Movie Review : Kau Yang Satu

Tuesday 19 September 2017

Semalam nampak iklan Kau Yang Satu dekat Astro so teringat tak buat lagi review movie ni padahal dah lama dah tengok.

Masa tengok trailer movie & introduction 20 minit awal dekat Astro ni tergedik-gedik jugak lah nak tengok full movie sebab casting dia power belaka. Tapi tak lah sampai tengok dekat panggung sebab wei cerita cinta je kot. Movie Melayu pulak tu.

Image result for kau yang satu

Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Winci & Amyra Rosli
Rating : 4.5/10
Trailer : 


Judging from the trailer, this movie can give audience a better experience but the reality isn't. Movie ni rasanya elok jadi telemovie je lah kot. Lagi jimat kos. Tapi movie ni boleh je nak layan secara santai sambil buat housechores bagai. 

One of my expectation from the trailer sebab based on bestseller novel back then, line-up casting pun power sebab ada Izara which is my fav actress, ada Aaron Aziz & Hisyam Hamid kalau kau bosan dengan movie pun boleh cuci mata tengok pelakon handsome hihu. Bukan Iolls je yang ada expectation cenggitu, Metro pun sembang benda sama. 


Tapi tak tahu lah dia kecewa ataupun bahagia tengok movie ni sebab dia tak ada pulak buat ulasan movie ni. Apart from top-notch acting from all cast, chemistry antara Izara dengan Aaron pun best jugak nak layan. Nak pulak bila masuk romantic scene macam scene ikat tie dengan scene shaving tu. Tapi chemistry Izara dengan Hisyam pun power jugak sampai kau rasa nak Izara lari je dekat Hisyam tak payah stay dengan Aaron sebab both of them kahwin secara paksa dalam movie ni atas kehendak keluarga. Ha'ah, storyline dia cliche. 

Image result for kau yang satu

I cannot compare lah between movie & novel which one is better because I don't have time nak baca balik novel tu tapi rasanya tak lari jauh mana pun jalan cerita dalam novel dengan movie ni. But I can assure you its a happy ending. *wink wink*

Walaupun storyline cliche, the emotion is there. Ada scene hiba tu memang menangis jugak lah. Tu lah jadinya bila casting kau bagus, dia boleh tutup kelemahan jalan cerita tu tapi tak banyak lah tapi still boleh hadam lah. But I really love Soo Winci's acting. Jarang nampak dia berlakon so bila tengok dia berlakon bagus memang wow, she's killing it. Part Amyra Rosli, errr semua orang boleh ganti tempat dia actually sebab watak dia tak penting mana pun. So kalau dia kayu pun orang tak kisah but I enjoy lah her presence. 

Fyi, semua casting ni ada kelas lakonan selama 3 minggu dengan Ellie Suriati so korang tahu lah macam mana scene sebabak boleh buat orang menangis sebak sebab Kak Ellie ratu ayaq mata kot. 

Image result for kau yang satu

I don't have any problem with cinematography & audio, semua okay je. Tak lah teruk mana tak lah best mana. Just nice sesuai dengan movie. Tak sure diorang shooting dekat mana sebab scene laut cantik kemain & of course scene dekat New Zealand. Tapi rasanya tak perlu pun bazir duit pergi abroad untuk shoot tempat cantik sebab kalau trick penonton guna view yang lebih kurang sama pun dah boleh sebab bukannya director tunjuk pun memorable places. Ada la seketul dua local NZ. Itu pun kalau Mat Dan yang masuk berlakon, orang tak perasan pun. 

Image result for kau yang satu

Costume and set design pun tak lah jerih mana sebab the time plot is 2017 so tak banyak pun nak kena prepare. Since movie ni movie cinta, so dia punya storyline pun kena dengan mood jiwang tu cuma konflik dia tak lah heavy sangat. Kalau nak compare movie Kau Yang Satu dengan Ombak Rindu, movie Ombak Rindu cun lagi. Tapi bab entertainment, I choose Kau Yang Satu sebab Ombak Rindu sangat slow sampai rasa nak terajang skrin. 

