My young age memang famous dengan band Indonesia, celik mata
sebelum pergi sekolah layan dulu lagu Peterpan, Nidji, Letto, Dewa 19 dan
seangkatannya dengan roommate. Balik sekolah pun sama juga. Waktu prep, habis
prep, sebelum tidur, masa lepak. Duduk asrama bukannya banyak hiburan sangat
pun tambah pula zaman tu internet pun tengah slow lagi.
Sembang pasal lagu, ada lagu Peterpan dari album Hari Yang
Cerah tajuk Sally Sendiri memang simple sangat lirik dia, cuma 3 rangkap yang
diulang sampai 3 minit lebih. Sebelum sembang jauh, layan dulu lirik dan lagu
dia okay.
Biar Sally mencariku
Biarkan dia terbang jauh
Dalam hatinya hanya satu
Jauh hatinya hanya ku
Katakan ku takkan datang
Pastikan ku takkan kembali
Lalu biarkan dia menangis
Lalu biarkan dia pergi
Sally kau selalu sendiri
Sampai kapanpun sendiri
Hingga kau lelah menanti
Hingga kau lelah menangis
Dalam MV nampak Sally tu mencari Ariel ke sana kemari dia
berlari cari Ariel tapi Ariel taknak berjumpa dengan dia dah. Bila baca lirik
pun tak tahu apa lah dosa si Sally ni sampai Ariel decide untuk taknak jumpa
dia dah dengan harapan Sally move on sendiri bila dah penat menangis dan
tunggu.
Murung jugak kalau jadi si Sally ni, besar sangat ke dosa
dia dengan Ariel sebab dalam MV tak ada pun tunjuk Sally curang dengan lelaki
lain. Lirik pun tak bagitahu apa salah Sally sampai Ariel buat macam tu tapi
Ariel tahu dalam hati Sally cuma ada dia seorang je. Jadi apa salah Sally
sampai kena hidup sendiri?
Finally after years, I broke the code.
Memang patut Ariel tinggalkan Sally dan berharap Sally move
on sendiri.
Memang patut Ariel dan Sally tak boleh bersama walaupun
Sally cinta mati dengan Ariel.
Rupanya……..
Sally tu ialah Abang Salleh. Yang Upin Ipin tu uolls.
Kecewa ditinggalkan Ariel lari balik ke Malaysia ubah
penampilan dan habiskan masa dengan karier dia hihu.
Wasn't my story and all credit to her blog wkwkwkwkwk
Tak sangka dah habis dah pun bulan Julai walaupun rasa terseksa sikit bila penat dengan kerja sampai lemau rasa nak blog but still curi masa hadap juga supaya cecah target. Tak sangka juga blog jadi sumber kebahagiaan untuk bulan Julai ni bila mampu capai target.
1) PV
All time PV dah cecah 100k bila daily PV maintain 1k setiap hari untuk bulan Julai ni. Walaupun tak rajin blogwalking sebab tak ada banyak masa tapi banyak juga entri yang menyumbang nak pula entri The Hantus dan beberapa drama review. Syok tengok live stats berapa pembaca yang ada di blog. Kalau dulu sorang je which means myself only tapi sekarang ada mencecah 10 orang pada satu masa. Sebelum ni tengok dekat blog orang lain, sekarang dah merasa sendiri dah.
Happy juga tengok monthly PV bila cecah 30k sedangkan target nak maintain 20k je. Bulan Ogos nak try pergi 40k pulak.
2) Post
Like I've said earlier, Movie Review : The Hantus penyumbang utama PV mencanak bulan ni sampai masuk dalam Popular Post terus pecah rekod meroket sampai 2k terus. Bulan Julai meriah juga Popular Post bila ada 5 entri yang cecah 1k PV, jauh beza dengan performance bulan Jun cuma ada satu je entri cecah 1k
3) Keywords
Walaupun The Hantus mendominasi tapi keywords masih lagi meriah dengan lirik lagu Sumandak Sabah dan beberapa drama Melayu yang ditayangkan sekarang ni. Tengah tunggu drama Jangan Benci Cintaku habis tayang je sebab dah ramai yang request nak review. Happy jugak tercapai impian sebab bulan lepas nak tengok keywords yang relate dengan tanaman, tup tup bulan Julai dah ada.
