Perpustakaan Kuala Lumpur

Wednesday 25 March 2020

Cerita jalan-jalan tahun lepas baru nak update bulan ni haha

Last stop dekat Galeri Kuala Lumpur, berjalan depan sikit dah nampak Perpustakaan Kuala Lumpur yang berbentuk unik melengkung. Bahagian depan ada fountain cantik. 


Kitorang dah penat berjalan dari pagi dekat Pasar Seni so we're heading to this library untuk rest kejap. Masuk dalam pekena air-cond sejuk sebelum lunch. Akak guard agak ramah bagitahu direction dekat library ni. Dekat sebelah tepi entrance ada disediakan mini playground untuk parents yang bawa anak-anak datang sini. 

Disebabkan kitorang first time datang library ni so kena register dulu sebagai ahli. Barang letak dekat loker then pergi ke tingkat 2 untuk access bahan bacaan. Perpustakaan ni dibina tahun 1989 dan ada 9 lagi branch - Taman Tun Dr. Ismail, Jelatek, Desa Tun Razak, Gombak Setia, Pantai Dalam, Cheras, Setapak, Bandar Tun Razak dan Sentul.


Dekat lif ada direktori untuk you guys tengok certain facilities terletak di mana. Dalam library ni tak ada tandas kecuali untuk OKU. Tapi dekat je pun dengan Galeri KL, so boleh je tumpang tandas dekat sana. 


Kalau tengok dekat bahagian tepi tu ada ruang double seat warna oren kan? Tu untuk yang nak melayari Internet. Speed dekat library ni agak laju, 90mbps. Nak tengok movie dekat sini pun boleh. Tak akan timbul isu loading pun nanti. 



Actually kitorang berjalan tengok kawasan dalam ni lah mana tahu lepas ni boleh lepak sini cari bahan rujukan sebab buku dia memang banyak dari pelbagai genre. Dekat sebelah hujung sana ada rujukan bahan digital macam cakera padat kualiti blu-ray okay. Jangan pandang sebelah mata. 


Tapiiiiii section bahan bacaan fiksyen dia sikitnya! Mungkin dah banyak kena pinjam agaknya.


Ruang dia memang luas, selesa dengan air-cond yang tak sejuk sangat tak la panas sangat. Just nice je. Kalau datang berkumpulan pun tak ada masalah nak cari tempat untuk buat revision. Bilik untuk discuss dan dewan serbaguna pun tersedia. Dan kalau duduk sebelah tingkap macam brader tu boleh la tengok view dekat Dataran Merdeka.


Dekat tingkat bawah ada banyak lagi bahan bacaan.



Dah penat nak pilih buku apa sudahnya ambil buku masakan je haaa sambil rest dekat sini sementara tunggu penat hilang.


Library ni bukan setakat selesa je tapi ada beberapa spot cantik untuk ambil gambar. Rasanya diorang memang dah plan untuk touch up untuk jadi tarikan kepada anak muda supaya datang membaca dekat sini. Lama jugak Perpustakaan Kuala Lumpur ambil masa untuk siap renovation.


Tak pasti berapa lama tempoh untuk pinjam buku atau bahan rujukan yang lain dekat library ni atau berapa banyak denda diorang charge untuk yang lambat hantar. But hopefully tak ada la yang panjang tangan buat harta dekat rumah.


Dari masuk, register, guna Internet,, sewa discussion room, hall ataupun ke cafe, semuanya percuma asalkan dah jadi ahli Perpustakaan Kuala Lumpur. Best kan? So siapa yang nak buat assignment ataupun thesis, boleh la singgah sini untuk cari bahan rujukan. 

Nak datang ke Perpustakaan Kuala Lumpur ni mudah je. Dari LRT Masjid Jamek berjalan kaki ke Dataran Merdeka. Sekejap je dah sampai. Tapi kalau you guys jenis jalan cepat lah. 

Waktu beroperasi Perpustakaan Kuala Lumpur : 


  • Isnin : 2.00 petang hingga 6.45 petang
  • Selasa - Jumaat : 10.00 pagi hingga 6.45 petang
  • Sabtu & Ahad : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Perpustakaan ni akan tutup pada setiap minggu pertama dan cuti umum. Kalau dah bosan lepak dekat mall, boleh datang lepak dekat sini pulak, asalkan tak bising okay. 

Movie Review : Bypass Road


Director : Naman Nitin Mukesh
Writer : Neil Nitin Mukesh
Cast : Neil Nitin Mukesh, Adah Sharma, Shama Sikander, Gul Panag, Taher Shabbir, Rajit Kapur, Pahal Mange, Manish Chaudhary, Mukesh Bhatt
Production Company : Miraj Film Creations, NNM Films
Distributor : PVR Pictures
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 118 minutes
Release Date : 8 November 201
Trailer :


Movie drama thriller arahan dan skrip dari adik-beradik Nitin Mukesh mengisahkan tentang Vikram Kapoor (Neil Nitin Mukesh), pereka fesyen yang terkenal di Alibaug, Mumbai yang terlibat dalam satu kemalangan tragis tapi disebabkan luck, dia berjaya sembuh dari koma. Cuma kaki dia belum pulih sepenuhnya dan terpaksa bergantung dengan kerusi roda.