I really hope Osman Ali can do better than this but since dia sendiri cakap nak maintain produce movie yang klise macam ni sebab nak orang kenal diri dia, so I cannot say more lah. Good luck?

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline 0, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes 0, 8. Editing 0, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 4.5/10

Rakyat Malaysia Pengguna Whatsapp Terbanyak Di Dunia

Wednesday 13 September 2017

2 hari lepas, research dari Universiti Oxford dengan kerjasama Institute Reuters keluarkan hasil kaji selidik yang melibatkan dunia digital untuk tahun 2017. & suprisingly, Malaysia pengguna Whatsap yang tertinggi sebanyak 51%, negara Brazil sebanyak 46% & Sepanyol 32%. Kaji selidik ni melibatkan 36 buah negara di dunia. 

Mengikut kajian ni, rakyat Malaysia gunakan khidmat Whatsapp untuk bisnes, pengajian dan bertukar maklumat selain daripada berkomunikasi, berbeza dengan negara Amerika Syarikat hanya 3% sahaja yang gunakan Whatsapp, selebihnya bergantung kepada media. 

Lepas baca report ni, agak setuju lah dengan kajian ni sebab masa belajar dulu semua subjek ada Whatsapp group. Ada 5 subjek dalam 1 sem, dipecahkan lagi kepada 3 group. 1 group untuk kuliah, 1 lagi untuk kelas tutorial & lagi satu untuk group presentation. Dah berapa banyak dah group Whatsapp dekat situ. Tu belum lagi kalau dalam subjek tu ada field project. Tambah lagi satu untuk AJK. Masak kau. Boleh cecah 1000 message dalam sehari lepastu hp hang sebab panas sangat. T.T

Daripada sumber kaji selidik SKMM pulak, rakyat Malaysia lebih cenderung guna social media berbanding media cetak & platform tertinggi sekali digunakan ialah Facebook sebanyak 58%. 



Dengan data kaji selidik ni, yang mana nak guna sistem hebahan better avoid radio sebab paling rendah sangat yang guna.. Yang mana nak start bisnes boleh lah guna Whatsapp ataupun Facebook. Lagi murah, ye dak? Pantas pun pantas. 

Walaupun hebahan iklan di social media di negara kita tinggi, tapi penggunaan Adblock di negara Malaysia masih lagi rendah iaitu 27% sahaja so tak ada masalah untuk buat duit. Adblock ni berfungsi untuk menyekat iklan yang ada pada sesuatu laman. Kadang tu dalam satu laman ada 24  jenis iklan. Jadi Adblock ni bantu kita jimatkan masa untuk buang semua iklan. Jimat jugak quota internet kita. Youngster memang dah aware dengan Adblock ni sebab penggunaan Adblock memang majoriti dari golongan muda. 


Kalau ikut hasil kajian ni pun, tak banyak yang guna khidmat Adblock sebab kebanyakan laman tak bagi tengok full content kalau ada Adblock. Tapi ada jugak yang buang sementara je, esok lusa aktifkan balik sebab Adblock ni memang bagus kepada pengguna digital tapi satu kerugian kepada penjana duit dari iklan sebab banyak laman yang mati berpunca dari Adblock ni. But no worries, penggunaan Adblock di Malaysia tak meluas pun lagi. 

Untuk yang nak baca full report, boleh pergi dekat SINI

Kemangkatan Sultan Kedah - Sultan Abdul Halim

Tuesday 12 September 2017

Petang semalam pukul 3.30 dah nampak ada yang post berita ni tapi belum dapat perutusan rasmi lagi so ignore je taknak percaya tapi tak lama lepas tu dah keluar dekat page FB negeri Kedah maklumkan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Alharhum Sultan Badlishah dah mangkat jam 2.30 petang pada 11 Sepetember 2017 di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah & bendera negeri Kedah dinaikkan setengah tiang selama seminggu tanda berkabung. 

