Tutorial | AR Post

Sunday 1 September 2019

Masa awal masuk kerja dekat office baru memang tak tahu menahu langsung pasal AR post ni bila lawyer suruh I pos surat kepada opponent guna AR post. Merangkak jugak mencari tutorial macam mana nak guna AR Post ni. Dah Google tapi tak ada pun tutorial macam mana nak guna AR post. Yang ada keluar cuma penerima dapat atau pengirim berjaya hantar AR post. 


Beza AR post ni bila kita hantar surat, pihak Pos Malaysia akan hantar kembali kad berwarna kuning ni sebagai jawapan sama ada penerima terima surat kita ataupun enggan terima. Sama ada terima atau tolak, penerima tetap kena bagi jawapan dan sign. 

Kalau penerima dah pindah ataupun pengirim tersalah alamat, pihak Pos Malaysia akan kembalikan balik dalam masa seminggu atau lebih dari tu. Nak buat AR post ni agak senang sebenarnya tapi kena ada banyak item dan steps lah. 

For sure kena ada AR card, sticker AR, borang AR post dan juga setem (kuantiti setem mengikut jarak alamat). AR card dengan sticker AR ni boleh dibeli di mana-mana cawangan Pos Malaysia dengan harga RM4.10 (harga pada Jun 2023). Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa ye.

First step, just isi details kita sebagai pengirim dan penerima di ruang yang disediakan di sebelah kiri AR post tu.

Sebagai contoh:

Ram Reza & Muhammad, 
Chambers Unit E-7-02, Jln PJU 1A/7A, 
Oasis Square Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor


Nak senang, guna cop syarikat yang lengkap dengan nama, alamat dan no telefon syarikat tempek je dekat bahagian pengirim tu. 

Semua AR post akan dapat sticker putih dan beberapa bar code untuk kegunaan pejabat Pos Malaysia, simpanan penerima dan juga pengirim. Ambil bar code kedua dan tampal di No. Pos Daftar macam gambar di atas. 


Step ketiga, ambil bar code pertama (Office use only) dan tampal di borang AR post macam gambar di bawah. Dalam borang AR post ni cuma kena ada nama penerima dan alamat penerima. Kalau ada lebih dari satu penerima boleh je isi dalam satu borang. Pls contact I dekat farhannajafri@gmailcom untuk dapatkan borang tu. I dah pernah letak link but it seems ramai sangat ubah itu ini sampai hilang format asal. 


Untuk bar code customer's copy tu boleh simpan sebagai rekod pihak pengirim. 

Dah habis tarik semua bar code sticker, isi details pengirim dan penerima kemudian boleh buka dan tampal dekat hujung sebelah kanan sampul surat. Sebelah sticker tu tampal setem biasa macam dalam gambar di bawah ni. 


Dah settle semua, attach AR post dengan sampul dan borang AR post dan serah dekat kaunter. Bila pihak pos Malaysia dah check, nanti dia akan cop di bahagian bawah borang AR post. 

Lepas penerima dah dapat surat tu nanti, posmen akan hantar AR post kepada kita macam dalam gambar bawah ni. Paling lewat pun seminggu tapi kalau Pos Malaysia diam je, ada eloknya u guys call diorang. Takut kena peram dekat transit sebab penerima tak ada ataupun masalah dalaman transit. 


Senang je buat AR post ni tapi kalau first time tu mungkin akan pening main dengan sticker barcode tu. Guess that's all for now, hopefully yang mencari boleh dapat pencerahan dekat entri ni. 

The Captain Steamboat & Grill, Meru

Dua minggu lepas kawan dekat tempat kerja lama call ajak lepak dekat The Captain Steamboat & Grill di Meru, Klang. Katanya tengah ada promo harga seorang RM20 dari harga asal, RM25. 

Dari Subang Airport ke tempat ni agak jauh la, dalam setengah jam macam tu. Jadi renyah bila kena masuk jalan kampung dekat kawasan belakang and mostly lalu ikut jalan Shah Alam 2 yang tengah dalam construction. 


Untuk orang Meru mungkin dah agak famous kot kedai makan steamboat ni sebab selalu jugak keluar dekat Twitter and mostly kedai ni akan penuh. Ni pun datang lepas buat reservation sebab plan asal kena anjak tarikh bila kedai fully booked. 


Dekat sini agak luas cuma tempat untuk park kereta agak terhad. Boleh je nak park dekat belah belakang kedai cuma tak luas mana lah. Untuk parents yang bawa anak-anak datang boleh biar diorang main dekat playground yang kedai ni sediakan. 


Selection makanan tak banyak sangat sebab mostly pilihan makanan banyak frozen processed foods je. Makanan ready made quite menarik jugak bila diorang sediakan sup tulang, nasi lemak dan makanan bergoreng yang lain. Tapi kalau datang time peak hour memang melepas lah sebab ramai. 




