Dah Berusia Tapi Tak Beradab

Tuesday 13 February 2018

Last week entah apa nasib jumpa dua manusia yang dah berusia tapi biadap. Area rumah memang parkir terhad, satu buah rumah cuma satu je parkir pihak pengurusan bagi. Kalau ada kereta banyak kena letak luar lah tapi tak jauh sangat pun kalau nak berjalan. Sebelum ni dah jadi dah kes pelawat masuk tumpang parkir. Bukan tak bagi masuk tapi kalau sekejap takpe lah, ni sampai berkerak lama dalam tu siap ambil tempat parkir orang lain. Habistu tuan rumah nak letak kereta dekat mana? Bila hon tak turun. No telefon pun tak letak. Pergi rumah no berapa pun tak bagitahu. Sudahnya bagitau pak guard suruh clamp je. Disebabkan dia, guard dah rajin tanya nak pelawat yang datang nak pergi mana, atas tujuan apa & letak notis pelawat tak dibenarkan masuk. Tapi masalahnya pelawat tetap masuk sebab guard pun bukan setiap masa ada. Ada timing takde yang jaga sebab pergi makan ataupun ke surau. So dibiarkan terbuka je.

Kes yang sama jugak Sabtu lepas tapi kali ni dia letak no telefon but only to find out the number is not available. Rasa nak marah tau sebab kena macamtu. Dah hon pun tak datang jugak. Malas nak hon sebenarnya sebab kawasan rumah ramai yang ada baby. Dekat rumah depan parkir pun ada baby jugak. Kesian lah kalau tengah tidur terganggu dengan hon. Tapi apa lagi option yang ada? Sudahnya panggil guard datang clamp. 

Tapi dia bernasib baik lah sebab masa guard sampai dia dah keluar pergi dekat kereta. Tapi dia datang je bebel dekat guard lepastu dia pergi sambung bergosip dengan tuan rumah. Eh kita pulak kena tunggu dia habis gossip. Nak je keluar sound masa tu tapi guard dah tahan suruh sabar. Okay I sabar but I have to waited sampai dia habis gosip! Jalan dah la melenggang. Tak datang minta maaf pulak tu. Kalau dia minta maaf, lega sikit rasa panas hati tapi dia blah je. Lepasni kalau dia datang lagi, I suruh tuan rumah yang dia kunjung tu bayar denda. Melampau sangat perangai. 

Tu cerita hari Sabtu, hari Ahad masa meniaga lain pulak cerita tapi karakter yang sama, manusia berusia. Dekat tempat meniaga ni memang ramai orang, memang tak menang tangan nak pulak kitorang ni cuma 4 orang je jaga. Nak makan pun tak sempat. Dari sebelum subuh dah buat kerja sampai tengahari. Memang tak berhenti. Customer memang banyak ragam tapi yang makcik ni je rasa terkilan sangat sebabnya tengah kitorang busy siapkan order tu, dia menjerit 'WOI!' sebab takde yang datang ambil order dia. Sistem kitorang layan diri. Kitorang letak tempat duduk untuk pelanggan rasa selesa sebab tak banyak pun tempat yang ada meja makan tapi pelanggan ni biadap. Dia ingat dia makan dekat restoran. 

Dia jerit tu kuat jugak lah tapi nasib tak ramai orang dekat kawasan tu tapi tetap jatuh muka sebab kena tempik macam tu. Kalau kita buat salah boleh terima tapi haihhh. Penampilan memang elok tapi tu lah biadap. Kalau yang muda biadap boleh terima lagi sebab darah panas, tak matang, manja belum kenal dunia lagi tapi yang dah berusia buat perangai macamni memang sedih tengok sebab generasi bawah tengok yang atas. Kalau buruk yang atas, buruk lah yang bawah. 

