Check Old Tweets di Search Box

Sunday 19 November 2017

Sekarang ni dekat FB dah keluar Memory so you guys boleh check status lama yang korang update dulu tapi dekat Twitter kalau buat macamtu memang boleh menangis sebab update setiap beberapa saat. SAAT tau bukan minit.

Tapi ada cara kalau you guys nak tengok tweet lama dalam tempoh masa yang you guys nak. Caranya mudah je,

1. Tekan Search Box di bahagian atas tu.

2. Kemudian taip tweethandle since (tarikh yang you guys nak) until (tarikh yang you guys nak). Contoh macam

@farhanajafri since 2012/01/01 until 2012/31/12

3. Tekan 'Search' ataupun Enter. Done!

Nanti akan keluar lah segala tweets yang you guys dah update dalam tempoh masa yang you guys minta tu.


Bila dah tengok tweets lama ni banyak terjongket kening jugak lah sebab banyak benda jadi yang dah tak ingat dah. Segala jenis meroyan, segala jenis benda happy, benda sedih, tweets pasal crush, pasal life ah semua jenis lah ada. Sekarang je dah makin kurang tweet sebab busy dengan kerja. Tapi kalau sekali dah tweet tu macam dah penuh muatan satu lori.

I hope this tutorial helps for those yang nak jalan-jalan dekat memory lane. Goodluck!

Gegar Vaganza Musim 4 : Minggu 3

Image result for gv4

Minggu ke3, 11 peserta diberikan senarai lagu yang keluar dari genre masing-masing untuk dinilai sejauh mana kemampuan vokal & mutu persembahan. I must admit, dekat pentas minggu ke3 dah boleh nampak kelemahan sesetengah peserta. 

Senarai lagu untuk Minggu Berani Ke Tidak? :

1. Liza Hanim -  Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
2. Haida - Kenangan bersamamu (Lefhanded)
3. Hazami - Joget Kenangan Manis (Allahyarham Datuk Sudirman)
4. Syura - Knock Knock (Elizabeth Tan)
5. Aishah - Terukir Di Bintang (Yuna) 
6. Tia Jimbara - Bila Resah (Anuar Zain) 
7. Lan Kristal - Sayang Sayang (Alif Aziz) 
8. Aqasha - Cinta Tak Keruan (Amigos) 
9. Firman Siagian - Zalikha (Floor 88) 
10. Elyana - Wulan Merindu (Cici Faramida)
11. Raja Azura - Perhaps Perhaps Perhaps (Pussycat Doll)

Malas nak sembang pasal performance Kak Liza Hanim sebab ya tuhannn dia punya vokal memang power, part tarik pun fuhhhh mantap! She deserves what she deserved that night. Haida pun bagus tapi tak sebagus performance mingu lepas. Hazami pun sama, dah cantik dah dia nyanyi lagu Allahyarham Sudirman tu tapi dia terlampau menari sampai nyanyian dia tak berapa nak cantik but still enjoy lah tengok performance dia. Aqasha not bad cuma garang betul muka dia atas stage, lagu dangdut patutnya fun tapi vibe tu tak berapa nak sampai. Terkejut dengan performance Tia Jinbara, tak sangka suara sebijik macam Anuar Zain. Lepas ni kalau nak vibe Anuar Zain tapi susah nak contact dia, call je Tia Jinbara :P

I must say, Lan Kristal ni boleh tahan jugak performance dia. Keluar dari genre lain pun cun je atas stage. Syura & Kak Aisyah pun sama. pun sama. Tapi Elyana dengan Firman memang hambar. Elyana tak mampu bawa lagu Wulan & Firman pun masih lagi stick dengan gaya suara dia bila nyanyi lagu Zalikha. Sebenarnya minggu lepas berharap sangat Elyana yang keluar tapi sayangnya Kak Engku yang keluar padahal performance dia jauh lagi baik dari Firman & Elyana. Walaupun Tok Ram komen kata macam nafas ikan but still enjoyable her performance tu nak compared dengan Firman & Elyana. Sedih tengok Kak Engku kena keluar sebab dia boleh pergi jauh lagi. Suara dia sedap, performance pun best tapi keputusan bukan ditangan kita kan. I love her words before leaving GV4
Seni itu agak halus. Anak seni juga agak jujur di atas pentas

