SEPARUH NAFAS CINTA DRAMA VERTIKAL YANG MENAMPILKAN ZAZZLEEN SEBAGAI IBU MENTUA DARI NERAKA

Friday, 28 November 2025

Kuala Lumpur, 28 November 2025 - Hari yang sepatutnya paling indah buat Ariana bertukar menjadi tragedi yang tak pernah terlintas dek akal. Tunangnya, Iskandar, hilang tanpa jejak sebelum akad, memaksa Hariz, adik Iskandar, menjadi “pak sanggup” demi menyelamatkan maruah keluarga. Dari dilema itu bermulalah perkahwinan paksa penuh dendam, syarat dan rahsia, membuka tirai drama bersiri vertikal baharu, Separuh Nafas Cinta, yang bakal disiarkan eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton mulai 1 Disember 2025, dengan tayangan dua episod setiap hari pada jam 12.00 tengah hari dan 8.00 malam.

Drama vertikal Media Prima ini menampilkan gandingan pertama kali finalis Pencarian Pelakon Drama Sangat, iaitu Amin Sufian dan Ariana Yusof, selain Amri Dahlan dan Zazzleen. Dengan 60 episod berdurasi 2-3 minit setiap episod, ia menjanjikan debaran berterusan yang membuat penonton tertanya-tanya sama ada cinta dan pengorbanan mampu bertahan ataupun akhirnya rebah di tengah badai.

Separuh Nafas Cinta menyelami perjalanan Ariana (lakonan Ariana Yusof) dalam rumah tangga yang dimeterai tanpa kerelaan. Biarpun bersetuju berkahwin, Ariana menetapkan syarat jelas bahawa Hariz (lakonan Amin Sufian) mesti menceraikannya selepas enam bulan. Namun keadaan menjadi semakin rumit apabila Ariana diburu tekanan demi tekanan, khususnya daripada Juhara (lakonan Zazzleen), ibu mentua yang langsung tidak merestui kehadirannya.

Tinggal di bawah satu bumbung, rumah Juhara menjadi medan penderaan fizikal dan emosi. Ariana terpaksa menempuh kehidupan seperti pembantu rumah, menanggung pelbagai derita, sementara Hariz tersepit dalam kedudukan sukar sebagai seorang anak dan suami. Mampukah mereka menemui kedamaian di tengah pusaran sengsara ini?

Lebih menarik, siri ini turut menandakan kemunculan semula Zazzleen dalam watak antagonis, sebuah transformasi berani yang jauh daripada persona komedi yang sinonim dengannya. Kali ini, beliau menjadi nadi konflik utama, membawa karakter ibu mentua kejam dan penuh manipulasi, yang dijangka membuat penonton “naik darah” setiap kali muncul.

Zazzleen berkongsi tentang peranannya sebagai Juhara, “Selama ini saya dikenali dengan watak ceria dan komedi, jadi bila ditawarkan watak Juhara, saya tahu ini cabaran besar. Saya betul-betul perlu keluar daripada zon selesa. Juhara bukan saja garang, dia penuh tipu daya dan sanggup buat apa saja demi kemahuannya. Saya tak sabar nak tunggu reaksi penonton dengan lakonan saya kali ini.”

Ariana Yusof, yang pertama kali diberikan peranan heroin selepas menjadi finalis Pencarian Pelakon Drama Sangat, berkata, “Ini satu pencapaian besar untuk saya. Sebagai watak utama, saya tahu saya perlu buktikan kemampuan sepenuhnya. Ariana ini emosinya kompleks, dikhianati, dipaksa berkahwin dan kemudian berdepan ibu mentua yang kejam. Saya anggap ini peluang untuk tunjukkan kepelbagaian dan kekuatan lakonan saya.”

Turut melengkapi drama ini ialah lagu “Benar Indah”, nyanyian Kai Deva dengan hasil produksi, komposisi dan lirik oleh Firdaus Rahmat, yang tampil dengan kemunculan sulung cukup menyerlah sebagai runut bunyi rasmi.


