Pesta Buku SACC

Sunday 1 April 2018


Lepas Isyak semalam terus menapak ke SACC sebab ada pesta buku dekat sana. Malas nak pergi sebab gaji tak masuk lagi tapi dah adik beria sangat kita layankan aje. Lagipun nak usha buku Gantung 2 sebab yang order online dah habis stok. Nak tunggu ada stok balik entah zaman bila boleh dapat sebab buku tu tengah laku keras sekarang sebab Gantung The Series.


Yang tak bestnya dekat SACC ni haruslah parking space dia limited sangat. Yang berbayar pun mahal kemain sampai RM5. Tengah miskin ni RM5 pun rasa nak terajang tau. Sudahnya park secara haram sebab bersepah yang buat. (This is bad, I know)

Lepas dah jumpa tempat nak park, masuk je dalam SACC kena approach dengan organizer sebab kalau download apps Syok dekat IOS ataupun Playstore, kita boleh dapat diskaun 20% untuk publisher yang register under diorang tapi tak buat pun sebab battery low sangat plus line tak kuat mana pun. Belum sembang memory yang nazak lagi.

Selesai 3x tawaf, tetap tak jumpa booth Buku Fixi sudahnya menapak dekat booth ROMAN sebab nak beli novel ‘Misteri Kem Motivasi’ sebab tu sequel kepada Budak Hostel Otaknya Sewel. Since promosi 3 buku RM50, ambik lah sekali ‘Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia’. Lagi satu buku memang lama jugak menyembang dengan seller tu nak ambik yang mana. Seller suggest ‘Pengembaraan Laki-Laki Scorpio’ tapi hati macam berkenan dengan buku ‘Di Kala Bulan Bermain Biola’ sebab unik tapi harga lain. Sudahnya ambil 4 buku terus. Tamak kan? Tskkk.


Disebabkan kitorang memborong, diorang nak ajak selfie tapi since menyembang pun ada sesi membawang, cepat-cepat tolak offer. Rupanya belakang ROMAN, booth FIXI, jumpa pulak buku Gantung 2. Terus grab lagi 2 buku sebab promo 3 buku RM50. Campur dengan lagi 2 buku Hasrul Rizwan, Tuhan & Murtad dengan Pakar karya Nadia Khan. Dapat voucher RM10 tapi boleh guna dekat kedai Buku Fixi je. Valid sampai Jun. Kalau tak tahu nak beli apa nanti sedekah je dekat orang.



Ada jugak booth Dubook tapi tak ada yang best nak borong. Otw nak balik tu nampak pulak novel idaman adik dekat booth Karangkraf. Borong lagi satu beg. Datang melenggang, balik berbondong. Memang happy lah pergi sebab semua novel yang dicari ada dekat sana. Cuma satu je lah tak dapat, komik terbaru karya Bawang sebab dah habis stok. Kecewa betul. Katanya nak restock hari ni tapi malas dah nak menapak sebab susah nak cari parking space. Hari ni Sabtu mesti ramai yang pergi compared to yesterday.


Dah nak balik baru nampak rujukan dan peta kedudukan untuk semua booth yang ada dekat pesta buku SACC. Supposedly letak lah dekat pintu masuk baru la nampak. Ini pun kebetulan nampak saja tawaf satu round lagi sebelum balik.


You guys kalau nak datang memborong nanti datang la menapak ke SACC ni dari 29 Mac haritu sampai 8 April nanti. Buka jam 10 pagi sampai 9 malam untuk Isnin-Khamis, jam 10 pagi sampai 11 malam untuk Jumaat-Ahad.

Movie Review : Agnipankh

Saturday 31 March 2018


Image result for agnipankh 2004

Director : Sanjiv Puri
Cast : Jimmy Shergill, Sameer Dharmadhikari, Shamita Shetty, Rahul Dev, Divya Dutta, Richa Pallod, Kiran Kumar
Genre : Historic Drama
Running Time : 130 minutes

Since movie Hindi tahun lepas tak banyak, saja korek movie lama yang tak pernah tengok lagi dekat Youtube. Terjumpa lah movie ni, tak pernah pulak tahu sebab pelakon baru era 2000.

