Movie Review | Sniff (2017)

Tuesday 20 February 2018

Image result for sniff hindi 2017

Director : Amole Gupte
Cast : Sunny Gill, Surekha Sikri, Putul Guha
Genre : Comedy/Mystery
Running Time : 1 hr 28 minutes
Trailer : 


Sniff mengisahkan tentang Sunny (Khushmeet Gill) yang tak dapat menghidu sejak dari lahir dan perkara ini sangat merisaukan kerana keluarganya bergantung kepada hidung untuk menghasilkan makanan warisan turun-temurun sebagai perniagaan keluarga. Disebabkan tak dapat menghidu, dia dipulaukan di kelasnya selepas kes dia terpijak tahi anjing tanpa sedar kerana kelemahannya sehingga busuk satu sekolah.

But then an accident occur at old chemistry lab and magically it helps him with his smelling sense due to huge and deep sneeze. Tapi yang ajaibnya, hidung dia boleh hidu sejauh 2km. Disebabkan keistimewaan dia tu, ramai yang beratur nak tengok sejauh mana kehebatan hidung Sunny. Nak pulak bila nenek dia bangga dengan keistimewaan Sunny sampai ramai jiran-jiran yang gunakan khidmat Sunny untuk masalah kehidupan diorang. At the same time, kawasan perumahan Sunny ada kes kecurian kereta berlaku so Sunny gunakan hidung dia untuk tangkap pencuri misteri tersebut dengan bantuan dari rakan-rakan licik dia since they declared themselves as detectives. 

Related image

Since movie ni movie kanak-kanak so story dia simple je, you guys can either watch it for fun or spending time watch Sniff with family. Yang bestnya movie ni cinematography dia cantik sangat, it’s like an eye-treat for audience. Cuma yang tak bestnya second half plot movie ni dah mula longgar and turns out to be hambar. Mungkin I expect something greater kot tapi Amol stick to his simple plot till the end plus some illogical scenes when out of sudden Sunny think like an adult. It just too much for a kid to bear with. With average music background which nice for the flow of story but not worth for remembering or to be play over and over again in playlist just make it slightly not a great piece of Amol. Kalau orang tak tahu siapa Amol Gupte, maybe people will give it a pass but considering Taare Zameen Par and Hawa Hawaii are his work, it just tskkkk.

Lakonan memasing memang cantik tapi sayanglah bila plot hambar macamni memang tak boleh nak sembunyi sangat pun dengan line-up cast yang cantik. On average boleh pergi lah tapi banyak lagi yang kurang untuk movie Sniff nak pula bila komedi tu terletak pada perkara negative. For a children movie like Sniff, it can turns out wrong kan?

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 7.3/10

Movie Review : Mom And Dad

Image result for mom and dad movie 2018

Director : Brian Taylor
Cast : Nicolas Cage, Selma Blair, Anne Winters, Zackary Arthur, Olivia Crocicchia, Brionne Davis, Samantha Lemole, Lance Henriksen


Genre : Thriller/Horror 
Running Time : 83 minutes
Trailer :


Dah lama tak tengok dark comedy and Mom And Dad ni not bad lah. Sambil iron baju bolehlah nak layan. MAD mengisahkan tentang pasangan Kendall (Selma Blair) & Brent (Nicolas Cage) yang fedup dengan kehidupan sebagai ibu bapa kepada dua orang anak mereka, Carly (Anne Winters) & Josh ( Zackary Arthur). While Brent already giving up with his life, Kendall still hoping things turn out to be different but Carly & Josh keeps making it hard. So one day, dalam kelas Carly ada dua orang classmate kena panggil ke bilik pengetua tanpa sebab. Tak lama lepastu kereta polis datang thus ramai yang curious apa jadi dekat sekolah sampai polis datang. Nobody knows the reasons why. Tiba-tiba semua kena suruh keluar berkumpul di dataran sekolah tapi tak dibenarkan keluar dari pagar sekolah.

Di luar pagar sekolah ramai parents berkumpul dengan muka ganas dan dikawal ketat oleh polis. Parents di luar pagar akan panggil nama anak diorang tapi polis sedaya-upaya halang. Memang confuse sangat scene ni. Bila ada student beria nak pergi dekat parents dia walaupun polis larang, dia dibunuh oleh parents dia depan semua orang. Memang menggelupur lah semua orang bila tengok and parents pulak makin mengganas bila tengok anak-anak diorang lari. Maka bermula lah episode pertarungan antara anak dan parents. Tak kisahlah anak baik ke patuh solehah dengar cakap ke semua kena bunuh dengan parents sendiri. Tapi parents ni akan bunuh anak sendiri je, tak kacau anak orang lain. Ha’ah guys takde episode makcik bawang dekat sini.