Quite disappointed dengan drinks section sebab sepatutnya ada kopi o tapi habis. Dua-dua coffee maker ada teh o. Air pun tak banyak pilihan, ada air sirap dengan air oren je. Untuk air putih, boleh ambil sendiri dekat water filter tepi kaunter.




Dekat Captain Steamboat ni boleh lepak lama tanpa perlu risau pasal waktu solat sebab ada surau disediakan. 



Tak banyak pun boleh pilih dekat sini sebab makanan ready made cepat habis, makanan seafood pun tak banyak. Ada udang je masa datang haritu so agak turn off lah nak makan. Masak mana ada je.




Next time mungkin dah tak datang kot sebab pilihan tak banyak lagipun tempat ni agak jauh dari rumah.

Movie Review : Rocky Handsome

Friday 30 August 2019


Director : Nishikant Kamat
Writer : Ritesh Shah
Cast : John Abraham, Diya Chalwad, Shruti Haasan, Nishikant Kamat, Sharad Kelkar
Production Company : J.A Entertainment, Azure Entertainment
Distributor : T-Series
Genre : Action/Thriller
Running Time : 126 minutes
Release Date : 25 March 2016
Trailer :


Dulu dah pernah tengok movie ni tapi 30 minit awal je pastu tergantung sampai lah sekarang rasa nak tengok balik sebab tengok trailer best. Kalau movie John Abraham ni, walaupun plot predictable tapi action stunt dia padu.

Kabir Ahlawat (John Abraham) hidup seorang dan bekerja sebagai tukang pajak gadai segala jenis barang yang masih ada value. Lepas kematian isteri, Rukshida (Shruti Haasan) dan anak dalam kandungan, Kabir dah malas nak cara dengan dunia ni. Dia buat hal dia sendiri je.


Tapi dia selalu kena kacau dengan si cilik comel Naomi (Diya Chalwad) yang suka dengan nails art. Hidup Naomi agak kesian sebab mak dia, Anna (Nathalia Kaur) seorang penari kelab dan ketagih dengan dadah.  Selalunya Naoimi akan makan dan tidur dengan Kabir sebab Anna memang tak kisah langsung pasal anak dia tambah pulak bila dah stoned.


Jadi masalah bila Anna curi 10kg dadah jenis heroin kepunyaan Mantoo (Uday Tikekar), yang dijaga oleh dua beradik, Kevin (Nishikant Kamat) dan Luke (Teddy Maurya). Rugi bisnes diorang bila Anna buat perangai macam tu.


Sebab dadah tu Anna dengan Naomi kena culik. Mantoo dan konco dia bukan setakat bisnes haram jual dadah je tapi jual organ jugak. Since Anna buat hal, organ dia semuanya diambil dan dijual. Naomi pulak ditahan untuk dijadikan porter dadah sebab polis takkan syak kanak-kanak jual dadah. Bila organ dah cukup matang nanti, semua organ dia akan dijual di black market.


Kabir nampak je macam hati batu tapi bila bab Naomi memang dia mengamuk habis dengan gang Mantoo walaupun Kevin dah team up dengan pihak berkuasa, Anti-Narcotics Bureau. Tak ada masalah untuk bekas ejen RAW yang pernah join program khas bawah ketenteraan kerajaan. Dalam masa 2 minit je Kabir dah hantar satu department ANB masuk hospital sebab kacau dia.


Walaupun jalan cerita dia predictable tambah pula movie ni remake dari movie Korea, The Man from Nowhere tahun 2010 tapi yang best nak tengok bukan cerita sangat pun tapi action stunt John Abraham. Sangat sangat sangat berbaloi sebab sharp dan teknik dia cantik.


Dalam trailer ada sikit dia tunjuk,. imagine layan full movie. Tengok scene dia lari pun nampak smart. For me dekat Btown memang John dengan Vidyut power bab action stunt ni. Ulang banyak kali pun tak bosan sebab memasing buat action stunt sendiri.


Bab soundtrack biasa je tapi layan la lagu Rehnuma nyanyian Shruti sendiri, dari promo events sampai sekarang layan lagi. Lagu yang lain biasa je lah walaupun Nora Fatehi gigih menari dalam lagu Rock Tha Party. Rasanya dari movie ni Nora start bekerjasama dengan John walaupun dia baru dikenali dengan lagu Dilbaar dalam Satyame Jayate, movie John jugak. 


Recommended for those yang suka action tapi movie ni tak boleh tengok dengan family lah sebab action stunt dia agak ganas, plus ada beberapa scene yang agak kejam untuk ditonton. I cried tengok scene last bila John dah give up dengan life dia. I feel youuuuuu! But ermm no worries, sebab happy ending. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.7 = 6.9/10

Minggu ni Family Mart introduce aiskrim Belgian Dark Chocolate Sofuto dan dijual dengan harga RM3.90 tapi harga ni berbeza ikut tempat. Jangan tanya kenapa, I tak tahu jawapannya apa. 