Malam yang sama, model company dia, Sarah Briganza (Shama Sikander) bunuh diri dengan tembak kepala di ruang tamu rumah. Tapi Inspektor Roy (Manish Chaudhary) syak Sara dibunuh bila pistol yang ada merupakan kepunyaan pakcik Vikram, Pratap Kapoor (Rajit Kapur). Tambah pula bila guard apartment tu nampak tunang Sara, Jimmy (Taher Shabbir) berdiri sebelah mayat Sara.


Sementara polis buru Jimmy, Vikram pula seperti diintip lelaki misteri. Banyak kejadian pelik yang berlaku di rumah dia sendiri lepas keluar dari hospital. Urusan di pejabat dia serahkan semuanya pada Radhika Nair (Adah Sharma). Vikram syak makcik dia, Romila (Gul Panag) yang plan untuk bunuh supaya dapat kaut semua harta.


Makin kuat sangkaan dia bila terjumpa nota dari ex staff, Narang (Sudhanshu Pandey) kepada Romila dalam laci. Vikram dengan Romila tak pernah berbaik tapi cuba untuk tak bergaduh depan Nandini (Pahal Mange), anak Pratap dan Romila yang Vikram anggap seperti adik sendiri.


Beberapa minggu lepas Vikram keluar dari hospital, Pratap sekeluarga pergi kenduri kahwin saudara dan biarkan Vikram di rumah ditemani orang gaji, Kaka (Mukesh Bhatt). Malam tu Kaka dibunuh dengan kejam dan pembunuh bertopeng datang untuk langsaikan hutang dia dengan Vikram.

Jalan cerita Bypass Road nampak menarik pada awal movie tapi bila masuk second half nampak cliché dengan thriller drama yang lain. Nasib baik plot twist dia not bad untuk dicerna. Konflik keluarga orang kaya dan perangai suka sakitkan hati staff.


Walaupun kaya teruk, diorang ada seorang je pembantu rumah untuk buat semua kerja. Ada satu scene masa Romila sengaja pecahkan frame gambar, banyak betul instruction Pratap bagi dekat Kaka. Kesian orang tua tu nak kena buat semua kerja padahal dah umur 80 kot. Have some sympathy boleh tak? Nak minum air teh pun terpekik suruh Kaka hidangkan.


Anyway, rumah diorang cantik sangat. Paling suka bahagian dapur sebab ada decoration pokok pisang hiasan dekat bahagian tengah. Tapi tak selamat lah sebab dekat dapur lah pembunuh tu masuk. Tak faham kenapa Kaka tak lock semua pintu. Tapi kalau lock pun boleh masuk jugak sebab rumah ni kelakar. Banyak duit tapi labur sikit je untuk security walaupun baru lepas ada kes cubaan untuk membunuh.



Visual average je dalam movie ni, nothing much to see. Sama jugak dengan music score. Music album dia tak best. Nasib baik lagu So Gaya Yeh Jahan nyanyian Nitin Mukesh sendiri, Jubin Nautiyal dan Saloni Thakkar.


Patutnya lagu cinta Vikram dengan Radhika tak perlu ada pun takpe. Lakonan Neil Nitin sebagai Vikram quite good tapi watak Radhika tu tak payah ada pun takpe sebab tak function sangat pun. Instead of bazirkan duit bayar dia, baik kembangkan lagi watak Sarah. Rajit sebagai Pratap nampak tak meyakinkan, same goes to Gul Panag.


Mungkin sebab B-grade movie so tak ditekankan sangat lakonan tu tapi kalau jalan cerita tak kuat sangat sepatutnya topup dekat bahagian lakonan lah tapi kalau dua-dua pun gagal, apa lagi yang movie ni nak deliver kan?

Should you guys watch this movie? Better don’t.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 4.7/10

Day 7 Quarantine : I'ts Been A Week

Beras dah habis.

Tapi tak sama perasaannya dengan medical staff. PPE dah habis, tenaga dah habis, burnout, emosi. Kematian dah meningkat ke angka 16. Yang dah confirm covid-19 pula dah cecah 1,624 orang. Influencer, top company, businessman and some random people dah start hulurkan bantuan. 

Image

Paling kesian Alif Syukri lah. Dia buat video dia tunjuk dia tolong orang, dia kena kecam riak dan suka menunjuk. Bila dia bantu orang diam-diam, dia kena maki manusia jahat pulak. People are sick. 

Sekarang dah berkuatkuasa tempoh berkurung sepenuhnya untuk sebelah malam. Semua kedai, ATM, petrol station cuma buka belah siang dari jam 6 pagi sampai 7 malam. Better that way lah, senang kerja polis dan askar untuk berkawal. 

Kalau kedai buka sebelah malam, ada la nanti buat alasan nak pergi beli barang. Lagi risiko untuk polis dan askar kalau penat berjaga. Dah ada kes polis meninggal sebab penat bekerja during RMO. Semua pun penat. Stress satu hal kena asak sana sini. What else can we do though. T.T