Showing posts with label movie Korea. Show all posts
Showing posts with label movie Korea. Show all posts

Movie Review | Streamer (2023)

Sunday 3 September 2023

Director: Hyung-Mo Jang

Writer: Hyung-Mo Jang

Cast: Kim Jun-hyung, Kim Mo-beom, Kwon Min-hyuk, Lee Pu-reum, Sim So-young

Production Company: Five Day, Highconcept Pictures, LWC Entertainment

Distributor: N/A

Genre: Horror / Mystery

Running Time: 89 minutes

Release Date: 10 May 2023

Trailer : N/A

Streamer mengisahkan 5 orang streamer – Joon (Kwon Min-hyuk), Jaemin (Kim Jun-hyung), Momo (Lee Pu-reum), Taku (Kim Mo-beom) dan Da-seol (Sim So-young) pergi ke salah sebuah bangunan berhantu selepas kawan mereka, Meo-teol menghilangkan diri gara-gara ternampak perempuan berbaju hitam di situ. Joon syak Mo-Tae guna trick supaya dapat tarik ramai audience untuk live streaming dia. 

‘Everyone will sell their soul for thousand views.’ – Joon

Disebabkan misi dia untuk kantoikan Meo-teol, Joon bawa streamers yang lain masuk ke dalam bangunan tersebut dan berjaya buktikan audience tertipu dengan helah kawannya. Da-seol dan Momo juga berjaya naikkan audience live streaming dan menang bet dari audience. 

Ada juga yang minta Jaemin buka kotak yang ditampal dengan kertas jampi tapi Jaemin abaikan saja. Antara semua yang pergi ke situ, Jaemin lah yang paling berhati-hati sekali. Dia bawa beberapa peranti yang boleh kesan pergerakan entiti lain macam heat sensor, moving cactus dan kertas jampi. Tapi berhati-hati macam mana pun kalau dah masuk ke kawasan berbahaya dan ganggu tempat makhluk lain, mesti lah terima balasannya juga. 

Masa masuk tak ada masalah langsung tapi bila nak keluar, semuanya terperangkap dalam bangunan tersebut sebab shutter terkunci rapat. Joon dengan Taku cuba cari jalan keluar tapi makin banyak kawasan diorang pergi, makin seriau dengan keadaan bangunan tu. Bila Google baru tahu kenapa bangunan berhantu tu penuh dengan roh jahat. 

Filem Streamer ni lebih kurang sama dengan filem Gonjiam - Haunted Asyllum (2018) arahan Jeong Beom-sik di mana barisan pelakon buat live stream di bangunan berhantu. Konsep dan mesej yang dibawa pun sama bila hidup terlampau berpaksikan social media sampai sanggup gadaikan nyawa. Dari awal sampai habis semua watak tak sudah menyebut pasal bet, online gift atau ganjaran dari juga kepada audience. Tengok gaya content creators sekarang tak jauh beza pun dengan apa yang digambarkan dalam kedua-dua filem ni. 

Kalau filem Gonjiam menggunakan bangunan sekolah yang usang sebagai replika kepada bangunan berhantu, dalam filem Streamer pula sebuah pusat kebajikan bernama Sori Welfare Centre yang wujud sejak tahun 1988 menjadi latar tempatnya. Sama juga macam Gonjiam, pengarah adalah punca kepada masalah angker bermula. Rasanya Sori Welfare Centre ni adalah nama fiksyen kepada Brothers Home yang terletak di kawasan Selatan Busan. Didirikan untuk menjadi rumah perlindungan kepada gelandangan, anak yatim dan orang miskin supaya Korea Selatan nampak ‘bersih’ pada mata dunia sempena Sukan Olimpik tahun 1988. Ramai yang didera atau dibunuh dengan kejam sehingga serama 516 orang meninggal sepanjang 20 tahun beroperasi. Tak hairan lah kalau jadi bangunan berhantu yang penuh dengan roh kejam. 

Sepanjang 89 minit, semua footage adalah dari kamera kesemua streamers. Kalau tersekat, bergegar, blur ataupun terpadam memang kena layan je. Macam tengok raw footage dari documentary lah konsepnya. Filem Streamer ni bergerak pantas sebab 5 minit pertama pun dah ada hantu yang muncul. Tapi bingit lah dengar diorang menjerit nyaring. 

Nak kata jalan cerita Streamer ni tak seronok tak juga sebab ada momen yang betul-betul unexpected dan seram. Cuma penulisan dia tak kemas lah macam babak pegawai polis datang lepas Joon buat panggilan kecemasan. 

Jadi tak logik sebab pegawai polis datang cuma seorang sedangkan Joon buat laporan terjumpa mayat dalam bangunan tu. Bukan ke patutnya polis datang satu kereta dan bawa team forensik sekali? Melainkan pegawai polis dekat area tu dah penat dapat prank call tapi tak ada pulak dialog dia mentioned pasal tu. Anyway, siapa yang suka naskhah seram boleh lah layan Streamer. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10 

Movie Review | The Childe (2023)

Monday 14 August 2023


Director: Park Hoon-jung
Writer: Park Hoon-jung
Cast: Kim Seon-ho, Kang Tae-joo, Kim Kang-woo, Go Ara
Production Companies: Sageumwol Film (Goldmoon Film), Studio&NEW
Distributor: Next Entertainment World
Genre: Action / Crime / Thriller
Running Time : 118 minutes
Release Date: 21 June 2023
Trailer :


Menengahkan Kopino, darah kacukan Korea dan Filipina yang menetap di Filipina, Marco Han (Kang Tae-joo) adalah seorang boxer yang mengambil upah bertanding dalam perlawanan haram demi menanggung pembiayaan perubatan ibunya (Caroline Magbojos) yang sakit tenat. 

Setelah lama mencari ayahnya, pengurus rumah perlindungan untuk Kopino, Kim Seon-sang (Lee Ki-young) beritahu CEO Han mencari Marco kemudiannya menghantar beberapa orang suruhan untuk bawa Marco ke Korea. Dalam penerbangan Marco berjumpa dengan Childe (Kim Seon-ho) yang berkelakuan aneh dan ingin bersahabat dengannya. 


