Sabtu lepas keluar bershopping kejap dekat Bandoru Store. First time actually jejak kaki ke sana, and first time jugak tahu kewujudan store ni. Not bad lah sebab banyak pakaian, aksesori yang cantik-cantik sampai rambang mata tapi sebab baju dah bersepah sangat dekat rumah, memang keluarkan novel je baca sampai officemates habis shopping.
Settle shopping, pergi lunch dekat A&W sebab tu je depan mata. Dah lama sebenarnya tak makan dekat A&W. Kalau sembang pasal A&W ni, yang paling fav sekali haruslah R&B dia dengan curly fries. Entah kenapa fast food chain yang lain tak buat curly fries ni. Nak menapak ke A&W ni bukannya senang sebab franchise tak banyak sangat macam McD & KFC.
Dekat kaunter lama jugak lah berfikir nak makan apa sebab tak biasa dengan menu A&W. Sudahnya order Beef Coney combo dengan Chicken Spicy Combo. Settle.
Set Beef Coney - RM 15.90
What I love about Beef Coney is the taste lah of course. Sedap tapi sebab bawang bersepah kan memang potong habis. Nak buang satu persatu memang tak rajin sebab banyak sangat dia tabur. If next time pergi A&W sebab craving menu ni nak suruh dia buang bawang. Roti dia lembut makan dengan sosej dia yang besar & sedap tu memang happy sangat. Sangat berbaloi! Kenyang sampai sengkak perut.
My officemates pilih Set Aroma Spicy Chicken. I guess they regret their choice sebab ayam KFC lagi sedap katanya. Plus yang spicy tu cuma dekat serbuk tabur dekat kulit je. Lepastu masin. Ayam pun kecik je. Satu set kalau tak silap lebih RM12 rasanya.
Tapi yang paling buat perut happy haruslah R&B float! Nyummmm!
I'm the one je tak pilih float sebab takut kenyang sangat nanti sebab dah ambik Coney Beef gedabak tu. Ada banyak lagi menu lain nak cuba actually tapi jarang orang buat review menu A&W ni so tak tahu nak try yang mana. Lepasni maybe nak try burger dia ataupun just stick dengan Coney Beef sebab dah tahu dah sedap hehehe.
Dilan 1990 mengisahkan tentang
cinta remaja antara Dilan (Iqbal Dhiafakhri Ramadhan) dan Milea (Vanesha Prescilla) di salah sebuah sekolah di Bandung. Movie
goes viral due to strong love quotes from Dilan. Walhal movie Dilan 1990 ni tak
lah strong mana pun jalan cerita dia. Ada part macam terjongket kening jugak
sebab tiba-tiba masuk, tiba-tiba ada tapi sebab Dilan, dia cecah lah 6 juta
kutipan.
Movie Dilan 1990 diadaptasikan
dari bestseller novel karya Pidi Baiq dari tajuk yang sama, Dilan 1990. Since
tak pernah baca buku dia, so kita sembang based on movie je. Baca review dari
Indonesian, macam mana padu ayat Dilan dalam movie, macam tu lah padu ayat dia
dalam novel. Memang Pidi Baiq ambil sebijik macam dalam novel dia. And its
awwwww
“Jangan rindu. Berat. Kamu nggak
akan kuat. Biar aku saja.”
“Kamu cantik Milea. Tapi aku
belum mencintaimu. Nggak tau nanti sore. Tunggu aja”
“Maaf aku buat kamu khawatir. Kamu
harus tahu, aku tidak mahu membuatmu cemas, aku saja mencemaskanmu.”
“Kalau Milea marah itu bagus!
Ujian buat aku. Bisa nggak aku bikin kamu nggak marah. Tugasku untuk membuatmu
senang Lea.”
“Tidak mencintai bukan berarti
membenci kan?”
"Kalau aku jadi presiden yang harus mencintai seluruh rakyatnya, aduh, maaf, aku pasti tidak bisa karena aku cuma suka Milea."
"PR-ku adalah merindukanmu. Lebih kuat dari Matematika. Lebih luas dari Fisika. Lebih kerasa dari Biologi."
And lots of them!!!
Nak sembang pasal jalan cerita
Dilan 1990 ni, movie ni tersangatlah santai. You guys takkan jumpa konflik
teruk sangat pun dalam kehidupan Milea dan Dilan walaupun Dilan ni bad boy
sekolah. Dengan cikgu sekali dia tapau. Kira semua orang takut dengan Dilan
tapi Dilan takut kehilangan cinta Milea. Kenapa Dilan syok sangat dengan Milea?
