Drama Review | Pyramid Game (2024)

Monday, 18 August 2025


Pengarah: Park So-yeon
Penulis Skrip: Choi Soo-yi
Syarikat Produksi: Film Monster, CJ ENM Studios
Penyiaran: TVING, Paramount+
Genre: Thriller / Mystery
Jumlah Episod: 10 Episod (49-64 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 29 Februari – 21 Mac 2024
Trailer: 


Sung Soo-ji (Bona) merupakan pelajar baru di Baekyeon Girls' High School di Seoul dan ditempatkan dalam kelas Gred 2-5. Kelas dia agak unik kerana terletak di bangunan berasingan dari kelas pelajar-pelajar lain. Waktu rehat mereka juga berasingan dengan pelajar lain. Dalam kelas pula ada seorang pelajar dibuli dengan teruk dan sentiasa mengasingkan diri. 

Pelajar lain hanya berdiam diri semasa Myung Ja-eun (Ryu Da-in) yang dibuli dan Soo-ji juga tak banyak soal kerana dia berpegang pada prinsip jangan membuli dan jangan dibuli. Sangkaan dia meleset setelah menjadi pelajar Gred F dalam Pyramid Game. Permainan ini diselia oleh Ketua Kelas 2-5, Seo Do-ah (Shin Seul-ki) dan akan berlangsung pada setiap hari Khamis di hujung bulan. 


Dalam Pyramid Game ada 5 gred di mana Gred A berada di tangga paling atas dan mempunyai kuasa untuk segalanya termasuklah menentukan sistem pemarkahan dalam kelas. Disusuli dengan Gred B, C, D, E dan terakhir sekali adalah Gred F yang akan menjadi mangsa untuk kehendak ranking di atas dia. Semua ranking akan ditentukan oleh undian pelajar dalam kelas Gred 2-5 dan setiap pelajar mendapat 5 undian. 


Dalam pusingan ke-13, Sung Soo-ji berada di Gred F kerana tiada sesiapa pun yang mengundi dia. Setiap hari Soo-ji akan dibuli oleh Kim Da-yeon (Hwang Hyun-jung) secara fizikal dan tiada yang berani untuk menghalang perkara tersebut kerana risau akan terima nasib yang sama. Hanya Baek Ha-rin (Jang Da-A) sentiasa bantu dan beri kata-kata semangat pada Soo-ji. Bila dibuli, baru Soo-ji rasa perit menjadi mangsa dan berazam untuk hapuskan permainan kasta yang dirasakan melampau batas.


Tahun lepas drama Pyramid Game yang diadaptasikan dari webcomic dengan judul yang sama hasil ilustrasi Dalggonyak jadi sebutan para netizen. Bila dah layan tahun ni baru lah faham kenapa ramai yang recommend untuk layan naskhah thriller misteri arahan Park So-yeon ni. Permainan yang dimasukkan pun dah menarik dan mudah untuk difahami sebab relatable sangat dengan real life. 


Pyramid Game tak lari jauh pun dengan hierarki sosial dalam masyarakat. Kasta paling atas adalah orang kaya seperti Baek Ha-rin (Jang Da-ah) atau popular seperti Im Ye-rim (Kang Na-eon). Kelebihan yang ada pada Gred A dari lahir lagi bagi banyak keistimewaan tanpa perlu bersusah payah seperti gred bawahan. Mencerminkan nasib golongan kasta rendah, penulis masukkan watak Seong Soo-ji yang mampu ubah nasib hidup dia dengan pemikiran yang cerdas dan licik juga berani. 


Watak Ja-eun pula mewakili golongan yang tak mampu bukan sebab tak nak berubah tapi sebab orang atas pilih dia sebagai mangsa. Dalam dunia korporat pun, kalau Gred F tu pekerja yang cemerlang tapi tak disukai oleh boss pun tak guna juga sebab peluang untuk naik dan ubah gaya hidup tu ditutup. Jalan untuk pergi lebih jauh, disekat. 

Dalam naskhah Pyramid Game, nak keluar dari Gred F memang senang secara teorinya tapi untuk dapatkan kepercayaan dari 2 orang pengundi teramatlah payah. Setiap masa berteka-teki siapa yang akan bantu dan siapa pula yang akan tikam dari belakang. Sedihnya, setiap pelajar dalam kelas Gred 2-5 mempunyai sejarah perit akibat dari Pyramid Game. 