Childe bagitahu kedatangan Marco ke Korea cuma adalah untuk mati. Betul apa yang dikata oleh Childe kerana abang sulungnya, Han Yi-sa (Kim Kang-woo) perlukan jantung Marco untuk digantikan dengan jantung ayahnya. CEO Han perlu hidup supaya semua harta dipindahkan ke atas nama Han Yi-sa dan bukan adik perempuannya. 

Tak pernah lagi tengok filem Korea yang mengangkat kisah individu berdarah kacukan Korea dan Filipina sepertimana dipaparkan dalam filem The Childe. Dalam naskhah neo-noir ni diceritakan bagaimana Kopino terlahir bilamana lelaki kaya dari Korea datang untuk berhibur di Filipina kemudian tinggalkan saja wanita di sana terkontang-kanting bersama anaknya. 


Ikutkan statistik pada tahun 2014, seramai 40,000 orang Kopino menetap di Manila dan kebanyakannya hidup dalam keadaan miskin melarat. Sama seperti yang digambarkan melalui watak Marco Han dan ibunya yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rumah pun cukup jadi tempat berteduh dalam keadaan yang uzur dan busuk. Sumber air pun tercemar. 

Tak hairan lah kalau Marco senang sangat terpedaya bila orang suruhan CEO Han datang jemput dia ke Korea. Senang sangat nak connect dengan Marco dan perit jerih kehidupan dia sampai setia hingga ke hujung untuk tahu nasib dia macam mana.


Kalau Kang Tae-joo cemerlang sebagai Marco, Kim Seon-ho pula mengerikan dalam avatar lelaki gentleman lengkap berpakaian suit dan kemas bergaya. Setiap kali dia muncul rasa seram sejuk sebab dia bunuh tanpa belas kasihan. Menyeringai setiap kali berjumpa dengan ‘kawan’ dia. Seram juga tengok cara Childe lari dalam babak dia kejar Marco di Seoul. 

Rasa macam Kim Seon-ho balas dendam dengan apa yang terjadi lepas dia famous penangan drama Hometown Cha-Cha-Cha (2021). 100% berubah karakter dari lelaki yang romantik dan baik kepada pembunuh upahan yang kejam. Tapi bukan sesuatu yang mustahil lah untuk pengarah dan penulis Park Hoon-jung yang pernah mengarah filem I Saw The Devil (2010) atau V.I.P. (2017). Kalau Lee Jong-suk yang lemah lembut tu pun boleh bertukar ngeri dalam V.I.P, sama juga lah dengan Kim Seon-ho. 


Plot The Childe simple dan straightforward tapi disebabkan lakonan baik pelakon mahupun sampingan menyerlah dalam watak dan ruang masing-masing dikuatkan lagi dengan olahan dan editing buatkan The Childe seronok untuk ditonton. Walaupun filem ni sarat dengan aksi dan thriller tapi ada unsur komedi yang datang dari karakter Childe untuk kendurkan ketegangan dalam naskhah terbitan Sageumwol Film dan Studio&NEW. Dinamik antara Kang Tae-joo dengan Kim Seon-ho menguatkan lagi mood penceritaan. dari seram tengok Childe kejar Marco boleh bertukar kepada berdoa supaya Childe cepat datang selamatkan Marco. 

Dekat awal cerita je lah mengelirukan sikit sebab tak tahu Marco sebenarnya tinggal di Filipina atau berada di Korea. Nak kata dekat Korea, ada Mr. Kim dan beberapa watak Korean yang lain. Kalau di Korea, Childe seronok pulak dengar radio berbahasa Tagalog dalam kereta. Not a big issue but a bit annoyed. 


Apart from that part, The Childe is the best action movie for this year from Korea. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.6/10

Movie Review | Dream (2023)

Sunday 6 August 2023


Director: Lee Byeong-heon
Writer: Lee Byeong-heon
Cast: Park Seo-joon, Lee Ji-eun, Lee Hyun-woo, Kim Jong-Soo, Ko Chang-Seok, Jung Seung-gil, Yang Hyun-Min, Hong Wan-Pyo, Heo Joon-Seok, Kang Ha-Neul 
Production Company: Oktober Cinema Co. Ltd.
Distributors: Megabox Plus M, Netflix
Genre: Sports / Comedy / Drama
Running Time: 125 minutes
Release Date: 26 April 2023
Trailer :


Filem Dream mengisahkan tentang pemain bola sepak terkenal, Hong-dae (Park Seo-joon) menjalani tempoh disiplin dengan menjadi jurulatih untuk pasukan bola sepak khas negara. Pasukan bola sepak ni terdiri dari 7 orang gelandangan yang masih sihat tubuh badan untuk masuk bertanding dalam Homeless World Cup di luar negara. 

Lee So-min (Lee Ji-eun) pula diupah oleh agensi PR Hong-dae untuk bikin dokumentari supaya dapat pulihkan reputasi serta imej superstar mereka. Pemain bola sepak yang mampu mengubah nasib orang lain dan mengharumkan nama negara. 


Sudah tentu perjalanan Hong-dae sebagai jurulatih menguji ketahanan mental sebab kesemua pemain dia tak pernah ada rekod sebagai pemain atau atlet pun. So-min sengaja pilih gelandangan berdasarkan kisah peribadi mereka supaya boleh tarik perhatian penonton. 

‘Son Beom-su (Jung Seung-gil), 44. His background isn’t anything special, but he has a he loves dearly, and she has a mental disability. It’s a melodrama that surpasses poverty and disability.’ – Lee So-min


Masa tengok filem Dream arahan dan penulisan Lee Byeong-heon macam tak percaya ada Homeless World Cup tapi bila tahu filem ni diadaptasikan dari kisah benar terus rasa kagum dengan Kerajaan Korea Selatan yang cuba untuk manfaatkan gelandangan dalam pelbagai aspek. Bila tengok semua pemain tu bukannya pemalas atau tak berguna tapi sebab nasib hidup atau kekurangan diri masing-masing. 

