Minggu lepas saja try dinner dekat area Subang Perdana sebab tak pernah jejak kaki ke food court dekat sini. Selalunya tengok dari jauh je. Kali ni nak cuba sebab mana tahu ada yang best. Ni memang random je try tanpa tengok review ataupun suggestion dari sesiapa.
Lepas dah tengok semua so kitorang decide nak makan dekat Lan's Burger sebab ternampak Roti John Cheese Leleh dia. Ada banyak lagi menu dekat sini tapi disebabkan roti john tu besar, so ambil satu menu je. Nanti tak habis siapa nak makan?
For drinks, ordered Ais Milo Kepal dengan Iced Green Tea. Actually nak minum air botol kaca tapi diorang tak serve yang sejuk. Kalau nak sejuk kena ambil ais dengan gelas sendiri. Bukan malas tapi air botol kaca yang sejuk tu beza feel dia bila minum dengan minum dalam gelas. Siapa faham, faham lah. Ais Milo kepal dia not bad lah cuma banyak wei penat nak makan sampai habis.
Lepas setengah jam, menu utama Roti John Cheese Leleh Ayam Kambing Daging sampai. Ha'ah lama kot nak siapkan menu ni. Kalau lapar jangan lah gigih order sebab terseksa zahir batin menunggu makanan sampai.
Nampak kecik je dalam gambar tapi sebenarnya besar. Baru makan satu potong dah kenyang sampai surrender pastu tapau bawa balik. Menu ni menu combo so ada wedges dan fries. Menyesal jugak ambil combo sebab wedges dengan fries dah boleh buat kenyang.
Banyak tak cheese dia? Hah nah close-up
Tak la meleleh macam dalam gambar even kewujudan cheese dia tak terasa sangat since minyak dia banyak sangat. Esoknya reheat untuk breakfast I tambah lagi cheese supaya meleleh. Daging dia okay lah banyak juga. Bila makan terasa lah semua daging cincang yang dia letak dekat dalam tu.
Berbaloi tak RM18.90 tu? For me tak sebab tak lah sedap mana pun lagipun minyak dia buat tekak turn off sangat. For my tekak lah, tekak orang lain mesti okay je sebab beratur jugak yang order dekat sini. Kalau lepasni pergi pun I'll try menu lain sebab banyak lagi kan dekat dinding tu.
First half memang nampak usaha
Antoine nak berbaik dengan Julien sebab dia sayang sangat dengan anak-anak dia.
Dia tak mampu nak bond dengan Josephine (Mathilde Auneveux), anak sulung dia
sebab Josephine dah besar dan ada life sendiri. Julien je anak dia yang tinggal
untuk buktikan dia dah berubah jadi ayah yang baik.
Tapi Julien memang benci dengan
ayah dia, kalau boleh taknak jumpa langsung walaupun Miriam pujuk supaya
berbaik. Dia taknak hilang hak penjagaan kalau langgar lagi arahan mahkamah
untuk bagi Julien spend time dengan Antoine.
Julien terpaksa setuju walaupun
takut dengan Antoine sebab dia dah banyak kali nampak Miriam kena belasah
dengan Antoine. Josephine pun pernah masuk hospital sebab perangai baran
Antoine. Second half dah start nampak kenapa Julien takut sangat dengan ayah
dia. Baran ayah dia bukan baran biasa-biasa. Even parents Antoine menyampah dengan
baran anak diorang sampai halau Antoine keluar dari rumah. Sebab baran Antoine
diorang tak boleh spend time dengan cucu diorang.
Kalau ikut perangai Antoine
mengundang padah, kalau melawan lagi berbahaya untuk Miriam, Josephine dan
Julien. Walaupun dia cakap dia dah berubah tu semua lakonan semata supaya
keluarga dia tak buang dia.
Scene intense bila Antoine datang
serang Miriam dengan Julien dekat rumah dengan senapang. Boleh rasa macam mana
cuaknya dua beranak sembunyi dalam bath tub sementara tunggu polis datang.
Bila-bila je Antoine boleh rempuh pintu dan belasah diorang berdua. Sama juga
dengan scene Antoine paksa Julien bagitahu mana rumah baru diorang. Kudos to
Thomas sebab buat scene ni nampak cemas, hidup dan real onscreen. Bila tengok
scene ni boleh rasa takut dan nak keluar dari situasi tu tapi tak boleh sebab
tak tahu mana nak lari satu hal, tak ada kekuatan satu hal.
