![]() |
Driver of the Day - Sheera |
![]() |
I mean..... look at thissss!!! |
![]() |
Peach and Apple Strudels! |
![]() |
Aneka pai |
SPX Meraikan Pemerkasaan Wanita | Kurier e-Dagang mengambil 40 kali ganda pekerja wanita sejak dua tahun lalu
SPX, pembekal perkhidmatan penghantaran kumpulan SEA dengan 118 hab di seluruh negara meraikan dua tahun memperkasakan wanita dan merapatkan jurang jantina dalam industri kurier yang secara tradisionalnya dikuasai lelaki.
Sejak 2021, SPX telah mengatasi pesaingnya dengan memperkenalkan inisiatif terangkum di tempat kerja dan meningkatkan pekerja wanita sebanyak 40 kali ganda dalam pelbagai peranan pengurusan seperti penyelia, ketua hab dan ketua syif. Ini termasuk di bahagian operasi seperti pengisihan, penghantar dan penunggang. Kini, sebanyak 13% penghantar dan 40% pengisih adalah wanita. SPX juga satu-satunya rakan kongsi kurier e-dagang di Malaysia yang diterajui pengarah wanita, Cheah Lee Sun.
“Saya mengalu-alukan wanita penghantar di seluruh negara kerana tidak memandang industri ini dipelopori lelaki. Tiada pekerjaan yang terlalu berat bagi wanita di sini, sama ada tugas itu memerlukan mengangkat barang berat atau memandu kenderaan komersial. Semua orang dialu-alukan, dalam semangat keterangkuman dan memberi sokongan kepada peningkatan kemahiran bakat tempatan di komuniti yang kami beroperasi,” kata Lee Sun, Ketua SPX.
Polisi Terbuka di Seluruh Syarikat untuk Tempat Kerja Lebih Selamat
Lee Sun berkata, mendapatkan kapasiti logistik tambahan pada kemuncak kempen e-dagang boleh menjadi sangat kompetitif. Dia turut melawat hab-hab SPX, kemudahan pengisihan dan gudang. Malah, Lee Sun turut mengikuti penghantar lelaki dan wanita bagi memastikan setiap pekerja diberi layanan sama rata, seterusnya memberi maklum balas untuk mempertingkatkan prestasi. SPX telah melaksanakan inisiatif Polisi Terbuka bagi pekerja melaporkan isu berkaitan integriti atau gangguan tanpa perlu mendedahkan nama pengadu.
Siti Sakinah Yusof, 33, mula bertugas sebagai penyelia kontrak di hab Kuala Terengganu Selatan. Berpegang teguh kepada integriti dan beretika melayakkan dia diserap sebagai pekerja tetap dengan SPX. Sebagai ibu kepada tiga anak, Siti Sakinah menjadi contoh mewujudkan persekitaran pekerjaan yang positif dan boleh dipercayai. “Wanita harus tahu bagaimana untuk melindungi diri dan jangan teragak-agak untuk menegur individu dengan tingkah laku yang tidak beretika," katanya.
Fleksibiliti Kerja Memacu Prestasi Lebih Baik
Sebagai pelatih Program Pemangku Pengurus Kawasan, Nadiah Mohd Shukor, 34, menjaga kebajikan pekerja wanita yang mempunyai anak-anak di hab seliaan di Hulu Langat, Balakong, Serdang, dan Titiwangsa. “Saya memastikan mereka mengambil cuti apabila anak sakit, rehat tengahari dan makan secukupnya ketika kerja, walaupun pada waktu kemuncak," katanya. Sebagai ibu kepada tujuh anak, Nadiah memahami keperluan segelintir pekerja wanita dengan dua pekerjaan yang perlu bekerja mengikut syif.
Lee Sun menyokong usaha tersebut yang memperkasakan wanita dengan memberi kelonggaran untuk menguruskan jadual penghantaran sambil membina kerjaya sendiri. Ketika bekerja sebagai penghantar SPX, golongan ibu boleh menghantar anak-anak ke sekolah sambil menguruskan penghantaran bungkusan sebelum syif tamat.
