Movie Review : Along With The Gods 2 - The Last 49 Days

Tuesday 27 November 2018

Image result for along with the gods 2

Director : Yong-hwa Kim
Writer : Joo Ho-min
Cast : Ha Jung-woo, Ju Ji-hoon, Kim Hyang-gi, Ma Dong-seok, Kim Dong-wook
Production Company : Realies Pictures, Dexter Studios
Distributor : Lotte Entertainment
Genre : Fantasy/Action/Thriller
Running Time : 141 minutes
Release Date : 1st August 2018
Trailer :



Sequel Along With The Gods ni menceritakan perbicaraan Roh Pendendam Kim Su-Hong (Kim Dong-wook), adik kepada Roh Mulia dalam movie Along With The Gods : The Two World. Dalam movie sequel ni tak fokus kepada perbicaraan roh je macam dalam movie yang pertama tapi ketengahkan kisah silam 3 penjaga akhirat, Gang-rim (Ha Jung-woo), Haewonmak (Ju Ji-hoon) dan Lee Deok-choon (Kim Hyang-gi).

Roh Pendendam agak penting buat mereka bertiga sebab jelmaan semula roh yang ke-49 merupakan tiket jelmaan semula kepada 3 penjaga ni juga. Sebab tu dalam movie ni memang bersungguh sangat diorang berusaha untuk pastikan Roh Pendendam dapat dibicarakan dengan adil di Hari Akhirat.

Image result for along with the gods 2

Tapi masalah yang utama, untuk bicarakan Roh Pendendam, Haewonmak dan Deok-choon kena pergi ke dunia dan bangkitkan roh Heo Choon-sam (Nam Il-woo) since masa kematian dia dah lama sampai tapi semua penjaga gagal sebab roh atok tua ni dijaga oleh Dewa Rumah, Song-ju (Ma Dong-seok). Jadi Dewa Kematian, Yeomra (Lee Jung-jae) bagi tugas ni kepada mereka sebagai syarat perbicaraan Roh Pendendam. 

Nak tak nak, Haewonmak dan Deok-choon kena bangkitkan juga roh Choon-sam dalam masa 48 hari untuk dapat jelmaan semula sementara Gang-rim jaga roh Sung-ho. Tapi tak sangka pulak dalam konflik dengan Songju tu diorang mengimbau balik kisah lama sebelum diangkat menjadi penjaga. Turns out Songju tu sebenarnya penjaga diorang sebelum menjadi Dewa Rumah.


Sama macam AWTG 1, jalan cerita sequel ni pun menarik untuk dilayan bersama keluarga cuma lebih kelakar berbanding yang pertama. Plot twist movie ni pun cantik digarap even dah hujung cerita pun director bagi lagi rahsia penjaga-penjaga akhirat ni. Walaupun ada dua kisah dimampatkan dalam movie ni tapi director pandai jaga supaya tak nampak caca-marba dalam penceritaan. Well-explained untuk yang dah tengok movie yang pertama tapi susah nak faham kalau yang terus jump tengok sequel. 

Bukan takat jalan cerita je yang best tapi teknik CGI dan visual pun nampak cantik sama macam yang pertama baik visual di dunia akhirat mahupun dunia nyata. Bila masuk abad lama, meriah dengan set dan kostum zaman sejarah mengikut budaya masing-masing.


Overall I have my fun time watching this and cannot wait for the third and fourth untuk franchise AWTG ni. I bet mesti banyak lagi this team nak ketengahkan tentang Hari Akhirat. Maybe perbicaraan roh jahat pulak lepasni. Looking forward for next movies!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | The Meg (2018)

Thursday 22 November 2018

Image result for the meg

Director : Jon Turteltaub
Cast : Jason Statham, Li Bingbing, Rainn Wilson, Ruby Rose, Winston Chao, Cliff Curtis
Production Company : Warner Bros. Pictures, Gravity Pictures, Flagship Entertainment, Apelles Entertainment, Di Bonaventura Pictures, Maeday Productions
Distributor : Warner Bros. Pictures
Genre : Sci-fi/Thriller
Running Time : 113 minutes
Release Date : August 10, 2018 (United States)
Trailer :


Sharks antara hidupan laut yang menggerunkan semua orang, even tengok sirip dia pun dah boleh menggelupur. Imagine kalau ikan jerung sebesar ikan paus datang serang masa tengah syok mandi dekat laut. So this is the concept in The Meg.