Quite tempting lah sebab tekak tak masuk sangat dengan aiskrim Family Mart sebelum ni plus I memang suka dark chocolate. 

Since hari ni last kerja untuk minggu ni, so my officemate belanja aiskrim Family Mart ni haaa. Memang ramai la beratur nak beli tadi siap cari spot cantik untuk Instagram. 

Aiskrim ni serve dalam kon biasa ataupun kon coklat jugak and kitorang dapat kon coklat. Cantik lah kejadian dia. 


Walaupun cantik, tak bermakna best. Aiskrim ni cepat cair ye. I tak tahu sebab cuaca ataupun aiskrim ni memang jenis cepat cair. Tak sampai 5 minit pun kena habiskan. Memang belemoih la bila makan. 


Kalau ikutkan harga dia lagi murah compared to other Belgian Dark Chocolate ice-cream tapi I lagi rela beli yang mahal rather than makan dengan laju supaya tak comot dengan aiskrim ni. Even kon dia jadi lembik bila aiskrim mencair. 


Better beli aiskrim Cornetto or Walls daripada aiskrim ni sebab harga lebih kurang sama, kuantiti pun lagi banyak dan aiskrim tahan dengan cuaca panas. Kalau nak makan aiskrim Family Mart ni kena makan dekat dalam Family Mart ataupun tempat yang ada aircond. 

Repeat lagi tak lepasni? Nahhhhhhh

Movie Review : Dendam Azalea


Pengarah : Sein Qudsi
Penulis: Sein Qudsi
Pelakon : Khir Rahman, Vanidah Imran, Nam Ron, Kodi Rasheed, Zain Hamid & Zulaika Zahary
Pengedar : Netflix
Genre : Seram/Misteri
Masa Tayangan : 205 minit
Tarikh Tayangan : 8 Ogos, 2019
Trailer :


Ada ternampak someone tweet pasal movie ni released dekat Netflix. Ingatkan movie ni dah lama rupanya baru je release bulan ni so tak ramai lagi yang tahu pasal movie genre seram misteri karya Sein Qudsi. Fun fact, ni movie Malaysia yang pertama under Netflix.

Mengisahkan tentang Suraya dan Azman yang baru kehilangan anak bila Suraya keguguran disebabkan masalah kompilasi dan alami trauma sampai murung. Lepas kejadian tu Suraya berubah jadi pendiam dan suka termenung. Pakar psikatri suggest untuk Azman cari persekitaran baru untuk Suraya pulih. 

Azman dengan Suraya bercadang untuk ambil anak angkat and that's when Arif came into the picture. Walaupun Suraya nampak macam tak berminat dengan idea untuk ambil anak angkat tapi dia cepat jatuh sayang dengan Arif.

Otw balik dari Rumah Anak Yatim Sri Cempaka, Arif ternampak rumah vila usang dan paksa untuk berhenti. Suraya faham yang Arif nak tinggal di rumah tu so dia minta Azman untuk berpindah ke situ. 

Masalah yang timbul bila Suraya selalu kena ganggu dan nampak lembaga hitam. Awalnya nampak macam bayang tapi makin lama makin munculkan diri dalam rupa sebenar. Of course Azman tak percaya tapi dia bersabar je sebab faham dengan kesihatan Suraya. 

Dalam masa yang sama, Samad (Kodi Rasheed) dengan Shahidan (Nam Ron) plan untuk rompak rumah orang kaya. Bukan setakat kena intip dengan Inspector Bakri (Zain Hamid) tapi Samad kena ganggu dengan hantu perempuan.


Walaupun you guys dah boleh teka siapa hantu perempuan tu tapi ada beberapa misteri yang director simpan sampai hujung movie. Cuma jadi persoalan besar lah macam mana Inspektor Bakri, pegawai polis terbaik di branch tu tak mampu jumpa mayat Azalea (Zulaika Zahary) walhal spot mudah je. 

Lagi satu hal macam mana Suraya yakin Azalea takkan claim hak dia sedangkan dia sentiasa ada untuk jaga anak dia? Nak mention tapi nanti jadi spoiler bab ending pulak so kita sembang macam ni je lah. 

Karya Sein sebelum ni adalah movie Bangunan dan sampai sekarang pun I still teringat scene seram movie tu so bila ada movie DA ni, makin bertambah lah slot teringat tu. I suka jalan cerita and yes, memang rasa meremang cuma tak creepy macam Bangunan lah. 

I hate the pace, seriously I tak faham kenapa movie Malaysia suka sangat guna slow pace. Since I tengok dekat Netflix memang tak ada pilihan lah untuk increase speed and it was a painful experience to deal with.


Overall movie ni best cuma banyak lagi boleh improve sebab boleh kata jalan cerita agak cliche dan scene jumpscare quite predictable. Anyway congrats for breaking the Netflix.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.1/10