Menghantar Dengan Lebih Empati
Hasil daripada dasar pengambilan pekerja yang inklusif, terdapat budaya pematuhan dasar, disiplin dan pembinaan komuniti yang menggalakkan di SPX. “Lebih berhati-hati dalam mengendalikan bungkusan dan mengingati pelanggan setia kami merupakan sikap yang diterapkan oleh wanita yang bertugas di semua kawasan kami. Berdasarkan pemerhatian ketika mengikuti mereka bertugas, saya dapati mereka lebih bersabar, sopan dan mengambil berat terhadap orang di sekeliling,”' kata Lee Sun.
Ruzita Puzi, 45, mempunyai 20 tahun pengalaman kerja dalam industri kurier dan dia berazam untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk wanita di Kedah di hab Alor Setar. “Saya mahu wanita dari semua lapisan masyarakat untuk percaya kepada diri sendiri kerana mereka juga boleh berjaya, sama ada dalam perniagaan atau memegang peranan kepimpinan dalam syarikat. Sebelum ini, hab tersebut tiada pekerja wanita. Kemudian, kami mengupah dua wanita untuk bekerja sebagai pengisih dan berharap dapat mengambil lebih ramai wanita untuk menutup jurang jantina,” katanya.
Sementara itu, sempena sambutan Hari Malaysia, penghantar SPX di seluruh negara berganding bahu untuk menghantar sebanyak 15,000 buku percuma berjudul Unveiling Malaysian Gems kepada pelanggan tetap sambil mengibarkan bendera negara dan mengambil gambar. Buku ini mengetengahkan perniagaan milik wanita di setiap negeri dengan segelintir mereka menyokong wanita dalam komuniti dengan mengupah dan memasukkan ke dalam perniagaan yang diusahakan.
*****************************
About SPX
Launched in 2020, SPX offers reliable and cost-effective delivery services across Southeast Asia, supporting SMEs, brands, and sellers. In Malaysia, it operates a nationwide network of delivery centers across 118 hubs. SPX continues to innovate its services, introduce new technologies, and develop local talent to serve customers better in the country. https://spx.com.my/
Selepas mendapat sambutan yang hangat pada tahun lepas, Astro kini kembali menjelajah bersama Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus dalam Sepahtu Reunion Live TOUR 2023 bermula Oktober ini. Aktif sebagai pelawak dalam industri hiburan buat hampir sedekad menjadikan Sepahtu sebuah nama yang tersohor sehingga mampu mempunyai pengikut-pengikut tegar di seluruh negara. Apatah lagi penjelajahan pertama yang dilakukan mereka pada tahun lepas telah mendapat sorakan yang kuat serta reaksi yang memuaskan daripada para peminat yang sanggup hadir ke lokasi-lokasi penjelajahan dari jauh semata-mata untuk menyaksikan persembahan mereka secara LIVE.
Menyahut permintaan para peminat yang ingin melihat mereka beraksi sekali lagi, Astro kini menyambung penjelajahan ini buat kali kedua bersama-sama dengan warga Johor Bahru. Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus bakal membawa gelagat-gelagat mereka dalam variasi sketsa dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk meluangkan masa bersama para peminat serta sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka.
Sepahtu Reunion Live Tour 2023 akan berlangsung selama dua hari di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru pada 6 dan 13 Oktober 2023, membawa pelbagai sketsa dan lakonan spontan tetapi padat dengan pengajaran berdasarkan isu-isu semasa.
Elemen istimewa yang digemari para penonton menerusi penjelajahan ini adalah konsep interactive yang dibawa dengan mengadakan sesi bersama para penonton seperti membalas pickupline atau menyertai persembahan mereka, selain menampilkan rakan-rakan selebriti popular dan tetamu undangan misteri yang akan membuat kemunculan dalam sketsa mereka.
