Letak/Tukar Album Cover Mp3

Wednesday 23 August 2017

Bila ada folder lagu besar gedabak, nak cari lagu yang kita nak dengar pun serabut bila semua sepesen je tak ada album cover macam ni.

Kadang tu ada yang ada album cover tapi ada muka entah siapa entah diorang letak.



Ataupun ada cover tapi ada watermark gedabak cenggini.



So harini nak ajar macam mana nak tukar dari kosong & cover hambar macam kat atas kepada yang ni. 


Okay, let's start

1. Open Windows Media Player

2. Tekan 4 box simbol 'Switch To Library' tu


But first, kalau nak tukar cover album lagu tersebut, jangan play & change at the same time. Kalau tak, dia taknak co-operate with you.



3. Open browser image > search nama lagu & penyanyi > right click > pilih copy image

*advisable untuk ambil cover album 300x300. Kalau saiz kecil dari ni, confirm tak cantik*


4. Then pergi balik dekat Windows Media Player > right click > pilih paste album art



Dah siap! Cepat je dah bertukar macam image yang kita nak. Tapi nampak tak details lagu tu caca marba? So, tekan right click, pilih edit & masukkan info lagu tu. Nama album, nama penyanyi, genre & tahun lagu tu release. 

So, dah siap edit, jadi lah kemas macam ni. Kejap je dah siap dah. 


Untuk yang dalam border tu pun edit jugak lah kalau rajin sebab bahagian tu selalu keluar dekat playlist masa kita play lagu tu nanti. 

Okay dah, tu je tutorial untuk hari ni. Dulu sebelum tahu nak tukar ni, guna service online macam page imgaid.com tapi leceh sebab lambat satu hal, banyak steps kena buat satu hal. Kadang tu dah siap edit, error download pulak. Hmmmm k.

Tapi kalau yang malas nak edit album cover ni, you guys pergi je dekat freemusic untuk lagu omputeh & cherrymusic untuk lagu hindustan. Lagu melayu lah paling sedih sebab susah nak jumpa album cover. T.T

Okay dah, tu je untuk hari ni. Nak pergi blogwalking pulak. Bye guys :)

Nom Nom Nom : Spicy Korean Burger McDonalds

Monday 21 August 2017

Tak pernah teringin pun nak rasa SKB ni sebab bun dia hitam. Kalau hitam legam warna arang boleh terima lagi tapi warna kelabu berkulat. Hmmmm

Kawan-kawan pun ramai yang kata biasa je rasa dia, pedas pun tak terasa sangat lagi lah rasa macam tak teringin pun nak makan nak pulak masa scroll Twitter ada yang kabo Fanta tu gagal, fries cut tu pun gagal. Dia prefer ambil ala-carte & kebetulan pulak 2 item ni sold out haritu so share dengan Baeyoung je side dish & drink. 

Oh I tried this one because of his recommendation & dia yang belanja so I don't have to regret much if anything happen hewhewhew

*suka makan dengan dia sebab dia tukang perabih so tak wujud istilah rugi ataupun baziaq*

Soooooo, here it is. 

A closer look :

Jangan la tanya kenapa ada seketul bijan dekat permukaan bun tu. 

Rasa burger ni sedap je, pedas pun umpphhh la tapi Baeyoung kata masa dia try dulu tak la sepedas yang ni so I guess its depends on the franchise? 

Tapi tak mampu pun nak habiskan burger ni sebab warna dia ya tuhannnn. Unacceptable. Bila nak masuk mulut je pandang tempat lain. Tak sanggup nak tengok burger tu sebab geli dengan warna dia. 

Penat jugak lah setiap kali nak makan kena convincekan tekak yang tu burger sedap bukannya burger berkulat tapi half je mampu. Bila kepala mula pening, tekak pun dah loya suruh dia je habiskan. Kenot go baq hanggggg. 

Dalam burger ni takde yang special pun cuma dia pedas aras tinggi macam ayam goreng rangup tu. Agak terjongket kening jugak lah bila harga dia exceed RM10 sebab presentation pun hambar. Tak nampak meriah pun. Saiz pun biasa je. Rasa dia pun replaceable sebab rasa dia seakan sama dengan burger yang lain cuma beza dia kepedasan tu je. Itu pun kalau kau nak pedas, tambah je lah sos cili. 

