Movie Review : WAR

Saturday 5 October 2019


Director : Siddharth Anand
Writer : Aditya Chopra, Siddharth Anand,  Abbas Tyrewala(dialogue)
Cast : Hrithik Roshan, Tiger Shroff, Ashutosh Rana, Anupriya Goenka, Soni Razdan, Vaani Kapoor, Arif Zakaria, Sanjeev Vasta, Imran Ahemed
Production Company : Yash Raj Films
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Action / Thriller
Running Time : 154 minutes
Release Date : 2 October 2019
Trailer :


Dari trailer lagi dah excited nak tengok movie gandingan Hrithik dan Tiger ni sebab dari tahun 2015 lagi dah boleh predict yang Tiger akan jadi pelapis kepada Hrithik sebab pandai menari dan action stunt cantik. Tahun 2015, Hrithik dengan Tiger first time jumpa dekat IIFA and since then Tiger makin rapat dengan Hrithik dan anggap Hrithik sebagai mentor dia. 


WAR mengisahkan tentang Kabir (Hrithik Roshan), ejen hebat Research and Analysis Wing (RAW) India  yang berpaling tadah dengan membunuh pihak atasan semasa misi rahsia di Iraq untuk bunuh Farid Haqqani, terrorist berbahaya yang mengancam negara India. 


Disebabkan tindakan Kabir membunuh Sir Naidu, dia secara rasminya dalam target list tentera India supaya dibunuh sebelum dia membahayakan lebih banyak nyawa. Kolonel Luthra (Ashutosh Rana) asalnya bagi tugasan ni kepada Saini (Imran Ahemed) tapi Khalid (Tiger Shroff) pertikaikan kenapa bukan dia yang lead misi ni sebab dia kenal dan merupakan protégé Kabir. 


Kolonel Luthra taknak disebabkan rasa sayang Khalid terhadap Kabir jadi distraction sampai misi ni gagal tapi Khalid yakinkan dia yang sayang dia pada negara lebih tinggi dari sayang pada Kabir. Tak mungkin dia berpaling tadah walaupun ayah dia pembelot negara. Dari kecil lagi dia nak bersihkan nama keluarga dan nak tengok mak dia (Soni Radzan) hidup dalam penghormatan.


Kolonel Luthra setuju untuk lantik Khalid sebagai ketua dalam misi ni tapi masih lagi gagal untuk track down Kabir walaupun dah guna kelebihan dalam RAW. Kabir sendiri yang datang jumpa Khalid supaya stop halang dia dalam misi personal dia tapi Khalid dah berjanji dengan Kolonel Luthra nak tahu apa motif sebenar Kabir dan siapa target dia yang seterusnya. 


Jalan cerita movie WAR ni predictable untuk action genre and quite cliché lah bila ada pembelot dalam team RAW then ada pihak atasan negara yang berkomplot dengan terrorist jahat macam Rizwan Ilyasi (Sanjeev Vasta). Lagi cliché bila ada scene Kabir-Khalid minum wain sebab scene macam ni memang predictable tapi yang cantiknya bila dari awal movie sampai ke hujung asyik terkejut je sebab ada je twist. Momentum movie memang cantik, sikit pun tak jatuh. 


Movie action under production house besar macam YRF memang gempak lah bab visual tambah pulak di bawah kelolaan Siddharh Anand sebab dah ada experience untuk movie nampak gempak. Ni bukan pertama kali Hrithik bekerja dengan Siddharth Anand sebab Hrithik dah perform dalam Bang Bang! tahun 2014. Ada scene lompat dari jambatan sama dengan dalam Bang Bang but this time lagi cantik dan lagi tinggi.


Transition cantik, color grading cantik, lighting, sinematografi memukau dari 6 negara dan 14 bandar besar walaupun ada beberapa scene nampak VFX tapi tak ketara sangat. Dalam movie ni plot masa dia bersilih ganti dengan flashback dan actual date tapi cantik lah tersusun dan tak rasa terganggu bila menonton. Suka tengok visual masa intro.


Tambah pula dengan music score dari Vishal-Shekhar, memang gempak sangat tengok dekat cinema dengan khidmat audio system bagus. Bukan setakat scene Hrithik nampak stylish, scene Hrithik team up dengan Khalid nampak hebat, even scene kereta dekat Artik tu pun nampak stylish habis! Tak berkelip mata dibuatnya. 


