Drama Review : Bukan Cinta Aku

Wednesday 3 July 2019


Pengarah : Ejump Mohd
Penulis Skrip : Erma Fatima
Pelakon : Janna Nick, Baim Wong, Syafiq Kyle,Mimi Lana, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marissa Yasmin, Azizah Mahzan, Dini Schatzmann, Jay Iswazir, Aishah Azman
Genre : Drama/Cinta
Jumlah Episod : 20 Episod
Tarikh Tayangan : 5 Jun 2019 – 2 Julai 2019
Syarikat Produksi : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Penyiaran : TV3
OST : Bukan Cinta AKu – Dinie & Khai
Trailer :


Masa raya haritu opah pasang drama ni, quite okay lah masa tu dengan OST dia pun best rasa macam nak layan the entire drama tapi kecewa betul dengan team production. Why?

Mengisahkan tentang cinta Arjuna (Baim Wong), pemandu kepada keluarga Riana (Janna Nick) di Florence, Italy. Nampak je baik Datin Raihan (Maria Farida) dengan Dato’ Azhar (Eizlan Yusof) tapi bila tahu percintaan Riana-Arjuna, disepaknya Arjuna keluar dari rumah. Hilang punca pendapatan Arjuna untuk sara dia dan ibu dia yang buta (Azizah Mahzan).


Riana pula terpaksa kahwin dengan anak kawan baik mak dia, Aunty Kelly (Marissa Yasmin). Tengku Isma (Syafiq Kyle) yang tengah bercinta dengan Qisya (Mimi Lana) ikut je kehendak mak dia. 5 tahun bercinta dengan Qisya tu lenyap macam tu je lah. 

Qisya pula mengamuk bila dia dapat tahu Isma nak kahwin dengan Riana. Dia sanggup ajak Isma kahwin lari sebab dia tahu Isma kena paksa tapi Isma taknak. Sam (Fizo Omar), kawan Isma jadi penasihat tak bergaji untuk Isma dengan Qisya tapi sia-sia je sebab pandangan dia tak pernah diambil peduli pun. Housemate Qisya, Lily (Aishah Azman) kuatkan semangat Qisya supaya move on dari Isma.


Remy (Dini Schatzmann) cuba selamatkan kakak dia daripada berkahwin dengan Isma walaupun dia yang cuba pisahkan Riana dengan Arjuna tapi dia pun tak sanggup tengok kakak dia sakit. Sia-sia bila Isma dapat hidu plan diorang berdua. 


Geram dengan Riana dan Arjuna, dia tembak Arjuna, suruh bodyguard belasah Arjuna lepastu tinggalkan dalam hutan dan belasah sekali housemate Arjuna sebagai amaran supaya jangan ganggu Riana lagi. 

Perkahwinan Riana dengan Isma tak bertahan lama pun sebab Riana tak layan Isma ataupun hormat dia sebagai suami. Dia tetap dengan cinta dia pada Arjuna. Sudahnya Isma hantar Riana ke Indonesia (dibaca Terengganu) untuk berjumpa dengan Arjuna. 

Jalan cerita drama ni sebelum Riana kahwin memang terhibur lah nak layan bila Riana bercinta dengan Arjuna sebab watak Arjuna tu kelakar walaupun menyampah tengok watak Riana yang over. Tapi kalau dah Arjuna suka, siapa kita nak pertikai ye dok?


Bila masuk part Riana-Isma kahwin dah menyampah dah sebab Arjuna tak muncul except flashback sampai la episod 18. Sebagai manusia yang hadap drama ni sebab Arjuna, penantian tu satu penyeksaan jugak lah. Ingat tak penat nak hadap Isma yang saiko tu? 

Ramai pertikai kenapa Riana tak bagi peluang dekat Isma, kenapa Riana tak appreciate apa Isma buat, kenapa biar Isma jadi dayus. Heiii kau orang tak tengok ke Isma tembak Arjuna? Mak dia suruh Isma kahwin dengan Riana pun sebab tamak dengan harta bff dia je. Dah lah buang Qisya. 


Nak tengok cinta Isma, tengok macam mana dia layan Qisya. Tak ada salah apa pun Qisya tu, tahu tahu dah kena buang macam tu je. Beria kata sayang sudahnya kena buang. Kau rasa? Riana dah nampak macam mana Isma buang Qisya, buat apa dia nak terima Isma dalam hidup dia? Arjuna layan dia jauh lagi bagus dari Isma.


Lepas kahwin mana ada Aunty Kelly datang jenguk Riana pun, bonding mertua-menantu tak pernah wujud pun dalam drama ni. Bond mak Arjuna dengan Riana lagi sweet tau, memang tak lah Riana nak terima Aunty Kelly dengan Isma. 

RAMAI SUKA DENGAN ISMA SEBAB DIA SYAFIQ KYLE JE KAN?!! CUBA KALAU AMIR EFFENDI YANG BERLAKON, MESTI RAMAI YANG MAGHOH.


Tak suka cara director highlight pasal dayus siap letak watak Adi (Jay Iswazir) nak remind pasal dayus dekat Isma. Dia tak marah pulak Isma tembak kawan dia. Merepek je masuk acah deliver nasihat padu. Scene Isma jumpa ustaz tu pun sama. Apa nak sembang pasal dayus? Isma tak cerita pulak dia aniaya Qisya dengan Arjuna? Dosa dia tidur dengan Qisya? Kenapa ustaz tak suruh taubat? Kenapa dayus? Merepek.