Entah. Kenapa Dilan sayang sangat dengan Milea? Juga entah. It just happened.
Love happens. Gittewwww
Sakit hati jugak bila tengok
Milea buang Benny walaupun Benny sweet jugak sanggup datang dari Jakarta bawa
kek untuk birthday Milea. Ye memang sebab apa yang Benny buat tu menyakitkan
hati, marah Milea dekat public, panggil pelacur tapi Benny tu insecure kot.
Awek cantik semua orang usha. Dah lah Milea ni tak reti say no, tak reti
bertegas. Dia melayan je semua lelaki yang nak dekat dia.
Cuba bagitau, pakwe mana yang tak
insecure? Dah lah Long Distance Relationship. Betul cakap Benny, dia ada
kekurangan, jadi Milea kena lah terima. Milea pun tak suka Benny sebab suka
copy paste puisi dari majalah, tak macam Dilan pandai buat puisi walaupun puisi
dia macam nak mintak penampar je. Sembang dia sebab dah suka kan, semua benda
nampak indah je. Tang Benny semua nampak buruk.
Tapi hadiah Dilan walaupun rasa
nak penampar, rasa awwww jugak sebab bagi crossword puzzle je kot. Murah tapi
out of the box. Rare! Siap dengan ayat
“Selamat ulang tahun, Milea. Ini
hadiah untukmu. Cuma TTS, tapi sudah kuisi semua. Aku sayang kamu. Aku tidak
mau kamu pusing karena harus mengisinya. Dilan”
Kekuatan movie ni bukan dekat
storyline tapi sebab chemistry Dilan dengan Milea. Bila tengok movie ni memang
tertunggu-tunggu scene Dilan dengan Milea. Kalau character ni dalam screentime
asing, agak bosan jugak. Tapi part Anhar (Giulio Parengkuan) tampar Milea tu memang excited sangat
sebab nak tunggu Dilan keluar & belasah Anhar. Bukan sebab scene bergaduh
tu walaupun terserlah kejantanan Dilan tapi ayat Dilan masa dalam bilik guru
besar tu,
“Jangankan Anhar. Kepala Sekolah
nampar Lia, KUBAKAR SEKOLAH INI!”
Belum masuk part Dilan datang
bawak tukang urut untuk Milea. My expression sebijik kot dengan nenek tukang
urut bila Milea salam cium tangan Dilan.
Ending movie ni habis macam tu je
sebab nanti ada Dilan 1991 pulak. Can’t wait for sequel sebab nak dengar ayat
cinta Dilan je sebenarnya. Tak pasti lah movie ni target audience dia siapa
sebab dah habis tengok movie pun angau lagi dengan Dilan. Ugghhh walaupun
cringe, walaupun Dilan cuma cakap Assalamualaikum, walaupun Dilan cuma sebut
nama binatang boleh happy berbunga. Tengok keropok pun jadi happy. Ya
aulohhhhhh bantuin Nabilaaaaaa.
Cinematography movie Dilan 1990
ni cantik nak pulak bila tengok suasana tahun 1990 tu rasa happy lah sebab
zaman childhood kan era 90-an tu. Koyak buku bahagian tengah buat surat cinta,
bergayut dekat public phone, dating dekat kantin haihhh zaman remaja sangat. Bab
soundtrack movie Dilan 1990 ni biasa je, tak berhantu pun except lagu Dulu Kita Masih SMA karya Padi Baiq.
1. Team Production +1, 2. Visual
+0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes
+1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +1 = 7.2/10
Finally a month period is up and the giveaway officially ends! Terima kasih ye kepada semua yang join. Maaf lambat sikit update siapa pemenang untuk GA ni.
Macam yang dijanjikan sebelum ni, 10 orang pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai dan Top Commentator juga akan dipilih berdasarkan jumlah semua komen yang diletakkan di blog ni.
Okay, senarai pemenang Cash Giveaway ni :
1. No. 31 : Miss Mulan
2. No. 51 : Iza Fiza
3. No. 14 : Ziana Eunos
4. No. 8 : Hani Fadhlina
5. No. 6 : Atiah
6. No. 35 : Nurul Najihah
7. No. 4 : Shikin Razali
8. No. 26 : Maisarah Ibrahim
9. No. 54 : Yun Sing
10. No. 43 : Nurulatika Yunus
Untuk hadiah Top Commentator pula, tahniah kepada kak Shahida Dzulkafli
Untuk semua pemenang, sila hantarkan nama dan nombor akaun bank masing-masing ye dekat farhannajafri@gmail.com.