First half shot action stunt Khalid dengan gaya visual macam dalam video game whichis creative tapi tak puas sebab pening, sama lah dengan scene Kolonel Luthra mengamuk dekat Khalid sebab tak mampu nak track down Kabir. Dua scene ni je rasa macam tak perlu beria sangat. 

Lagu dalam movie WAR ni ada dua je, Jai Jai Shivashankar dengan Ghungroo and both diletakkan cantik sangat dalam movie. Sebab dah penat terkejut kan, bila masuk lagu buat kita relaks and chill sekejap dengan dua lagu yang best. Vibe lagu Ghungroo sama dengan lagu Bang Bang sebab director music yang sama, Vishal-Shekhar. 


Koreografi lagu Ghungroo dengan Jai Jai Shivashankar cantik sangat, thanks to Bosco-Caesar sebab berjaya create choreography baru yang match dengan energy dua dancer ni. Walaupun dalam lagu Jai Jai Shivashankar, Tiger nampak mengah dan keras sikit tapi memang cantik lah bila dia menari sebelah Hrithik. Suara Vishal dengan Benny pun sesuai dengan Tiger-Hrithik. 

Bab lakonan Hrithik memang terbaik dah cuma dalam movie ni khas untuk peminat Hrithik, you guys mesti akan rasa happy berganda sebab belum pernah lagi Hrithik jadi handsome teruk sangat dalam setiap scene. Nasib tak menjerit je dalam cinema. 


Lakonan Tiger makin bagus dalam movie WAR ni and yes boleh nampak sebab hasil didikan Hrithik. Boleh nampak gaya dia ada vibe Hrithik tapi tak bermakna identiti Tiger hilang terus. Since dah biasa dengan style Tiger flip, acrobat, slide plus baru je lepas tengok Student Of The Year 2, tak rasa pun macam dah jelak tapi essence ni yang diperlukan untuk hidupkan watak Khalid. 


Ada certain scene nampak muka Jackie Shroff tapi bila Tiger share screen dengan Hrithik, dah serupa adik-beradik dah. Bab chemistry Hrithik-Tiger memang cantik lah onscreen, guna facial expression dengan body language je both boleh hidupkan scene tanpa overshade sesiapa. Menangis tengok scene last Kabir-Khalid sebab dah feel attached dengan kisah Kabir-Khalid ni dari awal movie. Glad I tak salah pilih team, #TeamTiger ftw!


Walaupun dah berjela sembang pasal keindahan movie ni tak bermakna semuanya cantik. Sayang sangat dialog dari Abbas Tyrewala ni lemah especially scene Naina (Vaani Kapoor) dan beberapa scene lain. Nasib baik genre action ni jenis tak banyak sembang so terlindung lah kelemahan yang satu ni. Kemunculan Vaani Kapoor pun macam tak perlu ataupun patut replace dengan pelakon lain sebab dia tak mampu deliver. Nasib baik Hrithik cover. 


Sepatutnya watak Vaani tu dilakonkan oleh Katrina Kaif tapi Kat tolak sebab dia dah taknak role kecil macam ni. So vibe Kat tu ada especially scene acrobatic dalam lagu Ghungroo. Mungkin team production advice Vaani supaya ikut style Kat sebab nampak sama karakter watak tu dengan karakter heroin dalam Bang Bang dengan Dhoom 3 tapi Vaani tak mampu. Nampak try hard sangat. 


Untuk peminat movie action thriller memang wajib tengok movie WAR sebab action stunt memang cantik hasil koreografi dua stunt director Andy R Armstrong dari Hollywood dan Mr. Oh dari Korea sebab Siddharth Anand nak set benchmark lebih tinggi untuk movie action Bollywood and the team did it amazingly. For action genre, WAR memang memenuhi kriteria entertainment tu and the ticket so worth it! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Warung Bakso Mengancam, Subang Bestari

Hujung bulan lepas ada FB user yang post tentang kedai makanan dekat area Subang 2 jual bakso, mee celup dengan nasi ayam penyet. 


Since tengah craving bakso, memang petang tu jugak pergi kedai tu sebab dekat je dengan rumah. Tak sempat pulak nak fikir yang bila dah viral dalam page Community subang Bestari tu mestilah akan ramai macam kes dekat Kampung Jawa dulu. 



Alhamdulillah tak ramai orang sebab kedai tu buka dari 11 pagi dan disebabkan post FB tu, pukul 10 dah ada yang terpacak depan kedai sebab nak rasa bakso dia. 

Dekat sini ada banyak jenis bakso tau. Ada bakso biasa, bakso special, bakso mercun dengan bakso beranak. Mi dia ada satu jenis je, guna suhoon warna biru. 

