Penulis : Shaz Johar
Penerbit : FIXI
Helaian : 299
mukasurat/ 36 bab
Genre : Misteri
Tarikh Cetakan :
Cetakan Pertama – November 2012
Cetakan Kedua –
Disember 2012
Cetakan Ketiga – Mac 2013
Cetakan Keempat – April
2013
Cetakan Kelima –
September 2013
Cetakan Keenam –
April 2014
Cetakan Ketujuh – Mei
2014
Harga : RM 20
Sinopsis :
Review:
Antara novel betseller circa 2012
hingga 2014. Baru sekarang dapat baca kisah di sebalik Mental ni. Mengisahkan
tentang Maya yang bekerja sebagai orang gaji di rumah Tuan Jin, Sierra dan dua
orang anak – Rashid dan Nia.
Cerita bermula bila Maya larikan
diri dari rumah gila bila dia dah tak tahan dan jumpa dengan Kisha di bus stop
yang dah 5 tahun tunggu kekasih hati datang. Maya rasa Kisha buat kerja
sisa-sia tapi Kisha okay je sebab dia dah biasa hidup macam tu.
Maya pun buka cerita tentang
kehidupan dia di rumah gila sebab dia nak share beban yang dia tanggung.
Lagipun dia bukannya jumpa Kisha lepas ni sebab tu syarat dia bercerita. Kalau
jumpa pun buat tak kenal je.
Tuan Jin bukan setakat majikan
dia tapi ada hubungan sulit juga dengan Maya. Setiap hari jam 11 pagi Tuan Jin
akan balik untuk dapat ‘habuan’ dia. Puan Sierra pula selalu sakit dan busy
dengan kerja dekat luar. Rashid ada penyakit BIID – Body Integrity Identity
Disorder bila dia benci dengan mana-mana anggota tubuh badan dia. Macam kes
Rashid dia benci dengan tangan kanan dia sebab dia kata tangan tu buruk dan
kepunyaan hantu. Nia pula cuba untuk belajar agama Kristian.
Hari Maya penuh dengan kerja
rumah dan kena layan kerenah semua ahli keluarga Tuan Jin. Hari cuti pula dia
luangkan masa dengan Benjamin, jiran sebelah rumah yang syok dengan dia. Maya
suka jugak tapi takut kalau Tuan Jin dapat tahu. Tambah pula Rashid bagitahu
Benjamin bunuh orang gaji dia, Yanti.
Rashid selalu ugut Maya untuk
potong tangan kanan dia kalau tak, Rashid hantar gambar Maya dengan Tuan Jin tengah
overtime. Dalam usaha untuk ubatkan Rashid, Dr. Salman cuba untuk berjumpa
dengan Maya sebab nak korek tentang Raudhah yang hilang beberapa tahun yang
lalu.
Jalan cerita first half novel
Mental ni banyak berkisar tentang keluarga Tuan Jin dan hubungan Maya dengan
Benjamin. For me, watak Maya agak annoying. Dia nampak macam konservatif dan
orthodox tapi justify perbuatan diri dia supaya nampak normal padahal dia pun
sama gila je dengan keluarga Tuan Jin.
Entah apa masalah dia dengan Puan
Sierra entah. Kalaupun Puan Sierra nak bercerai dengan Tuan Jin tu bukan
masalah dia. Bak kata Puan Sierra, kalau dia tak dapat companionship dari Tuan
Jin macam apa yang dia harapkan di awal perkahwinan, kenapa Maya nak sibuk?
Maya jugak perosak kebahagiaan Puan Sierra dan Tuan Jin.
Penulis terlampau banyak
elaborate details yang tak perlu sampai rasa draggy bila baca novel ni.
Sudahnya baca dialog je itupun menyampah dengan karakter Maya sebab monolog dan
dialog dia tak bagi impak kepada cerita pun. Cuma merapu dan bermain dengan
perasaan sendiri je.
Sayang sebab penghujung cerita ni
ada plot twist yang agak mindblowing walaupun predictable dekat beberapa bab
sebelum tu. Nak sampai ke penghujung cerita tu agak seksa lah sebab nak kena
hadap perangai Maya dulu. Suka baca part Maya dengan Benjamin sebab watak
Benjamin agak cantik diolah, nampak bijak dan penyabar.
All in all I lega dah habis baca
novel ni. Kalau penulis kembangkan banyak sikit cerita di hujung dan tambah
lagi misteri Raudhah dan Maya, tambah lagi part Benjamin maybe lagi menarik. Hujung
cerita je ada genre misteri tu, awal cerita lebih kepada drama dengan vulgar
scenes which not so recommended.
1. Author +0.6, 2.Plot +0.5, 3. Genre +0.5, 4.Social Message
+0.2, 5. Personal Thought +0.4= 2.2/5