Parvez Kazi - Body Double Salman Khan

Sunday 13 October 2019

Sejak Salman Khan pecat manager lama dia, Reshma Shetty things slightly changed for Salman Khan. Reshma Shetty ni antara orang yang banyak mengubah status hidup Salman. Dari bekas banduan kepada blockbuster superstar. 


Bukan setakat personal life Salman dan perjalanan career je tapi imej dan goodwill Salman pun kena touch up dengan Reshma. Being Human Foundtaion merupakan idea Reshma supaya Salman dikenali dengan golden heart di kalangan fans dan media. 

Tapi lepas Reshma dibuang atas sebab stress dan imbuhan kurang dari yang sepatutnya dia dapat, pilihan movie Salman dah tak berapa nak cantik dah. Movie dia mungkin hit di Box Office tapi impaknya tak sama macam dulu. 


Reshma pula berpindah kepada Akshay Kumar. Dari status superstar, Akshay sekarang dah rampas takhta Top Male Star. Produser dah berlumba nak Akshay sign movie under production house diorang sebab movie Akshay mesti akan bawa untung yang lumayan walaupun fees dia tinggi sikit dari pelakon lain. 

Bulan lepas Reshma keluarkan rahsia Salman Khan bila ramai producer yang dulunya rapat dengan Salman dah mula bagi alasan bila Salman nak sign movie under production house diorang dengan alasan skrip tak siap lagi. 

Image result for salman sajid nadiadwala

Bekerja dengan #TheKhans agak susah bila diorang akan charge fees yang tinggi dan kacau creative team buat kerja. Movie Salman Khan dengan Sanjay Leela Bhansali baru-baru ni shelved disebabkan Salman nak tukar wardrobe team SLB kepada wardrobe team dia which his family member yang akan decide. 

Bukan pertama kali pun Salman dengan SLB bergaduh benda yang sama. Dulu Salman-SLB bergaduh masa shooting movie Bajirao Mastani disebabkan benda yang sama jugak. Cast asal Bajirao Mastani ialah Salman-Kareena-Rani tapi terpaksa dibatalkan sebab pergaduhan isu ni. 

Lepas Inshallah shelved, Salman tweet dialog dari Kick so most of fans and media assume yang project Kick 2 akan keluar dan tayang pada Eid 2020 tapi Sajid Nadiadwala deny bila dia kata skrip tak siap lagi.

Minggu yang sama, Reshma keluarkan lagi rahsia baru bila Salman Khan sebenarnya guna 70% khidmat body double bila shooting and that's the ultimate reason why his face looks so young especially in Bharat! I mati-mati ingatkan dia guna VFX rupanya body double. Walaupun muka Parvez Kazi ni tak sama sangat sebab muka dia jenis panjang tapi wowwww teh resemblance! Even gaya pun sama. 


Gambar ni semua diambil dari official socmed acc Parvez sendiri bila dia akan update gambar dari shooting location. Parvez dah berlakon dengan Salman dalam Prem Ratan Dhan Payo, Race 3, Sultan, Tubelight, Bharat dll. 




Lepas habis shooting Bharat, ada news keluar yang Ali Abbas Zafar bergaduh dengan Salman. Reshma dedahkan yang Ali sakit hati bila Salman lambat datang ke set untuk shooting waktu pagi, tak datang set untuk shooting scene di Dubai sebab busy shopping dengan awek dia. Iulia. That's why lah Iulia akan follow mana je Salman pergi. Ada agenda dia sendiri.

Antara sebab lain bila muka Salman disebabkan suka berparti sampai lewat malam, nampak sembab dan eye bag makin teruk ditambah dengan faktor usia. Bila guna khidmat Parvez, muka Salman nampak lebih muda onscreen. Tak la banyak sangat VFX dengan makeup nak pakai. 

70% shoot yang digantikan oleh Parvez Kazi ni bukan setakat action stunt je tapi termasuklah scene biasa yang ada long shot. Bila part close up untuk tatapan fans, baru guna muka Salman yang sebenar. No wonder lah Salman boleh buat banyak benda dalam masa sehari rupanya ada kembar. 




