Movie Review : Article 15

Monday 16 September 2019


Director : Anubhav Sinha
Writer : Gaurav Solanki, Anubhav Sinha
Cast : Ayushmann Khurrana, Isha Talwar, Sayani Gupta, Kumud Mishra, Manoj Pahwa
Production Company : Benaras Media Works, Zee Studios
Distributor : Zee Studios
Genre : Crime/Drama/Mystery
Running Time : 130 minutes
Release Date : 28 Jun 2019
Trailer :


Movie yang bersandarkan pada Article 15 dalam Constitution India di mana tiada sebarang penindasan terhadap sesuatu individu disebabkan agama, kaum, bangsa, kasta atau tempat kelahiran di negara tu. Movie Article 15 ni menggabungkan dua insiden negara India iaitu 2014 Badaun gang rape dan 2016 Una flogging incident.


Ayan Ranjan (Ayushmann Khurrana) ditugaskan untuk berkhidmat sebagai ketua polis di daerah Laalgaon, sebuah kawasan kampung yang terpencil dan masih membezakan layanan mengikut kasta. Kasta paling bawah, kasta Dalit dikerah untuk bekerja siang malam dengan bayaran tak setimpal.


Masa Ayan sampai di kampung tersebut, beberapa orang penduduk kampung merayu pihak polis untuk mencari 3 orang gadis remaja yang hilang. Pegawai Brahmadutt Singh (Manoj Pahwa) bagitahu Ayan yang perkara ni biasa di kampung tersebut, katanya dua orang gadis tu lesbian dan dibunuh oleh keluarga sendiri sebab malu.


Tapi bila Gaura (Sayani Gupta) datang jumpa Ayan personally bagitahu yang adik dia Pooja dan dua orang lagi gadis tu hilang bukan sebab dibunuh keluarga tapi diculik lepas mereka bertiga minta kenaikan gaji sebanyak Rs3 rupees.


Ayan asalnya taknak masuk campur walaupun dia menyampah dengan adat kampung bila layanan diberikan mengikut kasta. Tapi bila Aditi (Isha Talwar) kata sampai bila nak tunggu hero datang selamatkan keadaan sedangkan Ayan sendiri mampu ubah keadaan tu.


Ayan mula perasan ada perkara pelik yang jadi bermula dengan kehilangan misteri kawan kolej dia, Satyendra Rai (Akash Dabhade) dan beberapa persoalan dari Gaura mengenai adik dia dan permainan politik geng Anshu Naharia (Veen) dan pihak atasan polis sendiri.


130 minit rasanya tak puas dengan olahan cantik dari segi jalan cerita dan plot dibantu dengan skrip bagus dan performance terbaik Ayushmann dan pelakon lain. Walaupun movie ni banyak digalas oleh Ayushmann tapi pelakon sampingan lain pun sama menyerlah especially Zeeshan Ayyub yang muncul sebagai ketua parti, Nishad tapi mampu bagi impak besar pada jalan cerita. Leave quite a remarkable impression lah untuk movie ni.


Kalau sebelum ni director Anubhav Sinha olah tragedi letupan berani mati dan kes sebenar bila keluarga taknak tuntut mayat anak yang berubah menjadi terrorist, kali ni Anubhav hasilkan movie yang menyentuh isu diskriminasi terhadap kasta berbeza.


Walaupun movie ni diadaptasikan dari kes sebenar tapi hakikatnya kita dah boleh nampak sisi fiksyen dalam movie ni bila Ayan bertukar mode penyelamat Pooja sebab kalau ikutkan kekejaman terhadap kasta Dalit ni bila Ayan mula masuk campur, dia dah boleh dipindahkan ke tempat lain dan keganasan terhadap kasta Dalit ni lagi teruk yang digambarkan dalam movie Artcile 15.


But a small change is better than doing nothing, which another mesej tersirat dalam movie ni. Daripada diamkan lebih baik tonjolkan supaya menjadi medium kesedaran dan pengajaran. Mungkin tak dapat hapuskan 65% kes jenayah terhadap kasta Dalit tapi 1% is better than nothing and hopefully lebih ramai production house and directors yang akan tampil dengan isu yang sama sebagai kempen kesedaran dan bawa perubahan.


Bukan setakat hit di box office India, dapat pujian dari pengkritik film tapi dipilih untuk dapat tayangan perdana di London Indian Film Festival pada Jun 2019. Sekarang ni dah mula ditayangkan di Netflix.