Image result for mom and dad movie 2018

Carly dengan bff dia, Riley lari balik rumah Riley sebab rumah Riley kosong so selamat lah nak berlindung tapi silap tekaan diorang bila mak Riley ada dalam rumah dan bunuh Riley. Berlari Carly balik rumah nak selamatkan adik dia, Josh. Dengan bantuan pakwe dia, Carly berjaya selamatkan Josh tapi tak lama bila parents diorang balik rumah untuk bunuh diorang. Second half memang penuh dengan strategi peratrungan between Kendall, Brent, Carly & Josh & some flashback. Tambah teruk bila grandparents diorang datang untuk bunuh parents diorang tapi dalam masa yang sama lindungi diorang berdua. Chaos much? I know.

Since movie ni dark comedy, scene pembunuhan tu tragis betul la. Ada yang belasah anak dengan kayu besbol sampai mati. Ada yang cekik sampai mati, ada yang tikam dengan pisau. Merata-rata bersepah dengan darah. Muka memasing pun takde perasaan. Tak tahu siapa yang mulakan revolusi ni Cuma diorang kaitkan virus ni dengan perangai babi bilamana babi akan membunuh anak-anak dia bila anak-anak dia ni menyusahkan dia.

Movie ni kreatif la jalan cerita dia tapi jadi horrible bila tertanya-tanya apa punca, siapa yang mulakan revolusi ni, apa penawar dia sebab tak adil lah semua anak-anak kena bunuh sedangkan yang buat perangai tu bukannya semua lagipun parents yang beria bunuh anak-anak tu pun, dulu sama jugak pernah buat silap dengan parents sendiri. Lagi sakit hati bila baby pun kena bunuh jugak. 

Geram jugak dengan Brent beria nak mengamuk geram dengan kehidupan sebagai bapa bila stamina tak bagus macam dulu, fizikal pun tak semenggah & penat dengan perangai anak-anak dia sedangkan dia masa muda pun sama teruk jugak. Kenapa perlu salahkan anak-anak dia bila fizikal dia berubah padahal kalau dia amalkan gaya hidup sihat, perut takkan buncit pun. Lagipun apa yang dia expect? Kulit dia akan sentiasa tegang sampai mati ke? Revolution ni somehow empty-minded and emotional due to mid-life crisis. Diorang punya marah tu as if anak-anak diorang memang teruk sangat sampai tak pernah bagi kebahagiaan langsung dalam hidup diorang padahal diorang yang decide nak settle down and have kids. Doltish American parents.

But its great to watch Nicholas Cage in a different avatar. Selalunya dia berlakon watak ayah penyayang, suami penyayang, manusia suci murni je tapi dalam movie ni memang ngeri betul tengok kegigihan dia membunuh tu. Sama jugak dengan Selma Blair bila dia mampu berubah karakter dari ibu penyayang kepada ganas dan saiko. Its fun to watch but it turns out to be annoying with pointless story.

Image result for Mom And Dad

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 0.3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 6.4/10

Movie Review : Along with The Gods : The Two Worlds

Monday 19 February 2018

Image result for along with the gods

Director: Yong-hwa Kim
Cast : Ha Jung-woo, Cha Tae-hyun, Ju Ji-hoon, Kim Hyang-gi, Kim Dong-wook, Do Kyung-soo
Genre : Fantasy/Drama
Running Time : 139 minutes
Trailer :


Lately banyak sangat tweet pasal movie AWTG ni sebab ramai yang kata best. Tengok dekat Pencurimovie pun dah keluar HD so try lah tengok. Tak sangka betul movie ni bagus. Rasa insaf betul walaupun garapan ikut kitab agama lain tentang Hari Neraka dan cara diorang hisab amalan si mati. Tapi gambaran diorang ni tak seteruk gambaran kitab kita lah but still insaf hoi. Tapi kejap je lah. Manusia kan. Hihu

AWTG mengisahkan tentang roh mulia, Kim Ja-hong (Cha Tae-hyun) yang meninggal selepas selamatkan seorang budak perempuan dari bangunan yang terbakar. Diiring oleh 3 penjaga, Gang-rim (Ha Jung-woo) sebagai ketua penjaga, Haewonmek (Ju Ji-hoon) penjaga keselamatan dan Lee Deok-choon (Kim Hyang-gi) dengan keupayaan untuk melihat semua amalan si mati menemani di setiap perbicaraan iaitu di Neraka Pembunuhan, Neraka Kemalasan, Neraka Penipuan, Neraka Pengkhianatan, Neraka Ketidakadilan, Neraka Keganasan dan Neraka Keluarga.

Dalam setiap perbicaraan akan ada 2 orang pendakwa yang akan menilai setiap tindakan si mati semasa hidup di dunia dan sehabis boleh akan membuatkan si mati jatuh ke dalam neraka sekiranya dewa/dewi membuktikan dia bersalah. Tapi disebabkan Kim Ja-hong ni roh mulia so ada beberapa neraka yang dia boleh skip dan perbicaraan dia pun tak lama sebab orang baik. Ada sebab kenapa dia diiring oleh 3 penjaga sebab penjaga-penjaga ni pun ada dosa diorang tersendiri pada masa lampau yang perlu ditebus. 