Image result for sultan abdul halim mangkat

Jenazah baginda akan dikebumikan tengahari ni selepas pertabalan Sultan yang ke-28 sebagai Sultan negeri Kedah yang baru selepas kemangkatan Sultan Abdul Halim. Selepas selesai acara istiadat pertabalan & laungan Daulat Tuanku sebanyak 3 kali, jenazah Sultan Abdul Halim akan dikebumikan di Makam Istana Langgar jam 4 petang nanti. 

Sayu sebenarnya terima perkhabaran ni sebab Sultan Abdul Halim antara Sultan yang berjiwa rakyat, menggalas tugas sebagai Agung sebanyak 2 kali iaitu pada 21 Sept 1970 hingga 12 Sept 1975 dan 13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016 walaupun pertabalan kali kedua tu diterima pada umurnya mencecah 83 tahun tapi dia tetap kuat untuk menjaga negara. Antara Sultan yang sentiasa menegur dan memberi nasihat kepada pemimpin negara, antara yang rajin dan berdedikasi menjalankan tanggungjawab. 

Cuaca mendung je hari ni dari pagi, dari pagi lagi dengar Hot FM pasang bacaan surah Yassin, Al-Fatihah & Ayat Kursi. Bila bukak socmed, nampak pulak update post dari cucu Sultan Abdul Halim, Ku Rina. 

Netizen Dukacita Sultan Abdul Halim Mangkat

It's such a heartwrenching moment for all Kedahan because we lost such a beautiful gem today. Merafak sembah takziah, semoga roh tuanku Sultan Abdul Halim ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmat. Jasamu dikenang selalu. Semoga Sultan Kedah yang ke-29 akan menggalas tanggungjawab menjaga negeri Kedah dengan amanah. Insya-Allah. 

The Dough Show - Dominos Pizza

Last week rasa teringin sangat nak makan pizza so singgah kejap dekat Dominos Kuala Selangor. Luck cantik pulak masa tu ada promotion beli 2 Pizza Deals with Extra Cheese ( Regular/Large) dapat 2 tin air Wonda Coffee Extra Expresso Signature Brew. 


Sementara menunggu pizza siap, yang bestnya dekat franchise Kuala Selangor ni apart from nice decoration so you boleh bergambar dekat mana-mana je dinding, ada jugak The Dough Show!


The Dough Show ni kita boleh tengok la cara staf buat pizza ataupun menu lain. Tapi yang best nak tengok haruslah pizza. Mana yang lapar tu muka kemain fokus macam nak terkam pizza tu, nasib ada cermin penghadang. 






Lepas setengah jam tunggu, dapat la merasa pizza yang kitorang order, Pizza Tuna dengan Surf & Turf. Tapi sayangnya kitorang dah order set Extra Cheese lepastu pergi mintak pulak Crust Cheese Meleleh. Muak terus makan. Macam makan pizza dengan cheese semata. Mengundang padah betul. Tapi still sedap cuma comot lah kitorang makan. 


Siapa yang hantu cheese boleh lah serbu Dominos sekarang. Layan cheese & Wonda Coffee. Memang terbaik!

Movie Review : IT

Saturday 9 September 2017

Image result for it poster 2017

Director : AndrĂ©s Muschietti
Producer : New Line Cinema 
Cast : Jaeden Lieberher, Bill SkarsgĂĄrd, Jeremy Ray Taylor, Sophia Lillis
Genre : Horror, Thriller
Rating : 8/10
Trailer : 


Tbh tak tahu pun pasal movie ni. Ada la dengar dekat radio sekali dua macam tu. Adik-adik la yang gigih cerita pasal kemunculan movie ni. Adik yang second last bagitahu dia nak tengok movie ni sebab budak kecik dalam movie ni comel T.T

Bila scroll Twitter ramai pulak yang sembang comparison dengan movie IT tahun 1990. So yang ni remake but I guess this one is better lah sebab with advanced technology & VFX, movie ni looks great compared to the original. Badut dia pun lagi seram kalau nak bandingkan dengan yang lama tu macam tempek tepung letak gincu je.


Diadaptasikan dari sebuah novel, IT hasil Stephen King & movie IT tahun 1990, this movie is AMAZING! Selalunya kalau tengok horror thriller mesti cliche, part hantu datang pun dah boleh agak, hantu pun cenggitu le rupa dia. But this movie ya tuhannnn even adaptasi cuma separuh dari novel & remake, IT 2017 tetap deliver fresh content. Kudos to IT 2017 team! 