4) Bilangan Entri
Bulan Julai sama je macam Jun, itupun sebab banyak segmen dan giveaway. Ogos ni nak naikkan balik sampai cecah 60 lebih. Banyak entri lagi banyak lah yang datang kan? Tapi penyakit malas tu rajin juga menjengah sekarang ni. Bahan ada je tapi malas ya tuhannnn. Target nak update 3 entri pun kelaut Antartika dah.
5) Ranking Alexa
Tak mampu nak maintain belas ribu bila dia buat perangai naik balik cecah puluh ribu padahal statistik blog tunjuk peningkatan kemain kebabom. Perati kecik besar kecik besar je Alexa ni.
6) Audience
Kalau bulan Jun cecah 11k, bulan Julai naik sampai 21k untuk Malaysia sahaja mungkin sebab penangan drama dan movie Melayu. Singapore pun jauh melompat dari ranking ke-6 naik tangga keempat, dari 300 cecah hampir seribu.
Tak tau nak target apa dah untuk bulan Ogos ni sebab dah start kerja baru takut tak mampu nak jaga performance blog je. Nak improve cara penulisan target sekarang ni dan juga penulisan review sebab yang membaca dah makin ramai. Kalau dulu for fun sekarang nak olah bagi cantik lah sikit karang orang bosan pula baca bahasa ala kadar je ye dok?
Terima kasih yang membaca, yang rajin bertandang, yang balas kunjungan dengan ikhlas, esok lusa kita terjah awak semua punya pulak ye. Yang mana tak berkesempatan tu, ampun ye.
Pelakon : Dato’ Aliff Syukri, Fasha Sandha, Azhari Mohd
Zain, Fauzi Nawawi, Aminah Raphor, Nadia Brian, Esma Daniel, Douglas Lim dan Jesse Lim
Genre : Komedi/Aksi/Fantasi
Durasi Tayangan : 105
minit
Tarikh Tayangan : 15
Februari 2018
Syarikat Produksi : Fita
Studios
Pengedar : Empire
Film Solution
Trailer :
Entah kenapa nak tengok walaupun
banyak negative reviews, yang gigih tengok semata nak kutuk pun ramai. Mungkin
sebab ada satu review yang kata Aliff Syukri boleh bawa watak antagonis tapi
lepas layan sendiri dan tengok kemampuan dia, tak lah sebagus mana yang dia
canangkan pun. Tengok poster pun dah geleng kepala apa lagi keseluruhan movie.
Tak faham macam mana movie ni
diwujudkan untuk hiburan kanak-kanak sedangkan ada unsur keganasan melampau
oleh Abang Thai (Fauzi Nawawi) dan geng Naga, scene mabuk berjemaah, scene Tisha (Fasha Sandha) hampir dirogol,
scene tragis Mak Siah (Aminah Raphor) dilanggar kereta secara sengaja oleh geng
Naga. Disebabkan semua scene ni, movie Badang diklasifikasikan untuk penonton
berumur 13 tahun ke atas walhal kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah. Pffttt
Badang era baru tak sama seperti
mitos klasik zaman purbakala bilamana Badang kuat kerana muntah jin tapi kuat
kerana mempunyai magis yang diambil dari buluh. Ibaratnya mencuri magis Anak
Buluh Betung tapi menggunakan populariti Badang. 25 tahun lalu atau 300 purnama
sebelumnya, Mak Siah dan suaminya pergi mengutip buluh di hutan kemudian
membawa pulang buluh sakti yang mempunyai bayi ajaib.
Perempuan misteri yang cantik (Nadia
Brian) muncul melarang supaya mereka berdua menyimpan rahsia bayi ni sehingga
300 purnama. Cukup 300 purnama, bayi ajaib ni akan menyelamatkan dunia
menggunakan kuasa sakti dari asal-usulnya, buluh. Jadi kekuatan Badang akan
wujud bila dia menyentuh buluh tapi kelemahan Badang ialah air. Sebagai manusia
lembik dan lembut di kolej, Badang memang sepenuhnya bergantung kepada kuasa
buluh.
Dengan kuasa yang ada, Badang
berjaya tawan hati Tisha di kolej dan menceritakan tentang kisah hidupnya.
Tisha yang jatuh hati pada Badang mencipta kostum hijau yang diselaputi buluh
dalam masa agak singkat dengan entah apa kebolehan yang ada. Tahu-tahu je dah
siap. Sejak dari hari tu, Badang memang aktif sebagai adiwira dan mula
mengabaikan Tisha.