Setiap tahun ada je movie tentang shark attacks, tahun lepas dengan 47 Metres Down tapi gagal hidupkan rasa gerun tu sebab sendiri cari penyakit. Sama lah dengan movie The Meg ni bila beberapa orang saintis yang turun ke Mariana trench untuk kaji hidupan di dasar lautan. This scene is quite amazing actually.
Image result for the meg

Tengah syok tengok hidupan dasar laut, ada haiwan datang serang submarine diorang tapi tak nampak dengan jelas. Disebabkan submarine diorang rosak teruk, Lori (Jessica McNamee) and the team terpaksa stay low dan matikan lampu supaya tak diserang lagi sementara tunggu bantuan datang.

Tapi nak tolong satu masalah jugak bila tak pernah ada misi menyelamat sedalam tu so diorang panggil Taylor (Jason Statham) dekat Thailand untuk selamatkan ex-wife dia. At least dia akan lembut hati walaupun dia pernah ada sejarah hilang kerja sebab gagal selamatkan semua anak kapal disebabkan makhluk besar tu.

Image result for the meg

Bila Taylor setuju nak selamatkan team ex-wife dia, dalam masa yang sama dia kena selamatkan juga anak Dr. Zhang (Winston Chao), Suyin (Li Bingbing) marine biologist dekat Mana One yang dah melulu turun untuk selamatkan team dia tanpa consult dengan yang lain.

Bila dia turun ke dasar, baru nampak jerung jenis megalodon ni sepanjang 60 kaki. Jerung Megalodon ni hidup pada zaman Mayan ataupun zaman dinosaur wujud dulu and that’s explained why the size quite bigger than whale. Tapi dah tak wujud dah sekarang sebab dah pupus. Dalam movie ni temperature dekat dasar lautan tak sama dengan suhu lautan kita so by logic sepatutnya The Meg ni lemah since perbezaan suhu yang ketara tapi dalam movie ni dah serupa zombie kebulur sana sini nak makan macam lah dekat dasar lautan tu tak ada makanan. Plus The Meg makan manusia ibarat makan habuk je tau. So part tu dah tak ngeri dah. 

Image result for the meg

Disebabkan The Meg ni excited tengok dunia luar, masa ni la Taylor dan team Mana One kena bergabung untuk selamatkan dunia since The Meg dah mula bergerak ke kawasan laut yang penuh dengan manusia. Sebelum China saman Mana One, baik diorang settlekan dulu masalah ni.

And of course Taylor akan jadi superhuman yang berjaya bunuh The Meg walaupun ada beberapa siri pengorbanan yang dibuat untuk selamatkan semua. Kalau first half most scene agak cliché, lebih kurang je second half pun. Predictable storyline even plot twist pun tak rasa berdebar. Rasa menyampah je tunggu bila nak habis movie ni. Nothing much to offer pun. Tapi scene Taylor kena berenang pergi inject The Meg tu memang cuak jugak even tengok banyak kali. 


Kalau ikutkan novel asal, Meg: A Novel of Deep Terror karya Steve Alten tahun 1997, kisah The Meg ni tak terhenti dekat lautan China je tapi bila ada lagi yang menjelma dan muncul di darat jugak. Katanya lagi best so maybe movie ni pun akan ada sequel. Kalau ada bajet lagi lah. Well, let’s see how it goes.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.6/10

Movie Review : Searching

Tuesday 20 November 2018

Image result for searching 2018

Director : Aneesh Chaganty
Writer : Aneesh Chaganty, Sev Ohanian
Cast : John Cho, Debra Messing
Production Company : Bazelevs Company, Screen Gems, Stage 6 Films
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Thriller/Mystery/Drama
Running Time : 102 minutes
Release Date : January 21, 2018 (Sundance), August 24, 2018 (United States)

Trailer : 


Movie Searching mengisahkan tentang pencarian si ayah bila anak perempuan kesayangan hilang tanpa jejak. Uniknya movie ni bila penceritaan cuma menggunakan gadget yang digunapakai oleh si ayah sahaja. Sama konsep macam movie Unfriended bila penonton cuma boleh tengok dari webcam pengguna FB je.

David Kim (John Cho) mula perasan kehilangan Magot (Michelle La) bila sampah yang dia suruh buang semalam tak dibuang. Last contact dengan Margot jam 9 malam sebelum dia tidur. Masa dia tidur, dia ada dapat 3 missed calls dari Magot tapi disebabkan dia tidur mati memang dia tak sedar langsung emergency calls tu.

