Movie Review : Dendam Azalea

Friday 30 August 2019


Pengarah : Sein Qudsi
Penulis: Sein Qudsi
Pelakon : Khir Rahman, Vanidah Imran, Nam Ron, Kodi Rasheed, Zain Hamid & Zulaika Zahary
Pengedar : Netflix
Genre : Seram/Misteri
Masa Tayangan : 205 minit
Tarikh Tayangan : 8 Ogos, 2019
Trailer :


Ada ternampak someone tweet pasal movie ni released dekat Netflix. Ingatkan movie ni dah lama rupanya baru je release bulan ni so tak ramai lagi yang tahu pasal movie genre seram misteri karya Sein Qudsi. Fun fact, ni movie Malaysia yang pertama under Netflix.

Mengisahkan tentang Suraya dan Azman yang baru kehilangan anak bila Suraya keguguran disebabkan masalah kompilasi dan alami trauma sampai murung. Lepas kejadian tu Suraya berubah jadi pendiam dan suka termenung. Pakar psikatri suggest untuk Azman cari persekitaran baru untuk Suraya pulih. 

Azman dengan Suraya bercadang untuk ambil anak angkat and that's when Arif came into the picture. Walaupun Suraya nampak macam tak berminat dengan idea untuk ambil anak angkat tapi dia cepat jatuh sayang dengan Arif.

Otw balik dari Rumah Anak Yatim Sri Cempaka, Arif ternampak rumah vila usang dan paksa untuk berhenti. Suraya faham yang Arif nak tinggal di rumah tu so dia minta Azman untuk berpindah ke situ. 

Masalah yang timbul bila Suraya selalu kena ganggu dan nampak lembaga hitam. Awalnya nampak macam bayang tapi makin lama makin munculkan diri dalam rupa sebenar. Of course Azman tak percaya tapi dia bersabar je sebab faham dengan kesihatan Suraya. 

Dalam masa yang sama, Samad (Kodi Rasheed) dengan Shahidan (Nam Ron) plan untuk rompak rumah orang kaya. Bukan setakat kena intip dengan Inspector Bakri (Zain Hamid) tapi Samad kena ganggu dengan hantu perempuan.


Walaupun you guys dah boleh teka siapa hantu perempuan tu tapi ada beberapa misteri yang director simpan sampai hujung movie. Cuma jadi persoalan besar lah macam mana Inspektor Bakri, pegawai polis terbaik di branch tu tak mampu jumpa mayat Azalea (Zulaika Zahary) walhal spot mudah je. 

Lagi satu hal macam mana Suraya yakin Azalea takkan claim hak dia sedangkan dia sentiasa ada untuk jaga anak dia? Nak mention tapi nanti jadi spoiler bab ending pulak so kita sembang macam ni je lah. 

Karya Sein sebelum ni adalah movie Bangunan dan sampai sekarang pun I still teringat scene seram movie tu so bila ada movie DA ni, makin bertambah lah slot teringat tu. I suka jalan cerita and yes, memang rasa meremang cuma tak creepy macam Bangunan lah. 

I hate the pace, seriously I tak faham kenapa movie Malaysia suka sangat guna slow pace. Since I tengok dekat Netflix memang tak ada pilihan lah untuk increase speed and it was a painful experience to deal with.


Overall movie ni best cuma banyak lagi boleh improve sebab boleh kata jalan cerita agak cliche dan scene jumpscare quite predictable. Anyway congrats for breaking the Netflix.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.1/10

Losyen Vaseline Cooling UV Gel

Tuesday 27 August 2019

Semalam dapat pengubat Monday Blues bila mailbox penuh dengan free sample losyen Vaseline yang baru ni. 


Dalam free sample ni dia bagi 10ml untuk try produk Vaseline yang baru ni. Vaseline claim losyen baru ni non-sticky dan cepat meresap ke dalam kulit. 


Dua ni je la yang you guys boleh try nak tahu betul ke tak yang dia claim tu. Excited jugak la bila dapat sebab sekarang kan musim panas so bila losyen ni boleh menyejukkan, memang penawar mujarab lah. 


Tak perlu ambil banyak pun losyen ni sebab cair. Banyak ni je dah cukup untuk area pergelangan tangan lah. 


Masa apply tu memang terasa sejuk and yesssss, meresap cepat dalam kulit. Berapa kali sapu dah sebati dah. Betul lah tak melekit, rasa ringan dan lembab je kulit lepas apply. Dah la wangi!


Yang bestnya dekat sample ni ada RM2 voucher so nanti nak beli boleh bawa je pergi drugstore. Walaupun RM2 je tapi jimat la sikit duit. Tak sabar nak tunggu losyen Vaseline I habis pastu nak tukar guna yang ni pulak. Totally recommend this one!
Another beautiful single from Amylea! Tak sangka Sufian Suhaimi dengan Amira Othman keluar dari genre dan gaya nyanyian diorang bila bekerja dengan Farouk & Amylea.


Bila nyanyi berduet, nak cari chemistry tu yang susah. But Sufian & Amira did a great job! Dah la keluar dari gaya nyayian masing-masing, dalam masa 8 jam boleh hasilkan lagu soul ballad macamni. Bila dengar Amira nyanyi, terbayang Amylea sebab gaya dan lenggok memang sama. 

Single Takkan Merubah ni OST untuk filem Motif yang akan keluar 29 September 2019 nanti. Yang belum dengar boleh klik dekat sini:


Lirik Lagu Takkan Merubah 

Lagu :  Farouk Roman 
Lirik : Amylea
Artis : Sufian Suhaimi ft Amira Othman
Studio : Aries Music

Di fikiranku hanya ada engkau
Maafkan hati yang menitip jalan 
KepadaNya
Telah kuteruskan semua

Dalam diamku makin tak terubat
Apa yang pernah sunyi dihadapku
Kini sudah kau menyahut jawapannya

Ingin putuskan saja ceritamu
Tentang hati yang rapuh dan berbalik
Siapa mampu menantikan berat dan kesal hatimu

Musim takkan merubah perasaan
Walau ku diam saja tak berpaling
Bisa ku lari dari cinta namun tak dapat ku pergi