Ketiak Bernanah

Tuesday 29 May 2018

Back then around 2013 pernah sekali terjadi ketiak naik bisul bernanah. Bukan satu tapi sampai 6 atau 8 sampai ketiak bengkak teruk. Itu bukan jumlah untuk dua belah ketiak tapi 6 hingga 8 setiap satu. Nak pulak masa tu tengah kerja memang berkepak je tangan sebab sakit tahap petala. Kejadian ni jadi sekali je dalam seumur hidup sebab tak sanggup dah nak tahan perit. 

Nak pergi jumpa doktor memang tak sempat sebab kerja shif sebagai cashier dekat Parkson Subang Parade. Kalau cuti pun habiskan masa dengan tidur je sebab penat yakmat since cuti pun sehari je dalam seminggu. Lagipun takut nak jumpa doktor nak pulak bila Google apa penyakit yang relate dengan ketiak bernanah mostly akan relate dengan kanser. Breast cancer. Masa tu hitung hari je lah berapa lama lagi boleh hidu. Drama sangat.

Image result for deodorant rexona free spirit
Tapi satu hari terjumpa ada orang kena symptom yang sama berpunca daripada deodorant. Baru teringat ada tukar deodorant baru beberapa hari sebelum. Selalunya dari zaman sekolah lagi guna Rexona Free Spirit cap warna purple tu tapi tukar pergi Rexona Xtiv warna biru sebab saja nak tukar selera rupanya selera petaka. 

Image result for bedak antibacteria warna merah

Dalam masa sebulan memang stop pakai deodorant, pergi kerja pakai bedak Agnesia sampai la bengkak nanah semua surut. Lepas dari kejadian ni sampai sekarang tak pernah dah tukar deodorant. Takut punya pasal. Kalau pergi kerja kadang tak guna pun sebab duduk dalam office tak keluar peluh pun beku dalam air-cond. 

Ada yang pernah jadi tak macamni bila tukar deodorant? 

Personalized Gifts Di Printcious


Kalau bulan Mei meriah dengan sambutan Hari Ibu Sedunia, bulan Jun pulak bakal meriah dengan sambutan  Hari Bapa Sedunia , for sure ramai yang mencari hadiah untuk ayah tersayang. Sembang pasal hadiah dan promotion, Printcious memberi 30% diskaun kepada setiap barang yang ditempah. Lagi best bila penghantaran secara percuma untuk setiap tempahan berharga RM50 ke atas.


Selalunya kalau bab nak pilih hadiah untuk orang lelaki ni memang buntu sikit apa yang sesuai tambah pula kalau kebanyakan barang yang nak diberi dah memang cukup lengkap tapi tak salah pun kalau bagi hadiah istimewa yang dekat di hati macam barang yang ditempah dengan gambar ataupun design sendiri.

Di Printcious you guys boleh pilih sama ada nak tempah atau design T-shirt, mug, bantal, mousepad, canvas, phone casing, tote bag, ceramic tile ataupun nak ala games boleh tempah puzzles dengan gambar pilihan hati. Dah pilih nak item yang mana satu sebagai hadiah?


So dah boleh proceed dengan langkah untuk personalized hadiah yang you guys plan nak bagi tu. Dekat bawah ada tutorial dan beberapa langkah mudah untuk you guys tempah dekat Printcious ni but first, buka dulu laman web Printcious so you guys boleh siap custom gifts dekat Printcious sambil baca tutorial ni.

Untuk tutorial, I guess I’ll pick canvas for Father’s Day sebab T-shirt dah banyak dekat rumah, mug pun sama. Tote is so not for him tapi canvas tak pernah wujud lagi. Kelebihan canvas dekat Printcious ni jaminan gambar terbaik, tali gantung pun kuat tambah pula dengan frame dari kayu berkualiti. Berbaloi sangat beli kalau kualiti terbaik yang digunakan.

Okay, back on track!