Aktiviti kemuncak yang dikekalkan daripada penjelajahan pertama adalah pemilihan pakaian mengikut tema paling menarik di kalangan penonton yang hadir iaitu dalam The Best Audience OOTD serta pencarian penonton yang paling berbakat untuk menyertai mereka di atas pentas.
Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, berkata “Reaksi, sorakan dan tepukan yang diberikan ketika penjelajahan pertama bersama Sepahtu pada tahun lepas memberi inspirasi kepada kami untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti bersama para peminat. Ternyata ramai yang ingin menyertai penjelajahan ini untuk berjumpa dan meluangkan masa bersama mereka.
Oleh kerana sambutan di Johor tahun lepas amat mengagumkan, tahun ini kami akan berada di Johor Bahru selama dua hari. Kami juga ada merancang untuk ke negeri-negeri yang lain dan pastinya berita gembira itu akan diumumkan kemudian. Kami berharap para peminat yang tidak berpeluang untuk hadir pada tahun lepas dapat menyertai penjelajahan kali ini. Akhir kata, pihak Astro tidak sabar untuk bersama-sama peminat-peminat komedi dan pelanggan-pelanggan Astro di Johor Bahru”, tambah Norzeha.
Sepahtu Reunion Live TOUR 2023 ini akan berlangsung pada setiap hari Jumaat, bermula pada pukul 8.00 malam. Para peminat yang ingin menonton Sepahtu secara LIVE di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru boleh mendapatkan tiket di http://t2u.asia/e/32538 dengan harga RM250 (Zone 1), RM100(Zone 2), RM100 (Zone 3), RM80 (Zone 4) dan RM40 (Zone 5). Bagi pembelian tiket di Zone 1, mereka akan mendapat hadiah eksklusif Sepahtu Reunion Live Tour iaitu Payung Ekslusif dan woven bag.
Eksklusif untuk para pelanggan Astro, mereka boleh melanggan masuk menerusi aplikasi My Astro untuk menebus tiket secara percuma. Tiket adalah terhad kepada 5 tiket bagi setiap akaun. Sepahtu Reunion Live TOUR 2023 akan menjelajah ke Johor Bahru pada 6 dan 13 Oktober ini di Stadium Tertutup Arena Larkin, jam 8.00 malam. Persembahan penjelajahan ini juga akan ditayangkan secara langsung di Astro Warna (Saluran 107) pada hari dan masa yang sama. Para pelanggan juga turut dapat strim rancangan ini menerusi On Demand di Astro Box dan Astro GO.
Keputusan Pemenang Birthday Giveaway
Thursday, 21 September 2023
Hi semua!
First of all, terima kasih sangat sebab join dan bagi ucapan sweet untuk birthday I bulan ni. Ada yang ingat birthday I 10 Ogos sebab tarikh tu I announce untuk giveaway tapi tidakkkk. Birthday I, 3 September lepas. I umumkan awal sebulan sebab nak tarikh akhir tu jatuh pada tarikh birthday tapi busy dengan hal lain sudahnya terlajak sampai 10 Ogos.
Anyway, terima kasih yang bagi ucapan dan hadiah. I appreciate sangat. Maaf juga sebab lambat umumkan pemenang sebab ada banyak event sampai tak sempat nak belek pun blog. Ni pun curi update sebab line cable rosak dekat office haha.
Okay untuk pemenang, I pilih berdasarkan kreativiti masing-masing tapi jangan risau, semua dapat hadiah sebab penyertaan tak ramai pun.