Cuma tak pasti kalau setiap pemain dapat elaun banyak mana sebab tak diceritakan dalam filem Dream ni. Tengok gaya semua pemain masih bekerja untuk sara diri, nampak lah yang bantuan tu tak lah banyak mana. Yang beria main pun ada motif peribadi untuk sampaikan hasrat terpendam. Menangis tengok kisah hidup Jeon Hyo-bong (Ko Chang-seok) dengan anak perempuan tunggal dia. 


Pace filem Dream ni pantas bergerak, sesuai dengan genre komedi sukan yang dibawa. Masa babak perlawanan bola sepak team Hong-dae nampak meyakinkan seperti tengok perlawanan bola sepak yang sebenar. Pujian harus diberikan kepada Noh Seung-bo yang berjaya menghasilkan sinematografi bertenaga dan mendebarkan. 

Pertama kali IU digandingkan bersama Park Seo-joon tapi on-screen chemistry diorang bagus sangat. Setiap kali muncul bersama dalam satu skrin, ada je benda kelakar yang jadi buatkan setiap momen mereka menghiburkan. I tak minat sangat Park Seo-joon walaupun dia ada banyak filem komedi tapi dalam Dream rasa seronok pulak tengok. 

‘Being crazy in this crazy world is normal, no?’ – Lee So-min


Dari awal hingga ke hujung cerita penulis mampu kekalkan momentum dan komedi yang segar supaya penceritaan terlihat menarik dan menghiburkan. Ada juga beberapa babak yang tak disangka macam pemain Young-jin (Hong Wan-Pyo). No wonder lah dia banyak mendiamkan diri. Rahsia dia macam tiberrr tapi okay lah. 

Naskhah Dream ni ada beberapa percubaan berani macam LGBT angle walaupun tak banyak babaknya juga babak di mana Mario Balotelli dianggap hodoh. Sound so racist to me. Terkejut gila masa babak tu keluar sebab tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba mamat tu kena kutuk? Atau mungkin ada reference dari real life yang I tak tahu? 


Anyway, minus these parts, I rasa seronok je layan naskhah Dream dengan visual dan soundtrack yang menguatkan emosi penceritaan. Mungkin ada yang tak berapa suka tapi naskhah Dream layak ditonton walaupun sekali. For those yang belum tengok, boleh layan di Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought + 0.7 = 9.2/10

Movie Review | Alienoid (2022)

Sunday 9 July 2023


Director: Choi Dong-hoon
Writer: Choi Dong-hoon
Cast: Ryu Jun-yeol, Kim Woo-bin, Kim Tae-ri, So Ji-sub, Yum Jung-ah, Jo Woo-jin, Kim Eui-sung, Lee Hanee, Shin Jung-geun
Production Company: Caper Film 
Distributor: CJ E&M, Well Go USA (North America)
Genre: Sci-fi / Action 
Running Time: 142 minutes
Release Date: 20 July 2022
Trailer :


Naskhah science fiction yang mendapat tayangan perdana di 21st New York Asian Film Festival berlatarkan kewujudan alien arahan Choi Dong-hoon menggunakan latar masa sejak tahun 1380 di mana alien cuba menjadikan manusia sebagai hos untuk mengambil alih Bumi. Muncul watak Guard (Kim Woo-bin) dan robot pembantunya, Thunder memburu alien jahat dan mengurung mereka dari merosakkan planet tersebut. 

Thunder yang kasihan akan bayi perempuan, bawa dia pulang merentasi masa ke tahun 2012 dengan alasan mengkaji tingkah laku manusia sejak bayi. Yian (Choi Yu-ri) membesar dengan sihat dan pintar di bawah jagaan Guard. Kerana kepintarannya juga, dia korek sedikit demi sedikit identiti ayahnya dan Thunder. 


Di latar masa tahun 1381, Mureuk (Ryu Jun-yeol) menggunakan ilmu dan kuasanya untuk menangkap pencuri kerana upah yang lumayan. Dari kisah Gaeddongi (Kim Ki-cheon), dia dapat tahu tentang kewujudan pisau dengan bilah batu kristal berwarna biru. Mureuk pasti pisau tersebut boleh dijual dengan harga yang tinggi tapi kerana tamak, dia terjerat dalam perang antara manusia dan alien di zaman tersebut. 

Perjalanan cerita antara alien dan manusia ni menggunakan 3 latar masa dan peralihan tersebut bersilih ganti dan mengejut jadi memang kena fokus betul bila layan filem Alenoid ni. Tengah seronok tengok keletah Mureuk tiba-tiba pengarah bawa kita ke tahun 2022 di mana Guard terpaksa melayan kerenah Yian yang mengadu dengan guru sekolah tentang alien menyamar sebagai ayah dia. 


Ada masanya plot filem Alenoid rasa macam terlampau banyak info dan watak yang dimasukkan tapi disebabkan elemen komedi dan olahan santai buatkan cerita seronok ditonton sehingga ke hujung. Lakonan Ryu Jun-yeol  mencuri tumpuan dengan comic timing dan chemistry dengan Kim Tae-ri. Pengarah masukkan juga watak duo pendekar yang mirip seakan-akan watak sampingan dalam The Kungfu Hustle. Mungkin sebagai tribute kepada pengarah kegemaran. Pace filem Alenoid juga laju dan sarat dengan aksi baik di latar masa sekarang mahupun latar masa sebelumnya. 

Awalnya macam pelik juga kenapa pengarah kenalkan watak Mureuk secara mengejut tapi sedikit demi sedikit kita dapat pickup siapa watak ni dan bagaimana dia boleh terjebak. Kehadiran dia bukan kebetulan pun tapi memang dah ditakdirkan cuma ada kekeliruan dekat hujung yang mungkin akan terjawab pada Part 2 nanti. Bila Part 2 akan keluar tu tak pasti sebab tak ada berita rasmi walaupun filem dah pun habis shooting sebab team production shoot sekali jalan je untuk kedua-dua bahagian. 


Filem Alenoid Part 1 ni terasa panjang juga terutamanya pada second half sebab pertarungan antara Guard dan The Collector ambil masa yang lama. Keliru juga lah bila Guard nampak macam tak pasti dengan kekuatan The Collector sedangkan dia jaga banyak Haava di rumah untuk elakkan kebinasaan berlaku di Bumi. 