Terdesak dengan ugutan Abang Thai,
Tisha membawa Badang ke markas geng Naga dan Badang dibelasah sehingga lunyai
lepas disimbah dengan air secara berjemaah. Kawan baik Badang, Sarep (Azhari
Zain) datang membantu kemudian mendapat misi baru untuk tumpaskan Abang Thai
dalam operasi seludup jongkong emas bernilai RM100 juta.
First half not bad lah boleh lagi
nak gelak tengok jalan cerita merapu dan beberapa VFX yang cantik contoh macam
scene perempuan misteri muncul dan halimunan Badang tapi masuk second half
terseksanya nak tunggu ending. Kenapa entah movie ni wujud. Kalau ye pun untuk
eksperimen, buat lah jalan cerita elok sikit. Tahun 1992 (2017-25) wujud lagi
ke manusia tinggal dalam hutan tak berpenghuni hidup dengan hasil buluh?
Menangis Tun Mahathir kalau layan movie ni.
Lakonan Aliff Syukri memang sedih
tambah pula bila dia terlebih beremosi untuk beberapa scene. Chemistry dia
dengan Fasha Sandha pun tak wujud walaupun lakonan Fasha dah berapa kali cuba
selamatkan lakonan Aliff Syukri tapi tetap gagal. Even worst lakonan Fasha pun
nampak lemah, entah kenapa dia nak berlakon watak picisan macam ni. Kalau tahap
watak Badang adalah usaha terbaik Aliff Syukri dalam bidang lakonan, ada
eloknya dia berhenti je lah dekat sini. Kesian orang lain tersiksa.
Sembang pasal VFX tadi, kalau
first half cantik, masuk je second half memang hancur teruk. Hangat-hangat tahi
ayam saja kerjanya. Murung bila tengok scene Badang bawa Tisha mengembara satu
dunia untuk cipta momen romantic tapi murung bagi audience sebab Tisha sorang
je yang terpesona dengan kecantikan palsu ciptaan Badang.
Tak faham kenapa Badang perlu lemah teruk dengan air sedangkan buluh yang kita tahu terkenal dengan kegunaannya yang pelbagai. Lagi berkualiti pokok buluh tu bila tumbuh di kawasan yang agak basah jadi kenapa adiwira Badang hilang punca bila bertindakbalas dengan air? Adiwira lain mempunyai kuasa mirip dengan sumber kuasanya tapi Badang asal tangkap muat je.
Filem Badang bukan sahaja
memperlihatkan kelemahan Aliff Syukri sebagai pelakon dan beberapa pelakon lain
yang hilang aura walaupun bagus berlakon sebelum ni, tapi kelemahan syarikat
produksi Badang bilamana FITA Studios datang dari Fakulti Animasi, Televisyen
dan Filem, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sedih bila tengok generasi baru
tak mampu bawa banyak perubahan untuk industri perfileman.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.2, 3. Audio +0.4, 4.
Storyline +0.1, 5. Casting +0.2, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.1,
9. Social Message +0.1, 10. Personal Thought 0 = 2.3/10
Cast : Lee Sun-kyun , Cho
Jin-woong, Shin Jung-geun, Jung Man-sik, Shin Dong-mi, Heo Jung-eun,
Production Company : AD406 , Dasepo
Club
Distributor : Showbox/Mediaplex
Genre : Crime/Action/Thriller
Running Time : 111 minutes
Release Date : 18 May, 2014 (Cannes), 29 May, 2014 (South
Korea)
Trailer :
Movie yang memenangi 18 anugerah
di pelbagai award events dalam pelbagai jenis kategori termasuklah Movie
Terbaik Pilihan Juri, Pengarah Terbaik, Sinematografi Terbaik, Editing Terbaik,
Pelakon Pembantu Terbaik, Pelakon Terbaik dan tercalon dalam kategori-kategori
lain.
Mengisahkan tentang Detektif Ko
Gun-su (Lee Sun-kyun) terlanggar seorang lelaki di jalanraya selepas mengelak seekor
anjing dalam perjalanannya untuk pergi ke majlis pengebumian ibunya. Panik
dengan kemalangan tersebut, dia membawa mayat lelaki tersebut masuk ke dalam
but kereta dan kebumikan bersama mayat ibunya di Pergunungan Yangja.