Masa tengok watak Do-ah dalam drama Pyramid Game ni rasa familiar sangat muka dia, rupanya dia yang jadi rebutan dalam Single's Inferno 2 (2022). Tak cam sebab rambut dia pendek, hilang terus personaliti feminin dan comel dia. Which is good lah sebab watak dalam drama ni hidup dan meyakinkan. Walaupun ramai debutante dan pelakon baru dalam drama Pyramid Game tapi semua deliver watak masing-masing sesuai dengan apa yang diperlukan oleh skrip.


Pace penceritaan Pyramid Game bergerak pantas kerana durasi yang diberikan agak terhad. Beberapa watak sampingan yang dimasukkan sebagai pelajar kelas Gred 2-5 tak mendapat screentime yang sama. Ada yang muncul dalam beberapa babak tanpa dialog. Mungkin juga sebab pengarah nak sorok kelemahan pelakon-pelakon dia. But that’s okay lah sebab watak-watak utama dah deliver watak masing-masing dengan bagus sampai kita berdebar nak tahu keputusan dari tindakan team Soo-ji dan rakan-rakan dia. 


Watak antagonis pula ada semua kelebihan yang dia perlukan untuk sentiasa berada di hadapan. Kalau kita tak boleh baca corak permainan Soo-ji, kita tak boleh nak baca juga permainan watak antagonis. Walaupun ada beberapa babak yang boleh dijangka tapi penulis pilih untuk mantapkan elemen misteri supaya naskhah Pyramid Game jadi saspens dan mendebarkan. Tak hairan lah kalau 10 episod boleh habis dalam masa yang sangat singkat. 

Cuma yang tak fahamnya kenapa team Soo-ji tak pernah diganggu dengan Ha-rin bila diorang suka melepak dekat kedai serbaneka. Dah lah Soo-ji selalu bincang dengan Jo Seung-hwa (Cho Dong-in) tentang strategi dia dekat situ. Jarak kedai serbaneka dengan Baekyeon Girls' High School tu dekat sangat. 


Emosi masa tengok babak Sung Hee-Seok (Choi Dae-Chul) pujuk balik anak perempuan dia, tapi kenapa penulis tak expose video Im Ju-Hyung (Choi Sung-won) belasah Soo-ji. Video tu patut didedahkan juga sebab dia belasah pelajar semata untuk peras ugut ibu bapa. Netizen pun perlu bash tenaga pengajar dekat situ sebab ada bukti depan mata pun tak bertindak untuk selamatkan pelajar. 

Kalau suka dengan drama All of Us are Dead, Death Game dan Squid Game, boleh layan Pyramid Game jugak. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Gelombang Hilang Dalam Rindu semakin menggila! Kali terakhir fenomena sebegini tercetus di Malaysia adalah menerusi Melur Untuk Firdaus dengan gandingan ikonik Anna Jobling & Meerqeen. Kini, tumpuan sepenuhnya beralih kepada Jazmy Juma dan Tracie Sinidol, pasangan hot yang sedang menjadi bualan ramai.

Rahsia tarikan Jazmy dan Tracie terletak pada chemistry mereka yang begitu natural. Setiap renungan, senyuman kecil dan dialog terasa hidup seolah-olah penonton sedang menyaksikan pasangan sebenar. Paling manis, tanpa perlu sebarang adegan bersentuhan sekalipun, kedua-duanya sudah cukup membuatkan penonton 'cair' dan blushing. 


Lucunya, peminat dari Indonesia juga berharap ada momen lebih mesra antara dua bintang muda ini. Salah satu komen yang dijumpai, “Berharap bngt ada adegan pelukan Eijas sama Aira, 1 kalipun gapapa😭”

Bukan itu sahaja, keserasian mereka turut terlihat jelas di luar skrin. Interaksi spontan di TikTok, termasuk sering berbalas komen, membuatkan peminat percaya bahawa Jazmy dan Tracie adalah pasangan ideal sama ada di dalam atau di luar drama. 


Daripada edit romantik, fan art, hinggalah fan fiction, kreativiti peminat memang tiada batas. Timeline TikTok dan Twitter dibanjiri wajah mereka, dengan tanda pagar sentiasa trending setiap kali episod baharu ditayangkan, sekali gus membuktikan betapa kuatnya pengaruh Jazmy dan Tracie. 

Dengan impak sebesar ini, tidak pelik apabila peminat mula meminta supaya Jazmy dan Tracie digandingkan lagi selepas Hilang Dalam Rindu tamat. Malah, ramai yang yakin mereka adalah perfect match dan tidak sabar menantikan projek baharu mereka bersama.