Walaupun scene Josephine tak
banyak dalam movie ni tapi Mathilde prove her worth dalam scene dia menyanyi
masa birthday party dia. Bila Julien hilang tapi dia kena control crowd supaya
semua orang tak panik dan kecoh bila tahu Antoine ada dekat situ. Masa tengok
movie Custody ni tak sangka langsung Xavier Legrand ni baru debut sebagai
pengarah sebab cara penceritaan tu memang cantik. Dia tahu macam mana nak buat
audience stay and curious dengan family ni.
Bila bercinta kita boleh butakan
mata perangai baran partner sebab sayang tapi orang lain tak mampu, anak-anak
tak mampu. Fun fact, statistik kes keganasan rumahtangga dari Januari hingga Mei 2018 dah
catat 2,276 kes so choose your partner wiser. Bahagia harini tak mampu menjamin
kebahagiaan akan datang. Till then, please watch this movie.
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8.
Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.5/10
Production Company : Sidus Corporation, MCMC, Double & Joy
Pictures
Distributor : Kidari Ent
Genre : Mystery/Thriller
Running Time : 101 minutes
Release Date : 7th
March 2018
Trailer :
Diadaptasi dari movie Sepanyol
The Body tahun 2012, The Vanished mengisahkan tentang kehilangan mayat Yoon
Seol-hee (Kim Hee-ae), isteri kepada pensyarah kimia Park Jin-han (Kim Kang-woo)
beberapa jam selepas proses autopsi di rumah mayat.
Kes ni diketuai oleh Detektif Woo
Jung-sik (Kim Sang-kyung) yang emosi lepas kematian tunang dia. Bila dia tengok
reaksi kosong Jin-han masa dapat tahu mayat isteri dia hilang, Jung-sik syak
Jin-han ada perempuan simpanan. Makin kuat dia syak Jin-han yang bunuh isteri
dia sendiri tapi persoalannya sekarang kenapa nak curi mayat?
Detektif Jung-sik and the team
lagi sesak kepala nak fikir mana mayat Seol-hee hilang bila bos asyik call
tanya minta update. Takkan nak bagi alasan mayat bangun sendiri walaupun
security guard bagitau dia kena kacau malam tu? Tambah pula bila CCTV record
kereta yang keluar masuk ke rumah mayat tu cuma kereta Jin-han dengan team
detektif je. Lagi creepy bila ada kesan tapak kaki di terowong rahsia rumah
mayat tu.
Bertambah sakit kepala bila
Jin-han kata Seol-hee hidup lagi dan plan semua ni untuk bunuh perempuan
simpanan dia, Hye-jin (Han Ji-an). Walaupun nampak macam tak boleh hadam teori
Seol-hee hidup lagi tapi lepas Jin-han buka rahsia macam mana dia cuba bunuh
Seol-hee, Jung-sik hantar polis ke rumah Hye-Jin tapi sayangnya rumah tu kosong
tak berpenghuni.
Dari awal sampai habis cerita
memang takkan penat otak berfungsi fikir segala macam kemungkinan jalan cerita
movie ni unless you guys dah pernah tengok movie The Body lah. Director pandai
simpan semua jawapan dekat hujung cerita. Plot twist dia memang jaw-dropped
lah. Kalau ada yang perasan masa first half memang you guys pay attention lah.
Lakonan memasing memang nampak
cantik onscreen nak pula bila berubah dari satu karakter kepada karakter yang
lain. Kalau at first macam kesian dengan watak Seol-hee sebab dicurangi,
perasaan kesian tu akan bertukar pula kepada Jin-han bila dia hidup dalam
tekanan lepas berkahwin dengan Seol-hee. Lakonan Kim Kang-woo terbaik bila dia
dominasi setiap scene dari suami yang terpaksa berlakon sedih bila isteri dia
meninggal kepada suami yang hidup dalam cengkaman isteri manipulatif kepada
watak penyayang kepada Hye-jin.
No wonder lah movie The Vanished
ni masuk dalam senarai movie Korea wajib tonton tahun 2018 sebab jalan cerita
yang menarik dengan lakonan mantap dari barisan pelakon. For a mystery thriller
lovers, this one definitely for you guys.
