Movie Review : Only The Brave

Sunday 28 January 2018

Image result for Only The Brave

Director : Joseph Kosinski
Cast : Josh Brolin, Miles Teller, Jennifer Connelly, Jeff Bridges, James Badge Dale, Taylor Kitsch, Alex Russell, Jake Picking 
Genre : Biography/Drama/Action
Running Time : 134 minutes
Trailer : 


Kalau tahun 2015 ada Everest, 2016 dengan Deepwater Horizon, tahun 2017 ada Only The Brave. These 3 movies have a beautiful story to tell and it meant to be a tribute. A beautiful tribute. Only The Brave mengisahkan tentang 20 orang ahli Granite Mountain Hotshot yang terlibat dalam misi memadamkan api di hutan Yarnell di bandar Arizona pada tahun 2013. Movie OTB diceritakan oleh isteri kepada Superintendent Eric Marsh, Amanda Marsh & Brendan McDonough. 

Sebelum tengok movie ni memang tak pernah tahu pun pasal perbezaan hotshot dengan bomba.  I don't even know they're exist pun. Yang tahu, bila hutan terbakar wildlife forest yang akan bertindak or bomba tembak air dari helikopter. The difference between these two,  bomba padamkan api dengan air tapi hotshot padamkan api guna api jugak. Diorang akan gali lubang garisan untuk bertindak sebagai penghalang kepada api yang marak. 

Tragedi Yarnell Hill Fire antara tragedi paling menyayat hati sebab 19 orang hotshot mati terbakar semasa bertugas disebabkan angin yang bertukar arah dan tiada jalan keluar masa tu kecuali berlindung di sebalik fire shelters. Tapi kalau ikutkan fire shelters tu bukan guna untuk berlindung dari api yang marak tapi untuk api kecil je. I'm glad director decided to put the shot of a burned bear running across the forest instead of those hotshots. You know what happened and it just too heart-wrenching to watch them burned alive.

Image result for only the brave review

Walaupun based on a true story yang diceritakan sendiri oleh hotshot yang terselamat & Amanda Marsh tapi ada banyak juga scene yang diubah macam scene pasangan Marsh bergaduh sebab anak walhal pasangan Marsh okay je malam sebelum Eric pergi bertugas. Everything was fine and if director stick to the story maybe emotion tu lagi sampai sebab there's not even a single goodbye. It just happened. 

Antara scene lain bila Donut kena jadi lookout sebab kaki dia dipatuk ular & terlantar di hospital pun sebenarnya a made-up story je dari director walhal masa tu Donut jadi weather lookout sebab dia demam selsema. Sama juga dengan scene Donut bergaduh dengan Eric Marsh bila Donut cakap nak berhenti dari hotshot sebab nak luangkan lebih masa dengan anak perempuan dia yang baru lahir masa tu. Kalau based on the movie, Eric marah bila Donut cakap nak berhenti sedangkan in real life and by logic supposedly dia kena terima alasan tu since kerja tu memang lama berpisah dengan keluarga tambah pulak bahaya kena hadap api marak. Team Granite Mountain Hotshot pun dah ada ahli yang bersara sebab nak bersama dengan keluarga. 

I must say dalam entri ni memang banyak spoiler tapi it best kalau you guys tengok sendiri macam mana hotshots ni bekerja untuk selamatkan orang awam, harta & alam daripada musnah. Macam mana dedikasinya semua ahli untuk beri yang terbaik sebab kesilapan yang sedikit dari diorang boleh dedahkan keluarga masing-masing dalam bahaya. Walaupun ada training, fizikal kuat, ada pengalaman yang banyak but still terdedah dengan bahaya. Anytime boleh mati.

Image result for only the brave review

Don't worry about cinematography since director yang sama dari movie Tron : The Legacy & bergabung dengan team cinematoghraphy movie Life of Pi. They did great work portraying the beauty in this movie. 

