Mungkin tak ramai yang tahu pelakon #1 di Bollywood, Akshay Kumar ada kewarganegaraan Canada dan bukannya India. Since nama Akshay meningkat naik dengan filem-filem nasionalisme seperti Baby, Special 26, Gabbar, Airlift, Rustom, Toilet : Ek Prem Katha, GOLD, Mission Mangal dan banyak lagi, netizen mula pertikaikan kerakyatan Akshay.
“ I must tell you: this is my home, Toronto is my Home. After I retire from this industry (Bollywood), I am going to settle here.” - Akshay Kumar
Kewarganegaraan Kanada
Dalam satu interview lama Akshay dah pernah jelaskan kenapa dia pilih untuk apply citizenship negara Kanada. Tahun 1995 dia pergi ke Kanada untuk shoot movie Khiladiyon Ka Khiladi. Zaman 90-an dulu nama Akshay Kumar tak naik macam nama The Khans dan sebelum movie nasionalisme meletup di Box Office pun, dia masih lagi underrated walaupun kebanyakan movie dia bagus ataupun best untuk ditonton.
Disebabkan ramai peminat dia di Kanada yang datang dari kaum Punjabi dan India selalu support movie dia so dia rasa ada special place dalam hati dia dan rasa Kanada tu rumah kedua.
Tambah pula bila masa tu ayah dia ada kanser tahap 3 dan Kanada ada medical service lagi bagus dari India. Kawan-kawan Akshay di Kanada ada good influence and network dekat sana so dia selalu ulang-alik untuk dapatkan rawatan untuk ayah dia.
Walaupun ayah dia tak mampu sembuh dan meninggal dunia lepas rawatan tapi disebabkan warm service and support dari Canadian buat dia rasa terharu dan apply citizenship negara tu.
Ada warganegara negara lain tak bermaksud Akshay tak sayang dengan tanah air sendiri sebab isteri dia, Twinkle Khanna dan anak-anak dia lahir dan membesar di India. Even Akshay sumbang banyak bantuan untuk rakyat memerlukan selain membantu beri kesedaran kepada orang awam melalui filem-filem dia.
Sumbangan Akshay Kumar kepada India
1. Sumbangan Dana Untuk Mangsa Bencana
Setiap tahun India akan dilanda banjir di beberapa kawasan dan golongan yang paling teruk terjejas ialah golongan petani bila sumber rezeki ditenggelami air dan musnahkan hasil tuaian. Ada yang tak mampu survive sampai bunuh diri satu keluarga.
Akshay hulurkan bantuan dengan menyumbang dana kepada 180 buah keluarga dan wang tunai kepada mangsa-mangsa banjir di Chennai. Akshay support Being Human Foundation milik Salman Khan dengan menyumbang dana sebanyak Rs50,000.
Tahun 2019 India dilanda bencana taufan Fani dan beberapa kawasan tenggelam dan banyak keluarga yang hilang tempat tinggal. Akshay antara yang terawal dan terbanyak menghulurkan sumbangan kepada mangsa terlibat.
2. Martial Art School
Akshay terkenal dengan seni pertahankan diri and most of his stunt scenes dia yang buat sendiri tanpa bantuan double body dalam filem dia. Disebabkan kes gangguan seksual makin meningkat di India, Akshay wujudkan sebuah sekolah khas untuk martial arts training secara percuma di Mumbai.
3. Skim Insurans Untuk Stuntman
Industri perfileman besar seperti Bollywood perlukan ramai stuntman especially movie genre aksi so golongan ni berisiko besar untuk cedera dan lebih parah lagi kehilangan anggota fizikal bila berlakon. Dengan bantuan dari pakar bedah Dr. Ramakanta Panda, Akshay launched skim insurans untuk yang berumur 18 tahun hingga 55 tahun dan available di 4000 hospital di India. Skim insurans ni akan cover sebanyak Rs4,000 bila stuntman injured masa shooting.
4. Sumbangan Dana Untuk Angkatan Tentera India
Ramai tentera India yang terkorban angkara serangan pengganas dan beberapa hal keselamatan negara yang lain thus Akshay decide untuk menyumbang kepada keluarga yang kehilangan semasa bertugas.
5. Lancarkan Apps "Bharat Ke Veer"
Tak cukup dengan bantuan dana kepada keluarga askar yang terkorban, Akshay lancarkan apps dan juga website "Bharat Ke Veer" untuk orang ramai salurkan bantuan secara terus kepada keluarga mangsa.
6. Bina Hospital Untuk Polis
13 Mac 2017 Akshay launched Hari Om Cancer Shelter di Naigaon dimana anggota polis dan ahli keluarga boleh dapatkan rawatan kanser yang dilengkapi bilik berhawa dingin dan set makan dengan harga serendah Rs400 sahaja.
Idea ni datang bila Akshay hantar ayah dia ke Tata Memorial Centre dan ramai anggota polis ataupun askar yang terbaring di lantai tunggu rawatan. Hal ni buat Akshay sedih bila anggota polis dan askar kebanyakannya berkhidmat untuk negara tapi tak dijaga dengan baik.
Banyak lagi sumbangan lain yang Akshay buat untuk negara dia selain yang disenaraikan di atas. Setiap tahun Akshay antara pelakon yang bayar advanced tax dan setakat ni belum pernah lagi nama Akshay terlibat dalam mana-mana skandal ekonomi.
So is it really a big issue to have another country's citizenship? Disebabkan troll dan cacian makin meningkat gara-gara isu warganegara ni, Akshay dah apply Indian citizenship and hopefully next year dah tak keluar isu ni lagi.