Image result for along with the gods

For first half memang menarik tengok konsep Hari Akhirat dan perbicaraan diorang tapi masuk second half ada masalah yang berkait dengan Kim Ja-hong. Ada dosa dia yang buatkan dia tak boleh dapat kelahiran semula dan impian dia untuk berjumpa ibu dia dalam mimpi akan ditarik balik. Sebelum Kim Ja-hong meninggal dia tak sempat nak berjumpa dengan ahli keluarga so harapan nak berjumpa dengan ibu dia untuk minta maaf memang tinggi sangat sampai dia sanggup buat apa saja supaya dia dapat jumpa ibu dia kali terakhir. Tapi satu demi satu dosa besar dia tersingkap melalui Cermin Karma. Mampu atau tak Kim Ja-hong berjumpa dengan ibu dia dan minta maaf? Betul atau tidak dakwaan dia roh mulia? Tu semua kena tengok sendiri lagipun tak rugi you guys tengok sebab dekat Korea sekarang movie ni adalah movie kedua yang tertinggi jumlah kutipan di box office dalam sejarah perfileman Korea. 

Image result for along with the gods

Ditambah pulak dengan visual yang cantik memang power part Gang-rim kejar roh jahat yang berdendam dengan Kim Ja-hong, scene ribut pasir sebab roh berdendam & ada banyak lagi scene yang lain memang wow sangat onscreen. Ini semua hasil kerja tenaga 300 pereka seni grafik dan technician yang dilantik untuk menghasilkan visual sinematografi cantik dibawah kelolaan salah sebuah VFX studio yang terbesar di Asia, Dexter Studios. Even the background music buat tambah feels tu. Intense betei part Neraka Penipuan tu. 

Disebabkan kisah Kim Ja-hong ni berkisar tentang kehidupan dia bersama ibu dia yang bisu dan seorang lagi adik lelaki yang dibesarkan dalam kehidupan yang serba daif so its filled with emotion. Nak pulak bila masuk part terlerai misteri kenapa Kim Ja-hong ni roh mulia walaupun banyak dosa besar yang dia buat. Menangis berjejer air mata tak boleh nak tahan sebab tengok dengan family malu lah kalau nangis tapi tetap nangis jugak sebab sedih wei part hujung tu masa dekat Neraka Keluarga. Yang lain pun sedih jugak tapi boleh cover macho lagi tapi dekat Neraka Keluarga tu padu betul director buat kerja. Kalau korang hati tisu, jangan tengok ramai-ramai. Tengok sorang-sorang tapi kalau korang homesick, better jangan tengok sebab rasa nak mintak maaf dengan family, dengan Tuhan, dengan pets ah semua lah kalau boleh sebab perangai tak semenggah. 

Related image

Disebabkan movie ni power, tak sabar nak tengok sequel, Along With Two Gods : The Last 49 Days sebab sequel actually diorang dah siap dah, diorang berlakon serentak dengan yang first chapter ni. Kalau ikut schedule dalam pertengahan tahun keluar lah sequel. I recommend you guys tengok movie AWTG ni. Tak rugi & rasa insaf tu memang menusuk teruk. Lepas tengok movie ni solat taubat terus baq hangggg.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Lirik Lagu Sampai Ke Hari Tua - Aizat Amdan

Sunday 18 February 2018

Aizat amdan is back with his lovely single, Sampai Ke Hari Tua & this song actually dedicated to #Fattzura. Awww sweet! Nampak Aizat perform lagu ni dekat insta. First time dengar terus jatuh hati. Nak pulak dekat lirik 'Jika aku air wudhumu, menjadi serimu dalam lima waktu' memang kreatif & berbunga sangat. It makes me goes awwww throughout the whole song. 



Lagu : Sampai Ke Hari Tua
Penyanyi : Aizat Amdan
Komposer : Aizat Amdan

Jika ku radio dan engkau lagunya
Dan aku putarkan hingga semua terleka
begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Jika ku air wudhuk mu
menjadi seri mu
dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya
akulah jodoh mu
jaga mu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
mencintaimu

Kaulah watak utama dalam setiap drama
yang sering dimainkan menjadi kegilaan
begitulah kita ditakdirkan untuk bersama
Jika ku air wudhuk mu
menjadi seri mu
dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya
akulah jodoh mu
jaga mu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
mencintaimu

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
Hingga ke akhirnya
Engkaulah cinta terindah
Engkaulah satunya
sampai ke hari tua
menjadi milikku
Hingga ke hujung nyawa
Huuuuu
mencintaimu
mencintaimu