Image result for it 2017

Untuk movie era tahun 1988, costume design & set design memang kena bekerja keras sikit untuk hidupkan era tu & of course they did great. Totally in love with their wardrobe! Nak pulak summer wardrobe collection memang comel je. Costume Penny the Dancing Clown pulak diinspirasikan dari gabungan Medieval, Renaissance, Elizabethan, & Victorian eras. Nampak tak kegigihan team ni? Top-notch!

Image result for it 2017

Even dapat jawapan dalam movie ni, Penny the Dancing Clown akan menjelma sebagai ketakutan budak-budak di bandar tu tapi still lagi tak tahu kenapa Penny membunuh dengan jumlah yang agak besar, tak tahu apa history & nature Penny. I guess this team simpan untuk movie sequel nanti. 

So maybe sequel nanti bermain dengan flashback & 27 tahun kemudian bila 7 orang watak kanak-kanak dalam movie ni dah besar. Lagipun masing-masing dah berjanji, bila Penny menjelma balik di bandar tu, diorang pun akan datang balik untuk halau Penny. Ghostbuster team but in cute version. I love them all! Every character dalam movie ni memang perfectly delivered. Dah la comel, lawak pulak tu, kind of entertaining lah walaupun horror thriller. 

Related image

Tapi kind of annoying jugak bila Penny datang. Suspense sebab Penny ni tak macam hantu dah, dia macam serial killer. Yang paling kejam sekali sebab bunuh budak-budak yang lemah. Haa gittew. Nak pulak part dia serang Georgie tu. Whyyy :'(

Related image

Cuma wondering jugak lah tahun 1980-an dulu memang dah start trend fuck ke? Sebab budak-budak ni boleh tahan jugak dia punya cursing words tu. Nak kata pengaruh abang/kakak tu tak jugak sebab memasing anak sulung/tunggal. Hilang sikit kecomelan diorang dekat situ.

Image result for it 2017

Dalam movie ni wondering jugak lah where are their parents? Untuk anak emas macam Eddie & ada super-protective and concerning mom, Eddie spent his time outside quite often instead of sitting at home watching movies. Lagi pelik bila Stanley tak kena denda baca Torah sampai bagus sebab ayah dia dah marah awal movie tu bila dia gagap nak habiskan satu ayat.

Image result for it 2017

Too unreal to believe this kids have that much of time. Plus, bila ayah Beverly larang melepak dengan geng budak lelaki ni, ayah dia mention 'orang dekat bandar bergosip' tapi pelik bila bandar tu macam hambar. To have a serial killer with massive amount of victims, mesti lah parents lebih mengongkong kan? Dia macam something's weird with that town. Not only Penny but the adults pun quite loser jugak. But I can say this is just a minor glitch, tak kacau sangat pun dengan movie ni.

Image result for it 2017

For a newbie yang tak familiar langsung dengan movie IT, maybe you guys tak ada masalah langsung nak layan movie ni & I cannot talk much about this movie untuk buat comparison which one is better, was it the novel or was it original IT movie since tak pernah tengok atau baca. But I can assure you guys akan enjoy bila tengok movie ni since movie critics bagi thumbs up & banyak positive reviews dari audience.

Image result for it 2017

Movie IT ni ambil masa dari tahun 2009 sampai tahun 2017 untuk siapkan so I really hope tak jadi macam The Conjuring. First installment gempak tapi masuk yang kedua dia dah mula macam nak sepak. Since movie ni dah dapat pujian so I bet ramai lah yang harapkan sequel best so I really hope they don't jinx it sebab nak sangat tahu apa history bandar Derry, history Penny & kenapa semua terapung?

Related image

All in all, this movie deserves a lot of attention and should be in your horror collection. Happy watching :)

Team Production+1, Visual+1, Audio+1, Casting+1, Genre+1, Theme+1, Editing+0.5, Storyline+0.5, Social Message+0.5, Personal Thought+0.5 = 8/10