Even if director ada olah jalan cerita tak sama seperti yang berlaku sebelum kejadian Yarnell Fire Hill tapi director still kekalkan misteri kenapa 19 orang hotshots bertindak untuk tukar tempat berlindung. Nobody knows that up until now and families decided to sue Arizona Forestry Management sebab gagal dalam misi tu sampai 19 orang meninggal dunia. 

Even storyline sebelum klimaks tu tak berapa cantik tapi terlindung dengan lakonan bagus dari semua pelakon even just supporting cast. Bila tengok dari awal sampai part klimaks tu memang emosi sangat. And I must say the team did a very great job sebab keluarga mangsa pun minta untuk portray their characters as noble as they could. Movie ni pun bukan untuk tunjuk siapa hero bila dalam situasi sukar macamni tapi lebih kepada untuk bagi pendedahan tentang pekerjaan sebagai hotshot supaya ada pihak yang dapat bantu buatkan pekerjaan ni jadi lebih mudah & kurang berbahaya dengan teknologi sekarang.

Related image
The reel hotshots & real Granite Mountain Hotshots
As for me I really love this movie & tak berhenti menangis tengok sebab based on a true events. Kalau tengok dekat cinema rasanya movie dah habis pun still lagi dekat seat tak nak bangun macam masa tengok Everest dulu. I'm weak kalau true events ni nak pulak bila melibatkan jasa & pengorbanan orang. Regardless every questions arise from this tragedy and this movie I still value every hardwork and efforts this team have made to rescue the community. Tak kisah lah siapa punya keputusan pun untuk berlindung di kawasan tu pada hari kejadian, one should not forget their sacrifice to be apart from family, to be in this kind of job to protect every people in the city. They are the unsung heroes. Thank you :')

Movie Review : Jibam

Saturday 27 January 2018

Related image

Pengarah : Che Mie
Pelakon : Mohd. Ariff Abdullah, Bohari Ibrahim, Syafie Naswip, Farah Ahmad, Kazar Saisi, Kamarool Haji Yusof, Esma Daniel dan Mia Ahmad.
Genre : Drama/Comedy
Durasi tayangan : 99 minit
Trailer : 


Diadaptasikan dari novel karya Ujang yang menggunakan judul sama, Jibam mengisahkan tentang Jibam atau Asyraf yang dilahirkan terencat akal di Kampung Belulang. Ayahnya Suman meninggal dunia ketika mencari rotan di hutan dan Jibam tinggal bersama ibunya, Piah (Farah Ahmad) dan dua orang abangnya Kadir (Syafie Naswip) & Fakir. Jibam sering diejek dan dianggap gila oleh orang kampung kerana perangainya yang nakal.


Jibam sentiasa bermain di kawasan rumah Tok Ngah Sudin sehingga merosakkan harta benda dan haiwan ternakan Tok Ngah Sudin. Disebabkan sakit hati dengan kelakuan Jibam, Tok Ngah Sudin memukul Jibam sehinggakan satu hari Tok Ngah Sudin memukul Jibam sehingga terjatuh dari bukit rumahnya. Kaget dengan keadaan Jibam, Tok Ngah Sudin menyembunyikan Jibam di balik belukar. Keesokan harinya terkejut dengan kehadiran Jibam membuatkan Tok Ngah Sudin mula tidak siuman. 



Kalau pada zaman novel Jibam diterbitkan, 100,00 unit cetakan telah terjual tapi lain cerita yang terjadi kepada filem Jibam. Tapi sebelum tu, I've never read novel Jibam so nak buat comparison between these two memang tak dapat so this is my review based on what I've watch only.


I guess ni movie pertama Buntat selepas kemunculan dia dalam drama 7 Hari Mencintaiku. Kalau fans Buntat, you guys must watch this movie sebab lakonan dia memang bagus sebagai kanak-kanak terencat akal. Not sure berapa sebenarnya umur Jibam sebab dia boleh fit in dengan kanak-kanak lain yang normal tapi based on apa yang ibu dia cakap dia dah besar mungkin di fasa remaja sebab masa dia lahir pun ayah dia tak lah tua sangat. 

