Nak cari kedai printing yang tawarkan service terbaik dengan harga yang murah bukan senang. Tambah pula dengan keadaan paandemik macam sekarang ni, ada yang tutup kedai, ada yang terbatas pergerakannya, ada yang kekurangan staff untuk siapkan dalam masa yang singkat. Alhamdulillah terjumpa Raff Printing di saat memerlukan!
Bulan lepas nak order sticker logo firm untuk lekat dekat PPE suit sebelum dihantar kepada branch yang lain untuk didermakan kepada yang berkenaan. Masa tu order 40 sticker je sebab nak try dulu kualiti dan service dia macam mana sebab harga murah tak menjanjikan kualiti yang bagus kan? Come to my surprise bila tak ambil masa yang lama pun untuk tempahan siap dan kualiti cantik dan mantap.
Bila dah yakin dengan service Raff Printing, kitorang buat tempahan pula untuk printing service bila kena update booklet Company Profile RRM sebab dah ramai lawyer yang dah berhenti malah dah ada yang buka firm sendiri dah. Bulan September buat photoshoot session dengan semua lawyer dan staff yang terlibat kemudian hantar gambar dengan draft dan template kepada Raff Printing. Dalam dua, tiga hari macam tu dapat sample untuk check sama ada nak teruskan ataupun perlu amend mana yang patut.
Pernah juga masa nak buat event, terlupa nak order bunting. Dalam masa sehari sebelum event, mana nak cari kedai printing untuk service yang cepat siap kan? Bila call Raff Printing, fuhhh lega sangat sebab bunting boleh siap pagi esoknya. Settle satu punca sakit kepala lepas dah hantar logo dekat email. Tinggal bunting dengan stand sampai dekat office je sebab ada delivery service ikut harga kawasan. Tak payah pening kepala bazirkan masa nak cari lokasi kedai dekat mana ataupun stuck dekat roadblock semata nak buat tempahan ataupun pickup. Online je senang!
Untuk minggu ni kami order mock cheque pula untuk event CSR di rumah anak yatim bersama NGO yang terlibat. Mock cheque ambil masa 3 hari untuk siap so kena hantar design awal supaya tak kelam kabut macam event sebelum ni. Banyak kan produk dan service yang kami dah guna dekat Raff Printing ni? Kalau ada membership card, dah boleh dapat point banyak dah tau!
Bab caj-caj tersembunyi ni setakat ni tak pernah pula jadi isu sebab Raff Printing memang akan bagitahu semua harga dan kos yang terlibat beserta quotation. Kalau urusan personal, seringgit dua tu kita tak berkira sangat tapi kalau tempah untuk kegunaan pejabat, semua aliran duit keluar masuk perlu jelas, terang dan nyata kan? Kang sangkut audit, tak memasal je.
Raff Printing ni terletak di No 17, Lorong Bunga Melati 2A, Taman Maju Jaya, 56100 Kuala Lumpur. Bukan setakat printing service, banner dan sticker je ada dekat sini, even flyers, bill book, name card, banner, logo design, sticker PVC, sticker label, jersi custom made, bagpack flag, nametag, woven bag, paper bag, rubber stamp, laminate, binding, scan dan juga service photostat pun disediakan untuk kemudahan pengguna.
Memang banyak je kedai printing yang terdapat di KL atau Petaling Jaya ni tapi kalau dah jumpa dengan service terbaik macam ni, siapa tak suka kan? Setakat ni belum pernah lagi dikecewakan dengan service Raff Printing ni baik tempahan yang sedikit ataupun yang banyak sampai beratus unit ataupun beribu helaian.
Raff Printing ni dah beroperasi sejak tahun 2014 lagi Cuma masih belum ramai yang tahu dan kenal dengan kedai yang menawarkan service terbaik di kawasan Lembah Klang. Raff Printing beroperasi dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam tapi disebabkan PKPB, waktu beroperasi dikurangkan satu jam.
Nak tengok hasil kerja Raff Printing dengan client lain, boleh pergi ke Facebook Raff Printing ataupun Instagram. Nak buat tempahan, boleh whatsapp ataupun email En. Fai. Jangan risau, semua staff Raff Printing mesra dan memudahkan urusan tempahan.
Blogspot : http://raffairy.blogspot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/rafprinting/
Whatsapp : https://wa.me/60183836951