Idea untuk filem Alenoid ni menarik dan segar cuma olahan tu lah ada masanya terlampau sarat. No wonder lah team production alami kerugian yang banyak sebab dah labur sebanyak 33 billion won tapi cuma mampu kutip 13 juta won saja sepanjang tempoh tayangan. 


Boleh faham juga kenapa bajet filem meningkat sebanyak tu sebab penggunaan CGI yang banyak terutamanya untuk babak alien di latar masa moden. Visual yang dipaparkan tampak kemas dengan transisi menarik. Smooth je bila Guard bertukar rupa manusia kepada robot untuk berlawan dengan The Collector. 

Anyway, it’s a fun watch for me. Kalau yang tak suka dengan genre science fiction mungkin filem ni bukan untuk you guys. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

Movie Review | Switch (2023)


Director: Ma Dae-yun
Writer: Ma Dae-yun
Cast : Kwon Sang-woo, Oh Jung-se, Lee Min-jung, Park So-yi, Kim Joon
Production Company: Hive Media Corp
Distributors: Lotte Entertainment, GSC Movies
Genre: Comedy / Drama
Running Time : 112 minutes
Release Date : 4 January 2023, 5 January 2023 (Malaysia)
Trailer :


Park Kang (Kwon Sang-Woo) adalah pelakon lelaki paling popular di Korea Selatan tapi nama dia sentiasa terpalit dengan skandal dan kontroversi. Kaya tapi hidup kosong sejak Soo-hyun (Lee Min-jung) pergi tinggalkan dia. Setiap hari dia ditemani oleh pengurus merangkap pembantu peribadinya, Jo Yoon (Oh Jung-se). Perangai kekwat dia tak payah cakap lah, tak ramai pun yang tahan bekerja dengan dia. 

Pada malam Krismas, Park Kang menaiki teksi untuk pulang ke rumah. Anehnya pemandu teksi tersebut mengajukan soalan tentang peluang kedua. Sebaik saja dia sedar, Park Kang berada dalam rumah kecil bersama dua orang anak kecil - Ro-ha (Kim Joon) dan Ro-hee (Park So-yi). Soo-hyun pula adalah isterinya yang sah sejak 10 tahun lepas. 


‘Do you have any regrets in life? If you had the chance to change your past, what would you do?’ – Taxi Driver

Jauh berbeza dengan kehidupan dia sebelum ni, Park Kang hidup sebagai pelakon extra yang masih berusaha untuk mencari peluang menjadi pelakon utama. Wang dalam akaun bank juga tak ada, sepenuhnya mengharapkan duit si isteri. Mak (Kim Mi-kyung) pun kadang-kadang hulur duit sebab kesian tengok cara hidup anak menantu. Susah untuk Park Kang terima kenyataan hidup sebagai penganggur. Ambil masa yang lama juga untuk jaga kembar yang semakin membesar. 

Bila dia cuba contact Jo Yoon, tak sangka pula pengurus dia dah jadi pelakon terkenal. Terdesak mencari duit, Park Kang bekerja sebagai pengurus merangkap pembantu peribadi kepada Jo Yoon. Bila berada dalam situasi Jo Yoon, baru dia sedar yang selama ni dia kurang menghargai orang di sekeliling. 
Naskhah komedi drama Ma Dae-yun bersifat santai dan mempunyai jalan cerita ringkas dan mudah ditebak perjalanannya walaupun rahsia yang didedahkan di hujung cerita mengejutkan. Shocking in a heartwarming pleasant way. 


Kwon Sang-woo dalam naskhah komedi bukan sesuatu yang baru sebab sebelum ni dah pernah layan filem komedi Hitman: Agent Joon (2020) cuma bezanya dalam filem Switch ni komedi dia lebih relaks dan santai. Mungkin sebab penulis nak kuatkan elemen drama dan tema kekeluargaan. Karakter dia sebagai ayah kepada kembar sepasang juga antara highlight. Dari tak pandai jaga anak slowly dia berubah kepada ayah yang tak boleh hidup tanpa anak-anak. 

Walaupun dia dapat peluang kedua, penulis tak fokus sangat dengan relationship antara Park Kang dengan Soo-hyun, mungkin sebab itu realiti perkahwinan dan hidup. Dah kahwin lama, fokus dekat kerja dengan anak-anak lah. Ada babak romantik mereka berdua tapi tak banyak. Dalam tak banyak tu pun dah cukup untuk kita tahu yang mereka berdua memang sayang each other cuma salah buat pilihan 10 tahun lepas. 


Filem Switch ni bukan lah mengangkat sangat tema bertukar hidup tu tapi lebih kepada menjawab persoalan ‘jalan yang tak dipilih’ oleh Park Kang. Walaupun dia bertukar hidup dengan Jo-yoon tapi tak jauh beza sangat lah hidup dia sebab Tuhan memang dah takdirkan dia untuk jadi pelakon, terkenal dan hidup mewah. Masa je tak tahu bila. Sama juga dengan Jo-yoon dan Soo-hyun. 

Jadi tak hairan lah kenapa pengarah Ma Dae-yun hasilkan naskhah yang berlatarkan Hari Krismas sebab filem dia pun ada vibe musim perayaan tu. Peluang untuk merasa hidup dalam jalan yang tak dipilih tu bukan semua orang boleh dapat jadi hidup sekejap dalam tempoh masa yang Tuhan bagi tu dah jadi hadiah yang cukup bermakna lah untuk Park Kang. 

1. Team Production +, 2. Visual +, 3. Audio +, 4. Storyline +, 5. Casting +, 6. Genre +, 7. Themes +, 8. Editing +, 9. Social Message +, 10. Personal Thought +0 = /10

Movie Review | Ajoomma (2022)

Sunday 11 June 2023


Director: He Shuming
Writers: He Shuming, Kris Ong
Cast : Hong Hui Fang, Kang Hyung-seok, Jung Dong-hwan, Yeo Jin-goo, Shane Pow
Production Companies: Giraffe Pictures, Rediance, Singapore Film Commission, Korean Film Council, Seoul Film Commission
Distributor: Golden Village Pictures, Amazon Prime Video
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 90 minutes
Release Dates: 7 October 2022 (Busan), 27 October 2022 (Singapore), 13 April 2023 (Amazon Prime Video)
Trailer :


Filem kerjasama antara dua negara, Singapura juga Korea yang mendapat tayangan perdana di Busan International Film Festival ke-27 mengisahkan tentang pengalaman Ajoomma (Hong Hui Fang) bercuti di Korea di bawah agensi pelancongan Sena Tours. 

