15 Facts About Me

Saturday 12 May 2018


Sepatutnya entry ni up haritu tapi sebab busy dengan PRU14 dan drama yang wujud maka ambil masa rehat kejap dengan blog. Hari ni kita sambung balik 30 Days Challenge ni okay.


1. Anak Sulung

Matter of fact, I’m the eldest one from 6 siblings tapi ramai betul ingat anak bongsu kenapa entah. Ada ciri-ciri anak bongsu ke? Maybe sebab masa kecik dulu dimanjakan sangat kot dekat kampung. Belah mak ada dua orang sepupu sebaya tapi sebab mak anak kedua last so sepupu yang sebelum ni naik jadi kakak walaupun ada sorang tu lahir lambat sikit beza hari je.

2. Graduan Kewangan

Diploma Perbankan Islam lepastu sambung BBA Finance tapi kerja dalam bidang pembinaan pulak. Jauh lari kan? Next job nak cari yang relate dengan study. Tapi kalau rezeki masih lagi dalam bidang construction, stay je lah lepastu ambil Master yang relate dengan kerja. Senang sikit nak faham.

3. Peminat Tegar Hindustan

Tanya je lah pasal Bollywood, boleh kata semua benda tahu tapi jangan tanya bila nak pergi India sebab tak ada duit.  Tengah menabung nak pergi Kashmir dengan Agra ni. Masa IIFA buat dekat Malaysia dua tahun lepas tak dapat nak pergi sebab ada exam. Menangis tengok kawan bergambar dengan Bollywood stars. Haihhhh

4. Berkebun

Ni kutip dari DNA mak ni sebab mak suka bercucuk-tanam. Nenek pun sama. Tapi sebab rumah apartmen je so tak besar mana pun lah kebun kita. Asal ada bantu sikit-sikit je. Kalau dapat landed house jangan tanya lah besar mana kebun.
5. Social Media Addict
Dari zaman sekolah sampai sekarang memang tak pernah berubah. Dari satu account kepada account lain. Dari Friendster kepada Myspace lompat pula ke Facebook, Twitter, Insta, Snapchat, Tumblr tapi tak semua aktif. Setiap account ada function sendiri. Sekarang ni pun dah kurangkan sikit tapi macam tak mampu je? :P

6. Honest

Hah siapa yang dah kenal tu kenal lah macam mana. Dulu masa zaman sekolah memang kaki tipu but then I changed myself. Kalau kita tak suka sesuatu benda, kita kena ubah supaya aura yang datang tu cantik je. Tapi tu lah, walaupun tak menipu, masih juga kena tipu but that’s okay. Kalau semua suka menipu biar kita jadi jujur.

7. Movie Buff

Dari kecik lagi memang suka tengok movie. Bila mak balik kampung, ayah pulak pergi kerja duduk la berdua dengan adik. Sebelum pergi kerja ayah dah siapkan makanan dengan satu kotak tape movie Hindustan. Bangun pagi je lepas makan berjoget lah dengan adik. Boleh kata dalam sehari akan tengok satu movie. Tapi jarang la nak ulang movie sebab banyak betul movie sekarang ni lagipun access unlimited ;)

8. Music Freak

Siapa je tak suka music kan? Lagha macam mana pun cannot deny this fact. Kalau genre music ni black metal je lah tak pernah layan lagi. Yang lain semua genre ada even country, reggae, rock, indie, rap. Semua lah senang cerita. Music is good in every mood it can be expressed.

9. Si Nomad

Disebabkan arwah ayah seorang askar, maka banyak lah persinggahan keluarga. Masa kecil dekat Johor lepastu 10 tahun di Sungai Besi, KL. Berpindah pula ke Sabah. Balik pindah ke Sabak Bernam lepastu menetap kejap dekat kampung di Kedah. Lepastu ke Felda Trolak, Perak dan sekarang balik semula ke Sabak Bernam. Bila orang tanya orang mana, eh payah  tau nak jawab soalan ni walaupun IC 02

10. Cepat Rimas

Ni sebab berjangkit dengan kawan sekolah perangai ni. Cepat rimas lepastu meroyan lepastu menangis. Tak suka buat benda-benda rimas. Kalau rimas memang terus blah je. Malas sembang panjang. Nasib dapat partner jenis tinggi tahap kesabaran. So most of the time dia je lah yang handle.

11. Selalu Berubah

Sejenis yang cepat bosan lepastu akan berubah tapi bukan semua lah. Sakit malas tu tak berubah lagi. Selalunya suka challenge diri sendiri buat benda yang tak suka macam try extreme sports, try jadi vegan which is not happening sebab ni contoh je.