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8.
Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.4/10
HAPPY SANGAT HARI NI SEBAB DAPAT HADIAH DARI INDIA!!!
Lama dah tunggu bila hadiah ni nak sampai ke tangan sejak kawan tanya nak tak bekas tin limited edition Colgate sebab ada signature Ranveer Singh. Walaupun printed signature je dan bukannya Ranveer yang sign sendiri setiap bekas macam dia buat masa birthday dia dulu, I don't care lah! Yang penting limited edition artis Bollywood dan tak ada dekat Malaysia.
Bukan selalu nak dapat benda rare macam ni :')
Memang masa tu bila dapat DM je terus kucar-kacir reply nak! Satu bekas tin tu Rs299 so bila convert around RM15 macam tu lah. Tapi yang bestnya kawan belanja, anggap sebagai hadiah je. Mana nak jumpa kawan macamni entah. Dia nampak something lepastu teringat minat kita then bagi hadiah yang kita suka. Awwwww
Dalam bekas tin ni ada 4 tiub Colgate flavor spicy fresh dengan cooling crystal tapi tak spicy mana pun walaupun tagline dia 'Explosion Of Freshness'. Ingatkan rasa dia strong lah sebab personaliti Ranveer yang bertenaga sentiasa tapi ubat gigi ni so-so je. Lepas berus gigi ada la rasa sejuk berangin sikit.
Masa bukak tin ni memang bau wangi semerbak. Lagi lah rasa sayang nak guna. Nak simpan je sampai tua. Kalau guna pun nak simpan satu sebab ubat gigi ni cantik gara-gara cooling crystal dia yang bersepah. Warna merah dia pun merah hati, cantik je dekat mata lepastu jatuh ke hati.
Anyway, harap lepas ni ada lagi limited edition item dengan printed signature artis Bollywood. Nak pergi sana ataupun jumpa artis entah bila so kita mengumpul je lah bagi hilang rasa sendu. Last but not least, thanks Ain cumil, you just made my day happier and brighter!
Pelakon : Syafiq
Kyle, Hannah Delisha, Firdaus Nazaman, Julia Farhana Marin, Halim Radzi,
Shahkimin, Nazri John, Daaim Jailani
Genre : Seram/Romantik
Durasi Tayangan : 98 minit
Tarikh Tayangan : 20
September 2018
Syarikat Produksi : Guam
Teamwork Pictures Sdn Bhd, Nuansa Films,
Pengedar : Early-Bird
Productions
Trailer :
Lepas movie The Hantus, sekali
lagi Hannah Delisha pegang watak hantu tapi kali ni lagi seram walaupun tak lah
kerap mana dia berubah rupa jadi langsuir hodoh. Digandingkan dengan Syafiq
Kyle kali kedua lepas drama Mencintaimu Mr. Photographer di bawah arahan Osman
Ali.
Mengisahkan tentang sekumpulan
remaja berkhemah di Pulau Anak Langsuir di mana tempat tinggal Langsuir walaupun ditegah
oleh Pak Akob (Naza Manas), nelayan di kawasan tu. Kenapa diorang nak sangat
pergi Pulau Anak Langsuir? Sebab masing-masing nak cuba paku Langsuir gara-gara boleh
berubah menjadi perempuan cantik. Demi Instagram.
Watak Azlan (Syafiq Kyle) sebagai
hero dalam movie ni agak mengelirukan sebab dia arif selok belok pulau tu dan
dalam satu scene dia tunjuk kampung dia di teluk sebelah sana kepada Suri
(Hannah Delisha). So I bet dia orang kampung situ tapi gaya kawan-kawan dia
yang lain macam datang dari bandar, judging from their lifestyle.
Jangan kata watak Azlan dan
kawan-kawan dia je, watak Suri dengan kakak dia, Dewi (Julia Farhana Marin) pun
memeningkan jugak. Masa Suri kena paku oleh Zaman (Firdaus Nazaman) dan Kamal (Halim
Radzi), Suri ada bagitau Azlan yang paku tu tak boleh dicabut dah sebab nanti
dia akan terhapus selamanya tapi bila Azlan cabut, elok je dia hidup sebagai
Langsuir balik. I kenot brain this.