Asalnya Ajoomma pergi bercuti dengan anak lelakinya, Sam (Shane Pow) tapi kerana jadual temuduga pekerjaannya di US diubah last minute, Sam minta supaya percutian tersebut dibatalkan. Terkilan juga lah Ajoomma sebab dia dah siap packing semua barang, bercerita sana-sini, simpan niat nak melawat tempat di Korea sudahnya kena cancel. 


Bila pihak agensi telefon, Ajoomma dapat tahu duit tak akan dipulangkan semula sekiranya batal secara mengejut. Daripada rugi tak dapat refund, baik dia join. Kalau Sam dah selesai dengan temuduga, Sam boleh ambil penerbangan dari US terus ke Korea Selatan. Tapi semua yang dirancang tak menjadi bila Sam bertegas untuk stay di US. Ajoomma pula tertinggal belakang gara-gara kecuaian ejen Kwon-woo (Kang Hyung-seok). 

Nak kejar, bas dah jauh meninggalkan dia. Tenaga pun dah tak berapa nak ada. Nak telefon pula, handphone dia dah rosak sebab terjatuh masa berlari dalam keadaan panik. Nasib baik ada  pengawal keselamatan bernama Jung-su (Jung Dong-hwan) di kawasan tersebut yang sudi bantu dia hantar ke hotel. Malangnya hotel yang sepatutnya jadi tempat penginapan trip tersebut ditutup untuk projek ubahsuai. 


Nak taknak terpaksa lah dia bermalam di rumah Jung-su yang hari-harinya ditemani oleh anjingnya, Dookkie. Tak banyak pun Jung-su dengan Ajoomma mampu menyembang sebab perbualan mereka ibarat ayam dan itik. 

Filem Ajoomma arahan He Shuming digarap dengan alur penceritaan yang ringkas dan bersifat straight-forward. Walaupun digubah dalam template komedi drama tapi filem ni lebih terarah pada drama sebab elemen komedinya agak lemah dan kurang menghiburkan. 


Memandangkan filem Ajoomma adalah kerjasama dua negara jadi banyak lah terselit mesej sosial walaupun diadun secara ringan sahaja. Macam babak Kwon-woo yang ingin mengalah akibat musibah yang menimpa dia tapi Ajoomma nasihatkan supaya terus kuat kerana anak perempuan dia. Babak Ajoomma tahu tentang alasan Sam untuk tinggal di US pun tak diberikan fokus sangat. Mungkin juga kerana isu taboo tapi kalau tak nak sentuh sangat, baik tak payah letak sebab tak menguatkan jalan cerita pun. 

Patutnya penulis banyakkan lagi momen Ajoomma di Korea daripada meleret banyak sangat dekat awal cerita sampai filem ni terasa hambar. Jenuh nak tunggu masuk babak yang menarik. Bila dah jumpa mood seronok tu tup tup dah habis pula. Sweet tengok momen Ajoomma dengan Jung-su, tak sangka pergi Korea jumpa jodoh walaupun masing-masing sayang dengan partner yang dah meninggal dunia. 


Ingatkan Ajoomma dapat jumpa Yeo Jin-goo sebab dia minat sangat dengan K-drama yang dia tengah layan tu rupanya tak pun. Sayang lah tak ada momen tu padahal minat dengan pelakon dan idol adalah antara pengaruh besar kenapa aktiviti pelancongan di Korea melonjak naik. In real life dia dapat lah jumpa sebab shooting dalam filem yang sama, dalam movie jumpa dalam TV je. 

Naskhah Ajoomma ni tak lah tak seronok nak tonton tapi lagi menarik kalau penceritaan dia tak fokus pada aspek drama sedangkan ada potensi untuk jadi naskhah komedi yang menghiburkan. Nevertheless, congrats to Ajoomma’s team production for their effort and award-winning. 7 tahun ambil masa untuk siapkan bukan tempoh masa yang singkat. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

Movie Review | Birthday (2019)

Monday 22 May 2023


Director : Lee Jong-un
Writer : Lee Jong-un
Cast : Sol Kyung-gu, Jeon Do-yeon, Kim Bo-min, Yoon Chan-young, Lee Bong-ryun
Production Companies: Nowfilm, Pinehouse Film, Redpeter Films
Distributor: Next Entertainment World
Genre: Drama
Running Time: 120 minutes
Release Date : 3 April 2019
Trailer :


Lepas 5 tahun bekerja di Vietnam, Jung-Il (Sol Kyung-Gu) pulang ke Korea untuk hidup bersama isterinya, Soon-Nam (Jeon Do-Yeon) dan anak perempuannya, Ye-Sol (Kim Bo-min). Namun tak semudah itu untuk isterinya terima kembali selepas bertahun Jung-Il berjauhan tanpa khabar berita. 

Bukan tak mahu berhubung tapi dia juga tak mampu bila dia dipenjarakan selama 3 tahun kerana protes dengan ketidakadilan syarikat tempat dia bekerja. Walau macam mana cara pun, Jung-Il perlu berbaik semula dengan isterinya demi membesarkan Ye-sol. Perlahan demi perlahan Ye-sol dapat terima kehadiran ayahnya tambahan pula bila dia sering diabaikan kerana Soon-Nam lebih tumpukan perhatian kepada anak sulungnya, Su-ho (Yoon Chan-young). 


Filem yang bertemakan tragedi Sewol Ferry Accident dengan tagline ‘A Birthday Without You’ memaparkan keperitan setiap keluarga yang terkesan dengan kemalangan tersebut. Apatah lagi buat keluarga yang mempunyai anak seperti Su-ho, baik, aktif dalam bersukan, ringan tulang, bijak dan bertanggungjawab. Tak ada siapa pun mampu terima hakikat dalam sekelip mata plan untuk spend time dengan rakan sekelas bertukar tragedi. 