Walaupun sakit hati tengok drama ni tapi suka tengok Azizah Mahzan berlakon sebagai Bonda Arjuna, cara dia bercakap tu memang sama dengan orang Indonesia. Cuma screentime dia tak banyak. Baik la bagi screentime dekat dia daripada melayan Riana-Isma. Dini Schatzmann pun did a good job as Riana's brother walaupun dia nampak mengah nak bercakap Melayu. 


Drama ni kalau nak layan kecantikan Florence Italy dengan Kuala Terengganu memang nice lah sebab cantik walaupun air laut hitam. Suka tengok diorang bina pondok siap ada kolam untuk Arjuna. Cantik! 



Suka tengok wardrobe semua watak dalam ni especially layer ombre skirt Riana. Tapi sakit mata tengok hasil kerja jurusolek. Tempek foundation dekat muka Arjuna kau blend la betul-betul. Awal drama tu muka Maria Farida contour pun tak habis blend. Dia ingat orang tak tengok ke drama ni? 


Drama ni bukan setakat jalan cerita dia je nampak malas, editing pun sama. 


Tak tahu lah Arjuna perasan ke tak rambut kerinting dia hilang dekat laut. 


Anyway, bazir masa tengok drama BCA ni sebab director highlight watak Isma bukan sebab tak suka Syafiq Kyle tapi Isma deliver mesej yang salah dekat audience. Lepas watak Ustaz Adam entah kenapa Syafiq terima watak Isma. Mungkin sebab ada Mimi kot. 

Drama ni kena lah dengan tajuk dia. Arjuna tak dapat cinta dia, Riana pun tak dapat cinta dia, Isma dengan Qisya pun sama. Habis semua orang tak dapat.  

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.1, 10. Personal Thought +0.1 = 4.3/10

Rumah Terbuka Sri Kassim, Sungai Besar

Raya dah habis kita baru nak up pasal open house T.T

Raya tahun ni memang banyak dapat jemputan but this one is exception sebab bukan setiap tahun dia buat grand macam ni.


Dia buat kali ni gabungkan 5 event terus - Open House, Majlis Aqiqah & Qurban, Birthday, Majlis Kesyukuran Pindah Rumah Baru & Majlis Berkhatan.



Yang tak pernah kenal Sri Kassim ni, dekat Sungai Besar ada kedai pasaraya nama Sri Kassim. Sejak datang pindah ke Sabak Bernam tahun 2009 lagi memang shopping barang rumah dekat situ je sebab murah. Tak pernah tak sesak lah pasaraya ni. 

Sekarang ni mungkin berkurang sikit sebab dah ada Pasaraya TF dengan Econsave tapi tak berkurang banyak sangat sebab jalan sesak jugak. 

Luas tau halaman rumah ni sampai dia naik banyak khemah. Dekat belah belakang tu ada satu laman luas letak khemah jugak in case belah depan tak muat. 


Menu open house dia sama macam dekat kedai mamak. Selalu tunggu gaji je nak makan semua lauk, kali ni dapat la makan semua sampai kenyang tapi lauk sotong takde la. 




Disebabkan majlis birthday, ramai la budak-budak yang datang so ada clown dengan cotton candy free untuk tetamu. 




Open house ni lain daripada yang lain sebab pasang lagu hindustan haha

Sebelah tepi rumah Sri Kassim ni ada mini cage untuk semua pet diorang bela. Tapi tak banyak pun binatangnya. Angsa pun ada, dia la paling bising sekali. Geram nak sudu orang kot. 





Belah dalam rumah dia cantik jugak tapi malas masuk dalam sebab saudara dia yang datang memang dah ramai sangat. Dah kenyang makan, dah habis bergambar, balik lah apa lagi. Dah la Malaysia tengah panas raya ni. Tapi panas pun lemak tak terbakar jugak. 

Milk Tea Dirty

Nama milk tea ni memang dirty ye bukan nak up entri bash milk tea. 


Minggu lepas dah settle buat hair treatment dekat Da Men Mall, singgah ke Hao Kang Street Food Bazaar sebab dapat voucher RM10. Tapi tak tahu pun nak beli apa sebab banyak gerai non-halal. Lagipun tak banyak booth jual snek. 



Yang geramnya voucher RM10 ni tak boleh guna untuk single purchase. Lagi menyampah bila setiap jenis makanan ada voucher dia sendiri, yang drinks ada voucher dia, foos ada voucher dia sendiri bukan pukal macam yang I dapat ni. 


Nasib masa purchase milk tea ni boleh guna voucher. Okay lah boleh tolak RM2 dari harga satu cup tu RM10. 

Idk kenapa milk tea ni mahal padahal dia tuang susu pastu tambah bubble je. Mungkin sebab proses pembuatan bubble tu kot agak renyah. 

Beli satu je milk tea ni sebab nak rasa tapi hmmmm macam minum susu dengan air cincau je. Melayang RM8 bersama expectation yang agak tinggi. 

Tak tahu nak beli apa dekat situ sudahnya I gave my vouchers to bunch of chinese girls. Kalau boleh guna, boleh la.