Kalau belek socmed account pun Parvez Kazi ni terang-terang bagitahu dia bekerja untuk Salman sekarang ni. It's no longer a secret lah cuma dekat media body double digunakan untuk scene yang susah sebab Salman sakit belakang sampai kena buat pembedahan padahal hmmm..

Anyway you guys rasa sama tak? Parvez ni mungkin sama dari bahagian tepi dan ada gaya Salman tapi Salman lebih handsome lah hshshs

Cold Americano, Family Mart

Saturday 12 October 2019

Previous post ada sembang pasal tekak kembang dengan almond milk kan? Lucky for me, Family Mart ada buat promo Americano dengan Latte sampai 15 Oktober nanti. 


Ada lagi kopi yang lain tapi masa tu tekak tengah kembang dan tergoda dengan Americano so ambil yang cold punya sebab cuaca kat luar tengah panas. Memang tak lah nak minum kopi panas uollsss. Lagipun promo dia memang nak highlight pasal kopi ais, pilih yang lain buat apa kan?


Harga promosi RM4.90 je untuk Americano. Yang Mocha ataupun jenis lain ada yang mencecah RM6.90. Since ada RM5 je dalam purse, kita ambik yang ngam dengan duit lah. 


Tak nak manis sangat I request 2 pump sugar je itupun still pahit dekat tekak but bearable lah. Nak lagi manis you guys tambah lah lagi. Saiz dia tak besar sangat lah tapi berbaloi lah beli.

Movie Review : Soni


Director : Ivan Ayr
Writer : Ivan Ayr, Kislay
Cast : Geetika Vidya Ohlyan, Saloni Batra, Mohit Chauhan, Vikas Shukla, Mohinder Gujral
Production Company : Jabberwockee Talkies, The Film Cafe Production
Distributor : Netflix
Genre : Crime/Drama
Running Time : 97 minutes
Release Date : 8 September 2018 (Venice), 18 January 2019 (Netflix)
Trailer :



Movie Soni yang bertemakan gangguan seksual terhadap wanita ditayangkan di seksyen Orrizonti (Horizons) di 75th Venice International Film Festival, BFI London Film Festival, MAMI Film Festival 2018, Pingyao International Film Festival, Asia Pacific Screen Awards dan dinobatkan sebagai  Best Film dan hadiah wang tunai sebanyak 10,000 dolar.


Soni (Geetika Vidya Ohlyan) merupakan pegawai polis di bawah seliaan Insp. Kalpana (Saloni Batra) dan antara pegawai terbaik di daerah tu tapi disebabkan perangai panas baran Soni yang terpaksa hadap perangai lelaki miang yang suka harassed Soni, dia ditukarkan ke department lain.

Selain masalah di tempat kerja, Soni kena hadap perangai ex dia Naveen (Vikas Shukla) yang takut dengan komitmen. Walaupun dah lama kenal, Naveen tak mampu nak bawa hubungan mereka ke next stage. Jangan kata relationship, even karier dia pun entah ke mana. Walaupun diasak dengan mak cik Huma, jiran Soni, tentang hal kahwin, Soni tetap dengan pendirian dia untuk hidup bersendirian.


Tak jauh beza pun hidup Soni dengan Insp. Kalpana bila dia diasak dengan soalan mak mertua (Mohinder Gujral) perihal anak bila umur dia dah mencecah 32 tahun. Suami Insp. Kalpana pun polis juga, berjawatan lebih tinggi dari dia tapi jarang berjumpa walaupun serumah disebabkan Insp. Kalpana bekerja shif malam meanwhile Komisioner Sandeep (Mohit Chauhan) sebelah siang.


Jalan cerita Soni diinspirasikan dari movie Iran, Offside tahun 2006 menceritakan tentang macam mana perempuan struggle dengan daily life dan harassment yang terpaksa diorang hadap untuk selamat. Movie soni tak ada teknik visual atau editing yang cantik pun disebabkan budget kecil.


Tapi kalau tengok small details yang dipaparkan dalam movie ni kita boleh nampak betapa kuatnya mesej dari team Soni ni. Tinggi mana pun pangkat perempuan tu, bila dia tak mampu mengandung dan lahirkan anak, dia tetap dianggap lemah dalam masyarakat macam scene Insp. Kalpana.