Kitorang order bakso biasa je sebab nak try lagipun menu tu je ada dengan bakso mercun sebab banyak dah habis gara-gara viral. 


Lagi satu bakso dia ada tauhu which is sedap! Sambal dia jangan gedik letak banyak kalau tak tahan pedas. Satu sudu pun dah cukup lepastu taruk kicap ABC dari Indonesia fuhhhh masyuk! 

Second time datang kitorang cuba bakso beranak pulak. 


Kenapa bakso beranak sebab dalam dia ada isi. Patutnya letak nama bakso mengandung. Dalam bebola bakso besar ni ada tauhu, ada telur dengan bebola bakso yang kecik. 


Bakso ni besar tau, tak mampu nak habiskan pun sebab kenyang dah. Berbaloi lah RM10 untuk bakso beranak ni. Sup dia dah la sedap, tambah pulak bumbu dari Indonesia memang terbaik lah! 


Set nasi ayam penyet dia macam biasa je tapi suka dengan sambal dia sebab tak banyak tomato dan tak pedas pijar, just nice je dia buat. Ayam dia best sebab jenis garih rapuh dekat luar tapi juicy dekat dalam. Just my taste! 

Lepas ni memang datang lagi lah sebab semua sedap lagipun tak cuba lagi mee celup dia. Maggi bakso pun nampak macam sedap. 


Warung dia kecik je so kalau datang peak hour macam lunch tu kena tanggung sendiri lah kalau tak cukup tempat. Ada je tempat lagi dekat bawah pokok tapi kalau tak hujan boleh la lepak situ makan sambil kena angin. Bab parking tu takde masalah sebab tempat ni luas. Kawasan ni memang kawasan mati. 


Service dekat warung ni memang bagus lah sebab owner memang ramah walaupun penat dari pagi melayan customer tapi service tip-top. Masa awal datang dulu dia siap tanya ada apa-apa perlu dia improve tak. For me, nothing pun sebab dah memang sedap. Enjoy gila makan. 

Set Jimat Jumaat Marrybrown Berbaloi-baloi!

Friday 4 October 2019

Fast food terkenal buatan Malaysia yang mempunyai lebih 350 outlet di seluruh negara ni buat kejutan untuk para peminat dengan promosi set #JimatJumaat!


Bagi peminat ayam crispy Marrybrown,  setiap Jumaat, Marrybrown akan menawarkan set 5 ketul ayam goreng crispy dan juga 5 ketul nugget dengan harga hanya RM21.10! Yang best lagi harga ni termasuk dengan caj SST. Bukan senang nak dapat promosi berbaloi macam ni tau!


Tempat lain dengan harga belasan ringgit baru dapat beberapa ketul ayam je. Dekat Marrybrown khas untuk peminat ayam goreng, boleh dapat 5 ketul sama ada original ataupun ayam crispy dan spicy ditambah pula dengan 5 ketul nugget ayam yang lembut isinya dimakan panas-panas. Musim hujan macam sekarang ni bila makan memang terangkat beb!


Bukan setakat jimat je tapi set ni boleh juga dikongsi bersama keluarga atau kawan-kawan sepejabat sebab ayam dia besar. Kalau ada yang dapat bahagian kepak atau paha ayam pun boleh sendawa kenyang sebab isi dia tebal dan sedap. Bila ayam lain macam dikongsi baru lah rapat, baru lah erat!  
Set #JimatJumaat ni boleh didapati pada tarikh :

- 20 September 2019
- 27 September 2019
- 04 Oktober 2019
- 11 Oktober 2019
- 18 Oktober 2019
- 25 Oktober 2019
- 1 November 2019

Tawaran ini sah untuk dine-in sahaja, bukan untuk delivery, bukan untuk ditapau bawak balik dan tidak termasuk dengan minuman dan juga pemanis mulut. Set Jimat Jumaat Marrybrown sah di semua cawangan Marrybrown kecuali di cawangan Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon dan semua lapangan terbang. 


Tawaran ni juga terhad sementara stok masih ada tau so jangan bertangguh lama, tengah gaji ni baik serbu cepat. Nanti habis confirm melepas!

Untuk maklumat lanjut berkenaan menu terbaru atau sebarang pertanyaan tentang promosi yang sedang ditawarkan,  sila layari sesawang di bawah :

Facebook : MarrybrownMalaysia
Instagram : Marrybrownmy
Youtube : MarrybrownTv