Masalah tak berakhir di situ bila
dia mula menerima panggilan misteri dari saksi kemalangan (Cho Jin-woong) ditambah pula dengan
pencarian polis kerana lelaki yang dilanggarnya ialah seorang pembunuh.
Panggilan misteri semakin bertambah bila dia cuba mengelak dan bertambah malang
bila terdapat CCTV di kawasan kemalangan pada malam tersebut.
Rakan sekerjanya, Detectif Choi
Sang-ho (Jung Man-sik) mula mengesyaki Ko Gun-su kerana perangainya yang aneh
dan keretanya yang rosak teruk walaupun Ko pernah beritahu dia terlanggar
kereta polis peronda di tepi jalan. Makin kuat syak wasangkanya bila dia
mendapat surat saman kereta Ko di kawasan Pergunungan Yangja, tempat yang sama
di kawasan rumah pembunuh tersebut.
Sementara Detektif Ko mencari
siapa lelaki misteri sebagai saksi kejadian, dia juga mencari apa kaitan
pembunuh yang dilanggarnya malam tersebut dengan saksi kejadian kerana saksi
tersebut inginkan mayat pembunuh walau dengan apa cara sekalipun sehingga
sanggup mencederakan keluarga Detektif Ko terutamanya Mina (Heo Jung-eun), anak
perempuannya.
Tajuk movie A Hard Day ni memang kena
sangat dengan situasi Detektif Ko, tak putus masalah yang datang sampai dia tak
mampu tenang fikirkan jalan penyelesaian tapi dalam masa yang sama you guys
akan terhibur dengan strategi dia terutama scene dia masukkan mayat pembunuh
dalam keranda mak dia di rumah mayat.
Walaupun saspen tapi berdekah tengok
nasib dia yang malang dan gagal nak pula
bila handphone pembunuh tu berbunyi lepas dia dah paku keranda sampai minta tolong mak dia. Lagi satu scene
bila dia dah serahkan mayat pembunuh kepada saksi kejadian bila yang dirancang
gagal nak pula bila saksi gigih sangat nak belanja dia makan. Perfect body
language from Lee Sun-kyun to portray how cool he wants to be in that moment
padahal cuak teruk kalau plan gagal. I just love every reaction he display
onscreen.
Although genre movie ni thriller
tapi boleh kata 70% berdekah je tengok jalan cerita dia, memang terhibur sangat
dengan perangai Detektif Ko dan skuad dia. Action tak lah berapa banyak but
some scene are worth to watch macam scene Detektif Ko nak pergi ke pantai jumpa
Mina tapi saksi tu datang rumah untuk bunuh dia. Dia tak gunakan senjata pun
cuma guna barang yang ada dalam rumah and yupp house is no longer a safe place.
Dalam berdekah tu ada juga
menangis bila tengok scene kekejaman saksi kejadian, dia boleh pergi ke tahap
macam tu semata untuk selamatkan diri dia. Bagi dia, nyawa manusia tu cuma habuk
debu berterbangan di udara je. Setakat nak bunuh orang tu celah gigi je dan
yang paling kejam, method pembunuhan dia akan nampak seperti kemalangan.
Perfect.
Just like any other Korean movies
or dramas, tema A Hard Day juga memaparkan kisah rasuah yang berleluasa dalam
institusi polis. Even ending pun tak dapat ubah virus dalam institusi ni so
movie ni bukan sebagai medium menyampaikan mesej untuk banteras rasuah tapi nak tunjukkan sejauh
mana tahap rasuah dalam institusi yang kononnya penyelamat negara. A bitter
cold truth.
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8.
Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Pernah tak kalau pergi nak beli
barang masuk dalam satu kedai ni aim nak beli satu barang je tapi keluar satu plastik
besar? Dah lah tu, makan masa lama pulak tu round satu kedai. Dah sampai dekat
kaunter pun boleh lagi toleh belakang tengok apa lagi nak beli, rasa macam kena
seru je pergi pusing lagi untuk pastikan keputusan tu muktamad.
Kejadian ni pula bukan sekali
tapi setiap kali pergi. Kadang tu tak ada benda pun nak beli tapi macam ada
yang tarik masuk ke dalam. Yang jenis kuat iman je lah yang mampu bertahan
itupun jenuh istighfar ingat Tuhan.