Hakikatnya, dalam TikTok Live Drama Sangat bersama Dato’ Rosyam Nor dan Jazmy Jumaat lalu, lebih 3,000 penonton serentak membanjiri ruangan komen dengan desakan Hilang Dalam Rindu disambung ke musim kedua, siap ada yang mencadangkan “HDR Raya Special.” 

Dari gelaran ‘golden couple drama Malaysia’ milik Anna Jobling dan Meerqeen, kini baton itu dilihat berpindah ke tangan Jazmy dan Tracie. Populariti melonjak, keserasian semula jadi serta sokongan peminat antarabangsa sudah cukup menjadikan mereka ikon pasangan drama terbaharu.

Hanya 3 episod berbaki! Jangan lepaskan pengakhiran penuh drama ini, Hilang Dalam Rindu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Strim juga episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton di http://www.tonton.com.my.

Astro Membuka Tirai Musim Liga Perdana Inggeris 2025/26 dengan Sambutan Sepanjang Musim untuk Para Peminat | Astro membawa peminat bola sepak di Malaysia lebih dekat dengan Liga Perdana Inggeris melalui penyiaran kesemua 380 perlawanan secara langsung, acara bersama peminat dan sesi tontonan bersama, hadiah eksklusif dan banyak lagi musim ini

Musim Liga Perdana Inggeris 2025/26 kini bermula, dan Asto sekali lagi membawakan liga bola sepak paling mendebarkan di dunia kepada peminat di Malaysia dengan penuh semangat, usaha dan inovasi yang tiada tandingan. Tahun ini, Astro bertekad untuk menghargai peminat dengan pelancaran One for the Fans — penghargaan sepanjang musim kepada nadi bola sepak di Malaysia. One for the Fans adalah cara Astro meraikan peminat setia yang tidak pernah terlepas satu perlawanan, keluarga yang menonton bersama setiap hujung minggu, dan rakan-rakan yang menjadikan setiap perlawanan sebagai satu sambutan meriah.

Setelah bertahun-tahun menyiarkan perlawanan Liga Perdana Inggeris kepada jutaan penonton, Astro kini mengalihkan tumpuan kepada para peminat. Musim ini, aksi bola sepak tidak hanya terhad di padang: ia hidup dalam sorakan di mamak, gurauan dalam perbualan kumpulan, keterujaan di ruang tamu, hinggalah ke sambutan yang berlanjutan di sekitar kita, Astro merakam setiap detik kemenangan, kekecewaan, dan saat gemilang yang menjadikan bola sepak lebih daripada sekadar satu sukan.

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Astro, berkata, “Peminat bola sepak di Malaysia adalah antara yang paling bersemangat di dunia. Mereka menjadikan setiap perlawanan sebagai suatu sambutan penuh kemeriahan, setiap jaringan sebagai suatu kenangan, dan setiap musim menjadi suatu kisah yang dikongsi bersama. Dengan One for the Fans, Astro membawa Liga Perdana Inggeris lebih dekat berbanding sebelum ini, dengan memberikan akses yang lebih mudah, liputan yang tiada tandingan, dan pengalaman tontonan terbaik di mana-mana skrin. Siaran Liga Perdana Inggeris di Astro tiada tandingannya, dan musim ini, kami meletakkan peminat di hadapan segala aksi.” 

One for the Fans bukan sekadar slogan; ia adalah komitmen Astro untuk mendekatkan peminat dengan sukan yang mereka cintai. Musim ini, nantikan:

Liputan Terbaik: Kesemua 380 perlawanan dibawakan secara langsung, analisis pakar, perlawanan terpilih dalam 4K UHD, dan ulasan dalam pelbagai bahasa, kerana peminat berhak untuk mendapat yang terbaik.

Acara Bersama Peminat & Sesi Tontonan Bersama: Daripada sesi berkumpul di hadapan skrin besar hinggalah tayangan komuniti di peringkat akar umbi, Astro akan turun padang bertemu peminat.

Peraduan & Hadiah Menarik: Astro menghargai mereka yang menjadikan perlawanan bola sepak begitu istimewa dengan ganjaran seperti, barangan eksklusif, pengalaman hari perlawanan, serta peluang menyaksikan perlawanan kegemaran secara langsung di UK.

Penglibatan Peminat yang Lebih Luas: Dari pengambilalihan media sosial hinggalah sorakan peminat, suara peminat akan memainkan peranan lebih besar dalam liputan hari perlawanan.