Macam mana kuat pun Soni mampu belasah lelaki yang kacau dia, dia tetap kena transfer pergi department lain sebab dia belasah anak Menteri Perlancongan ataupun pegawai tentera laut lelaki yang mabuk masa memandu. Sama jugak personal life dia. Macam mana bagus pun dia dalam karier dia, masyarakat tetap paksa dia kahwin dengan Naveen yang useless supaya tak diganggu dengan lelaki lain.


Dalam satu scene, director tunjuk Soni pasang radio dengar berita hal isu semasa tentang usaha kerajaan asingkan coach wanita dekat trend an bagi perlindungan kepada wanita tapi hakikatnya lelaki yang bermasalah. Sampai bila perempuan kena ambil langkah keselamatan untuk hidup dengan selamat tanpa diganggu? 


Brilliant script dan juga lakonan bermutu dari dua pelakon utama sampai rasa connected dengan dua karakter ni walaupun dilakonkan oleh pelakon baru. Dari body language pun dah boleh rasa apa yang karakter berdua ni rasa sebab benda yang sama juga kebanyakan perempuan kena hadap tak kira apa juga bidang pekerjaan.


Though storyline quite strong tapi pace dia agak slow lah. Terpaksa ubah speed kepada 1.6x supaya tak mengelakkan daripada tertidur. Ada scene yang tak draggy and tak menambahkan emosi kepada jalan cerita pun especially scene Soni berjalan dekat area Delhi Metro.


Not recommended to watch untuk yang tak suka slow pace ataupun fancy visuals and music score sebab momentum dia agak flat lah. It just a one-go movie though it is great choice director stick dengan realism untuk ending movie Soni.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 9/10
Taufan Hagibis dengan hujan 80 sentimeter dan angin kencang merupakan taufan yang paling kuat pada abad ini. Kalau tahun lepas Jepun dikejutkan dengan angin kencang sampai bangunan dan kenderaan terbang, tahun ni mungkin lebih teruk disebabkan kekuatan angin dengan kelajuan 1400km/h berbanding tahun lepas cuma 400km/h. 



Kata Agensi Meteorologi Jepun, penduduk Jepun bakal berhadapan dengan hujan lebat, angin kencang, ombak besar dan ribut. Seramai 1.6 juta penduduk dipaksa berpindah dan segera selamatkan diri terutamanya yang berada di kawasan yang berdekatan dengan sungai dan laut. 



Disebabkan taufan Hagibis, dua perlawanan besar ragbi serta Formula One Grand Prix Jepun dibatalkan dan juga sistem perkhidmatan pengangkutan baik di daratan dan juga udara. 

Semalam penduduk Osaka digemparkan dengan langit berwarna pink dan ungu. Cantik tapi peringatan kepada penduduk Jepun untuk segera selamatkan diri. 






Penduduk di bandar Osaka dan Tokyo dinasihatkan untuk stay indoor dengan bekalan makanan yang mencukupi. Kebanyakan kedai dah kehabisan stok makanan dan jalan dengan lorong pun dah kosong sejak amaran taufan dikeluarkan.

Image





Hopefully everyone stay safe dengan tips yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Yang stay indoor, tutup tingkap dan berlindung di bawah meja. Kesian dengan tourist yang datang untuk perlawanan besar ragbi dengan formula one sebab stuck dekat Jepun bila flight semua dibatalkan. Harapnya semua dapat enough protection. Be safe everyone. 

Almond Milk, Family Mart

Friday 11 October 2019

Semalam try minum almond milk ada jual dekat Family Mart sebab tengah diet so nak kurangkan minum susu haiwan dan tukar kepada tumbuhan. 

Almond milk ni bagus sebab tinggi Vitamin D, E dan rendah carbs dengan calorie compared to susu lembu. 

Kalau kata sedap, boleh la nak minum selalu. Since nak try, saja ambil yang ada rasa manis sikit sebab takut kembang pulak tekak minum yang original. 



Harga dia boleh tahan lah RM5 sekotak. Kalau susu lembu dah boleh beli 2 kotak dah dengan harga 
RM5 ni. Rasa dia boleh lah nak telan tapi yang tak best bila rasa berlemak tu melekat dekat tekak. Bila minum air kosong pun tak hilang rasa tu. Jadi tak selesa la. Dah la minum awal pagi. Sudahnya cancel plan nak minum susu badam regularly.