Separuh Nafas Cinta mengangkat kisah sarat pengorbanan, tekanan emosi serta drama mentua-menantu yang menyeksa jiwa. Nantikan tayangannya bermula 1 Disember 2025 eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram TV3 di @TV3Malaysia, ikuti juga Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat serta platform rasmi tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy.

JAFF Market 2025 kembali dengan penganjuran yang lebih besar dan lebih strategik! Acara industri selama tiga hari ini bakal berlangsung hujung minggu ini di Jogja Expo Center (JEC), Yogyakarta, dari 29 November hingga 1 Disember, bertindak sebagai platform utama yang memacu karya pembikin filem Asia, termasuk Malaysia, ke pentas global melalui rangkaian pembeli, pelabur dan rakan industri antarabangsa.

Dikuasakan oleh Amar Bank, JAFF Market menjadi pintu masuk penting ke dalam ekosistem filem Indonesia, selain menggerakkan kerjasama kreatif serta pembangunan harta intelek (IP) yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Tahun ini, penyertaan Media Prima sebagai rakan promosi memperkukuh kedudukan Malaysia dalam peta industri serantau, sekali gus membuka akses lebih luas untuk kandungan tempatan dikomersialkan.

Sebagai hab pertemuan profesional industri, JAFF Market menghimpunkan studio, penerbit, pengedar, platform penstriman, pelabur serta pembeli kandungan dari seluruh Asia Tenggara dan Asia Pasifik. Penyertaan berskala besar ini membuka ruang kepada pemain Malaysia untuk mengetengahkan IP baharu, meneroka produksi bersama dan mengembangkan capaian kandungan ke luar negara. 

JAFF Market turut memberi tumpuan kepada pembangunan harta intelek merentasi medium, termasuk adaptasi buku, permainan video dan muzik ke skrin. Pendekatan ini memberi nilai tambah kepada vendor Malaysia yang memiliki katalog kandungan sedia ada, selain membuka potensi kerjasama dengan penerbit dan pengedar antarabangsa.

Menariknya, pembukaan JAFF Market 2025 akan menampilkan sesi “THE NUSANTARA WAVE: The Rise of Indonesia–Malaysia Collaborations” oleh Komet Productions, Skop Productions, Magma Entertainment dan Red Communications. Kehadiran empat syarikat ini menyerlahkan perkembangan hubungan kreatif antara Malaysia dan Indonesia, sekali gus memperluas jangkauan kandungan tempatan ke pentas Asia dan global.

Edisi 2024 JAFF Market mencatatkan lebih 6,700 pengunjung dari 19 negara, melibatkan 1,054 profesional berakreditasi, 151 reruai pameran serta 63 perjanjian perniagaan bernilai kira-kira IDR 36 bilion. Penganjur menjangkakan peningkatan signifikan untuk edisi 2025 selari dengan permintaan global terhadap kandungan Asia yang terus melonjak.

Sebagai cabang industri kepada Jogja-NETPAC Asian Film Festival (JAFF) yang meraikan ulang tahun ke-20, JAFF Market meneruskan enam program utama yang memperkasa perkembangan industri:

  • JAFF Future Project – ruang pembangunan projek dan bimbingan kreatif
  • JAFF Content Market – pameran harta intelek dan peluang kerjasama perniagaan
  • Talent Day – bimbingan dan jaringan industri untuk bakat baharu
  • Film & Market Conference – sesi dialog dan agenda dasar industri
  • Market Screening – lebih 150 tayangan eksklusif untuk pembeli dan pengedar
  • Film Lab – program peningkatan kapasiti bagi memperkukuh projek dari aspek kreatif dan teknikal

Kejayaan peserta JAFF Market 2024 terus membuktikan kekuatan platform ini dalam membuka laluan ke pasaran dunia. Antara pencapaian utama ialah pemilihan filem Pangku arahan Reza Rahadian ke program HAF Goes to Cannes di Marché du Film 2025, serta tiga IP, Bandits of Batavia, Jitu dan Locust, yang berjaya menembusi forum pitching di Cannes.