Mengisahkan tentang kerjaya tentera udara yang menjaga sempadan India-Pakistan di Kashmir disamping menjalani kehidupan seharian. Sidharth (Jimmy Shergill) merupakan pilot yang terbaik sepanjang karier dia dan dalam masa yang sama bersaing dengan Samir (Sameer Dharmadhikari ) dan Anjana (Shamita Shetty). Dalam diam Anjana menyimpan rasa kepada Samir tapi cuma approach sebagai kawan baik.

Disebabkan Samir merupakan anak kepada kawan baik , Lt try jadi matchmaker antara Samir dengan anak perempuan kesayangannya Surbhi (Richa Pallod) tapi Samir tak berjaya menawan hati Surbhi yang memang bencikan pilot disebabkan kehidupan nomad dan jarang meluangkan masa bersama keluarga tambahan kerjaya yang agak merbahaya. But everything’s changed when Surbhi met Sidharth.


Samir yang dah pun jatuh hati dengan Surbhi rasa geram dengan percintaan Sidharth-Surbhi sampai sanggup korek rahsia lama Sidharth supaya diorang putus. Usaha dia berhasil sampai Sidharth kecewa dan tak fokus dengan kerja sehingga menyebabkan Vishal (Rahul Dev) yang baru berkahwin dengan Nupur (Divya Dutta) terkorban semasa bertugas. Sidharth digantung tugas tapi tragedi berlaku dalam pangkalan bila perisik Pakistan berjaya masuk dan mulakan rusuhan.

First half movie ni lebih focus kehidupan drama cinta bersegi antara Sidharth-Samir-Sirbhi-Anjana tapi lagi bahagia tengok kehidupan Vishal-Nupur sebab Vishal ni kaki puisi. So puisi dia memang buat hati ni angau kemain. Bila dia mati tu memang tak boleh terima langsung diorang matikan watak Vishal tu macam tu je.


Lagu dalam movie Agnipankh pun layan jugak nak pulak masa Sidharth tengah syok bercinta dengan Surbhi.

Second half baru tekankan rusuhan India-Pakistan tapi tak ngeri sangatlah sebab movie ni ringan je. Diorang seksa tentera India pun takat kurung dalam reban je tanpa makan. Ditambah pulak dengan dialogue memasing tak power mana untuk timbulkan rasa patriotic tu. Ada tu ada tapi tak strong mana. Ada jugak some scenes yang macam terjongket kening tapi kalau layan santai kadar terjongket tu tak tinggi mana lah.


Agnipankh okay jugak lah nak layan tambah pulak ada Jimmy yang sekejap handsome, sekejap comel tu. Terubat jugak lah bila Samir yang kayu tu muncul. Kalau nak layan ada dekat Youtube siap dengan English subtitles sekali J



1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 =7.7/10

Movie Review : Padmaavat

Friday 30 March 2018

Related image

Director : Sanjay Leela Bhansali
Writer : Sanjay Leela Bhansali, Prakash Kapadia
Cast : Deepika Padukone, Shahid Kapoor, Ranveer Singh, Aditi Rao Hydari, Jim Serbh
Genre : Hystorical Drama
Production company : Bhansali Productions, Viacom 18 Motion Pictures
Distributor : Viacom 18 Motion Pictures (India), Paramount Pictures (International)
Running Time : 2 hours and 30 minutes
Release Date : 25 January 2018
Trailer :


Lepas movie Bajirao Mastani, satu lagi magnum-opus yang diperam selama 10 tahun oleh SLB kali ni ditayangkan kepada dunia, Padmaavat yang diinspirasikan dari syair India tentang kecantikan Rani Padmini di kota Chittor, Rajput akhirnya mengundang kemusnahan kepada rakyat Chittor apabila Sultan Alauddin Khilji datang menyerang kerana ingin memperisterikan Padmavati.