Dalam movie ni tak ada lagu pun except soundtrack bergerak seiring dengan jalan cerita untuk tambah intensity jalan cerita. Personally I suka lagu Naina Yeh yang released masa promotion events berlangsung untuk movie ni cuma geram lah kenapa bukan Ayushmann yang nyanyi.


Anyway, do watch this movie kalau suka genre crime drama dan movie jenis real macam ni. Oh ya, jangan tengok movie ni masa makan.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Fruity Lover Waffle, Gelare Citta Mall


First time makan dekat sini sebab dah lama craving nak makan waffle ice cream. Kebetulan ada promosi waffle masa ni, terus belek menu then order Waffle Fruity Lover dengan mocha coffee ice cream. 

At first macam in split jugak nak pilih Waffle dengan kacang dan coklat ataupun fruits tapi entah kenapa mulut sebut nak fruits. 


Thank God tak ramai orang dekat sini so tak payah la tunggu lama walaupun ada novel jadi teman sementara tunggu order siap. Restoran Gelare ni cantik lah, kemas tersusun dengan deco menarik macam ni. 


Gelare ni outlet pertama dibuka di Australia tahun 1986. Tak banyak pun rasanya outlet dekat Malaysia. Aiskrim dekat Gelare ni to be honest quite pricey tapi berbaloi lah sebab lagi mampat daripada aiskrim American. 


Nasib baik dekat sini tak payah pergi ambil dekat kaunter sebab staff yang akan hantarkan. Malas nak bangun bila dah sedap duduk hshshs

Waffle dia meriah dengan fruits, chocolate syrup, icing sugar and of course ice cream cuma yang tak bestnya bila waffle dia tak rangup sangat so bila makan 2 slice dah kenyang dah. Jenuh jugak nak habiskan satu waffle ni bila makan sorang je. 


Kalau jenis tangki kecik, better makan ramai-ramai ataupun bawa kawan tangki besar so dia boleh sumbat kita punya sekali. Quite happy jugak lah makan dekat sini sebab service dia bagus, mesra pelanggan and outlet bersih. 

Maybe lepasni boleh makan dekat sini sebab waffle lain pun nampak macam sedap jugak. Apart from waffle ada lagi menu lain macam pasta dan burger. 
Asalnya buka Shopee nak belek loose powder je sebab nampak entri pasal produk Focallure murah kemain lepastu meleret pulak ke tempat lain sampai terbeli segala jenis barang. 

1. Mask


Memandangkan stok mask dah habis, tambah pula mask ni murah je satu sheet cuma RM0.45 so kita borong lah 40pcs. Penuhkan stok banyak sikit sebab selalu kalau beli dekat Watson bukan banyak pun boleh dapat. 

2. Selfie Lighting 


Dah lama dah nak beli ni tapi hold dulu sebab masa tu tengah mahal lagi. Memandangkan tengah murah, RM27 je lagipun stok makeup banyak nak kena habiskan, so kita gatal tangan add to cart. Nampak macam tak penting kan? Tapi bakal berguna. Kalau tak penting pun lantaklahhhhhh

3. Makeup Brush


Apa makna main makeup tapi tak ada makeup brush? Makeup brush yang lama tak cukup. Bak kata MUA Erin, minimum makeup brush mesti ada 25 batang. RM10 dengan rating 5/5, of course add to cart. Hshshshshs

4. Blackhead Remover Mask

Dulu dah pernah beli blackhead strip dari Watson tapi rasa nak marah je bila guna sebab tak melekat elok pun dekat hidung lepastu tak banyak blackhead yang keluar. Baik picit dengan kuku, puas hati bila tengok. Nasib nose strip Watson tu tak mahal sangat but still geram jugak lah. So this time kita try pakai yang ni sebab harga RM5 je. 

*Bag tu adik yang menyelit okay walaupun dah bersepah bag dekat rumah ni.*

5. Vintage Tapestry


I'm not sure corak ni masih dipanggil tapestry ataupun just wall deco sebab dah jauh beza dah dengan corak Bohemian tu. At first nak beli corak Bohemian tu tapi macam pening pulak bila tengok lama-lama. Takkan setiap pagi mood nak lari sebab corak tu je. So kita beli this one. Ahhhh happy!