Untuk yang tidak bernasib baik, jangan sedih sebab nanti ada giveaway lagi. Mungkin raya nanti sebab ada rezeki lebih. Terima kasih sekali lagi ye semua. Have a nice day ahead! :)
Last month Uncle Singh, one of our subcon belikan dodol
dari Goa, India sebab dia nak suruh try rasa dodol di India dengan dodol di
Malaysia. But I’m not a fan of dodol. Kalau makan dodol pun makan satu potong
kecil je walaupun tok wan buat dodol untuk musim raya. Dodol tok wan je lah
yang paling banyak pernah makan sebab tak manis sangat. Just nice dekat tekak.
Kalau dodol Malaysia kosong dan
kering, dodol dekat India ni ada tambahan kacang gajus and berbeza dengan dodol
Malaysia, dodol dia agak lembap. Sekali pandang macam chocolate moist cake pun
ye jugak.
Kalau nak sembang pasal rasa,
menang lagi dekat dodol kita sebabnya dodol India ni tersangatlah manis bila
makan. Bila nak telan pulak dia ada rasa pahit sikit sebab kandungan gula Melaka
dia tinggi sangat. Siapa yang ada kencing manis mungkin boleh potong kaki terus
lepas tu. No doubt.
Selain dari hadiah dodol ni, dia
ada tanya juga, dodol ni makanan sejarah siapa sebab dekat Malaysia ada, di
India pun ada. Bosan macam ni saja search soalan ni dan jawapannyaaaaaaa,
makanan nusantara yang dibawa ke Indiasebab nama Dodol tu sendiri berasal dari Bahasa Melayu kemudian dibawa
ke negara Asia Tenggara yang lain semasa merantau. Masuk ke negara lain, dodol
diolah ikut tekak locals.
Macam dekat India dia tabur kacang
ataupun kayu manis, dekat Indonesia dia letak pelbagai perisa macam durian,
epal, kelapa, nangka. Di Jakarta famous dengan Dodol Susu. Di China pulak dodol
diorang kaya dengan gula kelapa.
Ni dah rasa dodol India, mana
tahu nanti ada rezeki rasa dodol dari negara lain pulak. Korang pernah jumpa
dodol negara lain?
Since dah berzaman tak
menjejakkan kaki ke Caltex sebab Caltex area rumah tutup untuk kerja-kerja
construction jalan, masa otw balik kampong singgah sekejap untuk topup tangki
minyak yang dah nak habis. Ternampak pulak iklan Tap & Pump ni. Disebabkan
takde cash saja lah try method ni sebab senang je kot.
1) Masukkan kad ahli - Journey Caltex
2) Tekan Card Payment dekat skrin petrol pump tu.
3) Scan kad debit dekat simbol gelombang.
4) Isi minyak ikut suka nak
banyak mana
5) Tekan ‘Print Receipt’
Tunggu resit keluar anddddd
doneeee!
Happy sebab senang je nak guna
tak payah beratur lama dekat dalam sebab kadang buang masa dengan beratur je.
Nak pulak kalau orang depan dah sampai kaunter baru nak keluarkan kad lepastu
dia nak tambah barang lah apa lah. So we go cashless and save our time by this
payment method!
Kalau yang tak pernah guna debit
card dekat petrol pump and its your first time wondering how, lemme tell you
okay. Tapi yang ni steps untuk Petron petrol station je, kalau petrol pump
brand lain, I’m not quite sure.
1) Tekan Preset
2) Masukkan amaun harga yang
diingini. Contoh 20 liter minyak = RM44 so masukkan 44.00.
3) Masukkan nombor pin kad debit.
4) Masukkan kad ahli Petron Miles
supaya boleh collect points
5) Isi minyak
6) Ambil resit
Andddd done!
Mudah je kannnn?! Tapi duit korang
akan floating dalam masa seminggu sebanyak RM200. Kalau rasa tak dipulangkan
jugak dalam masa seminggu cepat2 call bank.
Boleh bagitahu tutorial untuk Caltex dengan Petron je lah sebab both are my fav petrol stations. Petron sebab collet points sampai 3000 boleh redeem RM45 minyak percuma. Caltex pulak sebagai backup je kalau tak jumpa Petron plus banyak discount dengan brand lain kalau sign up sebagai ahli. Siapa guna Petron dengan Caltex jugak, kita geng okay? ;)