Movie Padmaavat bermula dengan adegan Padmaavati (Deepika Padukone) memburu rusa di hutan tapi terpanah Sultan Ratan Singh (Shahid Kapoor) yang datang ke Singhal untuk mencari mutiara untuk isterinya. Sembuh dari luka panah Padmaavati, Sultan Ratan Singh melamar untuk dijadikan isteri kedua dan pulang ke Chittor. Gara-gara mengintai Padmaavati, Raghav Chetan dihalau keluar dari Chittor dan secara kebetulan berjumpa dengan Sultan Alauddin Khilji (Ranveer Singh) di Delhi.

Image result for padmaavat

Dari situ bermula episod balas dendam dari Raghav Chetan yang berjaya menghasut Alauddin untuk merampas Padmaavati supaya mendapat tuah untuk tawan dunia dibantu oleh ketua perang, Ughuz Khan dan hamba yang setia, Malik Kafur (Jimmy Shebh).

Cubaan demi cubaan selama 6 bulan gagal, bukan takat nak tengok kecantikan Padmaavati tapi untuk masuk ke dalam Kota Chittor pun tak mampu. Akhirnya Alauddin menyerah kalah dan menghantar tenteranya pulang selepas kehabisan bekalan makanan.


Sebelum balik ke Delhi, Alauddin meminta untuk masuk ke Kota Chittor dan berdamai dengan Sultan Ratan Singh tapi tu cuma helah dia untuk berjumpa dengan Padmaavati. Usaha yang satu ni pun gagal juga. Sudahnya Alauddin jemput Sultan Ratan Singh ke khemah dia sebelum pulang. Dari situ, dia tangkap Sultan dan bawa ke Delhi.

Padmaavati yang risau, pergi ke Delhi untuk bawa pulang Sultan Ratan Singh ditemani 800 orang dayang dan kepala Raghav Chetan sebagai syarat. Hajat untuk bertemu dengan Padmaavati di Delhi pun gagal bila Mehrunissa (Aditi Rao Hydari), isteri kepada Alauddin sendiri selamatkan Padmaavati & Sultan Ratan Singh keluar dari istana.


Movie Padmaavat ni meriah dengan kecantikan visual, dekorasi istana dan kostum abad ke-13. Baik dari kerajaan Khilji mahupun kerajaan Rajput. Kecantikan Padmavati pun terserlah sangat dalam movie ni sesuai lah dengan segala kekecohan berlaku sebab kecantikan dia. Tapi kalau nak sembang lakonan Deepika, tak solid macam movie Bajirao Mastani. Still plain and flat.

Adanya Deepika dalam movie Padmaavat ni untuk jadi cantik sepanjang masa. Chemistry antara Shahid Kapoor sebagai suami isteri pun tak terserlah sangat. Nampak kegigihan Shahid Kapoor untuk cari persona dia supaya tak tenggelam oleh Deepika & Ranveer. But nope, he can’t reach that level. It’s such a shame sebab character dia agak penting nak dibandingkan Jimmy Sarbh dan Aditi since these two deliver solid performance walaupun cuma watak sampingan.


Apart from visual, 6 soundtrack hasil karya SLB pun best jugak terutama lagu Binte Dil, Ghoomar dengan Khalibali.


Tapi movie ni setakat kaya dengan hasil visual dan kesenian dia je lah. Nak sembang pasal content, memang tolak jauh sebab fakta memang lari jauh, lagi sedih tengok SLB gambarkan peribadi Sultan Alauddin Khilji sampai macamtu sekali semata nak naikkan watak Padmaavati dan Sultan Ratan Singh yang tak wujud. Tak ada satu pun yang baik tentang SAK as I’ve written before in this post.