Untuk performance minggu ke4 dengan tema Berdua Lebih Baik, semua peserta akan menyanyi secara duet dengan artis undangan. Here a compelete list :

Liza Hanim:
Dirgahayu - Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza
Pasangan duet - Hafiz Suip

Firman:
Biar Menjadi Kenangan - Reza & Masaki Ueda
Pasangan duet - Misha Omar

Lan Kristal:
Naluri Cinta - To'ki & Rohana Jalil
Pasangan duet - Siti Nordiana

Hazami:
Jangan Pisahkan - Deddy Dores & Mayank Sari
Pasangan duet - Azaharina

Tia Jinbara:
Arjuna Mencari Cinta - Dewa
Pasangan duet -Aweera

Aishah:
Ceritera Cinta - Jaclyn Victor & Rio Febrian
Pasangan duet - Innuendo

Syura:
Selasihku Sayang - Datuk Ahmad Jais & Datin Rafeah
Pasangan duet - Bob

Aqasha:
Cinta Ini Membunuhku - D'Masiv
Pasangan duet - Tomok

Elyana:
Aku Yang Tersakiti - Judika
Pasangan duet - Aepul Drama Band

Tak sabar nak tunggu performance 10 peserta minggu ke4 ni. Harap Hazami & Haida boleh topup balik minggu ni and naik dalam Top 3. For those yang belum tengok lagi GV4 Minggu 3, boleh tengok dekat sini :)


Throwback Thursday : Pintu

Thursday 16 November 2017

Dah lama tak update pasal kisah hidup sendiri, asyik movie review tak pun pi makan mana kan? Mesti ada yang cemuih dah hihu.

Saja ja nak sembang pasal pintu bilik sendiri. Tak tak ni bukan kisah seram malam Jumaat malam Keliwon takde. Since diri ni perempuan, merajuk tu memang makanan harian? Ke mingguan? Yang pentingnya memang akan ada drama. So kalau menyampah je dengar mak membebel mesti hempas pintu. 

Segala pintu yang ada semua dibantainya. Kira dah hempas pintu tu satu kepuasan lah. Kalau pintu tu tak terhempas kuat, sanggup acah keluar ambik barang dekat luar bilik ataupun pergi bilik air lepastu hempas lagi sekali. Tanda protes.

Duduk rumah kuarters askar ni memang semua pintu jenis tebal so kalau hempas memang dia punya berdentum zahabedah kuat. Memang syok la kalau tengah rebel ataupun merajuk. Tapi bila pindah dekat rumah kampung, pintu dia biasa je. Sebab suka sangat hempas pintu sampai tercabut pintu tu. Sudahnya ayah guna langsir je gantikan pintu. 

Bila suruh dia pasang pintu dia malas nak layan. Guna la alasan malu nak tukar baju sebab dah anak dara lah nak privacy lah tapi semua tak kena layan. Padan muka lah pintu hancur cenggitu. Nak buat drama pun dah tak mampu. 

Bila masuk asrama lagi lah tak wujud drama hempas pintu. Celah mana pun nak hempasnya kalau pintu kongsi satu bilik. Boleh hempas pintu loker je itu pun takde bunyi. Lagi syahdu bila nak tutup pintu kena kunci sekali. Sudahnya sampai sekarang dah tak pandai dah hempas pintu dah. 

Tapi sejak kerja ni, pintu kabin ni kalau hempas sedap jugak bunyi dia. Kalau ada orang yang malas nak dilayan hempas je pintu kuat-kuat. Kalau nak cover, cakap je angin :P

Ye pintu kereta memang tak berani nak hempas sebab ayah sayang kereta. Gila nak hempas kuat, tak memasal kena rotan terus sebab rosakkan kereta. Tutup kuat sikit pun dah jegil mata dah hihu. Dah ada kereta sendiri ni memang memahami sangat la perasaan tu. Kalau ada yang tutup pintu kereta kuat sikit automatik kepala toleh tengok siapa punya kerja. 

Hal kereta ni memang uiiissyyhhhh boleh kering poket kalau tak jaga betul2. Kan? Kbai.