Jalan-jalan di River Of Life @ Blue River

Friday, 6 July 2018

Minggu lepas maksu datang dari Melaka dengan anak-anak dia datang berjalan dekat KL. Alang tengah free takde buat apa, ajak dia pergi Blue River yang baru diwujudkan awal tahun ni. Masa blogwalking dulu nampak gambar yang rakan blogger ambil cantik belaka. 



Walaupun dekat dengan Summit Hotel tapi zahabedah boleh sesat pulak sampai pening pusing dekat roundabout. Faham je lah KL macam mana, sekali sesat memang murung jadinya. Bab nak park kereta pun tak perlu nak park jauh dari Blue River ni sebab sebelah je dengan Dataran Merdeka. Dekat sana dah ada tempat untuk park kereta yang luas. Kalau berjalan kaki atau guna public transport, tak jauh pun dari Masjid Jamek.

Tapi seeloknya datang waktu malam sebab Blue River tu wujud dari kabus dan cahaya lampu biru. Masa awal datang tu, dia tak sembur kabus lagi, cuma ada cahaya biru so bila ambil gambar tak nampak sangat biru dia. Kalau belah siang pula maksu kata ada air pancut je which is less attractive lah sebab we all know dia tu sebenarnya longkang tapi dihias bagi cantik supaya manusia tertarik je. 

Kabus gigih merembes

Tapi kalau you guys nak berjalan menghayati kabus tu fefeeling Korea, better don't go masa kabus tengah gigih merembes keluar sebab air tu entah dari mana dia ambik sebab busuk yakmatttt! My cousin almost puke at that time. Mungkin tu jawapan kasar kepada soalan adik seupupu kenapa tak wujud cruise dekat 'sungai' ni.




Nak bergambar not bad lah cuma lighting dia tak berapa nak cun sangat, kena pandai cari sendiri tapi tak ramai orang sangat so nak selfie, wefie, photoshoot pun orang tak kacau sangat. Bukan lighting je cantik, dekat Blue River ni ada lagu ala American/African native tribe macamtu. Its better kalau diorang guna local music or our culture art music. 

Tapi tapi tapi tapi dekat sini tak ada food vendor. Kalau nak stay lama bawa makanan sendiri. Masa kitorang sampai ni dah nak dekat pukul 11 so fast food restaurant semuanya dah tutup. 

Lepasni kalau nak jalan-jalan boleh singgah sini sebab tempat dia tenang je, cantik pulak tu. Nak duduk lepas penat berjalan pun banyak kerusi disediakan. Anyway, its a great idea to turn a longkang into a tourism place. At least ada jugak lah kegunaan dia selain tempat buang sampah rakyat Malaysia.

Lagu Selamat Tinggal Sayang Ciplak Karya Sufi Rashid

Thursday, 5 July 2018

Belum surut dengan berita Haqiem Rusli tak jadi berhenti dari bidang nyanyian, timbul pula isu publisiti murahan dari Haqiem Rusli untuk gunakan kemurungan salah satu cara popularkan lagu Selamat Tinggal Sayang. Bukan sahaja pendengar tertipu dengan Haqiem tapi rakan artis juga diperguna untuk mempromosikan single terbaru Haqiem di HotFM bersama Sarancak.



Antara rakan artis yang turut sama hadir ialah Wany Hasrita, Ara Johari dan juga Ernie Zakri. Luahan hati dimuat naik di laman sosial IG dan Twitter mereka. Turut sama mengecam tindakan Haqiem ialah Wanie Kayrie di akaun Twitter.


Kek Span OREE, Melawati Mall

Bulan puasa haritu jalan-jalan dekat Melawati Mall sementara tunggu wayang start lepastu ternampak cheesecake Oree ni. Tak sempat nak beli sebab kiosk dia dah tutup dah masa tu. Membawak sampai ke raya simpan hajat nak beli sudahnya lepas pergi open house terus serbu kiosk dia. 


Hajatnya nak beli cheesecake je tapi confuse pulak nak makan cheesecake, chocolate cake ataupun cheesy cheesecake. Pening nak fikir mana satu, pilih je semua sebab dia ada set untuk flavor dalam satu box harga RM18 je. Lagi jimat sebab setiap satu harga RM12. 


Nak beli pun tak perlu tunggu lama sebab dia dah memang siap pack lepas bake dalam box dekat kaunter. Tinggal nak pilih je yang mana nak. Saiz dia pun besar jugak so bila makan memang berbaloi dengan harga. Macam saiz roti potong Gardenia dekat kedai tu. 


My personal choice, I really love chocolate cake dia sebab bersepah chocolate. Rasa chocolate campur chocolate mint plus chocolate lava. Kalau singgah lagi memang beli chocolate cake dia lepastu sejukkan makan dengan aiskrim memang marvellous teruk berjimba lemak yang diternak. Meanwhile cheesecake dengan cheesy cheesecake dia tawar. Tak ada rasa cheese pun walaupu nama dia cheesy cheese. Sedih jugak lah beli sampai dua tapi hambar. 

Wordless Wednesday : Currently Waiting....

Wednesday, 4 July 2018

Mulberry

Tomato

Tips Masak Nasi Orang Bujang

Tuesday, 3 July 2018


Selalunya kalau makan bujang ni memang satu cawan beras je sebab portion untuk sorang dua makan tapi masalah timbul bila masak sikit ni memang kerak lagi banyak dari isi jadi terpaksa lah masak lebih sikit. Nak beli periuk nasi Tefal tak mampu dik non nak pula kalau students.


Kecoh dekat Twitter hari ni cara masak nasi portion sedikit tanpa berkerak langsung menggunakan mug dan periuk nasi. Rasa dia ala nasi kukus pun ada jugak. Cara nak masak pun mudah je cuma sukatan air je kena lebih sikit dari biasa.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Portion : 1 orang makan

- Beras segenggam
- Air
- Mug
- Periuk nasi

Cara Penyediaan :

1) Barus beras seperti biasa kemudian masukkan ke dalam mug dan isikan air sehingga tenggelam beras. Sukatan air penuh mug pun okay. Kalau tak yakin, masuk sampai beras tenggelam and make sure kerap check. Bila kurang, tambah.

2) Masukkan air dalam periuk nasi paras setengah periuk kemudian tekan button cook. Kalau guna dapur gas, hidupkan api sederhana kemudian tutup dengan penutup periuk supaya wap tu masak beras dalam mug.


3) Biarkan sampai masak kemudian hidangkan. 

For me, dah cantik dah nasi ni sebab memang suka makan nasi jenis lembut macamni. Kalau yang tak suka, boleh adjust sukatan air ikut tekak masing-masing. 


Mudah je cara dia, rasanya kalau guna mangkuk kaca pun boleh ataupun cawan besi macam penjual nasi kukus selalu buat. Warna dia pun lagi cantik dari nasi yang masak guna periuk nasi tapi yang lagi penting tak ada masalah berkerak. Nak cuci pun senang.