Lirik Lagu Curang - Syamel

Saturday 30 November 2019

Another ballad single dari Syamel! Dari dulu suka sangat dengan suara Syamel, sesuai betul kalau nyanyi lagu balada sebab suara jenis serak basah. Bila dia deliver emotion dia sekali memang menusuk ke hati. 


Sesuai sangat la suara dia dengan tema lagu terbaru ni sebab berkisarkan tentang lelaki yang kecewa bila partner dia curang. Nak pula bila yang tikam belakang tu orang yang paling rapat dengan kita. Ada dua drama dalam MV ni. Syamel dengan team dia pun ada buat filem pendek supaya tak ada yang blur bila tengok MV. Have fun watching!



LIRIK LAGU CURANG

Artis : Syamel
Komposer : 
Lirik : 
Studio : Rocketfuel Networks

Ku tak mengerti apa kau ingin
Hatiku ini kau lukakan lagi
Seribu janji  yang kau mungkiri
Menghancurkan jiwa ku yang ku serah pada mu

Kau dustakan semua kata-kata bernyawa
Kau lahirkan dengan bicara tak bernada
Aku kau persenda di hadapan mereka
Ternyata kau hanya bersandiwara
Bermain kata
Pergi kau pada dirinya

Oh Oh oh

Kau hancurkan semua
Kita bina kerana dia

Kau dustakan semua kata-kata bernyawa
Kau lahirkan dengan bicara tak bernada
Aku kau persenda di hadapan mereka
Ternyata kau hanya bersandiwara
Bermain kata
Pergi kau pada dirinya

Kau dustakan semua kata-kata bernyawa
Kau lahirkan dengan bicara tak bernada
Aku kau persenda di hadapan mereka
Ternyata kau hanya bersandiwara
Bermain kata
Pergi kau pada dirinya

Bermain kata
Pergi kau pada dirinya

Pergilah engkau
Pada dirinya

Sofuto Sundae Family Mart

Dah lama baru nak up pasal ni. Baru nak ada masa nak tempek sini. Since my office dekat dengan Family Mart, rajin la colleagues layan produk baru. Ternampak pulak haritu ada yang makan, tergedik jugak la nak rasa macam mana. 


Kalau sebelum ni makan aiskrim dia cepat cair, kalini datang pulak dalam bentuk cup untuk flavor Matcha dengan Belgian Dark Chocolate ni. Specialnya sundae ni sebab ada boba dan boba dekat Family Mart ni pulak tak kenyal macam boba dekat tempat lain.


Lemahnya aiskrim FM ni bila dia cepat cair nak pulak bila dicampur dengan boba lagi cepat lah dia mencair sebab boba ni panas. Kalau nak makan memang kena dekat dalam FM je sebab sejuk. Kalau dah keluar memang melebur lah cerita dia. Boba dia sedap, lembut dan manis.

Little Mermaid Basketball, Star Avenue

Last week singgah ke Star Avenue nak pickup parcel dekat Pos Laju hasil shopping 11.11 haritu but since pejabat pos buka jam 10 pada hari Sabtu biasa, kitorang jalan-jalan dulu sekejap dekat situ. 

Star Avenue dah tambah section Little Mermaid dekat Level 2. Ngam la tempat tu sebab kalau bosan tunggu kawan shopping dekat Mr. DIY, boleh la lepas geram main game dekat sini. 


Kitorang tak pernah main basketball game selama ni so saja la nak try power tak power kitorang shoot.


Nak main satu game kena bayar 2 token. Nasib baik token sini murah je. 1 token = RM2. Patutnya habiskan token dekat sini je daripada masuk fun fair Belanda tu. 


First round haruslah nervous nak pulak masa dia sekejap je dia bagi. Memang kelaut lah kitorang shoot. Asal boleh je bila shoot takde fikir skills ke apa. 


Sudahnya dapat 13 kali je masuk itupun bahagi 2 lah sebab main 2 orang haha

Sebab tak puas hati dengan score awal, kitorang topup lagi token lepastu main lagi sekali. Benda ni bahaya kot kalau tak ada self control pffttt


Second time shoot ni berseni la sikit tangan tu lepastu shoot laju gila sebab nak kejar masa walaupun banyak ke laut.


Habis 42 saat tu dapat la 37 point untuk kali kedua bersusah payah shoot. Tak tahu la siapa yang power sangat sampai boleh shoot 250 kali tu. Lepas ni kalau bosan dekat Star Avenue, dah tahu dah mana nak pergi hahaha thanks for existing