Image result for searching 2018

Lepas 24 jam dan hilang klu untuk cari anak dia, David buat police report kemudian kes dia diketuai oleh Detektif hebat di kawasan tu, Detective Rosemary Vick (Debra Messing). Dari Det Rosemary, CCTV rakam kereta Magot menuju ke tasik Barbosa kemudian hilang di kawasan sekitar so detektif tu assume Magot lari dari rumah sebab dia bawa cash yang agak banyak. Cash tu hasil duit belanja untuk kelas piano tapi Magot stop pergi sana sebab dia teringatkan arwah mak dia, Pamela Nam Kim (Sara Sohn) yang mati sebab kanser.

Tapi David tak puas hati sebab dia tahu Magot macam mana, tak mungkin Magot nak lari sedangkan life Magot okay je selama ni. Tapi bila dia korek semua social media Magot, dia dapat tahu life anak dia sebaliknya. Magot tak ada kawan langsung, Magot suka bersendirian, Magot suka upload video dan beberapa lagi lah rahsia yang dia jumpa. Seriously a parent’s nightmare!

Image result for searching 2018

Lucky for David sebab dia memang pandai bab IT dan gadget so dia boleh godek sana sini cari maklumat. Kalau parents yang biasa tanpa kepakaran macam ni memang mati kutu bila anak hilang. Masa tengok movie ni amazed dengan skill David satu hal, amazed dengan cara dia organize life dia pun satu hal jugak. Memang makhluk Asia yang sangat berdisiplin dan teratur hidupnya.

Movie Searching ni tergolong dalam movie terbaik 2018 sebab keunikan jalan penceritaannya tapi it’s a turn off kalau tak suka slow pace mystery movie. Emotion pun tak dipaparkan sangat dalam movie ni, kalau intense scene pun you guys tengok dari jauh je either dari lensa dron, video recorder ataupun smartphone.

Image result for searching 2018

But seriously recommended to watch this movie sebab jalan cerita yang unik even plot twist dia pun bagus. Lakonan David Kim pun tercalon dalam beberapa Film Festival tahun ni. Even movie ni sendiri menang Alfred Sloan Prize di Sundance Film Festival.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

Movie Review : Eight Grade

Related image

Director : Bo Burnham
Writer : Bo Burnham
Cast : Elsie Fisher, Josh Hamilton, Emily Robinson, Jake Ryan, Fred Hechinger
Production Company : A24, IAC Films, Scott Rudin Productions
Distributor : A24 (United States), Sony Pictures Releasing
Genre : History/Sports/Drama
Running Time : 94 minutes
Release Date : January 19, 2018 (Sundance) & July 13, 2018 (United States)
Trailer :


Tak semua ada kenangan manis masa zaman persekolahan, ada yang lagi parah kalau kena buli dengan kawan-kawan. Sama lah dengan life Kayla ni bila dia setiap tahun dianugerahkan ‘Most Quiet’ dalam sekolah dia. Bukan dia taknak bercakap tapi tak ada yang nak bercakap dengan dia even dia dah usaha.

Walaupun dekat sekolah dia macam manusia halimunan je tapi Kayla ada Youtube channel dia sendiri untuk dia bagi tips tentang personal life. Since dia tak communicate dengan orang lain di dunia luar so video dia agak hambar untuk attract orang lain walaupun isi dia bagus. Kayla agak bijak and high-motivated person tapi disebabkan dia tak ada kawan in real life, masalah ni effect tumbesaran dia.

Image result for eighth grade movie

Sama macam teenage yang lain, Kayla pun terjebak dengan social media jugak and treat their parents rudely. Tak suka cara dia bercakap dengan ayah dia padahal ayah dia baik sangat, tak pernah marah pun walaupun dia berkasar. Kalau Asian culture dah ada yang makan sudip dah.

Dalam movie ni highlight keburukan social media bila Kayla automatically jadi fake person dalam dunia maya. Dia gigih bangun pagi semata nak makeup dan selfie untuk upload di social media. Agak sia-sia sebab kawan social media dia kawan dekat sekolah and of course lah ramai yang tahu muka sebenar dia macam mana. Plus dia terlampau mengejar sesuatu yang sia-sia sampai dia tak nampak priority dia dekat mana.

Image result for eighth grade movie

Kayla ni dah cecah satu tahap dia akan buat apa saja untuk dapat penghargaan dan diterima oleh kawan yang lain. Which is bad. But remember I said earlier, dia agak bijak so she can handle the situation quite well actually. Scene paling best bila dia nak bakar barang dalam box dia, dia ajak ayah dia temankan lepastu dia tanya emotional stuff dekat ayah dia. Another powerful scene bila dia pergi rumah kawan dia, Kennedy tapi stuck dekat depan pintu dan lawan panic attack dengan anxiety dia untuk muncul dengan fizikal dia yang tak berapa bagus compared to others. 