Cara-cara untuk personalized selected gift :

1) Klik ‘Canvas’

2) Klik ‘Create Your Canvas (Square) Now’


3) Pilih gambar untuk dicetak, kemudian adjust saiz gambar dan warna latar belakang canvas ikut citarasa masing-masing. Dah pilih gambar, kalau nak masukkan text boleh klik dekat bahagian text kemudian tulis ucapan ataupun quote ikut citarasa. Font, size dan kedudukan boleh edit ikut citarasa supaya tampak lebih menarik. Dah puas hati, klik ‘Done’.


4) Sebelum finalize order, isi borang dekat sidebar kanan untuk saiz yang diingini. Ada dua saiz sama ada 12x12 ataupun 16x16. Bahagian bawah tu ada pilihan sama ada perlukan kaki canvas ataupun tidak. Harga untuk kaki canvas ni RM12. Kalau perlu, klik je di gambar kaki canvas tu. Last sekali, bilangan kuantiti yang diperlukan.


Dah settle semua bahagian design and editing, boleh tengok jumlah harga untuk semua tempahan. Kalau berpuas hati klik je ‘Add To Cart’. Kalau rasa macam kurang meyakinkan dan nak tukar kepada gambar lain, klik je ‘Edit My Design Again’.

Dah settle dan confirm dengan tempahan tu boleh la tekan checkout untuk proceed dengan bahagian payment pula. Mudah je kan? Kalau rasa mudah lepas tu nak order pulak yang lain haa tekan je ‘Continue Shopping’ untuk deco raya mungkin? Hari Raya pun dah dekat sangat dah ni.


Jika anda mencari button badgefor university, lanyard atau magic mugs jangan lupa untuk menghubungi mereka. Mungkin anda ada sebarang acara harijadi atau perkahwinan? Photobooth rental adalah salah satu cara untuk menceriakan suasana majlis juga.

Telemovie Review | Hari Terakhir Seorang Pengurus (2018)

Monday 28 May 2018

Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus, Sinopsis Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus, Telefilem, Astro Citra, Mustika HD, 2018, Pelakon, Remy Ishak, Susan Lankester, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Mustaqim Mohamed, Junji Delfino, Bulan Terry, Sherie Merlis, Lawak, Komedi, Unik,

Pengarah : Syed Fariz
Pelakon : Remy Ishak, Susan Lankester, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Mustaqim Mohamed, Junji Delfino, Bulan Terry, Sherie Merlis
Genre : Komedi
Durasi Tayangan : 80 minit
Tarikh Tayangan : 27 Mei 2018 – Astro Mustika
Production Company : Anomalous Films & Suar Channe
Trailer :



Ternampak trailer telemovie dekat Twitter terus tertarik nak tengok sebab mengisahkan tentang Nasir (Remy Ishak) yang tekad untuk terjun dari tingkat atas bangunan pejabatnya ke bawah sebab stress yang dihadapinya. Rakan sekerja Nasir, Hasbullah (Mustaqim Mohamed) yang paling rapat sejak 10 tahun orang pertama yang jumpa Nasir berdiri di luar bangunan terus kucar-kacir bagitahu bos syarikat, Clarice (Susan Lankester) dan juga seorang lagi rakan sekerja yang pendiam, Nerd (Junji Delfino) dan juga budak intern selama 3 tahun di syarikat tu, Linda (Bulan Terry).


Pada mulanya Clarice tak percaya Nasir cuba untuk membunuh diri dan lebih pentingkan kehadiran klien utama mereka, Natalia tapi kerana Nasir makin tekad untuk terjun dan Nasir sorang je yang boleh deal dengan Natalia, Clarice berusaha untuk pujuk Nasir supaya batalkan hasrat dia.

Sementara tu, masing-masing cuba untuk cari apa punca Nasir ingin membunuh diri sampai call isteri Nasir, June (Nadiya Nisaa) untuk pujuk Nasir tapi masih lagi gagal cari punca kenapa. Nasir cuma minta June percayakan dia hingga perkara ni selesai. Situasi makin tegang bila orang ramai mula perasan kelibat Nasir di luar bangunan dan wartawan mula telefon untuk dapatkan wawancara eksklusif. Tak lama kemudian, June call pihak bomba untuk pujuk Nasir.