12. Ice-cream is Bae

Masa study dulu bila stress je mesti cari Cornetto Blackforest takpun dekat Segamat famous dengan ice-cream cup flavor mint chocolate. Memang cari yang tu je buat ubat penenang. Tapi Cornetto Blackforest dah tak wujud dah sekarang. How sad :(

13. Atlet Rumah Sukan

Walaupun sekarang dah gemuk dan bila buka kisah pernah jadi wakil rumah sukan memang akan dibahan dan digelakkan je sebab hakikatnya this is based on a true story. Merentas desa, lari 1500, lari 3000, rejam lembing tu memang cikgu cari muka ni je lah. Tapi masuk IPT mana ada sukan dah. Busy depan lappy je buat marathon English series ataupun movie.

14. Vintage Lovers

Sangat lah suka dengan vintage stuff tapi vintage ni perangai dia suka jual mahal tau. Disebabkan sengkek memang mampu pandang je lah. Malas dah cakap banyak.

15. Feminist

Ada beza nazi-feminist dengan feminist ye. I do believe in this ideology and movement bukan sebab kita nak menangkan perempuan dalam semua perkara tapi ada sesetengah perkara ataupun isu selalu diperlekehkan dan diambil kesempatan untuk dikuasai lelaki. 

Wordless Wednesday : PRU 14

Wednesday 9 May 2018




Uyaina Arshad, Puteri Muslimah Asia 2018

Tuesday 8 May 2018

Image result for uyaina arshad menang puteri muslimah asia 2018

Tahniah kepada pengacara Wanita Hari Ini dan personaliti TV, Uyaina Arshad bila memenangi Puteri Muslimah Asia 2018 buat pertama kali dianjurkan dan disertai oleh 18 orang peserta dari 6 buah negara iaitu Brunei, Singapura, Indonesia, Malaysia, Turki dan Timor Leste. 

Selain dari Anugerah Puteri Muslimah Asia, ada lagi 4 anugerah iaitu Anugerah Puteri Muslimah Persahabatan Asia yang dimenangi Mala Daud dari negara Brunei, Puteri Muslimah Berbakat Asia dimenangi oleh Beyza Demir dari negara Turki dan Anugerah Puteri Muslimah Favorit dimenangi oleh Avida Lale dari negara Turki. 

Selain dari undian orang awam, acara ni dinilai oleh juri pertandingan antaranya aktivis Indonesia, Yenny Wahid, Siti Rahmawati dari Turki, Marina Yusoff dari Singapura, Daffy dari Brunei dan primadona negara kita, Erra Fazira. 

Image result for uyaina arshad menang puteri muslimah asia 2018

No automatic alt text available.

Uyaina memenangi trofi pertandingan, tiara dan wang tunai berjumlah RM300,000. Viral di Twitter jawapan terakhir Uyaina sebelum menang pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 ni



Selain Uyaina, Syifa Melvin dan Nurain Zamri pun join pertandingan ni mewakili Malaysia. Tahniah kepada semua yang masuk dan mengharumkan nama negara! Can't wait for the second next year.

Sedikit biodata Uyaina Arshad :

Nama Penuh : Naseha Uyaina Arshad
Nama Komersial : Uyaina Arshad
Umur : 25 tahun (2017)
Asal : Kuala Kangsar, Perak
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya
Kerjaya : Pengacara, Personaliti TV dan Model Muslimah
Host TV : Nona dan Wanita Hari Ini
Media Sosial :
1) Facebook - Uyaina Arshad Official
2) Instagram - Uyaina Arshad
3) Twitter - Uyaina Arshad 

A Letter To Someone Who Has Hurt You

Actually challenge ni minta buat surat untuk yang sakitkan hati kita recently tapi hati ni berkerak dengan dendam lama. Sebab yang lama dah ubah diri sendiri jadi keras sikit dan tak percaya dengan orang. Sebab yang lama dah jarakkan diri dengan orang. Sebab yang lama lagi sakit nak dibandingkan dengan sekarang. 

Sakit hati yang sekarang ni kira sakit hati celah gigi je jauh beza nak banding dendam lama. Tapi dari dulu sampai sekarang kalau hati berkerak macam mana pun, doa dan harapan masih lagi sama. 

Kepada : Yang Berkenaan

Semoga hidup takkan tenang selagi tiada pengampunan dipinta dan semoga apa yang dilakukan akan kembali kepada anda, keluarga anda ataupun sesiapa sahaja yang disayangi. Jika kerana silap lampau buatkan kita berjumpa di Hari Perhitungan nanti, siap siaga sahaja kerana ini yang kalian inginkan. 

Sekian. 


Photo Of Something That Makes Me Happy

Monday 7 May 2018