River Of Life, Kuala Lumpur

Monday 23 December 2019

Sebelum ni dah pernah pergi River Of Life di sebelah malam sebab nak bawa saudara jalan-jalan tengok KL tapi kali ni singgah sekejap untuk tengok kecantikan di waktu siang. 


Kalau sebelum ni sakit kepala dengan sesat dengan nak cari parking lagi entah dekat mana, kali ni chill je singgah sini sebab jalan kaki je dari Dataran Merdeka. Pemandangan waktu siang pun not bad lah for me, cantik sangat boleh nampak Masjid Jamek di seberang sana. 

Dalam gambar baru perasan yang sebelah siang pun kabus dia keluar cuma tak sebanyak macam waktu malam lah. 

Sebelah siang agak sibuk dan ramai pengunjung especially tourist lah dari Indonesia, Vietnam and negara orang putih sana. Masa kitorang sampai sini siap ada model omputeh tengah photoshoot lagi dekat sini.


Dulu masa datang tak ada lagi cage cantik berjuntai pasu ni. Sesuai betul buat warna putih sebab ngam dengan warna cat bangunan besar dekat sebelah tu. Bila bergambar dekat laluan nampak cantik kan? Kalau tak pun please ye kan aje.



Tak boleh nak lama dekat sini sebab hari dah nak hujan. Next time kalau datang lagi nak berjalan ke sebelah Masjid Jamek pulak sebab dekat sana pun boleh tahan cantik sekarang ni. Kalau sepanjang jalan ke Masjid tu penuh dengan bunga ros jepun ataupun kekwa yang senang tanam, senang hidup mesti lagi cantik. 

For me, antara siang ataupun malam, I lagi suka waktu malam sebab lagi cantik dengan lampu dan sungai ni jadi warna biru. Nak berjalan pun rasa romantik sikit walaupun berbau haha

Inisiatif unik dari pihak NGO untuk hidupkan tempat untuk berhimpun atau just chill lepak dengan kawan untuk create some ideas for anything. Lorong Jam dan Ruang di Jalan Hang Kasturi ni dihidupkan oleh Think City around 2017 tak silap. 


Lorong Jam ni agak tersorok so mungkin tak ramai yang perasan bila berjalan dekat sini. Lorong Jam ni di sebelah bangunan putih yang cantik ni. Kewujudan Lorong Jam dan Ruang ni tercipta bila Thin City terima banyak permintaan untuk hidupkan tempat untuk rehearsals ataupun buat aktiviti secara kecil-kecilan. 


Dalam masa beberapa bulan, Think City cuba cari tempat dan jumpa kawasan ni. Dengan sponsor dari cat jenama Nippon Paint untuk buat murals cantik dan kipas angin dari jenama Khind untuk digunakan bila ada event. 


Tak pasti lah mural ni sengaja dibiarkan tak berwarna ataupun tak siap lagi. 



This one is my fav sebab warna dia nampak menyerlah 


Guess this is the place to discuss. Tempat ni je yang teduh bila panas, tapi bahang tetap terasa lah so tak boleh lepak sini lama sangat. Lepas ambil gambar sana sikit, sini sikit untuk upload dekat IG, kitorang bergerak ke tempat lain because we don't have nothing to think at that moment haha


Not sure sebelah sana ada lagi tak mural arts ataupun seat yang disediakan but for me it was a lovely attempt bila ada pihak yang cantikkan lorong macam ni untuk orang awam berkumpul. Nampak macam kecil tapi besar makna untuk yang memerlukan. 

If you guys lalu dekat Jalan Hang Kasturi ni jangan lupa singgah sini and give support by upload your pictures at your social media supaya lagi ramai yang tahu. In future mungkin lebih banyak ruang yang boleh disediakan instead dibiarkan kosong dan tak terurus. 

Beryl's Chocolate Shop, Jalan Panggung KL

Sunday 22 December 2019


Salah satu tempat best nak jalan dekat area Jalan Panggung ialah kedai coklat jenama Beryl's buatan tempatan ni. Dari luar nampak biasa je kedai ni tapi bila masuk dalam memang terpegun sebab bau coklat yang wangi dan deco yang stylish. 


Since kitorang masuk dari pintu belakang, kitorang jumpa tandas dengan tempat basuh tangan dulu. Tapi tandas dia rosak masa tu so tak boleh guna. But who cares sebab kitorang nak tengok isi dekat dalam bukan tumpang tandas hshshs


Cantik kan? Macam masuk rumah orang je. 


Dekat bahagian belakang ni ada tempat buat coklat. Proses pembuatan ada dekat dalam gambar tu. Masa update entri ni baru perasan yang proses flow number 1,2 dengan 3 tak ada hahaha ampunnnn


Dekat sebelah, ada mini bar so you boleh je order then lepak dekat seat yang diorang sediakan. Lighting dekat sini cantik so boleh la bergambar masuk IG. 


Dekat bahagian tengah you guys akan jumpa pelbagai jenis coklat jenama Beryl's dengan pelbagai perisa. Untuk Malaysia haruslah keistimewaan dia, perisa durian dan cokat perisa ni antara kegilaan penduduk Taiwan berbanding rakyat Malaysia sendiri. Crazy right? 


Coklat Beryl's terkenal dengan coklat perisa cili. Jangan tanya apa rasa sebab tak pernah try. 



Suka tengok packaging coklat Beryl's ni sebab cantik. Masa tu ingat nak grab satu sebab bekas tin edisi Krismas dia cantik tapi bila ingat coklat ada banyak lagi dalam fridge terus cancel niat nak beli tu. Nafsu je semua tu!


Yang bestnya dekat area Pasar Seni ni, bukan setakat dekat tepi bangunan je ada mural arts tapi dalam kedai pun ada mural arts menarik.




Di bahagian depan pulak ada ceritakan sejarah pembuatan coklat dari zaman tribal lagi sampai lah sekarang jadi kegilaan ramai terutamanya kaum wanita. 


Fun fact, Beryl's ni wujud sejak tahun 1995 dengan misi 'Cemerlang' dan fokus untuk jadi jenama coklat terbaik baik di Malaysia ataupun di global market. Kilang pertama dibuka di Desa Serdang, di kawasan selatan Kuala Lumpur.
 

Dekat ruang tengah ni ada koleksi coklat jenama Beryl's dari koko pelbagai negara. Ada tester disediakan untuk tahu rasa dia macam mana. Kalau you guys datang sini, boleh la try nanti tapi jangan angkut bawak balik rumah pulak. 


Since December is Christmas month, decoration dalam kedai ni memang penuh dengan decoration Christmas lah. 


Nampak je macam dua tingkat tapi ruangan bawah sahaja yang dibuka untuk pengunjung ye. Kedai coklat Beryl's ni dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sampai 6 petang.