Kehadiran pakar perunding di Selangor & KL, K-bomm (Amerul Affendi) yang juga merupakan sahabat lama Nasir juga gagal membuatkan Nasir batalkan hasrat untuk bunuh diri. Disebabkan kasihan dengan K-bomm yang ingin pergi berbulan madu dan menyelamatkan rumahtangga dia yang retak menanti belah, Nasir membuka rahsia kenapa dia ingin bunuh diri.

Barisan pelakon yang mantap salah satu punca telemovie ni menarik sebab lakonan yang bersahaja dari semua pelakon tambah pula bila banyak momen kelakar terutama scene Aunty So Lucy dengan scene Jijah (Sherie Merlis) halimunan. Tapi ada scene yang draggy jugak macam scene Hasbullah nak call June guna phone office. Lepas Busker, ni kemunculan kedua Bulan Terry and thanks God dalam telemovie ni dia ada banyak skrip nak dibandingkan dengan Busker.


Rasa nak release stress, try layan telemovie ni sebab dari awal sampai habis penat gelak layan kerenah memasing walaupun ada 8 karakter utama dan seorang watak sampingan je sepanjang telemovie ni. Cuma macam geram jugak la sebab tak ada scene yang intense atau kalut dalam telemovie ni. Lagi cantik kalau ada scene menggelabah Nasir nak jatuh dari bangunan sebab bila Nasir kena tekankan yang dia nak terjun agak bosan jugak lah nak pula bila dah nak hujung cerita dah. But still okay lah nak layan sampai habis sebab mesej telemovie ni quite strong dalam dunia pekerjaan.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.3/10
Image result for bimbi & bonni

Pengarah : Michael Ang
Pelakon : Sharifah Sakinah, Marsha Milan Londoh, Isa Khan, Zain Hamid, Azhan Rani, Azhar Amir, Azmi Pak Teh, Fared Ridzwan, Sean Lee, Haiza, Afiq Azhar, Raja Afiq, Fatin Afeefa
Genre : Komedi/Drama
Jumlah Episod : 24 episod
Tarikh Tayangan : 14 Mac 2018
Production Company : Hyper Pictures
Trailer :


Lepas Girlfriend Aku Dari Neraka telemovie & Girlfriend aku Dari Neraka drama Sharifah Sakinah sekali lagi muncul dengan watak gadis bimbo dalam drama Bimbi & Bonni Misi 007 walaupun dia dah bagitahu penat nak berlakon watak bimbo ni. Disebabkan ada beberapa klip diviralkan di Twitter, saja luangkan masa tengok drama ni dengan speed 1.6 sebab drama ni panjang and quite draggy. Hah kau awal lagi dah kritik.

Bimbi & Bonni Misi 007 ni mengisahkan tentang dua sahabat baik, Bimbi (Sharifah Sakinah) & Bonni (Marsha Milan) yang bimbo dan suka shopping. Bimbi anak Datuk Bakhtiar (Azhar Amir) manakala Bonni anak kepada pemandu Datuk Bakhtiar (Azhan Rani) thus making them close since kid. Rutin harian Bimbi shopping, party dan main Bigo. Bonni pula cuma temankan Bimbi ke mana je Bimbi pergi. Mungkin berkawan rapat sangat dengan Bimbi sebab tu Bonni pun terjebak sekali dengan perangai bimbo si Bimbi but thank God si Bonni ni reti jugak nak buat kerja.


Nak dijadikan cerita, satu hari pihak SPRM datang ke pejabat Datuk Bakhtiar atas kes penyewelengan dan pecah amanah. Nasib Datuk Bakhtiar baik bila dia sempat larikan diri. Tapi malang pada Bimbi yang ditinggalkan terkontang-kanting tanpa sesen duit untuk makan ataupun shopping. Sejak dari hari tu, Bimbi tinggal dengan Bonni dan ayahnya. Tapi makin hari Bonni geram dengan perangai Bimbi yang pemalas dan luangkan masa bersama Mikael (Zain Hamid) dan Dino yang kaya.

