit dengan 37 kematian. 

Image

But on positive note, pesakit covid-19 dah pulih seramai 91 orang dan mencatatkan jumlah paling tinggi untuk hari ni. Yeay for that! Terima kasih frontliners dan kakitangan KKM yang beri sinar harapan.