Sama seperti Soon-Nam yang tak mampu terima kenyataan Su-ho telah pun pergi meninggalkan mereka semua. Kerana insiden tersebut, Soon-Nam kemurungan dan sentiasa menunggu Su-ho pulang. Lampu sensor di hadapan pintu menjadi rakan baiknya, sekiranya menyala tanpa sesiapa masuk ke dalam rumah, tandanya roh Su-ho datang melawat. 


Secara tak langsung, kemurungan Soon-Nam memberi kesan kepada Ye-Sol yang baru ingin membesar. Kebanyakan masanya dia diabaikan oleh Soon-Nam ataupun dijaga oleh adik ipar atau jiran sebelah rumah. 

Dalam filem Birthday arahan dan penulisan Lee Jong-un tak menceritakan langsung babak insiden Sewol Ferry tapi lebih fokus kepada keluarga kecil ini. Ada juga beberapa babak di mana mereka dijemput untuk gathering bersama keluarga mangsa yang lain tapi cara orang lain berbeza dan perbezaan tu yang membuatkan Soon-Nam menjauhkan diri. Dia tak mampu nak bergurau macam keluarga lain untuk tutup rasa sedih tu. 


Kalau first half menyampah tengok watak Soon-Nam sebab dia rasa dia saja yang terpaling sedih sampai tak nak ambil tahu langsung sakit orang lain. Sebelum ni tengok Jeon Do-yeon dalam drama Crash Course in Romance (2023) dan rasa menyampah lepastu tengok pulak filem ni, makin senang rasa menyampah tu datang. Nasib baik dekat second half pengarah fokus dekat watak Jung-Il. Menangis tengok dia merayu dekat pegawai imigresen untuk cop passport Su-ho. Rasa geram sangat sebab pegawai tu tak nak cop sedangkan Su-ho dah tak ada dah pun. Apa salahnya tunaikan hajat si mati? Passport tu pun tunggu masa nak expired. 

Masa majlis hari jadi Su-ho tu paling rabak dibuatnya. Setiap video, setiap ucapan dan poem yang dibaca oleh kawan baik Su-ho, semuanya bikin sebak. Tak mampu nak bayangkan macam mana keluarga mangsa jalani hidup setiap hari. Bukan saja keluarga mangsa malah pelajar yang terselamat pun tak mampu nak hidup tenang sebab trauma, rasa bersalah tak dapat nak bantu kawan yang lain dan perasaan sedih kehilangan kawan. 


Filem Birthday ni terlampau perlahan pace dia sampai I cepatkan 2.0x tambah pula pada first half bila pengarah baru nak ceritakan kisah keluarga kecil dan beberapa watak sampingan yang berkaitan dengan mereka. Rasanya ada banyak lagi babak yang boleh ditambah macam flashback kehidupan Su-ho sebagai anak sulung yang terpaksa berjauhan dengan ayah sebab dalam diari Su-ho, dia macam nak lari keluar dari rumah untuk berjumpa dengan ayah dia. Tengok cara Soon-Nam rasa bersalah dengan Su-ho, mesti ada something yang Soon-Nam buat sampai dia murung tak sempat minta maaf dengan mendiang. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

Movie Review | Cafe Midnight: Missing Honey (2022)

Thursday 4 May 2023


Director: Jung Yoon-Soo
Writer: Jung Yoon-Soo  
Cast: Lee Yi Kyung, Chae Seo Jin, Park Geon Il, Jung Young-joo
Production Companies: Special Movie City, K-Dragon   
Distributor: N/A
Genre : Romance / Fantasy
Running Time : 103 minutes
Release Date : 17 November 2022 
Trailer :


“As you go through life, you experience lots of different things, but who could have guessed that I’d get lost in the woods in the dead of night while wearing a wedding dress?” – Nam Goong-yoon

Lepas 3 tahun bercinta, Nam Goong-yoon (Chae Seo-jin) bakal berkahwin dengan kekasih hatinya, Ahn Tae-young (Lee Yi-kyung). Majlis perkahwinan kecil saja dengan kehadiran rakan sekerja dan teman baik namun tak ada siapa pun yang sangka pengantin lelaki tak muncul. Puas Goong-yoon cari tapi tak jumpa. CCTV terakhir cuma nampak kelibat Tae-young naik teksi pada malam sebelum hari perkahwinan mereka. 


Walaupun Goong-yoon adalah polis yang sentiasa menjaga kawasan pulau kecil tersebut tapi dia langsung tak tahu ke mana bakal suaminya menghilangkan diri. Tak ada langsung hint yang tunjuk something fishy atau ada sesuatu yang tak kena pada Tae-young. Dia juga yang kata kalau dia suka, dia akan setia dan jaga dengan baik. 

Nasib baik Goong-yoon ada install couple’s app untuk track lokasi Tae-young. Dia pergi ke lokasi tersebut dan terkejut kerana kewujudan sebuah café sedangkan selama dia bekerja di situ, tak pernah pula dia nampak café tersebut. 


Pemilik kafe (Shin Joo-hwan) bagitahu yang kafe miliknya hanya dibuka bermula tengah malam sehinggalah waktu subuh. Makin terkejut bila Goong-yoon nampak Tae-young yang bekerja separuh masa di situ. Anehnya, Tae-young yang dilihat bukanlah Tae-young yang dia kenal. Lelaki tersebut tampak lebih muda dengan rambut panjang dan bandana. Masa untuk setiap pelanggan yang datang ke kafe tersebut juga berbeza. Kalau Goong-yoon datang pada masa 2019, Tae-young pula pada tahun 2016, ada pula pelanggan yang berada di zaman penjajahan. 

Tak pernah tengok Lee Yi-kyung dalam karakter yang serious dan romantik macam watak Ahn Tae-young ni. Chemistry dia dengan Cha Seo-jin yang menguatkan lagi perjalanan kisah cinta misteri dan fantasi antara pegawai polis dan chef restoran ni. Perbezaan yang ketara tapi kuatnya cinta mereka berdua sampai kita pun jadi pelik kenapa Ahn Tae-young larikan diri pada hari perkahwinan mereka. Takkan lah sebab Kim Kyung-jang (Park Geon Il) suruh nyanyi dekat majlis, dia terus cuak? Misteri tu disimpan rapi sehinggalah ke hujung cerita. 