Bimbi pula makin rapat dengan Asy (Isa Khan) yang banyak mengajar Bimbi tentang kehidupan walaupun terpaksa bersabar dengan Bimbi yang memang tak tahu langsung buat kerja. Datuk Bakhtiar dan Hanif pula mencari siapa sebenarnya dalang yang merosakkan syarikat.


Walaupun genre drama ni komedi tapi tak semua part pun boleh gelak. Most of them banyak yang hambar tambah pula bila scene tu sengaja dibuat-buat. Tbh tak pernah jumpa pun bimbo in real life so tak tahu bimbo si Bimbi dengan Bonni ni sengaja dibuat teruk untuk nampak kelakar ataupun memang dekat luar sana memang macam tu lah teruknya. Kalau macam tu teruknya, memang boleh sakit jiwa nak layan.

Tapi tak kata pun drama ni tak lawak langsung sebab ada part jugak yang beria gelak berdekah. Lagipun tengok drama ni dengan expectation paling rendah sekali. Bab dialog tak pasti kalau diorang spontan ataupun memang betul ikut skrip sebab nampak ada part yang spontan macam scene ayah Bonni suruh diorang pergi laundry.

Wardrobe Bonni memang cantik dalam drama ni sebab nak tonjolkan personality bimbo tu tapi tak suka sangat dengan wardrobe Bimbi walaupun ada baju yang Bonni pinjam dari Bimbi tapi nampak cantik lagi bila Bonni pakai. Wardrobe Asy dengan Hanif pun nampak style. Semua penaja pakaian yang terlibat dari Jakel, Fashion Valet, butik SchaAwal dengan SAAR.



Nak sembang pasal jalan cerita, rasanya memang ringan je tapi sayang lah bila pengarah buat Bimbi tu tak ada langsung kelebihan sedangkan Bimbi dah tunjuk minat dia dekat fashion style. Ada la part Bimbi tolong Missy Sipi (Haiza) buat fashion show dan selamatkan butik tapi sampai situ je lah. Bimbi nak buka butik sampai berguling dekat lantai merajuk dengan ayah dia tapi tak tunjuk langsung effort Bimbi ataupun kreativiti dia sketch, jahit or anything related.

Tak pasti shooting location dekat area mana tapi cantik pejabat Datuk Bakhtiar, kedai Sam (Sean Lee), kedai Asy dengan tempat berjumpa Ramona (Fatin Afeefa) dengan Mamu. Suka jugak tengok rumah Bonni memang cantik sangat deco walaupun rumah teres biasa je. Sebab drama ni si Bimbi suka sangat makan waffle dekat café Asy, dah terliur teruk dah ni nak makan waffle aiskrim. Pengaruh kuat betul. Grrr



Lagu latar dalam drama ni pun main peranan jugak bila lagu keluar ikut scene dalam drama tu tambah pulak ada beberapa lagu 90-an & 80-an tapi lagu latar utama tu yang macam tak masuk sangat dengan drama. Entah apa kaitan lagu ‘Pematah Hati’ dengan bimbo sebab Bimbi tu bukannya suka mainkan hati dan perasaan orang pun. Means dalam bercinta lah. Mungkin ambil sebab rentak catchy je la kot.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 6.4/10

Jalan-Jalan Di PBAKL 2018

Saturday 26 May 2018


Ikutkan hati tak nak pergi pun dekat pesta buku tahun ni tapi disebabkan Bawang keluarkan koleksi komik terbaru, saja la try nasib pergi sana sebab tahun lepas pergi takde luck sebab dah sold out. Kecewa jugak lah tapi nasib jumpa dekat carboot sales.

Tahun ni bawa adik-adik berjalan dekat pesta buku sebab school trip yang sepatutnya pergi PBAKL tu dianjak maka taknak ada yang berduka lara bawa la merasa suasana pesta buku tu. Nasib memasing bawa hasil tabungan masing-masing. Selamat sikit duit poket :P


Ikutkan hati nak drive sendiri je pergi sana tapi sebab diorang tak pernah merasa lagi naik MRT maka perjalanan hari tu agak panjang sikit. Bila naik tren ni memang tersasar habis lah bila salah jalan, salah masuk platform, tren delay segala jenis dugaan berkaitan tren ada hari tu. Keluar rumah pukul 12 tengahari, sampai dekat pesta buku pukul 4 petang. Risau jugak tak sempat nak round semua level sebab dah sampai lambat. And total cost that day, RM44 untuk 4 orang – Bas, MRT, KTM, LRT.