Pemenang RM5
1. Honeybie
2. Rabia
3. Syafiqah Hatta
4. Sii Nurul
5. Tiara Sapphire
6. Syikin Razali
7. Sharhanah
8. Syazni Rahim
9. Dear Anies
10. Kasihku Amani
11. Suria Amanda
12. Mamapipie
13. Naim (PemudaTTBC)
14. Sheila Arshad
15. Cik Nor (saranur74)
16. Syuhada Salleh
Pemenang Khas
1. Cuya
Memandangkan Cuya craving Kepci atau Mekdi dalam ucapan dia, kita belanja lah satu set Kepci. Bukan I je terhibur baca entri dia, orang lain pun rasa seronok sekali. Jadi fair lah kalau I bagi hadiah special sikit kan? Terima kasih dan tahniah Cuya :)
2. Mummy Ayu
Terima kasih Kak Ayu untuk ucapannya, kita yang baca pun rasa happy. Nanti saya belanja kopi tau. Akak komen je nak kopi apa nanti sampai la tu hihi
Kepada semua pemenang, boleh share nama penuh, nama bank dengan no akaun. Tinggalkan je di bahagian komen, nanti masuk lah tu hadiahnya.
Saksikan bakat-bakat tarian terhebat Malaysia di Battleground Malaysia: Road To Gold
Wednesday, 20 September 2023
Saksikan bakat-bakat tarian terhebat Malaysia di Battleground Malaysia: Road To Gold | Nantikan tayangan perdana di Astro pada 29 September 2023
Rancangan Astro, Battleground Malaysia: Road to Gold (#BTGMY) merupakan pertandingan sukan tarian ‘street dance' terbesar di Malaysia yang menampilkan penari-penari unggul negara, dan bakal menemui penonton mulai 29 September 2023, setiap Jumaat pada pukul 10 malam. Rancangan ini akan bersiaran menerusi Astro RIA, Vinmeen, Showcase dan Astro AEC.
Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan, dan diperkasakan oleh Rakan Muda yang diberi nafas baharu menerusi jenama gaya hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik. Para peserta yang disenarai pendek daripada ratusan belia dari seluruh pelusuk negara, telah mengujakan para hakim ketika uji bakat on-ground di AEON Mall Shah Alam pada bulan Julai lalu. Battleground Malaysia: Road to Gold yang disajikan kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira umur ataupun golongan etnik, akan dihoskan dalam tiga bahasa oleh Sherry Alhadad, Dennis Yin dan Saint TFC. Pelakon, pelawak dan penyanyi rap tersohor negara, Zizan Razak akan memegang tugasan sebagai juri.
Pertandingan ini memaparkan empat kapten tarian terkemuka yang ditugaskan untuk memilih kru seramai sepuluh orang berdasarkan kebolehan menari mereka. Kapten-kapten ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA acara Breaking Lego Sam, wakil Malaysia ke Sukan SEA Khenobu, ahli kumpulan muzik 3P (Threee Production) Danny Lee dan juara Astro Battleground 2010 & 2011 Seven. Mereka akan membentuk pasukan masing-masing dengan menguji kemahiran penari-penari yang bertanding menerusi pelbagai cabaran. Rancangan ini turut membawa penari-penari dari pelbagai latar belakang untuk bertarung dengan gaya ‘street dance’ mereka. Hanya penari yang terhandal akan kekal dalam pertandingan ini.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh, “Breaking merupakan sukan terkini yang diperkenalkan di Sukan Olimpik Paris 2024. Dengan kerjasama Astro menerusi Battleground Malaysia: Road to Gold, Kementerian amat komited untuk membantu para penari yang berbakat besar dengan memantapkan kemahiran mereka dalam bidang tarian serta mencungkil ramai lagi bakat yang boleh mewakili Malaysia di persada antarabangsa dalam sukan tarian termasuk di Sukan Olimpik kelak.”
“KBS berharap agar Battleground Malaysia: Road to Gold akan menjadi platform untuk mencungkil bakat belia Malaysia, memperkasakan mereka menerusi peluang, mentor dan latihan yang diberikan oleh ahli profesional yang berkaliber, dengan aspirasi untuk memupuk generasi baharu atlet Malaysia yang akan bersinar di pentas dunia.”
Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, “Kami berbangga kerana diberikan peluang ini untuk mencungkil dan mengembangkan bakat-bakat tarian bersama Kementerian Belia dan Sukan menerusi Battleground Malaysia: Road to Gold. Rancangan realiti menarik ini menguji para peserta ke tahap maksimum dengan memberikan mereka pelbagai cabaran menari. Dengan adanya kapten- kapten berpengalaman, mereka mampu berkongsi ilmu untuk mengasah kemahiran para penari untuk pergi lebih jauh. Kami tidak sabar untuk menobatkan juara pada peringkat akhir secara langsung kelak di hadapan para penonton termasuk para pelanggan Astro menerusi program Astro Rewards.”
Astro akan mengadakan grand finale secara langsung pada 3 November 2023 di mana hanya pasukan tarian terhandal akan bertanding di hadapan juri-juri antarabangsa. Kru juara akan membawa pulang RM100,000, manakala naib juara akan menerima RM30,000. Selain daripada itu, peserta-peserta dalam kru juara akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hadiah tambahan RM25,000.
Saksikan pertandingan sukan tarian ‘street dance’ terbesar di Malaysia, Battleground Malaysia: Road to Gold menerusi Astro RIA (Saluran 104), Vinmeen (Saluran 202) & SHOWCASE (Saluran 413) setiap hari Jumaat, 10 malam mulai 29 September 2023. Saksikan jua di Astro AEC (Saluran 306) setiap Sabtu 11 malam mulai 30 September 2023.
RIOT! PAPAR ISU GANGGUAN SEKSUAL, BULI SIBER DALAM KALANGAN ANAK MUDA | Siri yang menggabungkan genre drama, muzik dan 'supernatural' ini bakal membuka tirai saluran baharu, Astro Premier
Astro sekali lagi mencabar norma naratif industri hiburan dengan mempersembahkan ‘Riot!’, drama siri premium Astro Originals terkini terbitan Astro Shaw. Siri kali ini mempaparkan barisan pelakon generasi muda yang menunjangi penceritaan diinspirasikan daripada peristiwa yang memang berlaku di negara kita menerusi pendedahan sisi-sisi gelap di sebalik kes-kes gangguan seksual di kalangan remaja.
Pelanggan Astro boleh strim drama premium ‘Riot!’ lebih awal di platform On Demand bermula 22 September, 12.00 tengah malam atau di saluran baharu Astro Premier (Saluran 410) pada hari yang sama, jam 9.00 malam. Saluran Astro Premier akan menghimpunkan kesemua drama premium dari Astro Originals yang dikenali sebagai pembikin kandungan-kandungan berkualiti tinggi yang memberikan penceritaan menjangkau luar jangkaan para penonton, termasuklah drama premium dari platform Cina dan India, serta daripada platform OTT lain.
Drama premium rantaian sebanyak 10 episod yang membawakan tagline “Rebel with a cause’ ini menceritakan kisah fiksyen sebuah band, Langkah Mayat yang memainkan muzik protes untuk menyuarakan keadilan untuk mangsa-mangsa ketidakadilan di kampus mereka. Penyanyi utama mereka, Sal yang merupakan mangsa gangguan seksual oleh pensyarahnya bersama-sama rakan seperjuangannya Feeqi, Kristy dan Wid berhasrat untuk memainkan lagu-lagu mereka untuk membawa kesedaran mengenai isu gangguan seksual.
Namun, setiap ahlinya mempunyai kisah tersendiri serta masa lampau yang gelap. Dalam perjuangan mencari keadilan, mereka berdepan dengan pelbagai kejutan dan rahsia gelap yang menguji bukan hanya persahabatan mereka, tetapi juga diri mereka yang sebenar. Menerusi penceritaan yang penuh dengan perasaan dan dramatik, isu-isu taboo seperti gangguan seksual serta tindakan berbentuk silencing victims dikupas secara mendalam terutamanya impak atau kesan terhadap mangsa.