Excrescent of Jibam is the cast line-up. Farah Ahmad, Buntat, Syafie Naswip and others memang terkenal dengan bakat lakonan so bila plot Jibam ni tak cantik pun tak berapa sakit hati sangat bila tengok but still I have issue with the plot. Bukan dengan plot je tapi dengan karakter Tok Ngah Sudin sekali. Dia punya menyampah dengan Jibam tu nampak sakit sangat. Lagi menyampah bila terlalu lama fokus dengan screentime Tok Ngah Sudin.


Another thing, kalau rahsia Tok Ngah Sudin ni tak didedahkan awal, mungkin cerita ni nampak lagi cantik. Lepas rahsia ni keluar movie Jibam dah mula hilang fokus dah. Its like ni dah tak jadi cerita Jibam tapi dah jadi cerita Tok Ngah Sudin. I'm disappointed. Tapi tak lah kecewa sangat sebab selalunya kalau adaptasi novel ni memang takkan mampu digarap cantik pun. Even drama pun fail inikan pula movie.


Tak pasti plot masa filem Jibam ni, mungkin era 80-an sebab keadaan kampung yang tiada teknologi langsung dan sumber pencarian cuma dengan bercucuk tanam. Kenderaan pun basikal je. Tapi kawasan Kampung Belulang ni memang cantik nak pulak kawasan rumah Jibam siap ada kincir air!


Actually tak tahu lah apa sebenarnya mesej nak disampaikan melalui filem Jibam ni sebab banyak sangat benda dia compresskan dalam satu movie. Sudahnya apa pun tarak. Kalau ikutkan tagline dia 'Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti' tapi scene Jibam kena ejek dengan budak kampung dan pukul oleh Tok Ngah Sudin je lah yang buat emosi pun. Tapi tak jauh mana pun emosi tu sebab terlindung dengan keletah Jibam yang kelakar.


Ada elemen misteri dalam filem ni tapi pengarah tak fokus pun dekat situ ataupun dia expect yang tengok movie ni semua dah baca novel Jibam ataupun dia expect ramai yang akan cari novel Jibam? Either way, it doesn't work and its disappoint me big time. Banyak sebenarnya plot dalam movie ni boleh dikembangkan tapi entah apa sebenarnya dia nak fokus. Sudahnya ending tak cantik sampai buat rasa yakin yang movie ni bukan movie Jibam tapi movie Tok Ngah Sudin. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline 0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 6.4/10

Bertungku Dengan Daun Kunyit

Tengah musim hujan sekarang memang rasa sejuk sangat. Malam je mula la menggigil. Nak tidur pun dah tak payah on kipas dah sekarang. Selalu hujan satu hal, belakang rumah ada hutan satu hal. Memang merinding habis.

Disebabkan pokok kunyit dah semak dekat dalam pasu tu sampai tak nampak rupa dah semangat pulak nak bersihkan lepastu guna daun untuk alas tungku. Bila batu sungai jumpa dengan daun kunyit, dia punya bau tu fuhhhh wanginya! Satu rumah bau wangi.


Bertungku alas daun kunyit ni boleh hilangkan angin dalam badan. Sesuai la tu sejuk-sejuk macam sekarang ni angin senang masuk dalam badan so kita keluarkan dengan cara ni. Baru merah cantik kaki bila bertungku sebab darah dah berjalan elok. Kalau tak, kaki pucat je kuku pun dah biru. Tak tahan sejuk. Kalau pergi tempat sejuk confirm demam. 

Dulu kalau bakar tungku untuk mak sebab mak pun sama tak tahan sejuk. Kalau dia demam, bakar tungku untuk dia lepastu tumpang tungku sekali. Kalau tengah datang bulan tu memang best letak dekat perut. Nak pulak kalau tengah senggugut. Lega je rasa. 