Dengan pertumbuhan kandungan Asia yang semakin pesat, JAFF Market 2025 muncul sebagai saluran penting yang mengangkat karya pembikin filem Malaysia dan Asia melalui peluang kerjasama jangka panjang, akses pelaburan global dan jaringan industri yang meluas.

Untuk maklumat lanjut mengenai JAFF Market 2025, sila layari laman web rasmi JAFF di https://jaff-market.com/.

**********************************

Mengenai JAFF & JAFF Market
Founded in 2006 in response to the rise of digital distribution in the early 2000s, the Jogja-NETPAC Asian Film Festival (JAFF) emerged as a vital platform for strengthening the film ecosystem in Yogyakarta and across Indonesia. More than just a film festival, JAFF serves as a center for learning, cultural exchange, and a launching ground for emerging Asian filmmakers.
 
As digital distribution expanded globally, Indonesia has become an important part of Southeast Asia’s film markets, creating an urgent demand for talented creators and skilled industry professionals. JAFF Market has become a melting pot that connects filmmakers, emerging talents, content creators, investors, film institutions, media, and local film communities.
 
Today, JAFF MARKET becomes the gateway to the booming Indonesian film industry, and stands as Southeast Asia’s premier film market in fostering collaborations and opportunities. With a strong program lineup, it continues to evolve as a leading event dedicated to driving innovation and strengthening Indonesia’s dynamic film ecosystem. 
 
Get ready for JAFF & JAFF MARKET 2025 - November 29 - Dec 6, 2025 — Let’s Shape the Future of Asian Cinema! 

Hi-Tea Ram Reza & Muhammad, KGPA

Thursday, 27 November 2025

 

Kisahnya, bulan September lepas RRM adakan Hi-tea untuk branch meeting dekat KGPA. Setiap Rabu akan ada meeting tapi kali ni buat special sikit dekat KGPA sebab nak buat dry run untuk event sampingan. 

Dia macam yeaay dapat keluar tapi macam hmm jugak sebab KGPA ni sesak bila peak hour. Hi-tea pulak petang nyah, terpaksa lah hadap traffic jam pergi dan balik. Hence, this face lah.


Sebelum attend meeting ni kena sahkan kehadiran dekat Kak Ida dulu sebab nak order makanan dan semua yang datang dalam 20 orang sebab ada yang kena attend meeting dengan client dan signing. Jarang meeting nak ada semua orang walaupun Rabu adalah hari tetap untuk branch meeting. 



Lepas register kehadiran boleh duduk dekat dalam sambil tengok committee untuk event sampingan set-up venue sama macam event nanti. I bantu lah mana yang patut tapi banyak jadi tukang ambil gambar untuk Syida sebab dia tengah hyper lepas ambil gula terlebih sukatan. 






Lepas dah berpuas hati dengan seating arrangement dan kehadiran dah cukup, bermula lah meeting pada hari tersebut. Sambil meeting sambil makan patutnya tapi sebab memasing segan nak ambil makanan, semua pun tunggu sampai meeting selesai. Hall tu dah penuh dengan bau nasi goreng kampung, menggugat keimanan sangat. 


Selesai agenda utama dan perkara berbangkit, Datuk jemput semua untuk makan. Untuk Hi-tea ni tak order banyak pun sebab takut tak habis. Nama pun hi-tea kan, orang tak makan banyak sebab baru lepas lunch dan bakal dinner. Tapi nasi goreng kampungnya banyak, so I tapau untuk jadikan dinner. Jimattttt. 




Teh tarik dia mantul


Lepas habis meeting, semua bergambar dekat bahagian luar sebab lighting cantik tapi sebab kita ni Android user, tak dapat lah nak air drop lepas selfie tu. Bila dah balik, lupa lah nak minta gambarnya so takde gambar tu. 