Senang je nak gantung sebab dia dah bagi hook dengan klip siap-siap tinggal nak ketuk hook tu pastu pasang dekat dinding. Sangat lah senang, 5 minit je dah siap gantung. This one RM27 je so lepasni nak beli lagi, nak letak dekat bilik lagi satu.

6. Face Mist


Dah lama cari face mist ni sebab nak buat jadi setting spray sebelum dan selepas makeup lagipun muka dah kering sebab dekat dengan air-cond bila masuk office. Bila muka kering mula la nak muncul jerawat batu. 

Sebab rating tinggi plus murah just RM15 so add to cart. Dah try pakai not bad la sebab bau dia wangi dan cepat meresap dalam kulit. Hopefully membantu lah muka jadi lembab. 

Ada banyak lagi sebenarnya add to cart haritu tapi cancel sebab shipping dia mahal walaupun harga produk murah je especially Focallure tu lah. Water mask Laneige pun terpaksa cancel. I think next time or tunggu bulan 12 nanti kita borong lagi. Can't wait!

Lirik Lagu Pura-Pura Bujang - Baby Shima

First time tengok MV Pura-Pura Bujang sampai habis especially scene drama dekat hujung MV, lebih kurang sama dengan kontroversi Aliff Aziz-Bella. Bila search memang tengah kecoh pun single baru karya Ezra Kong dengan Mimifly ni tuju dekat Aliff. 


Tak kisah lah tuju ataupun tak, single genre pop gubahan Ezra Kong ni memang catchy and tak puas dengar sekali je. Congrats to Baby Shima sebab nama dia makin naik dekat negara sendiri dengan genre & identiti tersendiri. 

Macam ngam kalau Baby Shima collaborate dengan Ayda Jebat buat single sebab suara macam ada chemistry. Anyway siapa yang belum tengok Official MV Pura-Pura Bujang boleh klik video dekat bawah : 



LIRIK LAGU PURA-PURA BUJANG
Artis : Baby Shima
Lagu: Mimifly, Ezra Kong
Lirik: Mimifly, Ezra Kong
Studio : MVM Music

Kantoi sekali lagi
Ada cinta tiga segi
Adakah dah bertunang dah berbini
Hati berbicara makin lama makin rasa
Sesuatu yang tak kena dengan dia

Kau fikir 'ku tak tahu
Tak payah nak menipu
Kau pecah tembelang

Mengapa oh mengapa
Jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba
Kau menggoda
Jangan sayang pura-pura bujang

Dia atau aku
Yang mana pilihanmu
Katakan saja aku ingin tahu
Baru kau nak peninglah
Kerut-kerut kening
Guling-guling
Guling-guling
Macam tenggiling

Kau fikir 'ku tak tahu
Tak payah nak menipu
Kau pecah tembelang

Mengapa oh mengapa
Jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba
Kau menggoda
Jangan sayang pura-pura bujang

Berwas-was lah bila
Bercinta ha-a jangan
Dipatuk kasih pria berbisa
Jangan sekali dibelitnya

Mengapa oh mengapa
Jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba
Kau menggoda
Jangan sayang pura-pura bujang
Sedangkan kau sudah berpunya
Jangan sayang pura-pura bujang
Jangan sayang pura-pura bujang

Drama Review : Doctor Prisoner

Saturday 14 September 2019


Director : Hwang In-hyuk
Writer : Park Kye-ok
Cast :  Namkoong Min, Kwon Nara, Kim Byung-chul, Choi Won-young, Kim Jung-Nan, Ryeo Un, Park Eun-suk, Jin Hee-Kyung, Lee Da-in
Genre : Medical Drama/Thriller
Running Episodes : 32
Release Date : 20 March – 15 May, 2019
Production Company : Jidam Inc.
Distributor : Korean Broadcasting System
Teaser :

Drama di bawah KBS Drama Production ni diterbitkan pada awal tahun 2019, bulan Mac sampai Mei and rating untuk drama ni agak tinggi so we decided to watch during weekend. Mengisahkan tentang Dr. Na Yi-je (Namkoong Min) yang gifted dalam bidang medical tapi dibuang kerja disebabkan Lee Jae-hwan (Park Eun-suk), anak kedua Taekang family buat kacau masa pembedahan berjalan.