For parents this movie recommended to watch with your kids. Bila tengok mesti terdetik eh anak I macam ni ke eh dekat sekolah? I bagi dia enough attention tak sampai dia kena cari self-worth and approval dekat socmed. Tengok movie ni pun teringat dekat adik sendiri sebab dia ada 5 acc Instagram semata nak orang puji dia comel. T.T

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

4 Tips Elak Masalah Lupa

Monday 19 November 2018



Sebulan lebih je lagi untuk kita masuk ke 2019, ada yang dah prepare Azam 2019? Ada yang dah prepare dengan schedule 2019? Tahun baru, kisah baru, rancangan baru, hidup baru tapi macam mana kalau kita terlupa?

Penyakit lupa ni agak common dalam kehidupan seharian, even dah ingat pun tetap jugak tercicir satu, dua benda ataupun semua sekali. Sebelum 2019 menjelma, here some tips for you guys untuk jadikan tahun 2019 lebih berjaya dan bermakna.

1. Cara hidup yang sihat

Quite cliché and classic tapi ni sebenarnya salah satu cara yang efektif untuk kuatkan ingatan. Tidur yang cukup 6-8 jam, makan banyak sayur dan buah supaya badan dapat nutrisi terbaik, makan kekacang dan kismis, banyakkan minum air mineral sekurangnya 2 liter sehari, elakkan merokok ataupun alkohol, workout 3 kali seminggu supaya otak lebih cerdas.

2. Elakkan Stress

Selalu stress dan hidup dalam kemurungan antara punca utama otak lupa atau tumpul sebab tekanan mengganggu kesihatan mental. Stress boleh sebabkan otak kita tak fokus dengan info sedia ada atau gagal terima info yang baru bila neuron hipokampus di lobus temporal berkurangan. Nak tajamkan ingatan kena kurangkan masalah sedia ada ataupun kurangkan perkara negatif yang jadi sekeliling kita.

3. Banyak Membaca

Related image

Walaupun sekarang zaman visual tapi membaca sebenarnya mengasah minda kita untuk lebih tajam dan cekap sebab minda jadi kreatif dan bermain dengan imaginasi berbeza dengan melihat. Kita cuma menerima sampai otak jadi malas nak bergerak. Azam tahun baru ni patut masukkan membaca dalam senarai tambah pula Menteri Pendidikan kita nak hidupkan kembali budaya membaca.

4. Rancang Dengan Teratur

To start with something big you guys kena merancang sehabis baik, tak cukup kalau setakat tulis memo untuk semua yang perlu dilakukan tapi dengan bantuan planner cantik ni for sure hari akan berjalan lebih lancar sebab dah teratur cantik dah.

Planner Aqisbi Planner Terbaik Untuk 2019


Yang bestnya dalam planner ni bukan setakat boleh tulis apa yang perlu kita buat untuk sekian tarikh tapi boleh juga keep track financial dan aktiviti ibadah kita. Baru nampak progress ibadah kita dekat mana, makin bagus atau makin lemau.





Bukan setakat catit tugasan harian je tapi boleh buat review performance you guys dalam sebulan tu macam mana. Makin meningkat ataupun flat je tak ada perubahan langsung. As a blogger, monthly review ni sangat penting sebab nak tengok performance blog di tahap yang memuaskan ataupun hambar je. Daily dah, monthly pun dah review, mesti nak tengok performance tahunan jugak kan? Fret not, dalam planner ni ada tersedia!



Agak bosan dengan kehidupan seharian, sambil organize tapi sambil main dengan imaginasi sendiri dengan beberapa doodles comel. Nak melukis pun boleh tapi tangan kayu macam kita ni lukis matahari dengan bukit dan laut je lah.


Dalam setahun mesti ada beberapa kali kita tersalah buat keputusan ataupun rasa down dengan ujian so dalam planner ni dah letak siap-siap dah segala motivational quote supaya you guys mampu cross out azam dengan jayanya. 


Nak beli senang je boleh dapatkan dekat Shoppee ataupun di FB Page Aqisbi Planner sendiri dengan harga RM25 sahaja! Beli 1 planner boleh dapat 1 notepad percuma dengan 1 memo pad percuma. Kalau follow mungkin dapat hadiah istimewa dari tuan rumah. Tak rugi pun beli disamping design yang cantik dan comel dengan isi yang padat dan padu. Tempahan dah dibuka sebelum 2019 menjelma! Grab cepat sementara tengah banyak stok ni.