Korang pernah kena macamni? Apa yang korang buat kalau terkena macamni? Sebab perangai orang berusia ni bila ditegur makin gigih melentingnya. T.T

Movie Review : Dukun

Image result for dukun 2007

Pengarah : Dain Said
Pelakon : Umie Aida, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, dan Adlin Aman Ramli
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 1 jam 38 minit
Trailer :

Tahun 2007 sepatutnya movie ni ditayangkan tapi keluarga Dato' Mazlan melarang tayangan movie Dukun sebab menyinggung perasaan ahli keluarga and keluarga mangsa beli filem ni so I guess semua yang terlibat dapat balik modal. But turns out pengarah Dain Said kata movie ni tak berkisar hal Mona Fendi dan Dato' Mazlan pun cuma ambil inspirasi dari tragedi pembunuhan je.. Yang jadi kontroversinya bila pengarah ambil ayat Mona Fandey 'Aku Takkan Mati' jadi tagline movie Dukun dan dekat poster 'Based On A True Story' supposedly 'Inspired From A True Events'. Ada beza. Bila tengok movie ni pun tak berkait langsung dengan pembunuhan tu, lebih kepada ritual seorang dukun dan kes-kes lain. Sayang lah movie ni tak ditayangkan sebab jalan cerita dia best nak pulak casting semua power. 

Dukun mengisahkan tentang Diana Dahlan (Umie Aida) yang bekerja sebagai dukun yang mampu mengubat pesakit bilamana doktor tak mampu. Dengan kuasa dukun-dukun wanita yang mati dibunuh di Indonesia dan tongkat sakti tinggalan kaum Batak, dukun Diana mampu merawat semua pesakitnya. Ada juga yang datang untuk masalah lain seperti dapatkan tanah projek macam Dato' Jefri (Adlin Aman Ramli). Lepas berjaya dapatkan projek dengan bantuan dukun Diana, Dato' jadi tamak dan ingin memiliki tongkat sakti kaum Batak dengan harga RM2.5 juta beserta pantang larang iaitu pakai pakaian putih, minum hanya air mineral dan tidak melakukan seks. Semasa upacara dijalankan Dato' Jefri mati mungkin sebab langgar pantang.  

Image result for dukun 2007

 Mayat Dato' Jefri dikerat 18 dan disimpan di dalam bilik air rumah Diana Dahlan oleh pembantunya (Sofi Jikan). Disebabkan kes Diana Dahlan ni hukuman gantuang sampai mati, Diana wajib ada peguam bela tetapi 23 peguam yang datang semua Diana reject sampai lah Karim (Faizal Hussein) yang terpaksa ambil kes Diana sebagai pertukaran minta bantuan cari anaknya yang hilang, Nadia (Elyana). Kenapa Diana pilih Karim? Kenapa Nadia hilang? Tu kena tengok sendiri sebab Diana memang dah lama tunggu Karim dan dia sendiri tahu di mana Nadia. 

I must say jalan cerita movie ni memang best sebab bukan berkisar Dato' Jefri semata tapi ada banyak lagi kes lain yang Detektif siasat. Ada 4 kes dan semua kes ni berkait dengan Karim dan Nadia. Isteri Karim pun hilang 7 tahun lepas. Entah hidup entah mati, Karim tak tahu. Dah macam-macam usaha dia guna untuk cari isteri dia. Dalam movie ni watak paling kesian haruslah Karim. Dilakonkan oleh Faizal Hussein pulak, memang sendu rasa. 

Kalau siapa yang jenis mudah geli, disarankan jangan tengok movie Dukun ni sebab ada scene yang extreme or maybe jangan tengok masa makan hihu. Yang tertanya-tanya ada scene hantu ke tak, jawapannya tak. Tak nampak hantu langsung dan tak seram. Umie Aida jadi dukun pun cantik iolls bangun tidur pun muka dah macam mak lampir. 