Image result for padmaavat

Memang patut movie ni kena ban di Malaysia or any other Islamic country sebab cara SLB menjatuhkan imej pemimpin Sultan Alauddin Khilji. Kalau niat SLB untuk jatuhkan imej Islam, dia sendiri patut malu sebab dia jatuhkan imej pemimpin sendiri. Tanpa Sultan Alauddin Khilji, Delhi takkan naik seperti yang ada sekarang.

Movie Begum Jaan lagi bagus kalau nak sembang pasal menjaga kehormatan diri sampai sanggup untuk jauhar. Jauhar shouldn’t be extravagant like Padmaavati did. Lagi tak faham bila SLB focus dekat kanak-kanak dengan perempuan mengandung. Entah kenapa diorang kena mati sekali sedangkan problem settle bila diorang boleh bersatu kalahkan Khilji.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0,8, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 6.2/10

Drama Review : DOSA

Thursday 29 March 2018


Pengarah : Ifa Isfansyah 
Penulis Skrip : Salman Aristo, Saniboey Mohd Ismail
Pelakon : Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Hisham Hamid, Shenty Feliziana, Datuk M.Nasir, Daniella Sya,  Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama, Tegar Satrya
Genre : Aksi/Drama
Syarikat Produksi : Arie Zaharie Production Sdn Bhd (AZP)
Penerbit : Astro Shaw
Tarikh Tayangan : 14 Februari 2018
Durasi Tayangan : 8 Episod
Trailer :


Tak sure nampak trailer drama Dosa ni dekat mana tapi dari trailer je macam dah impressed sangat sebab collaboration Indonesia-Malaysia, Singapura campur sekali sebab ada Hisham Hamid dengan Shenty Feliziana if that’s count lol. Secondly sebab cast dia memang talented plus genre action. Dia takde meletup sana sini macam KL Special Force sebab drama ni ketengahkan martial arts and yesssss I’m a fan!


Mengisahkan tentang 4 beradik, Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Farhad (Hisham Hamid) dan Fara (Shenty Feliziana) yang mewarisi kehebatan bersilat dari ayah mereka, Latif (M.Nasir) di Kg. Baru, Kuala Lumpur.

Tapi ketenangan kehidupan mereka sekeluarga (walaupun tak tenang mana sebab Fuad dengan Farid ni rajin sangat bergaduh) didatangi lelaki misteri dari Jakarta, Arian (Reuben Elishama) yang perlu berjumpa dengan Latif untuk bawa khabar Jaafar sudah meninggal dunia di penjara dan Gerbang Utara dalam krisis disebabkan Marco (Roy Marten) ambil alih dalam diam dengan bantuan Sza Sza (Hannah Al Rashid).


Latif yang dah lama cuci tangan terpaksa membalas hutang budi Bu Ani dan Jaafar kemudiannya menghantar 3 orang anak lelakinya ke Jakarta setelah Fara melarikan diri untuk berjumpa dengan Arian. Lagi parah bila Fara dah diculik dengan Sza Sza dan mengumpan Latif untuk datang ke Jakarta. Dalam masa yang sama, Inspektor Amar dan pegawai Interpol Malaysia, Michelle menjejaki semua yang terlibat dengan Gerbang Utara sama ada di Malaysia dan Indonesia.


Taknak sembang pasal pelakon sebab semua pun tip-top, action diorang memang cantik either martial arts ataupun gun shooting leave me in awe. Fun facts, untuk menjayakan drama ni, 20 orang jurulatih silat dekat set penggambaran selain dari latihan lakonan & martial arts untuk setiap pelakon.

Visual motion pun top notch kudos to the team! 8 bulan untuk sesi editing memang mebuahkan hasil yang cantik. Bab kekeluargaan pun menghidupkan suasana emosi nak pula bila anak-anak Latif tahu apa sebenarnya dosa dia. Scene ending pun emosi teruk menangis tengok beradik ni menangis. 


