Beli Topup Melalui Maybank2U

Friday 23 March 2018


Kalau bab topup ni memang jarang sangat sebab selalunya guna wifi je nak contact orang via Whatsapp. Bab call orang guna telefon office je ataupun Whatsapp tapi tu pun entah berapa kali je dalam sebulan. Boleh dikira dengan jari.

Disebabkan nak pergi ke tempat yang tak ada wifi, terpaksa la topup untuk kegunaan sementara. Tapi nak menapak ke kedai jadi malas sangat lepastu teringat boleh guna Maybank2u! Kucar-kacir log masuk akaun.

1) Pergi ke column ‘Buy Online’


2) Pilih ‘Instant Prepaid Topup’


3) Klik ‘Open Instant Prepaid Topup’


4) Pilih telco


5) Masukkan amaun topup dan nombor telefon


6) Request TAC dan masukkan TAC number


Dalam masa beberapa minit, akan masuk mesej dari maybank untuk sahkan transaksi dah settle topup! Senang je lepastu favorite terus.


Lirik Lagu Rindu Dalam Benci

Thursday 22 March 2018

Semalam jam 9 malam FMC Music released official MV untuk lagu duet terbaru dari Tajul dan Wany Hasrita dan sekarang telah pun mendapat 212K views dengan 15K likes. Intro lagu ni seakan sama dengan lagu Memori Berkasih, nyanyian Achik & Nana. Terubat rasa rindu dekat Achik dengan Nana bila layan lagu baru ni. Harap Tajul dengan Wany nyanyi banyak lagi lagu duet bersama sebab diorang berdua ada chemistry. 

Yang belum tengok lagi MV Rindu Dalam Benci, here goes :


Lagu : Rindu Dalam Benci
Komposer : Patrick Kamis
Penyanyi : Tajul & Wany Hasrita

Wany
Jauh tersemat dijiwaku
Rasa rindu dalam benci
Kerna timbulnya rasa saying
Sayangnya terpaksa mengalah

Tajul
Kita hanya insan biasa
Penuh dugaan tidak terduga
Menumpang rindu dan sayang
Pada yang bukan milik kita

Wany
Walau sakit tanpa kerelaan
Melepas segala yang tercipta

Tajul
Takdirnya kita pasrah
Kembalikan rindu kita

Wany
Pada dia yang setia
Kita telah melafazkan janji

Tajul
Menjadi pasangan bahagia

Tajul & Wany
Bersama untuk selamanya

******
Wany
Walau sakit tanpa kerelaan
Melepas segala yang tercipta

Tajul
Takdirnya kita pasrah
Kembalikan rindu kita

Wany
Pada dia yang setia
Kita telah melafazkan janji

Tajul
Menjadi pasangan bahagia
Bersamanya  untuk selamanya

Wany
Ku masih terbayang-bayang
Lepaskan saja usah dikenang

Tajul
Tak usah melayan rindu

Tajul & Wany
Kerana kita milik orang

King's Grand Green Tea Ice-Cream


Last week pergi beli barang dapur dekat Giant and by chance ternampak ice cream green tea. Since adik memang suka sangat dengan green tea, dia pun grab satu dengan harapan untuk makan dengan bahagia. I told her to add Oreo hancur because that ice cream looks plain.


Balik rumah terus capai sudu dengan mug plus with oreo dihancurkan tu sambil layan Korea dia. But urggghhh that taste tak boleh pergi langsung. Cukup dengan satu sudu je dah boleh hancurkan semua rasa di lidah dengan tekak.


Rasa dia macam daun teh kena blend pastu buat ice cream. Memang strong sangat. Sudahnya sampai sekarang tak mampu nak habiskan walhal banyak lagi dalam fridge. Memang tak lah nak beli dah lepasni. Banyak berkurang pun sebab adik gigih habiskan walaupun kembang tekak. T.T