Walaupun jalan cerita movie ni macam tak teratur kejap flashback sana, kejap masuk karakter ni tapi at the end of the movie all you can say oh patutlah macam tu, oh dia ni, oh and bla bla bla cuma nak diingatkan movie ni takde ending scene & credit scene. Dia tunjuk jawapan je lepastu pandai korang lah nak fikir apa jadi. Tapi rasanya boleh je fikir sendiri sebab misteri dah terungkai dah. Mana tahu ada yang nak buat sequel lepasni. Because this movie memang worth to watch! Lepas Susuk, Dukun is my fav Malay horror movie. 

Siapa yang belum tengok tu boleh lah menyinggah ke Ganool kalau tempat lain semua dah dibuang. I've said earlier movie Dukun ni tak sama dengan kes Mona Fandey sebab karakter Mona yang digambarkan oleh warden tak sama langsung dengan karakter Diana Dahlan. Plus I sokong ayat Kamil masa perbicaraan tu, 'Kes ni bukan kes bunuh sebab tertuduh tidak merancang pembunuhan Dato' Jefri malah mangsa sendiri yang setuju dengan ritual tersebut'. Penulis skrip movie ni seorang peguam tau uolls, so sesi perbicaraan memang best nak tengok. Cuma menyampah sikit je part komedi. Banyak yang hambar nak pulak si Shah tu. Tapi okay je sebab Bront Palarae kan bae ❤🌸 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review : Wonder

Related image

Director : Stephen Chbosky
Cast : Julia Roberts, Owen Wilson, Jacob Tremblay, Izabela Vidovic, Noah Jupe, Nadji Jeter, Bryce Gheisar.
Genre : Drama
Running Time : 113 minutes
Trailer :

Wonder is just a simple storyline movie that you can just chill and your tears running down through your cheek without you even notice! I really love movie with just a simple story and carry just a simple message about life for our society. Movie Wonder diadaptasikan dari sebuah novel yang bertajuk Wonder hasil karya R.J. Palacio, diterbitkan pada tahun 2012 yang mengisahkan tentang August Pullman a.k.a Auggie (Jacob Tremblay) yang dilahirkan tidak normal, 'mandibulofacial dysostosis' dan perlu melalui 27 jenis pembedahan untuk teruskan hidup. Bila menginjak ke alam persekolahan, Isabel (Julia Roberts) memaksa Auggie untuk masuk ke sekolah selepas bertahun home schooling. 

Image result for wonder review

Even satu family tahu pergi ke sekolah dan jumpa dengan orang lain akan bagi pengalaman buruk kepada Auggie tapi diorang nak Auggie berdikari & lawan rasa takut tu. But turns out school life Auggie tak teruk mana pun dengan adanya Jack Will & Summer yang berkawan dengan Auggie sebab karakter Auggie yang kelakar & pandai. Tapi movie Wonder bukan dari perspektif Auggie je tapi dari perspektif karakter lain and put it altogether and becomes so emotional yet so warm and close to our heart. What makes it more beautiful because the line-up cast is powerful and talented. 

Movie ni ketengahkan mesej #ChooseKind and watak Jack dengan Summer yang banyak main peranan untuk sampaikan mesej ni. Memang sometimes kita ada tersilap buat pilihan but still we can make amends and fix what's broken. Of course there's bully in that school thus hate Auggie's appearance so much, its cliche but its the reality we live with it since ages ago. I really love a scene where Via said, 'Auggie not everything in this world is about you'. Even you're the saddest person in the world yupp betul cakap Via, bukan semua benda dalam dunia ni pasal hang ja. And speaking of Via, not only she's beautiful but come with talent package as well. How it feels to be the least your parents cared about? Macam mana rasanya bila terpaksa mengalah setiap masa and your parents expect you to be independent. Masing-masing ada masalah masing-masing tapi macam mana cara diorang berdepan dengan masalah tu yang menjadi highlight. 

Wonder is a well-crafted, full with emotion, engaging and beautiful. Try la tengok with the whole family. Since ni movie kedua Noah Jupe I've watch, I think I'm a fan of him. Dah la comel, gelak pun comel, pandai berlakon pulak tu. Happy jugak dapat anak macam dia gittewww

Related image

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10