But all in all, rasa dia sedap cuma tu lah, warna dia tu menggagalkan seluruh jiwa raga. Siapa yang tak kisah, happy je lah makan burger ni. Bagi yang senasib dengan Iolls, better cancel your plan to taste this. Nasib tak muntah balik je haritu. T.T

Status Di Whatsapp Web

Kalau dekat office malas nak belek phone sangat so lagi suka guna Whatsapp Web tengah buat kerja kalau ada whatsapp dari HQ office ataupun dari officemates senang nak check. Open tab je. 

Lagi satu yang bestnya bila guna Whatsapp Web, tak payah gigih download gambar. Kalau ada officemate yang post gambar dekat site, tak payah dah nak download sebab dekat Whatsapp Web automatic terus nampak. Tak kacau memory phone sebab kalau masuk gambar site tu mau berpuluh sehari.Tu belum kalau join group family. Pesen mak-mak kan suka hantar gambar ucapan tu allahuuuuu boleh jammed phone T.T

Tapi pagi ni rasa happy kemain bila nampak Whatsapp Web dah ada features baru! Sekarang ni kita dah boleh tengok status Whatsapp dekat Whatsapp Web yeayyy! 

Position Status dekat sebelah Chats

Status page di Whatsapp Web

Lagi best bila kita boleh tekan previous/next sebab dekat phone tak ada. Kalau nak tengok post yang dekat tengah-tengah, mau kematu tunggu dia bergerak. Kalau bawah 2 post boleh lah, kalau 12 dia update? Perggghhh kematu baq hangggg.


Tapi yang tak bestnya, kita tak boleh update status dari Whatsapp Web. Kena dari phone jugak & kita tak boleh tengok siapa yang usha status kita :(


Tapi nanti Whatsapp team update lah kot tu. Tengah tunggu Whatsapp ada filter macam Snapchat ni. Penuh la selfie nanti hahahahha kbai

Jemur Asam Keping

Saturday 19 August 2017

Selama ni kalau makan ke masak ke mana pernah fikir asam keping ni datang dari mana. Yang tahu dia kena ada dalam masakan baru umpphhhh pergi dia. 

Tapi masa balik kampung ternampak orang kampung menjemur dekat tepi jalan bawah matahari, dari jauh nampak macam ikan masin. Bila datang dekat, asam keping rupanya. Ingatkan dia memang dari azali warna hitam. Rupanya tak :P



Bila belek dekat-dekat ni baru tahu asalnya asam keping ni cantik. Hahahaha dah kering jadi masam hitam pulak. 

Image result for jemur asam keping
gambar credit to pakcik google

Image result for jemur asam keping
gambar credit to pakcik google

Bila google buah asal dia, ni la buah asam gelugor. Selama ni dengar nama je sekarang baru tahu ni kegunaan dia. Berjasa betul untuk semua. Nak buat asam keping ni pun senang je. Potong nipis-nipis lepastu jemur je bawah matahari dalam 3 hari ataupun seminggu. Pucuk muda pokok asam gelugor ni pun boleh buat ulam, elok untuk orang yang ada darah tinggi.


Yang mana ada buah asam gelugor ni better buat sendiri sebab yang jemur tu kita tak tahu dia jemur macam mana. Kalau jemur tepi jalan haruslah berhabuk berdebu semua. Nanti nak masak guna asam keping basuh lah bersih-bersih. 

Lepas ni kalau jumpa boleh kot try buat sendiri. Selalunya kalau makan usaha yang dibuat sendiri lagi jauh pergi dia kan? Tak sabar nak cuba!

Kencing Hantu Raya

Thursday 17 August 2017

Dah pernah up cerita ni dulu tapi up balik. Siapa bosan, tekan pangkah. 

Dalam entri ni tak ada gambar hantu so jangan risau sebab yang tulis ni pun ngeri nak upload. 

Back in 2013, kerja dekat Parkson Subang Jaya sebagai cashier. Being a staff there, so the company provide a house for all of us. Dalam rumah ada dalam 10 orang lebih kurang lah, ada 4 bilik, 2 bilik 2 orang, 2 bilik 3 orang. 

Even rumah ni macam hostel, tapi tak pulak buat perangai hostel, malam-malam sembang pasal hantu. Takde pun yang kena kacau so Idk this hantu raya datang dari mana. Entah siapa bawak masuk rumah. Mungkin dari tempat kerja sebab situ pun ada jugak hantu. Tapi tak kacau teruk sangat pun setakat berdiri satu tempat or lintas tu biasa lah. 

Ada jugak akak housemate bising-bising ada lembaga hitam tapi as a cashier kerja 10 jam keluar rumah gelap, balik rumah gelap, kau rasa kitorang ada masa untuk ambik port pasal lembaga hitam? Tak ada. 