Astro Melancarkan SYOK dan My Astro pada Ultra Box dan Ulti Box
Tuesday, 19 September 2023
Astro Melancarkan SYOK dan My Astro pada Ultra Box dan Ulti Box | Pelanggan Astro akan mendapat akses kepada 14 aplikasi premium
Aplikasi SYOK dan My Astro kini boleh diakses oleh lebih 930 ribu pengguna Ultra Box dan Ulti Box. Dengan penambahan ini, pelanggan Astro akan menerima akses kepada 14 aplikasi premium secara keseluruhan. Astro Box kini memberi tawaran hebat kepada penstriman hiburan dan penstriman radio berkualiti tinggi yang merangkumi berita, artikel, video, podcast, peraduan dan kemas kini trafik, juga pengurusan langganan yang lancar. SYOK merupakan aplikasi gaya hidup dan hiburan tempatan, dicipta oleh rakyat Malaysia untuk semua masyarakat Malaysia. Manakala, My Astro adalah portal mudah-untuk-digunakan yang membantu para pelanggan Astro untuk mengurus akaun Astro mereka.
Tambahan kepada kesemua jenama Astro Radio, pelanggan juga boleh menikmati 60 stesen radio dalam talian di Astro Box dengan pelbagai jenis dan kompilasi muzik yang menawarkan pendengar genre dan kategori muzik kegemaran mereka merentasi bahasa, termasuk balada, klasik, muzik akustik, muzik tarian, muzik senaman, K-pop, hip-hop, kegemaran di tahun 70an, 80an, dan 90an, rock, Jiwang, Cintan, Nasyid, Arab, lagu Bollywood, Irama Malaysia, Dangdut dan banyak lagi.
Pelanggan juga boleh mengakses lebih 360 podcast dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil yang popular dan pemenang anugerah, termasuk Life Confession, Sembang Atas Dulang, Selebriti Podcast, menampilkan selebriti seperti Ziana Zain, Dato' Sheila Majid, Moon Parenting Tips, Master Kong Paranormal Cases, Raagavil Marma Desam, Pei Diari with Lingkesvaran, dan banyak lagi.
Selepas mendengar maklum balas pelanggan kami, kami juga telah mengaktifkan pengurusan langganan lancar di My Astro yang membolehkan pelanggan Ultra Box dan Ulti Box mengakses aplikasi ini terus pada TV, selain daripada peranti mudah alih mereka. Pelanggan kini boleh klik pada pautan 'My Astro' di rel pada halaman utama kotak mereka untuk melihat butiran akaun atau tukar/kemas kini langganan mereka.
Nikmati ciri-ciri My Astro di Ultra Box dan Ulti Box anda:
- Pengurusan akaun: Semak baki tertunggak, butiran langganan, kemas kini nombor telefon berdaftar anda dan banyak lagi.
- Kemudahan pembayaran bil: Anda kini boleh membayar bil dengan mudah melalui kod QR pada TV anda.
- Pembelian add-ons: Dapatkan lebih banyak aplikasi penstriman, saluran atau pas masa terhad ditambahkan pada langganan anda seperti Viu, Sports Extra, saluran Korea atau Kanak-kanak, Liga Malaysia atau pas Piala Dunia Ragbi dan banyak lagi.
- Menaik taraf Pek TV anda: Pelanggan boleh bertukar kepada Pek TV Astro baharu kami yang disusun khas untuk kemudahan dan penjimatan yang lebih baik.
Pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi My Astro pada peranti mudah alih mereka untuk menerima ganjaran eksklusif termasuk tiket konsert Sid Sriram, pas ke Sepahtu Reunion Live Tour di Johor dan tiket acara langsung sukan.
Berikutan pelancaran aplikasi ini, pelanggan boleh menikmati lebih 14 aplikasi premium di Astro termasuk Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, ZEE5, WeTV, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+, BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Qalbox, Astro GO, My Astro dan SYOK.
Akses SYOK dan My Astro melalui Ultra/Ulti Box serta muat turun aplikasi untuk peranti mudah alih melalui pautan di bawah:
SYOK: Google Play | iOS App Store
My Astro: Google Play | iOS App Store