Selalunya orang bertungku guna daun kunyit, daun mengkudu, daun lengkuas ataupun daun sirih. Kalau daun lengkuas dengan daun sirih, sama lah khasiatnya boleh keluarkan angin dalam badan. Kalau daun senduduk dengan daun pandan untuk lembutkan urat. Mana urat yang selalu tegang sampai kejang boleh guna cara ni. Kalau daun serai pulak untuk kecutkan peranakan. Ni untuk yang dah bersalin lah. Kita anak dara fokus buang angin & jaga urat je. Antara khasiat lain bila bertungku balut dengan daun-daun herba ni, bau wangi yang jeluar tu akan bertindak sebagai aromaterapi. Bila guna rasa nyaman je. 


Selalunya guna batu sungai je kalau nak bertungku sebab tungku besi tu berat kemain. Kadang tak terdaya nak angkat. Panas pulak tu. Kalau batu sungai nak balut pun senang. Ada siapa yang suka bertungku jugak tak? 

#SolidarityWithKarim

Friday 26 January 2018

Trend #SolidarityWithKarim dengan gambar tutup sebelah mata dengan tapak tangan menjadi viral di social media di seluruh negara seperti Malaysia, UK, US, Pakistan, Jepun dan juga Korea sejak akhir-akhir ini.

 


Siapa Karim?

Karim Abdallah ialah bayi Syria yang berusia 2 bulan ketika pasaraya di kawasan Hammuriya dibom oleh tentera dalam satu serangan udara pada tarikh 29 Oktober 2017 menyebabkan hilangnya sebelah mata dan tengkorak kepalanya pecah. Ibu Karim meninggal dalam serangan tersebut. 

Kerosakan mata dan tengkorak kepala Karim mungkin akan memberi kesan jangka masa panjang kerana bahagian depan otak memainkan peranan untuk menyimpan memori dan kecerdikan manusia. Sebelah lagi mata Karim mungkin akan dibuang jika tidak dirawat tapi keadaan Karim hanya mampu dirawat jika mendapat rawatan dari luar kawasan Syria.  



Trend #SolidarityWithKarim

Trend ini untuk memberitahu kepada seluruh dunia tentang nasib Karim secara tak langsung nasib kanak-kanak di Syria yang ditindas tanpa sifat keperimanusiaan sejak tahun 2011 yang telah mengorbankan 340,000 orang kanak-kanak.

"The goal of the campaign is to... bring to the world the voice of this baby, who lost his eye and his mother,"- Photographer Almohibany. 

Kepada yang membaca entri ni sebarkan hashtag #SolidarityWithKarim di semua platform socmed yang ada supaya makin ramai yang tahu dan makin ramai yang bersatu menjadi mata & suara salah satu keganasan dunia.

Movie Review | Udaan (2010)

Thursday 25 January 2018


Director : Vikramaditya Motwane
Cast : Rajat Barmecha, Ronit Roy, Aayan Boradia, Ram Kapoor, Manjot Singh, Anand Tiwari, Sumant Mastkar, Raja Hudda, Varun Khettry, Akshay Sachdev
Genre : Drama
Running Time : 138 Minutes
Trailer :


Dah lama dah download movie ni tapi tak pernah tergerak hati nak tengok. Baru hari ni tengok dalam folder movie ni ada lagi. Rating IMDB movie ni tinggi jugak 8/10 tapi movie ni flop dekat box-office walaupun menang banyak award domestik dan global & movie Udaan secara rasminya terpilih di tayangan Cannes tahun 2010 untuk kategori Un Certain Regard. Fun fact, movie Udaan ni dikategorikan sebagai movie terbaik Bollywood tahun 2010.


Udaan mengisahkan tentang Rohan (Rajat Barmecha) yang dibuang dari sekolah berasrama selepas kantoi dengan warden keluar secara curi-curi bersama 3 orang rakannya yang lain untuk menonton wayang filem dewasa di pekan. Rohan pulang ke rumah dan berjumpa dengan ayahnya (Ronit Roy) selepas 8 tahun & pertama kali berjumpa dengan adik tirinya, Arjun yang berumur 6 tahun.