Dalam pukul 5 petang dah habis dah meeting dan semua boleh pulang awal satu jam tapi I dengan Syu tumpang kereta Laila jadi kena lah tunggu committee selesai post-mortem dengan Datuk. Sementara menunggu tu, kitorang jalan-jalan dekat padang golf KGPA ni. 




Nampak tak signage Maybank baru nak dipasang tu? 


Walaupun cantik view dekat padang golf ni tapi panaihhhhhh. Lepas setengah jam dekat situ, kitorang naik tunggu dekat lobi. Tak lama lepastu post-mortem diorang selesai dan boleh pulang ke pejabat untuk sambung kerja.

Btw, kereta ni cantik eh. 

Selalunya kalau pergi event dekat KLCC, I akan singgah beli sandwich pocket dekat bakery sebelah CU Mart di Avenue K. Dah makan takkan tak ada air pulak kan? Tiba-tiba teringat tak pernah try lagi Iced Thai Green Milk Tea dekat CU ni. Inilah masanya untuk cuba. 


Kebetulan beli masa hari Khamis, ada Buy 1 Free 1 tapi sebab tak sanggup nak minum sampai 2 cup so I ambil satu je. Banyak kali bashier tu tanya betul ni nak 1 je. I jawab dengan yakin dan muktamad, nak 1 cup je. Lepas makan dan minum baru faham kenapa dia beria tanya sebab airnya sikit je. Ais kemain banyak. 


For me, Iced Thai Green Milk Tea ni pekat, creamy tapi ada sweeeeeet aftertaste lepas minum secawan. I tak suka tang yang tu je lah sebab lama betul nak hilangkan rasa manis yang melekat tu. Masa tu minum petang, dah nak tidur pun tak hilang lagi. Kali kedua minum pun sama so cukup lah dua kali, I dah taknak dah. Harga dia a bit pricey lah for me untuk air yang sikit tapi banyak ais. 



Anyway, I super loooove sandwich pocket dekat Sandwich Box Avenue K ni sebab saiz dia kecil tapi padat dan padu. Roti dia ada jenis flavor and my favorite is pumpkin. Tak ingat dah flavor yang lain tapi banyak kali ambil perisa labu je sebab tak ada rasa sangat tapi cantik di mata. I suka streaky beef sebab tebal, daging pun terasa dagingnya, worth the price. Nampak macam kecil tapi kenyang je bila makan. 

I happy bila makan sandwich ni sampai sanggup hadap cashier gen z yang tak reti bermesra dengan pelanggan. 

MALAM TERLARANG TERUS GEGARKAN PAWAGAM, KUTIPAN TERKINI CECAH RM11 JUTA

Monday, 24 November 2025

24 November 2025, Kuala Lumpur – Filem seram tempatan paling laris tahun 2025, Malam Terlarang terus kekal menarik penonton ke pawagam apabila berjaya meraih kutipan pawagam RM 11 juta setakat hari ini.

Menurut Penerbit Eksekutif Malam Terlarang merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Sambutan memberangsangkan daripada penonton terhadap Malam Terlarang benar-benar mengagumkan. Minggu lalu, filem ini memulakan tayangan di rangkaian pawagam Singapura bermula 20 November. Kami amat teruja melihat reaksi positif penonton, sekaligus membuktikan karya tempatan mampu menembusi pasaran serantau. Terima kasih kepada semua penonton yang menyokong Malam Terlarang.”

Filem terbitan Astro Shaw dan idea asal oleh Hazo Mahayuddin, Haris M. Nor, Ariff Zulkarnain dan Nazifdin Nasrudin ini bukan sekadar sebuah filem seram biasa. Malam Terlarang mengetengahkan kisah yang gelap dan mendalam dengan memberi fokus kepada obsesi terhadap ilmu hitam, serta bagaimana keghairahan mengejar kuasa mampu menghancurkan keluarga, waras fikiran dan batas kemanusiaan.