Selain kisah cinta mereka, ada juga sub-plot yang fokus kepada hubungan Nam Goong-yoon dengan ibunya (Jung Young-joo) apabila keduanya bertelagah sejak Seo-jin habis sekolah. Asalnya dia menyimpan hasrat untuk menjadi pegawai tentera laut namun disebabkan tilikan ibunya, impian tu terpaksa dibuang jauh. Kerana impian tu juga dia sering mengungkit dan jarang menjenguk si ibu. 

Filem Café Midnight: Missing Honey adalah sekuel kepada filem istimewa, Café Midnight (2020) atau boleh kata naskhah ni adalah installment kedua kepada franchise kafe misteri yang mempunyai Irish Coffee sebagai signature drink. Tak pasti apa istimewanya kopi tersebut sebab pemilik kafe tak bercerita sangat tentang kafe mahupun kopi. Dia hanya membantu tetamu jemputannya untuk bertemu atau menghargai insan di dalam hidup mereka. Menarik tau konsep ni sampai I tertarik untuk tengok yang pertama dan berharap untuk installment ketiga. 



Sinematografi untuk filem Café Midnight: Missing Honey pun cantik ditambah dengan kecantikan kawasan yang terletak di Busan. Sesuai lah dengan konsep kisah cinta santai dan fantasi. Suka tengok restoran Ahn Tae-young dan rumah dia sebab kreatif cara dia gunakan ruang walaupun terhad. Sesuai lah dengan watak dia yang berjiwa seni. Istimewa juga untuk filem ni, Lee Yi-kyung menyanyi guna suara sendiri. Lagu pun romantik sangat. Recommended to watch!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Movie Review | Honest Candidate 2 (2022)

Wednesday 19 April 2023


Director: Jang Yu-jeong
Writer: Jang Yu-jeong, Heo Sung-hye
Cast: Ra Mi-ran, Kim Mu-yeol, Seo Hyun-woo, Yoon Kyung-ho, Park Jin-joo, Kim Jae-hwa
Production Companies: Hong Film, Soo Film  
Distributor: Next Entertainment World, iQiyi
Genre: Comedy
Running Time: 106 minutes
Release Date : 28 September 2022
Trailer :


Selepas kalah dalam pilihanraya lepas, Joo Song-sook (Ra Mi-ran) pulang ke kampung neneknya dan hidup sebagai nelayan bersama suaminya, Bong Man-sik (Yoon Kyung-ho). Bekas pembantu peribadinya, Park Hee-cheol (Kim Mu-yeol) pula masih lagi tinggal di bandar Seoul dan bekerja sebagai pemandu e-hailing. 

Tak lama kemudian, Pony (Park Jin-joo), adik ipar Joo Sang-sook datang untuk tinggal bersama mereka setelah pulang dari Hawaii kerana bercerai. Joo Sang-sook yang menyampah dengan idea tersebut tak mampu membantah kerana dia juga punca utama mereka miskin. Ibu mertuanya tak sudah-sudah menyalahkan Joo Sang-sook yang mengakibatkan keluarga mereka menanggung malu. 


Nak masuk kembali ke dunia politik memang tak mampu dah sebab nama dia dah pun busuk gara-gara apa yang berlaku sebelum ini. Bukan busuk di mata pengundi tapi tak ada langsung mana-mana parti yang ingin bawa dia masuk untuk bertanding kerana imej jujur yang dibawa. 

Nasib Joo Sang-sook berubah bila dia berjaya selamatkan seorang pemuda yang hampir mati lemas kerana penat bekerja tanpa henti. Ko Gun-sik (Shin Jae-hwi) tak berhenti ucapkan terima kasih dek kerana perbuatan mulia bekas ahli politik tersebut. Dan kerana insiden tu juga, Joo Sang-sook dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya sebagai calon bebas mewakili daerah Gangwon. 


Joo Sang-sook bersama Hee-cheol masuk ke dewan rakyat setelah menang dan jujur bekerja namun pertanyaan dari Jo Tae-joo (Seo Hyun-woo) membuatkan mereka berdua berpatah balik ke perangai lama. Makin lama Sang-sook makin lupa diri dan sekali lagi dia disumpah untuk berkata benar. Kali ni lagi teruk bila Hee-cheol juga terkena sumpahan tersebut. Siapa yang akan selamatkan mereka berdua?
 
‘Why me? I was just trying to help, this is so unfair, I was trying to help! Why are you doing this to me, granny?!’ – Park Hee-cheol


Sekuel naskhah komedi satira arahan Jang Yu-jeong juga merupakan remake kepada filem Brazil, O Candidato Honesto 2 (2018) jadi tak hairanlah kalau cepat sangat production house terbitkan. Kalau sebelum ni naskhah Honest Candidate (2020) adalah sebuah kisah yang memaparkan kehidupan ahli politik Joo Sang-sook cuma berkisar pada aktiviti berkempen, dalam sekuel pula lebih berskala besar. 

Disebabkan tu juga lebih ramai pelakon dibawa masuk untuk melakonkan beberapa watak sampingan yang menguatkan lagi dunia politik. Screentime Kim Mu-yeol sebagai pembantu peribadi dikembangkan lagi karakternya bila dia mempunyai saingan sebagai pekerja yang efisyen bila Tae-joo sentiasa satu langkah di hadapan dengan rangkaian networking yang besar. 


Masa tengok Sang-sook berjaya pujuk developer Kang Yeon-joon (Yoon Doo-joon) supaya besarkan projek perumahan penjawat awam, dah boleh agak ada something fishy tapi tak pasti penulis nak dedahkan rahsia apa. Rasa nak tahu tu yang bawa minat hingga ke hujung cerita. Kalau nak dibandingkan, komedi dalam sekuel tak kelakar macam yang pertama. Mungkin sebab watak Joo Sang-sook yang over untuk beberapa babak. 