Even kagum dengan karya produksi Astro, Arie Zaharie Production dan Capitol Entertainment Production (produksi dari Indonesia), rasa geram jugak bila diorang matikan watak Latif awal sangat. Tak banyak pun scene Latif dalam ni. Rasa tak puas tengok Latif fight, itupun dia fight dengan bilis je sedangkan anak-anak dia lawan dengan taiko.

Walaupun ada campur tangan pihak polis dengan Interpol tapi nampak lemah sangat watak diorang sebab hasil carian diorang tahap buku lali dalam kolam jernih je sedangkan Interpol kot. Sepatutnya langkah diorang kena sama besar sebab Gerbang Utara bukan nama kecil dekat Jakarta. Series ni panjang sebab pergaduhan Farid dengan Fuad je, there’s no flashback scenes at all terangkan siapa sebenarnya Latif dalam Gerbang Utara & apa dosa-dosa dia. Persoalan untuk soalan Farhad kenapa ayah diorang boleh cuci tangan dari dosa besar dia pun tak terjawab lagi.


Bu Ani pun macam dah habis lega tinggalkan anak-anak dia tapi lagi risau pasal perkahwinan Fara dengan Arian padahal waktu macam tak sesuai langsung untuk diorang kahwin. Belum sembang pasal Fara yang asyik menggelabah nak selamatkan budak-budak yang kena culik dekat gudang padahal boleh je diorang bunuh Marco dulu lepastu tapau Gerbang Utara.

Dia punya tak boleh chill tu buat rasa geram sangat sebab dia gatal nak lari rumah lah abang-abang dia stuck dalam krisis tu sekali sampai ayah dia pun meninggal. Abang-abang dia dengan Arian dah lunyai dah asyik berlawan dengan orang suruhan Marco sampai makan tidur pun tak terjaga. Luka Arian kena tembak pun belum kering lagi.


Belum masuk part Farid yang annoying tak habis nak membaran dengan strategi Fuad. Ada je tak kena dekat mata dia. Bila dah habis tengok memang faham sangat dah kenapa ayah dia malas cerita apa langsung dengan dia. Memang sejenis yang tak boleh diharap. Elok lagi perangai Farhad dengan Fara.


Walaupun storyline dia macam kucar-kacir tapi lakonan diorang bagus, and all this terlindung dengan action stunt diorang. 8 episod tak puas tengok nak pulak part Fuad dengan Farhad lawan Jerik. Setiap seorang beradik ni ada senjata fav masing-masing so stunt and skill diorang memang berbeza.

Recommended for those yang suka genre aksi tapi tak sesuai langsung lah nak untuk underage kids sebab ada scenes yang agak ganas. Hopefully ada season 2 sebab ada persoalan yang tak terjawab lagi plus Marco cuma permulaan kisah dosa di Gerbang Utara.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

Tangan Melecur Lagi

Wednesday 28 March 2018

Balik kerja semalam dengan kucar-kacirnya memasak dekat dapur sebab lapar tapi cuainya ya tuhannnn sampai tangan melecur lagi. Kisahnya letak pinggan dekat sangat dengan kuali sampai pinggan tu retak. Elok pulak tu pergi pegang tempat yang retak sebab mata dekat kuali, tangan dekat pinggan. Dah melecur baru perasan kenapa. 

Malam tadi

Pagi ni

Sudahnya berdenyut lah menahan kepanasan yang amat sangat. Pedih teruk kena air bila mandi. Sapu minyak gamat pun tak tahan. Nasib baik ada aloevera gel dekat rumah. Lepas sapu tu rasa lega sangat sebab sejuk je. 


Buat kerja pun sebelah tangan je lah buat masa ni sebab tak boleh nak gerak sangat ibu jari dengan jari telunjuk ni. Entah macam mana entah nak siapkan report ni. Blogwalking lagi. Memasak pun tak dapat pagi ni sudahnya tak ada lah bekal padahal dah perap ayam dah. Harapnya cepatlah surut. Tak daya nak sakit lama-lama. 

Have a nice day guys. :)