Sampai je dekat sana nampak bunting Khai Bahar and kitorang terlepas peluang nak jumpa Khai Bahar, Izzue Islam & Shahrul Ridzwan. Tapi bila pergi dekat booth Penulisan2u rupanya Shahrul Ridzwan dekat situ. Beria beratur depan sekali nak tengok dia sudahnya tak tahu nak sembang apa bcs I’m not a fan. Kenapa entah beratur. I am so weird.


Lepas dah settle tengok SR terus naik tingkat atas berbalik kepada misi utama untuk cari komik Bawang. Berjaya jugak jumpa terus grab walaupun mahal jugak wei harga senaskhah. RM15.90 tapi demi kebahagiaan cinta hati kan, tutup mata je lah beli. Pergi PBAKL ni barang yang wajib dibawa haruslah backpack sebab nak memborong terutamanya buku indie.

Tengah busy layan adik yang nak beli komik ternampak Kak Neddo dekat booth Peanutzin. At first segan nak pergi tegur tapi dia tengah bosan main warna sana sini dekat buku terbaru dia. Takde orang pun yang datang situ. Takut nak minta bergambar kalau tak beli buku dia so beli jugak lah walaupun tak minat pun baca puisi. Dapat la kenangan setempek dua.

Lepas dah bergambar ternampak Ikmal Amry call dia tanya dekat mana. My luck lah dapat jumpa Ikmal hari tu. Tanya Kak Neddo Ikmal datang sini ke, Kak Neddo suruh tunggu dekat booth Buku Fixi. Berdesup pergi naik tingkat 3 balik walaupun dah borong sakan dekat atas. Sanggup okay tunggu sampai setengah jam dekat booth tu sebab Ikmal punya pasal. Dalam hati bersyukur teruk tak pergi pesta buku dengan pakwe sebab tahun lepas nampak Syed Saddiq tapi mampu pandang dari jauh je hihu.

Lepas tunggu lama dekat booth tu finally Ikmal datang dengan Kak Neddo. Ya Allah comelnya lah Ikmal ni depan mata. Dah la cakap pun sopan je, muka flawless macam dalam Insta selalu stalk lah. Terus mintak bergambar sebelum dia kena hurung dengan orang lain. Ambik gambar dengan dia sekejap je sampai dia tanya ‘Eh dah ke? Tu je’. Eh dia ni berdiri sebelah dia pun dah berdebar teruk lemah lutut. Lupa nak minta autograph dia haihhh brain freeze masa tu kes happy sangat.


Dah habis shopping, dah boleh dah nak balik tapi sebelum balik nampak SR bosan dekat booth tu terus pergi bergambar dengan dia sebelum dia balik. Adik yang kemain posing padahal tak kenal pun. Katanya nak show off dekat kawan-kawan dia dapat bergambar dengan pelakon. Ya tuhannn perangai kau dik.


Balik tu naik Grab je sebab takut sampai lambat kalau naik tren and guess what, tambang Grab pun RM44 je dalam masa setengah jam. Nasib lah nawaitu awal tu nak bawa diorang jalan-jalan naik tren, kalau tak menyesal jugak tak guna khidmat Grab.

Dah sampai rumah kumpul semua hasil memburu, total semua dalam 200 ratus lebih jugak lah tapi tak sebanyak tahun lepas since tak memborong novel English kes tak habis baca lagi. Ada satu rak lagi tak baca so sebelum kena bebel dengan dia, baik kawal diri.

 

Tahun depan maybe nak pergi lagi sebab murah rupanya memborong dekat pesta buku ni tambah bila dapat kupon free dari publisher macam Buku Fixi ataupun Roman. Harap pesta buku tahun depan ada kenangan lain pulak.