Untuk menjadikan musim ini lebih mengujakan, Astro sekali lagi bekerjasama dengan Wonda Coffee, Zetrix oleh MYEG, dan YES sebagai penaja penyiaran rasmi bagi musim Liga Perdana Inggeris 2025/26. Rakan kongsi yang dipercayai ini berkongsi semangat Astro dalam menyampaikan hiburan bertaraf tinggi dan menghubungkan peminat bola sepak di seluruh negara.

Cara Menonton Kesemua 380 Perlawanan Secara Langsung

Peminat di Malaysia boleh menonton kesemua 380 perlawanan Liga Perdana Inggeris secara langsung di Astro, sooka dan NJOI, bermula dari perlawanan pertama pada 15 Ogos hingga hari terakhir musim baharu ini.

Astro: Pelanggan Pek Sports Astro akan mendapat akses ke semua 380 perlawanan Liga Perdana Inggeris secara langsung di saluran Astro Premier League, dengan beberapa perlawanan terpilih tersedia dalam 4K UHD melalui Ultra Box. Pelanggan juga boleh strim perlawanan pada bila-bila masa, di mana sahaja melalui Astro GO.

sooka: Strim semua perlawanan Liga Perdana Inggeris secara langsung di sooka dengan pelan Sports & Entertainment dan ke atas. Untuk tontonan melalui TV, pelanggan boleh melanggan Pelan Premium sooka dan menikmati tawaran istimewa laman web selama 3 bulan bermula dari RM29.60/bulan (harga asal RM47.10). Bagi peminat yang inginkan lebih, sooka turut menawarkan promosi ulang tahun khas untuk masa terhad iaitu, pakej 24 bulan Pelan Premium sooka hanya dengan RM462, sesuai untuk menikmati dua musim penuh aksi Liga Perdana Inggeris. Layari https://sooka.my/ untuk maklumat lanjut dan tawaran menarik.

NJOI: Kesemua perlawanan langsung Liga Perdana Inggeris boleh ditonton melalui Pek Sports Mega dengan harga RM15*/hari, RM47*/30 hari, RM103*/90 hari dan RM138*/120 hari. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati akses percuma selama 30 hari ke Pek Sports Mega dengan pembelian NJOI Box, bermula dari hanya RM162. Kini tersedia di njoi.com.my.

Jangan lepaskan sebarang detik aksi Liga Perdana Inggeris musim ini. Pelanggan baharu dan sedia ada yang bukan pelanggan Pek Sports boleh melanggan Pek Sports Astro One dengan hanya RM99.99/bulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Sports dengan hanya RM189.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari http://www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

*Semua harga yang dinyatakan di atas adalah tidak termasuk SST, kecuali dinyatakan sebaliknya.

Minggu pertama ‘Kilauan Emas 2025’ menyaksikan peserta Mazleen di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 77.50%, diikuti oleh Zekrai (75.49%), dan Nawary (75.25%). Menarik perhatian barisan juri dan para penonton dengan persembahan nyanyian lagu Antara Hujan Dan Air Mata oleh penyanyi Sudirman, Kinar telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week di segmen terakhir. 

Minggu Bukak Panggung ini juga menyaksikan dua peserta Majid dan juga Ezan berada di kedudukan bawah apabila mendapat markah keseluruhan terendah. 

SENARAI LAGU

Vijay - Di Desa Kasihmu Tertumpah - DJ Dave (67.71%) 

Nawary: Hapuslah Air Matamu - Sharifah Aini (75.25%)

Zekrai: Tiada Lagi Kidungmu - Lefthanded (75.49%)

Mazleen: Akulah Kekasihmu - Francisca Peter (77.50%)

Ben: I Want to Break Free - Queen (68.68%)

Nurul: Ada Ubi Ada Batas - Saloma (57.58%)

Majid: Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo (57.07%)

Zanie: Tua Mengejar Kita - Fauziah Latiff (72.96%)

Shah: Menanti Ambang Syurga - Ahmad Jais (67.05%)

 Leeza: Menghitung Hari - Salamiah Hassan (66.41%)

Kinar: Antara Hujan dan Airmata - Sudirman (68.54%)

Ezan: Baby One More Time - Britney Spears (47.46%)

INFO ‘KILAUAN EMAS 2025’

• Seperti musim sebelumnya, persembahan setiap peserta menerusi Kilauan Emas 2025 akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang  merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di nrumah.

• Juara musim kali ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.

• Penerbitan Kilauan Emas 2025 turut disinarkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak sebagai rakan digital, serta SINAR dan GEGAR sebagai rakan radio rasmi. Program ini boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Saksikan episod baharu Kilauan Emas 2025 pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), On Demand, Astro GO dan sooka.