Mawar, seorang gadis 18 tahun membesar di sebuah bandar kecil bernama Kampung Pasir Larung. Cita-citanya sebagai wartawan tertangguh kerana terpaksa menjaga ibunya, Sarimah, apatah lagi bapanya, Omar sibuk dengan kerjaya politik. Namun, pemergian mengejut kakaknya, Safar mengubah keadaan. Mawar diganggu pengalaman mistik dan kejadian paranormal yang mengerikan, membuatkan dia nekad mencari punca misteri kematian Safar. 

Filem ini bintangi oleh Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Amir Nafis, Haneesya Hanee, Aila Azizul dan Sadiq M. Jamil.  Temui barisan pelakon yang akan membuat penampilan istimewa di pawagam-pawagam terpilih. Ikuti akaun Astro Shaw dan Astro Gempak untuk maklumat lanjut.

Niko Neko Matcha, Pasar Seni

 

Kalau sembang pasal Matcha selalu sangat nampak matcha lovers rate Niko Neko Matcha dekat tangga teratas dalam carta. Sebelum ni dah pernah try matcha dekat MUJI, so kali ni nak rasa matcha yang terpaling padu. 

Gerak dari rumah jam 9 sebab nak sampai dekat Pasar Seni jam 10 pagi tapi buka Google baru tahu Niko Neko Matcha buka jam 11.00 pagi. Haa mereput. Turun MRT jalan-jalan dulu tengok bunga dan seni. 10.50 dah sampai depan cafe lepastu bergambar dengan Merdeka 118. Pagi Sabtu lepas macam ramai orang sebab ada fun run under FWD. 

Nasib baik kitorang dah standby depan cafe sebelum roller shutter buka sebab tak lama lepas tu dah ramai dah orang beratur nak beli matcha. 


Konsep cafe ni industrialist dan minimalis. Meja dia kecil je tapi bila buka menu dah boleh faham kenapa. Ada matcha dengan pemanis mulut sahaja. Itupun boleh kira dengan jari. Amazed lah dengan Niko Neko ni sebab menu tak banyak tapi boleh stay on top of the game. Staff dia tak payah stress nak hafal banyak menu pun. 


Tak lama pun nak tunggu Matcha Ajisai ni siap sebab barista tak whisk matcha lama pun. Diorang pakai frother je. Sama macam cafe matcha yang blender sebab nak cepat tu. Kitorang sama-sama ambil Ajisai Matcha sebab itu je yang ada. rupanya Ajisai Matcha ni yang ZUS guna so lidah tak terkejut sangat sebab dah biasa minum matcha ni. 


Dalam menu ada bagitahu Ajisai ada rasa umami yang tinggi dan clean aftertaste and yes, lepas dah habis minum memang tak ada rasa matcha tertinggal pun tak macam MUJI. But I love both sebab dua-dua sedap. Kuantiti sama tapi I would go for MUJI sebab barista dia whisk lama so matcha dia gebu. Harga pun murah sikit dari Niko Neko. 



Plan asalnya nak makan Matcha cheesecake tapi nampak macam tak menarik so I go for Triple Crunch Cubes Matcha Brownies. Harga dia keras ye sobat, satu plate ni RM 22.00 untuk one bite crunchy  brownies. Nak makan guna garfu tak lut sebab keras sangat baru keluar dari fridge so kita makan pakai tangan je lah. Lantaklah hilang aesthetic ke tak yang penting cepat selesai boleh cepat keluar sebab dah ramai yang menunggu.


Cubes ni ada tiga perisa, yang hijau pekat tu matcha dengan susu, yang krim adalah kacang dan coklat gelap adalah matcha dan coklat. Paling sedap, matcha dengan susu, second matcha dengan coklat. Yang kacang tu terlampau berkrim sampai muak. Mungkin kena makan terus one bite lepastu minum air matcha untuk bilas tekak. 


Sejam juga lah stay dekat situ tapi berbaloi lah duit yang mengalir bersama masa yang terbuang. Happy dah merasa matcha paling sedap tapi kalau nak ke sini lagi nak try REN Matcha pulak sebab dia lagi pekat.