Wordless Wednesday : Book Collection 2018

Wednesday 8 August 2018




Drama Review : Jangan Benci Cintaku

Tuesday 7 August 2018

Image result for Jangan Benci Cintaku

Pengarah : Pali Yahya
Penulis Skrip :
Pelakon : Zahirah MacWilson, Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Izzue Islam, Daler Yusuf, Amelia Henderson, Luqman Hafidz, Azizah Mahzan, Catriona Ross
Genre : Drama/Cinta
Jumlah Episod : 28 Episod
Tarikh Tayangan : 29 Jun 2018
Syarikat Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd
Penyiaran : TV3 Slot Akasia
OST : Sampai Bila – Misha Omar
Teaser :



Disebabkan ramai yang terkena virus Husna, maka ada la yang request review drama yang buat darah tinggi penonton setiap hari ditayangkan. Review ni based on drama sahaja sebab tak baca pun novel and from what I’ve been told, ending dalam novel lain dengan drama. So, letsssss

JBC mengisahkan tentang Shah (Saharul Ridzwan) yang berkahwin dengan Fika (Zahirah MacWilson) tapi terpaksa melepaskan Fika pergi ke Perth untuk sambung belajar selama 5 tahun. Walaupun ahli keluarga Shah dan Fika menentang keputusan Fika tapi demi cinta, Shah rela biarkan Fika capai impian dia. Tapi setahun sebelum Fika pulang ke Malaysia, Shah jatuh hati pada Husna. Maka bermula episod kecurangan Shah dan perebutan antara Fika dengan Husna.

Image result for Jangan Benci Cintaku

Tak cukup dengan masalah cinta tiga segi ni, Nek Pah (Saharul Ridzwan) pula cucuk jarum dengan melagakan mereka bertiga. Ditambah pula dengan sepupu Fika, si Irwan (Daler Yusuf) yang tak putus asa menagih cinta Fika dari kecil lagi. Adun bersama Faris (Luqman Hafidz) dan Damia (Amelia Henderson), kawan-kawan baik Fika dan Shah yang suka membawang, tak reti simpan rahsia dan takde kerja nak buat.

Walaupun ramai yang benci, menyampah, mengutuk, mengecam dan sengaja screenshot muka hudoh Husna untuk dijadikan meme but for me, watak paling kesian dalam drama ni ialah Husna. Of course lah watak Fika kesian juga kena tipu dengan suami hidup-hidup but hey, you got what you wish for kan?


Kenapa cakap kesian? Sebab dipergunakan sehabis boleh oleh Shah dan Nek Pah demi kepentingan mereka. Kemunculan awal Husna bila dia dalam kesusahan dan Shah datang tolong. Dari situ Husna dan Shah selalu terserempak. Kantoi pula depan Shah yang Husna ada tunang yang abusive physical and mentally. Shah selamatkan Husna dengan bayar RM10 ribu dan jaga Husna ever since.

Perempuan mana tak cair tengok orang sanggup leburkan RM10k tanpa minta balasan, tak kenal rapat pun semata untuk selamatkan dia? Kalau ada dekat tempat Husna, sah cair. RM10k kalau Husna nak bayar balik memang menangis makan megi tiap minggu. Sedangkan duit PTPTN pun ramai yang sengkak nak bayar, ada hati nak kecam Husna. Terikat dengan rasa terhutang budi pada Shah dicampur dengan rasa bersalah sebab susahkan Shah, masa tu lah Shah masukkan cerita sedih ditinggalkan Fika padahal okay je hidup LDR dengan Fika sebelum ni. Manipulative and sneaky Shah.


Perempuan mana tak jatuh sayang kalau jumpa lelaki yang sanggup tolong dia, jaga dia elok dari siang sampai malam, sampai lamar jadi isteri? Terhutang budi, rasa bersalah, rasa disayangi antara punca utama Husna susah nak lepaskan Shah kepada Fika tambah pula Nek Pah penyokong tegar hubungan Husna dengan Shah. Nak compare dengan Fika, Husna jauh lebih baik dan sebab tu juga la Shah pilih Husna. Sifat pentingkan diri Shah terserlah dekat sini.

Lebih kurang 3 kali Husna buat keputusan untuk buang Shah dari hidup dia sebab taknak kacau hubungan Fika dan dah penat kena kecam, caci maki dengan orang pejabat, orang kampung, kawan-kawan sebab rosakkan rumah tangga Shah-Fika tapi setiap kali Husna nekad, setiap kali tu juga Shah datang memujuk, merayu jangan tinggalkan dia. Pada Husna, Shah betul-betul nak dia jadi tak salah kalau dia meroyan. Again, manipulative, sneaky and selfish Shah sebab dia ego tak boleh tengok Husna boleh move on dari cinta dia, same goes to Fika.