TAK SANGKA! KAKAK SOPHIA ALBARAKBAH RUPANYA FINALIS CAT FASHION WEEK!

Sunday, 17 August 2025

TAK SANGKA! KAKAK SOPHIA ALBARAKBAH RUPANYA FINALIS CAT FASHION WEEK! | Gen Glamor Keluarga Albarakbah? Si Bulus Pun Dapat!

Peminat kucing di luar sana! Esok jam 9.00 malam di TV3, siap sedia untuk terhibur dengan gelagat si comel Chibbu, kucing kesayangan Sharifah Nurulawwal atau lebih mesra dipanggil Awwal, yang juga kakak kepada Sophia Albarakbah, di pentas akhir Cat Fashion Week.


TIME STAMP : 37:52 until 40:52

Minat keluarga ini terhadap kucing memang luar biasa, ada yang membela hingga 22 ekor si bulus! Namun, Chibbu bukan calang-calang kucing. Si kumbang manja ini sentiasa menjadi rebutan, daripada hobi peliknya gemar makan buah tembikai sehinggalah kegemarannya diurut. Memang betul-betul persis manusia!

Lebih menarik, setiap kostum Chibbu direka khas oleh tuannya sendiri yang juga seorang pereka fesyen. Menjelang pentas akhir esok, penonton bakal menyaksikan mereka tampil dengan tema Kerajaan Mesir Purba bersama hiasan batu permata serta fabrik eksklusif, selepas menggayakan karakter lanun ketika sesi ‘pre-judging’ tempoh hari. Komitmen Awwal sebagai ‘cat parent’ jelas terbukti demi memastikan si bulus kesayangannya mencuri perhatian di malam kemuncak Cat Fashion Week. 

Adakah Chibbu akan muncul sebagai juara ‘meow-jikan’ yang dinanti-nanti? Jangan lepaskan peluang untuk menonton Pentas Akhir Cat Fashion Week esok, jam 9.00 malam, hanya di TV3!

Giliran Kumpulan Ayu & Bella dibawah mentor Namie meninggalkan pentas The Chosen One XTRA pada minggu keempat selepas mendapat tempat kedua pada minggu lepas. Dengan tema IRL: We Listen, We Don’t Judge, Ayu & Bella gagal menarik perhatian para juri dengan persembahan mereka yang mengadunkan dua lagu iaitu Bujang Senang oleh Wings dan Pawana oleh Search, lantas disingkirkan. 

Minggu ini menyaksikan Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil) sebagai juri jemputan disamping Dato’ Awie dan Sharifah Shahirah. Minggu ini turut menyaksikan Kumpulan Iaman & Saputra dibawah mentor Naqiu di kedudukan pertama, merampas takhta daripada Kumpulan Iman, Adawiya & Nikki Palikat yang telah memenangi pusingan pada minggu lepas. 

SENARAI LAGU

Usop, Alif & Yusuf - Bukan Niatku (Iklim) + Ada Gajah Dibalik Batu (Wali Band)




Acey, Rayyan & Dahlia - Berjuta Batu (Alleycats) + Kita Usahakan Lagi (Sebatas Senja)


Niki Palikat, Adawiyah & Iman - Fly Me to the Moon (Count Basie and Frank Sinatra)


Tuju, Loca B, Fana, Ayu - Jauhari (Tuju & Loca B)

Naqiu, Iaman & Kumpulan Saputra - Penglipur Lara (Hazama)



Namie, Ayu & Bella - Bujang Senang (Wings) + Pawana (Search)

INFO PROGRAM THE CHOSEN ONE XTRA

• The Chosen One XTRA bukan sekadar memfokuskan bakat nyanyian sahaja, malah juga akan menonjolkan bakat-bakat lain seperti tarian, akrobatik, kebolehan bermain instrumen muzik dan sebagainya.

• Musim ini kembali dengan membawakan barisan artis baharu sebagai ‘coach’ selebriti kepada para bintang cilik seperti Namie, Nikki Palikat, Achey, Tuju & Loca B, Bunga, Usop dan juga Naqiu.

• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.

• Juara ‘The Chosen One XTRA’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 40,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 30,000, RM 20,000 dan RM 10,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.

• Pentas akhir program ini akan turut menobatkan anugerah Coach Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000, serta anugerah Persembahan Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000 yang akan ditentukan melalui undian para penonton melalui laman web www.thechosenone.com.my.

Saksikan episod baharu The Chosen One XTRA setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), serta secara On Demand di Astro GO dan sooka. Siapakah yang bakal menjadi The Chosen One XTRA musim ini?