Jae-hwan cari pasal dengan pasangan OKU yang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Dr. Na Yi-je tapi meninggal disebabkan kemalangan yang agak teruk. Walaupun sempat sampai ke hospital tapi Dr. Na Yi-je banyak kali diganggu disebabkan Jae-hwan sakit hati Yi-je taknak check adik dia yang cuma luka di dahi.


Disebabkan Yi-je dibuang dari hospital tu, pembedahan mak dia dalam waiting list hospital tu pun dibatalkan serta-merta sampai menyebabkan mak dia meninggal dunia. Disebabkan dendam, Yi-je apply untuk masuk jadi doktor di Penjara West Seoul dengan recommendation dari klien dia, Oh Jung-Hee (Kim Jung-Nan).


Konsep drama ni sama dengan drama Cross tahun 2018 bila menggunakan tema balas dendam dengan banduan dalam penjara. Cara Yi-je masuk dalam penjara walaupun kena reject dengan Dr. Sun Min-Sik (Kim Byung-Chul) pun lebih kurang sama je dengan Cross.


At first ingatkan momentum drama tu akan sama dengan Cross tapi of course lah ada kelainan dia tersendiri bila Yi-je daripada seorang doktor yang baik hati berubah kepada doktor yang licik dalam pertarungan dendam dia terhadap Taekang family.


Bukan Lee Jae-hwan yang dia kejar tapi ketua Taekang business masa tu, Lee Jae-Joon (Choi Won-Young) tapi sebab apa tak boleh cerita sini nanti jadi spoiler la pulak. Kena layan sendiri baru dapat feel suspense tu.

Plot jalan cerita drama ni memang cantik walaupun sarat dengan permainan politik antara doktor dan businessman. Entah berapa kali Yi-je bertukar pihak semata nak kejar musuh utama dia. Bab tikam belakang tak payah cakap lah sebab masing-masing ada agenda tersendiri bukan Yi-je seorang je.


Dalam drama ni director dah highlight tak ada hitam putih dalam pertarungan, tak ada moral compass pun. Situasi dalam drama ni sama la dengan sumpah doktor bilamana sebagai doktor tak kisah lah penjenayah ataupun orang baik, dia tetap kena jalankan tugas dia sebagai doktor. Menguatkan lagi mesej yang dibawa oleh team DP ni dengan dialog Yi-je :

“There is no right or wrong path. You just go down the path that’s in front of you.”.

Sakit hati jugak sebenarnya masa layan drama ni bila Dr Yi-je senang je bagi suggestion penyakit apa banduan boleh guna untuk keluar guna stay of execution sebab kesian dekat polis dengan peguam yang penat buat kerja untuk tangkap penjenayah besar macam ni. You guys boleh nampak frustation tu dekat watak Jang Ui-sik (Jang Hyun-Sung)


This is my first time watching all the stellar actors such as Namkoong Min, Kim Byung Chul and Choi Won-Young. Disebabkan drama ni jatuh cinta terus dengan 3 pelakon ni. Mimik muka dan body language masing-masing memang sangat mainkan peranan ye. Lepas ni boleh layan drama diorang bertiga selain Jisung.


Though leading actors looks promising, watak heroin dan supporting cast perempuan yang lain agak lemah dalam drama ni. Even Han So-Geum (Kwon Na-Ra) seorang doktor psikatri yang bagus tapi watak dia in person agak mengacau matlamat Yi-je. Lambat jugak la watak dia nak transform jadi kuat and unnecessary sangat bila director letak scene So-Geum angau dengan Yi-je walhal boleh kembangkan scene So-Geum dengan adik Han Bit (Ryeo Un).


Watak Mo Yi-ra (Jin Hee-Kyung) dengan Lee Jae-in (Lee Da-in) sebagai mak dan anak yang licik pun tak berapa diketengahkan sangat walaupun dua watak ni agak powerful dan bantu Yi-je. Hopefully season 2 nanti director bagi screentime lebih sikit sembang pasal Taekang family.


Since ada season 2 bakal keluar nanti, I tak rasa drama ni ada banyak kekurangan sebab harapan tinggi jugak lah untuk director kembangkan plot mana yang kurang dalam season 1 ni. All in all I truly enjoy this drama with high level of suspense and plot twist. You predict macam ni tapi Yi-je dengan Min-suk buat cara lain and at some scenes boleh rasa nak berpihak pada Min-suk bila watak Yi-je nampak dark sangat. Recommended to watch for all thriller lovers.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10