Sihatnya hubungan Shah dengan Husna ni bila diorang boleh settlekan cara matang, berbincang instead of Fika yang suka lari ke Perth walaupun meroyan Husna tu agak melampau tapi kena la dengan keadaan dia yang insecure dan dimainkan oleh Shah tu. Ye betul Fika tak matang tapi dia sendiri kata nak jadi isteri yang terbaik, so usaha la supaya cecah level Husna. The least you can do, berbincang bukan lari.

Macam mana Shah, macam tu lah juga Nek Pah sebagai acuan kuih. Masa dia beria nak Husna jadi cucu menantu kemain manis potong kaki dia puji Husna, hasut Husna sampai Husna tak mampu nak beza mana baik mana salah. Bila dia tak nak dekat Husna, dia suruh Husna balik macam tu je bila Husna lawat dia dekat hospital. Lagi kejam bila dia suruh Husna balik sebab dia sekeluarga perlukan masa untuk pulih. Pulih? Kau yang rosakkan keadaan bukannya Husna. Sekurang-kurangnya Husna beranikan diri datang minta maaf walaupun orang kutuk dia perempuan kejam, serigala jadian, sakit mental tapi Shah dengan Nek Pah halau dia lepas apa yang diorang dah buat dekat Husna. Seriously?


Fyi Fika, Husna tak kesunyian macam dianggap sampai jadi murung. Husna dari awal cerita lagi kena abused dengan tunang dia, kena abused mentally dengan Shah dan Nek Pah, kena abused mentally dengan orang sekeliling. Kejam kot Shah ajak Husna kahwin tapi putuskan hubungan through phone call semata untuk buktikan cinta plastik Shah kepada Fika. Husna kena buang sebab Fika mengandung. Tu je. Masa Shah nak Husna, tengok macam mana gigih dia datang pujuk merayu dekat Husna tapi dia buang Husna dan halau Husna. Husna ni jadi mainan orang kaya dalam drama ni je. Nak tengok macam mana orang kaya layan orang miskin? Macam dalam drama ni lah.

Nak tengok macam mana masyarakat layan orang kemurungan dan sakit mental? Macam Nek Pah layan Husna bila tahu Husna sakit. Dia puji melangit kat depan tapi kutuk berbakul dekat belakang. Ada rasa bersalah? Tak wujud. Ada rasa simpati? Jauh sekali. Ada dia datang bagi semangat dekat Husna? Puiii lah dasar orang kaya pentingkan diri. Baik Shah, baik Nek Pah, baik Fika dan keluarga. Nasib baik Syazwi (Izzue Islam) tak masuk dalam keluarga diorang ni. And thank God lepas setahun Faris mampu buatkan Husna happy balik macam dulu. So tak tahu lah Faris beria marah Shah dulu sebab dia geram Shah sailang Husna ataupun betul sebab kawan. Fishy.


Visual and soundtrack memang bagus nak pula lagu Sampai Bila tu kena dengan jalan cerita drama JBC ni. Boleh kata berhantu jugak lah lagu Misha Omar ni bila pergi mana pun keluar lagu dia je, viral pula tu dekat socmed. Antara pengaruh kuat drama JBC ni bila tempat dating Fika-Shah di Perth, Rainbow Sea Container viral di socmed.  Lepas ni tourist guide kena masukkan dalam list wajib pergi.


Barisan pelakon drama JBC pun bagus tapi agak mehhh sikit dengan Saharul Ridzwan bila dia slow sangat nak habiskan dialog dia. Memang dia sengaja ataupun macam tu cara dia berlakon? I watch this at 2 .0x speed since they’re too slow. No wonder lah cecah sampai 27 episod. Pace slow kemain.

I don’t recommend this drama at all since too many negativity shown antara dua kasta rakyat yang berbeza. I orang miskin, I do understand how Husna feel at the moment. Mungkin ramai yang buta dengan kemarahan sebab Husna jadi orang ketiga tapi celikkan sikit tengok perangai Shah dan Nek Pah. And please berhenti guna gambar Husna/Niena Baharun untuk promosikan produk you guys. Sedih kot tengok.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.1, 10. Personal Thought +0.1 = 5.6/10

Movie Review : 102 Not Out

Monday 6 August 2018

Image result for 102 not out

Director : Umesh Shukla
Writer : Saumya Joshi
Cast : Amitabh Bachchan, Rishi Kapoor, Jimit Trivedi
Production Company : SPE Films India, Treetop Entertainment
Distributor : Columbia Pictures
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 102 minutes
Release Date :   4 May 2018
Trailer :


Tak pernah pula terfikir akan ada movie yang mengisahkan tentang kehidupan dua orang lelaki berusia. Tak ada heroin atau pun karakter wanita sebagai pelakon sampingan langsung. Movie 102 Not Out berkisar tentang kehidupan Dattatraya (Amitabh Bachchan ) yang berusia 102 tahun dan juga anaknya, Babulal (Rishi Kapoor) berusia 75 tahun yang tinggal serumah tapi berbeza karakter dan cara hidup.