Antara kedai yang berpuaka pernah
dialami sepanjang kehidupan ni ialah :
1) Mr. DIY
Bermula dengan kedai runcit biasa
je di Jalan Tunku Abdul Rahman tahun 2005 tapi sekarang dah ada lebih 300
cawangan di Malaysia. Tak cukup dengan puaka di physical store, sekarang muncul
juga secara online. Pelaris yang digunakan ialah Encik Tukul dan Adibah Noor.
Barang dekat Mr. DIY ni bukan
sahaja murah tapi agak berkualiti untuk kegunaan seharian. Kalau pandai jaga
lagi lama lah boleh guna. Yang bestnya semua barang untuk kelengkapan rumah ada
dijual dengan design yang up-to-date. Setiap bulan ada je promotion nak pula
kalau festive season, memang borong sakan noksss. Nak pulak kalau tengah gaji
hah paywave semedang, hujung bulan nanti baru menyesal.
2) DAISO
Syarikat yang berasal dari Jepun
dan membuka cawangan di Malaysia ni mengekalkan konsep satu barang berharga
RM5.60 dan ke atas. Sama seperti Mr. DIY, Daiso juga menjual barang kelengkapan
rumah untuk kegunaan harian cuma agak terbatas sikit kelengkapannya dan
cawangan pun tak sebanyakMr.DIY.
Lagi satu hal, dekat Daiso cuma
boleh guna wang tunai. Not sure kalau ada cawangan lain guna debit/credit masa
bayar. So far yang pernah pergi memang guna wang tunai so behave sikit lah bila
membeli sebab tak suka pegang cash banyak sangat walaupun terkena serangan
Panic! at the Daiso. Barang Daiso pun pernah juga viral beberapa kali di socmed
seperti serbuk pengeras minyak masak, batu sejuk, display screen wipes dan
lain-lain.
3) Eco RM2
Eco RM2 ataupun kedai 2 hengget
ni agak sukar nak jumpa dekat kawasan urban, selalunya wujud dekat pinggiran
bandar je. Bila balik kampung dekat Sabak Bernam memang wajib memborong barang
rumah dekat kedai ni sebab murah dan berkualiti. Besen besar harga RM2 je kot.
Ce bagitau siapa tak histeria? Selalunya beli pasu besar, bakul, raga baju, hanger
ataupun tanah dekat sini.
Sama jugak macam Daiso, kena guna
wang tunai tapi kalau beli barang dekat sini tak pernah cecah RM100 pun
walaupun penuh jugak boot kereta bila menyinggah. Antara punca balik penuh barang
satu kereta.
4) KAISON
Jarang menyinggah ke Kaison ni
sebab tak banyak tempat yang wujud tapi still lagi berpuaka walaupun masuk cuma
untuk cuci mata sebab harga dia tak lah murah sangat macam 3 kedai berpuaka di
atas but still bila keluar mesti ada barang dekat tangan.
Kaison lebih kepada barangan deco
rumah dan yang bestnya dia ada variety kinds of style. Nak deco minimal,
kawaii, vintage semua ada tapi kalau Melayu klasik je tak ada. Paling lama
dekat bahagian bunga sebab cantik sangat, nak photoshoot ala hipster pun boleh
sebab lighting on point.
5) Drugstore Watson/Guardian
Sebagai seorang perempuan yang ni
memang wajb masuk dalam senarai sebab kalau masuk tanpa niat nak membeli pun
dia gatal tangan jugak nak beli. Pernah je buat perangai beli air mineral hanya
sebab botol dia cantik. Can you guys believe that? Oh my I am so lemah iman.
Bila pergi dekat sini sampai
bersila wei pilih warna lipstick, kalau tak beli pun calit dekat tangan pun dah
bahagia dah sebagai terapi jiwa. Mencapai satu tahap kebahagiaan bila ada sale
50% supaya dapat memborong mask sampai penuh satu rak. Yupp, did that and not
feeling guilty at all.
Selain Watson dan Guardian, menyinggah juga ke Aeon Wellness sebab nak buat perbandingan harga since every drugstore ada range harga berlainan. Ada juga yang certain product yang wujud dekat drugstore ni tapi bukan di drugstore sekian sekian.
Setakat ni, 5 tempat ni la yang
buat bahagia kemudian menyesal di kemudian hari sampai berazam taknak buat lagi
tapi azam tinggal azam je lah bila lalu depan kedai-kedai berkenaan.