Movie Review : Haseena Parkar

Image result for haseena parkar

Director : Apoorva Lakhia
Writer : Suresh Nair
Cast : Shraddha Kapoor, Siddhanth Kapoor, Ankur Bhatia, Samar Jai Singh, Daya Shankar Pandey 
Genre : Biopic/Crime
Production company : Swiss Entertainment
Distributor : AA Films
Release date : 22 September 2017
Running Time : 124 minutes
Trailer :


Dawood Ibrahim merupakan seorang mafia paling berbahaya di India dari tahun 90-an sehingga lah sekarang, sama juga dengan adik perempuan kesayangannya, Haseena Parkar yang lebih dikenali sebagai Aapa (Godmother) di Bombay, India. Diadaptasikan dari kisah dan kejadian sebenar di hari perbicaraan Haseena untuk kes mengambil alih perniagaan haram abangnya, movie Haseena Parkar diarahkan oleh Apoorva Lakhia menceritakan tentang hubungan Dawood dan Haseena. 

Image result for haseena parkar

Walaupun beberapa karakter utama mengikut karakter sebenar tapi ada beberapa fakta yang telah diubah oleh team HP macam bilangan beradik Haseena pada hakikatnya mempunyai 10 orang beradik meanwhile in reel life, 12 orang. Tapi susah untuk nampak kesemua beradik kecuali part makan nasi beriani itupun sekali imbas je sebab dalam movie ni diorang fokus Haseena & Dawood. 

And because of that Apoorva come up with the idea to cast real siblings, Shraddha & abang kandung dia, Siddhanth Kapoor untuk dapat chemistry tu onscreen tapi sayangnya both of them memang takde talent dalam berlakon and that's what make this movie flop really bad and hurt Shraddha's career.

Image result for haseena parkar

Cuma ada certain part je Shraddha mampu carry watak Haseena tanpa dipaksa & nampak natural. Terutamanya scene dia bergaduh masa ambil air dengan part suami dia, Ibrahim Parkar mati. Menangis jugak lah part dia peluk anak sulung dia, Danish sebab nampak dia betul-betul takut sebab lepas kehilangan abang sulung dia, Dawood lepastu suami dia, Haseena memang kena kena hidup sendiri since parents dia kena jaga anak-anak yang lain. Lepas kahwin memang boleh kata jarang dia jumpa parents except abang-abang dia yang ambil berat.

Image result for haseena parkar

Tak lama kemudian pada tahun 1993 ada 10 letupan di Bombay and police have concluded dalang di sebalik letupan tu Dawood. Seminggu Haseena pergi balai polis untuk bantu siasatan sampai terabai anak-anak dia sampai satu tahap dia dah menyampah dengan caci maki perli polis dan orang sekeliling so dia guna nama abang dia untuk jadi Godmother supaya orang lain hormat dia dan anak-anak.

Tapi start dari sini fizikal Haseena berubah. Dari kulit gelap kurus kering jadi cerah dan berisi dengan makeup yang dark and heavy. Mulut Shraddha macam kena sumbat bola pingpong and it looks bad. Even cara jalan pun dia tak mampu nak buat nampak real and of course lakonan dia nampak terpaksa sangat since dia tak dapat rujukan macam mana Haseena in real life.

Image result for haseena parkar

Either dia tak cukup masa untuk prep role, tak cukup bahan rujukan ataupun dia yang malas. Considering her negative attitude on set, I take pemalas for her failure in depicting Haseena Parkar sebab watak ni agak famous di India. 

Image result for haseena parkar

Scene dalam court pun huru-hara juga bila Mr. Keshwani dengan Mrs Satham kendalikan kes Haseena Parkar. Dialogue pun antara kelemahan movie Haseena Parkar ni. Tak pasti lah kalau kata-kata lawyer dan hakim diambil dari suasana sebenar but if its not then its a foolish attempt to create this movie at the first place. Movie ni boleh kata asal siap je.

But I really impressed with the visuals. Nak pulak masa letupan di Bombay tu memang cantik sangat. Perfect! Great job by Fasahat Khan and his team. Tapi part Dawood dekat Dubai tu nampak macam tak ada hala tuju. Like I said earlier, cincai. 

Tak faham actually apa motif movie biopic Haseena Parkar ni, whether nak tunjukkan kehidupan Haseena dan kenapa dia boleh naik jadi Godmother di India & naikkan dia sebagai hero ataupun semata nak tunjuk hari perbicaraan Haseena but whatever the reason is, this team fail big time.

Related image

With slow pace, bad casting, bad direction and editing, worst dialogue, average music score, definitely not a great choice movie to watch. Haseena Parkar buktikan yang Shraddha tak mampu berlakon pun instead jadi watak pasu bunga. I wish Bhumi Pednekar yang berlakon because she fits the character well. 
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.9/10