Walaupun rindu dengan watak Bong Eun-ho (Jang Dong-Joo), anak tunggal Sang-sook dan Man-sik tapi terubat juga lah dengan kehadiran watak Pony. Keluarga Man-sik ni semua lebih kurang je perangai jadi tak hairan lah kalau Sang-sook stress. Nasib baik Hee-cheol tak perlu jaga keluarga ipar Sang-sook, kalau tak makin bertambah meroyan dia. 


Kalau dalam previous installment, I kagum dengan strategi pilihanraya yang dibawa oleh Lee Woon-hak (Song Young-chang), dalam sekuel pula kagum dengan teknologi yang digunakan oleh Kang Yeon-joon. Boleh faham lah sejauh mana tahap kekayaan dia tu. Tak pasti kalau team production nak tambah installment ketiga tapi kalau ada hopefully penulis bawa balik Eun-ho. Bergabung pula dengan Pony, confirm boleh pergi jauh. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

Movie Review | Kill Boksoon (2023)

Sunday 9 April 2023


Director: Byun Sung-hyun
Writer: Byun Sung-hyun
Cast: Jeon Do-yeon, Sol Kyung-gu, Kim Si-a, Lee Jae-wook, Esom, Koo Kyo-hwan 
Production Company: See At Film
Distributor: Netflix
Genre : Crime / Action
Running Time : 137 minutes
Release Date : 18 February 2023 (Berlinale), 31 March 2023 (South Korea)
Trailer :


Gil Bok-Soon (Jeon Do-yeon) merupakan pembunuh upahan terbaik yang bekerja di bawah MK Entertainment kepunyaan Cha Min-kyu (Sol Kyung-gu). Sepanjang Bok-soon bekerja, success rate dia ialah 100% lantas menjadi pembunuh upahan emas bukan saja di syarikat tersebut malah dipandang tinggi oleh syarikat lain. 

Uniknya naskhah Kill Bok-soon menggunakan idea dan konsep yang sama seperti idol di Korea. Sistem monopoli yang diamalkan oleh syarikat besar, trainee yang mempunyai idola seperti watak Kim Young-Ji (Lee Yeon) ingin menjadi pembunuh upahan terbaik kerana terpesona dengan kejayaan Bok-soon. 


‘Seems like I’m the bitch in the room. Blaming everyone else while wallowing in self-pity, that’s a privilege for incompetent people, right?’ – Gil Bok-soon

Walaupun Bok-soon dipandang tinggi oleh semua orang dalam dunia jenayahnya namun di rumah, dia sentiasa dipandang rendah oleh anaknya sendiri. Susah untuk mereka berkomunikasi secara sihat walaupun perihal makanan. Bok-Soon merancang untuk bersara kerana dia tak nak Jae-yeong (Kim Si-a) tahu tentang sisi gelap yang dia sembunyikan. Lagi cepat dia keluar dari dunia tersebut, lagi bagus.

 
Namun kerana rasa cemburu Cha Min-Hee (Esom) terhadap Bok-soon dan keinginan Hee-sung (Koo Kyo-hwan) untuk menjadi pembunuh upahan gred A, Bok-soon terpaksa buat pilihan yang sukar dalam hidup. 

Dari awal lagi pengarah dah tunjukkan kehebatan Gil Bok-soon dalam babak dia bertarung dengan Oda Shinichiro (Hwang Jung-min), the Kansai Tiger supaya audience kenal dengan watak utama. Menerusi lensa Cho Hyung-rae, penonton disajikan dengan full-packed action untuk watak Bok-soon. Tak kisah lah hand combat ataupun bertarung menggunakan pelbagai jenis senjata, karisma dan aura Bok-soon mendominasi babak tersebut lantas menghasilkan screenplay yang cantik. 


Uniknya watak Bok-Soon bila dia meneka setiap pergerakan musuh jadi pengarah tease dengan kebarangkalian segala pergerakan Bok-soon. Ada masanya mengejutkan dan walaupun diulang beberapa kali teknik tersebut, tetap menarik sebab teknik tersebut antara elemen penting untuk mencipta ketegangan dalam naskhah aksi jenayah yang ditayangkan di Netflix ni. 

Kalau ikutkan ada beberapa plot yang sengaja tak dikembangkan supaya ada potential untuk munculnya sekuel seperti bapa kepada Jae-yeong, nasib syarikat MK Entertainment setelah kekecohan yang dilakukan oleh Min-kyu ataupun identiti sebenar Bok-soon di mata anak perempuannya. Boleh jadi ada demand untuk tengok zaman kegemilangan Bok-soon sebagai pembunuh upahan sebelum dia buat keputusan untuk mempunyai anak. 


'I know this is selfish but I don't want to give up my career for my kid either. Am I not qualified to be a mother?' - Gil Bok-soon

Lakonan Jeon Do-yeon antara kekuatan utama naskhah terbitan See At Films di mana dia berhadapan dengan banyak masalah peribadi. Pertengkaran antara Bok-soon dan Jae-yeong tampak organik bila si ibu susah untuk faham situasi anak dalam fasa peralihan hormon. Babak Jae-yeong confront tentang masalah di sekolah dan Bok-soon sedia mendengar antara touching moments untuk kedua-dua watak tersebut. 


Ada dua fasa yang menceritakan relationship Bok-soon dengan Min-kyung iaitu masa pertama kali mereka berdua bertemu dan ketika mereka di latar masa sekarang. Kedua-duanya mempunyai impak yang kuat pada penceritaan yang memaparkan tahap kepercayaan antara satu sama lain. Dekat hujung baru kita faham kenapa mereka berdua boleh develop tahap kepercayaan yang tinggi. Sekali lagi, Cho Hyung-rae mendukung olahan Byun Sung-hyun dengan mantap melalui teknik kamera yang tepat. 

Mungkin ada kelemahan pada naskhah aksi Kill Boksoon but I do enjoy watching this movie. Sama macam naskhah Jeon Do-yeon sebelumnya, Beasts Clawing at Straws (2020), filem Kill Bok-soon ada beberapa babak yang gore dan tak sesuai ditonton oleh penonton bawah umur. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 8.4/10