Masa tu ingatkan dia nak prank je sebab dia pernah buat gila pasang audio pontianak mengilai. Tak ketaq lutut pulak tengah mandi menggeletar tangan nak bukak pintu. Tak terkencing pulak kau kalau pontianak depan mata? Dengar suara pun dah seram. 

Nak dijadikan cerita, subuh tu nak keluar awal sebab nak pergi temankan Ain hantar kakak dia dekat KLIA sana. Awal pagi dah bangun mandi bersiap semua. Tengah pakai pin tudung tiba-tiba ternampak ada benda hitam atas katil double decker tingkat atas. At first ingatkan teddy bear besar atas tu tapi ternampak rambut terbang kena kipas. Pastu nampak teddy bear tersandar dekat dinding. Teddy tu dah besar dah, dia lagi besar. 

Jangan tanya muka macam mana sebab dia pandang budak katil depan dia. Entah apa dia khusyuk sangat tenung entah. Nasib dia tak pandang Iolls masa tu. Mata tak berkelip tengok dia, satu badan lock tak boleh nak gerak. Tangan tengah pakai pin tudung pun stuck. Entahlah berapa lama pandang dia. 5 minit? 10 minit? Entah. Yang pastinya, tersentak sendiri lepas pintu bilik tu slow2 tertutup. Macam dalam movie tu, macam tu la gayanya. 

Lepastu sambung pakai tudung bersiap cepat sebab Ain dah nak sampai. Masuk je kereta terus bagitahu Ain rasa macam ada nampak hantu tadi tapi dia malas nak layan. So buat bodoh je lah. Rasa takut tak ada tapi rasa bingung. 

Us heading to KLIA
All went well that day. Balik rumah pun teruskan kehidupan macam biasa. Tapi entah bila mula gatal dekat pelipat tangan. At first ingatkan hama, ruam ataupun effect kulit sensitif so ignore je lah. Letak ubat macam biasa.  Tapi dia punya gatal miang is unbearable. 

Siang dia naik ruam, malam dia miang. Hampir sebulan jugak lah tahan sebab kerja cashier kau ingat senang nak dapat cuti? Ada hari boleh tahan, tahan lah. Masuk hari yang period tu memang menangis lah garu sampai berdarah. Taknak fikir sangat gatal ni, busykan diri buat kerja tapi kalau kau dapat kaunter yang lengang, memang sendu lah. Tidur pun tak lena sangat sebab miang dia ya tuhannnnn.

Dapat cuti terus ajak mak pergi jumpa makcik yang boleh ubatkan. Katanya ruam ni hidup. Sebagai manusia biasa, hidup ke mati ke nak benda tu hilang je. Tak mampu dah nak tanggung. So dia bagi air penawar lepastu suruh cari daun pisang muda bergulung. Potong & masukkan dalam air mandi, baca selawat dengan ayat tahaiha. 

Image result for daun pisang muda bergulung
gambar google, credit to owner
Balik rumah terus mandi wei, tak cakap banyak dah. Lepas mandi terus tidur sebab dah lewat malam dah. Esok pagi bangun tengok ruam tu dah takde. Sujud syukur terus. K tipu. 

Alhamdulillah dah lega. Makcik tu kata kena kencing dengan hantu raya sebab nampak dia. Dia yang tayang diri dia, kita pulak kena kencing haihhhh. Life is so unfair tau. 

Adik pun ada kena jugak benda ni sebab kawasan kampung ni memang bersepah lah hantu raya nak pulak dia selalu balik kerja malam. So redho je lah hewhewhew. 

Even benda ni dah lama tapi bila terkenangkan balik masa tu haruslah scary. Bukan selalu nampak hantu raya tapi taknak lah nampak lagi nanti kena kencing lagi. Mintak simpang. Kalau kena kencing tu pergi lah berubat cepat. Gatal dia bukan gatal kena hama tu, gatal miang macam miang buluh & start gatal start senja sampai subuh esoknya. Siang dia chill je. Kalau kena macamni, pergi lah berubat. No need to buy expensive cream or jumpa doctor because adik already spent hundred ringgit tapi tak hilang jugak. 

Kalau ada bilik yang jarang guna tu rajin-rajin lah bukak lampu bila malam sebab hantu raya suka menumpang. Mungkin tu salah satu sebab dia suka duduk rumah kitorang kot. Rumah bukannya ada orang sangat. Kalau cuti pun, keluar lepak. Katil pun banyak jugak yang kosong. Dulu pun pernah kena jugak pocong tidur katil atas tapi nanti lah cerita kang meleret pulak sini. Hahahaha kbai.