Lagi satu hal, kalau Dewi dapat
hidu busuknya niat Azman dan Kamal kenapa lah dia tak serang je yang busuk tapi
gigih kacau kawan-kawan Azlan yang datang nak memancing ikan je. Beria pulak tu
kacau sampai menangis diorang. Zaman dengan Kamal pulak dia serang last minute
lepas Suri dah kena ganggu.
Dewi kata manusia paling kejam di
muka bumi ni tapi Suri pulak sembang kewujudan diorang bila-bila je boleh
dihapuskan bila Tuhan nak sebab makhluk hina something like that lah sebab tu
dia minta Azlan cabut paku dekat kepala dia since dia dan Azlan takkan mampu
bersama. Oh yeah siapa lah punya idea paku dekat kepala padahal masa Azlan and
the geng sembang nak paku langsuir tu dekat tengkuk dia. Dah lah tu, korang
akan tercari-cari mana paku gedabak yang Azlan benam tu lepas Suri jadi
manusia.
Jalan cerita Langsuir ni memang
mengarut baik dari segi fiksyen mahupun fakta. Memang tak boleh hadam. Entah
bila masa wujud pondok dan sampan untuk Azlan dengan Suri entah. Lepas Suri
berubah jadi manusia, sistem biologi dia masih lagi seperti hantu – tak makan,
tak minum, tak kencing, tak berak.
Sebab kerja dia dengan Azlan berasmaradana
je dalam movie ni. Tatap muka Azlan pun boleh kenyang sebulan. Sama jugak lah
dengan Zaman, baru lepas kena rasuk tapi dia punya tenaga bila nampak Suri dah
serupa kuda gersang dah. Lagi tak masuk akal bila dia dan Kamal nampak
kecantikan Suri yang jauh terperosok di dalam gua masa dating dengan Azlan.
Lakonan Shafiq-Hannah pun nampak
kaku bila berdua, tak nampak cantik pun chemistry diorang berdua. Tak tengok
pun drama Mencintaimu Mr. Photographer so boleh judge dekat sini je tapi
nothing much pun they can offer dalam scene diorang berdua bersama. Annoying
jugak bila diorang gemakan suara Hannah sampai tak jelas butir bicara. Dah lah
dialog klasik dia cringe habis nak pula scene Suri-Dewi.
Bila tengok movie Langsuir ni rasa macam tak percaya je datang dari buah tangan pengarah yang sama yang pernah hasilkan movie Jwanita (2015). Kalau bukan sebab video dia besar, dah tukar video speed sampai 2
dah sebab movie ni slow pace nak pula bila scene Azlan-Suri.
Tapi tak semua dalam movie ni
buruk lah sebab karya Osman Ali ni memang kaya dengan sinematografi memukau.
Sama macam movie yang lain, Pulau Langkawi nampak cantik sangat tak kira siang
atau malam. Memang instaworthy! Tapi gua dalam movie ni Osman Ali gabungkan
beberapa gua di kawasan sekitar macam Gua Langsir, Gua Tembus, Pantai Talam Dua
Muka dan Teluk Datai.
Dalam beberapa scene dalam movie
Langsuir ni, Azlan ada main seruling untuk seru Suri bila dia rindu. Lagu
seruling tu macam lagu Mohabbatein (haha wild guess je!) tapi lagu yang Suri
nyanyi memang sedap walaupun meremang dengan suara hantu dia.
Lagu tu Hannah
nyanyikan sendiri since dia pun memang penyanyi berbakat. Lagu Terdetik Rindu nyanyian
Shiha Zikir dengan Aman Aziz macam tak kena je dengan jalan cerita movie ni - cinta
yang tak diizinkan Tuhan walhal lagu ni doakan semoga cinta diorang direstui
Tuhan. I just can’t.
Walaupun movie ni genre seram
yang mana tak seram sangat pun langsuir dia, ada juga unsur komedi bila muncul scene
Udin dengan dialek utagha dia. Part dia menggelupur kena kacau dengan langsuir
pun kelakar. Dia berjaya hilangkan momentum flat dan kehambaran scene yang
lain. Muka dia dah lah ada iras Ropie Cecupak. Kelakar pun lebih kurang je.
Seriously tak recommend langsung
movie ni tapi kalau fans Hannah Delisha, boleh la kot layan betapa cantiknya
dia dalam movie ni.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4.
Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2,
9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought 0 = 4.2/10