Disebabkan dibuang sekolah, Rohan berkerja di kilang besi ayahnya pada waktu pagi dan belajar subjek kejuruteraan di kolej sebelah petang. Waktu malam Rohan curi-curi keluar lepak dengan senior kolej. Rohan tak minat langsung dengan kejuruteraan, dia gagal dalam exam tapi belum sempat dia bagitahu ayah dia, Arjun masuk ke hospital sebab jatuh dari tangga & ayah dia pergi ke Kolkata untuk cari tender untuk kilang dia.

Masa dia jaga Arjun baru dia tahu ayah dia pukul Arjun sampai jatuh tangga since ayah dia panas baran dan kaki arak. Stress dengan kehidupan dia, Rohan berazam untuk larikan diri dari rumah. 

Related image

I'm a fan of Anurag Kashyap, since he is co-writing this movie so I know this movie is real. Different shade of life in India. Different shade of what Bollywood cinema present onscreen. So far belum ada lagi karya Anurag yang gagal, for me lah. Even Bombay Velvet is a fine art regardless the criticism he faced. Dalam movie Udaan, team ni ketengahkan tentang isu parenting.

Di India engineering memang kerjaya yang dipandang tinggi. Remember 3 Idiots? Haaa macam tu lah kebanyakan parents dekat India terutamanya middle class. Sama jugak macam ayah Rohan yang nak anak dia belajar engineering walaupun hakikatnya Rohan nak jadi penulis & he have great talent in that.


Storyline Udaan biasa je sebenarnya dengan mesej untuk kita kejar impian but the way the whole team portray this onscreen is perfect. Kalau movie biasa, kita akan dapat different perspective and we might say just follow your parents because they know best. Being writer won't secure your future but engineering will. But here comes rebel for a teen like Rohan. He know best for his life, he know his talent, he know how to mold his future regardless everything his dad had done to him and Arjun.  

Kalau dengan Anurag Kashyap ni dah kenal dah pelakon fav dia siapa sebab dia suka berlakon dengan pelakon-pelakon berbakat dan bagus bab deliver content bukan glam macam most A-list movies. So his choice untuk Ronit Roy berlakon sebagai ayah Rohan & Arjun memang tepat lah. Tegas dan panas baran. Tak tahu lah nak cakap dia ni sayang ke tak dengan anak-anak dia sebab dia memang usaha untuk bagi yang terbaik tapi in return anak-anak kena ikut cara dia & bagi yang terbaik jugak. When every parents said it is the best trade in life, children tell otherwise.

Image result for udaan movie review

Watak Ram Kapoor sebagai pakcik dan juga sebagai penyelamat kepada Rohan dalam movie Udaan also a fine part. What's great about his character in this movie is, dia tak naik sebagai hero selamatkan keadaan. He know his place. Dia cuma orang luar walaupun dia ada pertalian darah. He stick to his place. He respect his brother & dia taknak sebab dia, Rohan & Arjun jadi mangsa. 

What I love in this movie macam mana supporting cast sekeliling Rohan desak dia untuk hadap masalah dia. Macam senior college dia marah dengan Rohan, instead of being drunk and be coward, he ask Rohan to go face his father. Kalau pun Rohan pernah usaha sebelum ni, maknanya dia kena usaha lagi sebab orang lain pun ada masalah yang sama. Bukan Rohan je yang ada masalah dalam dunia ni. Another thing is the bond between Rohan and Arjun. Dalam movie ni macam mana dari a total stranger kepada kasih sayang abang kepada adik.


Soundtrack movie Udaan, adalah dari hasil karya Amit Trivedi and yes all song memang inspiring and the lyrics add up the emotion. Ditambah pulak dengan lakonan Barmecha sebagai Rohan boleh tambah emosi. Soundtrack Udaan pun banyak menang award domestic & international. 

All in all you guys can enjoy this finest art of the whole team in Udaan. It deserves the accolades and attention. Tak tahu lah kenapa flop masa tayangan tu tapi memang berbaloi untuk ditonton. I really wish Manish character have more time onscreen sebab character dia brightens up the movie. Setiap kali ada dia mesti kelakar. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10