Dattatraya pergi ke bandar membuat replika patung Mr. Ong Chong Tun Pen yang hidup selama 118 tahun, 3 bulan dan 28 hari sehingga berjaya pecahkan rekod dunia manusia paling lama hidup. Dattatraya ingin pecahkan rekod Ong dengan hidup selama 16 tahun lagi. While Dattatraya finds its amazing but not for Babulal.


Untuk pecahkan rekod ni, Dattatraya perlu hidup tanpa stress dan happy tapi satu je halangan untuk capai misi dia which is Babulal. Berbeza dengan cara hidup Dattatraya, Babulal lebih aware dengan kesihatan, sentiasa letak reminder supaya dia tak lupa uruskan rumah, semuanya kena ikut jadual, semuanya wajib teratur. Bagi Dattatraya hidup Babulal sangat membosankan dan kelam so dia takut benda tu akan affect mood dia untuk hidup.

Dattatraya bercadang untuk hantar Babulal ke rumah orang tua kalau dia tak ubah sikap menjadi lebih ceria. Untuk jadi ceria, Dattatraya bagi beberapa task untuk Babulal buat bila-bila masa je Dattatraya nak dia buat. Lepas dah siap task tu, Dhiru (Jimit Trivedi) merangkap pembantu farmasi yang selalu menempel di rumah mereka akan sign agreement sebagai saksi.


Actually Dattatraya tak berjaya pun nak hantar Babulal ke rumah orang tua sebab management ingat dia buat prank sebab pertama kali dalam sejarah ayah hantar anak pergi sana. Lucky for him Babulal cuak sampai ikut plan dia nak siapkan semua task.

Sepanjang nak siapkan task Dattatraya ni of course lah berdekah gelak tengok gelagat setiap karakter tapi masuk je second half dah mula babak emosi cumanya emosi dia tak berapa nak sampai sangat. Maybe sebab scene tu terlampau cliché agaknya. Boleh je kalau pengaraj buat luar dari kebiasaan since plot dah typical sangat. Pengarah wujudkan elemen saspen pun tak menjadi sebab dah boleh predict ke mana hala tuju movie ni. But it’s still fun to watch nak pula scene Amol (Dharmendra Gohil), anak kepada Babulal akhirnya balik selepas berdekad tinggalkan ayah dia.


Scene terjongket kening bila Babulal percaya bunga buluh hidup kembang mekar lepas dia letak baja tahi lembu padahal putik bunga pun tak keluar masa dia letak tu. Mungkin dia tahu tu cuma helah ayah dia ataupun mungkin dia malas dah nak fikir asalkan wujud kebahagiaan je dalam hidup dia lepas beberapa episod sendu.

One thing yang tak faham dalam movie ni entah anak beranak ni kerja apa sampai boleh ada harta 7 keturunan. Tak tahu isteri masing-masing kerja apa jugak sebab tak ada langsung tunjuk punca rezeki diorang tapi relaks je hidup spend sana sini.


Like I said earlier, movie ni memang berkisar tentang karakter utama ni je dan tak ada kemunculan karakter wanita pun even flashback tunjuk watak Babulal dan Amol. Agak unik juga sebab tak pernah lagi ada movie yang buat macam tu. Mungkin ada yang boring sebab tengok muka diorang je but depends on what’s your definition of a fun movie. 

Great visual, top notch dialogues and stellar performance rom leading cast antara sebab kenapa you guys kena tengok movie ni. Mungkin agak cliché tapi setiap manusia ada jalan ceritanya kan? Age is not a dead end of your life. Live to the fullest yo!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8 /10

Giveaway Yeayyy, this is my birthday month

Giveaway Yeayyy, this is my birthday month, Blogger Giveaway, Blog, Birthday Wish, Peserta,

Ucapan Untuk Kakla : 

Semoga makin sihat lepas rawatan bertapa dalam gua tempoh hari, terima kasih selalu contact tanya khabar hihi, semoga dimurahkan rezeki selalu & dapat pergi sweet escape dengan Mr. Husband. Cingggg!

Blogwalking Time #August2018