Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Jumpa Refal Hady & Prilly Latuconsina Depan Mata

Wednesday 25 October 2023

Selalunya bila up entry pergi event mesti cerita pengalaman yang seronok kan? Kali ni sembang pengalaman yang tak best walaupun seronok dapat jumpa dua pelakon terkenal dari negara seberang. 


First of all terima kasih Antenna Entertainments untuk jemputan ke Majlis Tayangan Perdana dan Meet and Greet bersama Refal Hady juga Prilly Latuconsina. Kalau tak dapat jemputan, tak mungkin lah dapat merasa pengalaman ni. 

Ikut tentatif, pendaftaaran media start jam 2.30 petang tapi bila jam menginjak 2.28 petang, I tanya dekat staff di meja pendaftaran tu bila media boleh mendaftar sebab tak ada ruang langsung untuk media beratur. Dekat meja tak ada tag sedangkan lagi 2 minit nak daftar. Selalunya pergi event, bila daftar awal akan dapat seat cantik lah. Hall dekat GSC Starling Mall ni besar jadi kena la grab seat yang cun untuk layan movie. 

Tapi respon staff agak rude lah bila dia cakap dengan nada tegas, 'Registration pukul 2.30 petang ye!'. Okay lah mungkin dia annoyed sebab I kacau diorang buat kerja. Tapi by the time dia habis jawab soalan I tu, jam dah masuk 2.30 petang dah pun tapi keadaan masih lagi sama. Tak ada line untuk media. Berbeza pula dengan fans yang dah beratur panjang untuk register. 


Lepas 10 minit I tanya balik sebab media lain dah pelik kenapa tak staff tak buka meja pendaftaran lagi. Tiba-tiba dapat jawapan media kena beratur dengan fans jugak untuk daftar. My brain isn't braining. Weh fans yang datang masa tu beratus kot. Kalau bagitahu awal-awal, media boleh beratur tapi kenapa media yang tak sampai 20 orang ni kena beratur dengan fans? Ada cameraman yang dah panas hati persoalkan lah arahan tu. Apa relevannya media kena beratur sekali? 

Staff dah kelam-kabut cari lanyard media dekat dalam kotak lepastu keluarkan tiket masuk. Rupanya ada senarai media dah diasingkan dari fan club. Lepastu staff panggil nama media one by one. Can you imagine, her small voice shouting in a huge crowd? I lapar tau masa tu sebab nak lepaskan registration punya part dulu baru fikir pasal makan. Masa tu heavy breakfast so boleh la lunch lambat rupanya tak, sebab energy dah guna untuk bersabar. 

Ikutkan hati nak mengamuk sebab staff cari pasal tapi ni majlis orang and I was invited. In future pun mungkin dijemput tapi rasanya lepas kes ni, nama I dah kena campak jauh dah kot. That's why lah share sini hshshs

Bila panggil nama satu persatu tak jalan, baru staff buka dua meja untuk media mendaftar. Selesai dapat tiket baru perasan I tak dapat lanyard media. Kena patah balik, minta dengan staff. Of course, tak ada yang say sorry for their mistake but what was I'm expecting kan? Dari awal pun dah rude. 


Since dah lapar dan tak ada resfreshment provided untuk media, kitorang turun makan sebab tak nak join Meet and Greet. Biarlah fans yang enjoy dapat jumpa pelakon kegemaran diorang. Kalau congak dari cara kerja staff kat situ, for sure tak mula pukul 3.30 petang. Betul lah apa yang I congak tu sebab pelakon baru sampai lepas kitorang habis makan. Padahal kitorang dua kali tawaf LG sebab tak tahu nak makan apa. 

Bila naik ke tingkat atas balik, I nampak ada refreshment untuk media. I was like ???? Ikut husnuzon, okay lah diorang baru letak sebab pelakon lambat sampai. Ikut sakit hati, staff tak inform media pasal refreshment. But that's okay lah sebab makanan diorang hidangkan tu sedap. Meet and greet pun baru nak start so we have like 30 minutes to waste. 





Dah masuk dalam hall, dah dapat seat, borak-borak dengan fans Refal Hady, tup tup barisan seat depan tengah kusut. Dua ticket holder dapat seat yang sama. Bukan barisan depan I je, seat dekat bahagian tengah pun hadap masalah yang sama. I dah cuak takut seat I pun bermasalah. Nasib baik tak kena. 

Yang mana affected kena turun ke tingkat bawah balik lepastu bagitahu staff dekat meja pendaftaran. So I thought the issue will solved. 10 minit kemudian, muka sama yang turun tadi naik balik. But this time, they're furious sebab staff dekat bawah suruh naik atas minta staff dekat dalam hall selesaikan. It was so messed up sebab emcee dekat bawah suruh semua orang duduk sebab majlis nak start tapi masalah seat tu tak settle lagi. Nak duduk dekat mana kalau ada masalah kan? I nampak one of the staff cakap 'ooopps nope I taknak terlibat dalam hal ni' pastu lari pergi ke tseat dia. Sudahnya adik I cakap duduk je mana-mana sebab masalah ni nampak gaya tak ada penyelesaian. 

So the screening event started and everyone was happy with the movie. Nasib baik lah movie dia syok. I laughed, I'm awwwwed, I cried together with the fans and cast. 


Dah selesai dengan screening emcee bagitahu media ada interview session dengan Refal Hady, Prilly Latuconsina dan pengarah Umay Shahab di kafe tadi. Memandangkan emcee tak umum keluar ikut pintu mana, semua orang menuju ke arah pintu masuk tadi rupanya salah pintu. Kena keluar ikut pintu depan. Dah la stuck sebab huru-hara lepastu staff yang dekat pintu belakang marah-marah pulak. 

'Eiii apa yang tak paham orang cakap keluar ikut pintu depan?!'

Sis, mana ada pengumuman ikut pintu mana. Bila ramai yang nak keluar kau nak marah pulak dah kenapa? Masa tu rasa macam nak balik je sebab dari awal sampai nak hujung event ada je masalah. Dah la kerja on weekend lepastu kena layan teruk pula. Seronok lagi spend time dekat rumah layan Netflix. Setakat nak tengok satu movie tapi bertimpa-timpa masalah, baik tak payah. Bukannya tak ada duit nak beli sekeping tiket. 

Interview session start jam 7.30 macam tu tapi masa nak masuk tu kena tahan pulak dengan staff yang sama dekat meja pendaftaran siang tadi. Dia tanya dengan muka biadap, I ni siapa, media dari mana. Bila jawab soalan dia, plus one tak boleh masuk sebab limited seat. Of course lah sakit hati sebab I register diri sendiri dan plus one so macam mana kerusi boleh tak ada? Kalau kerusi tak ada pun then fine lah, my plus one boleh berdiri but she said no. 

Adik I dah bengang gila sebab malas nak hadap another bullshit so dia lepak surau. I continue with my work tapi tu lah, storage penuh. So I malas nak buat one on one session dengan pelakon. Entah pukul berapa pulak nak balik kan? 





Sebelum group interview session tamat, ada group photo antara staff dengan pelakon. Rupanya seat penuh sebab staff terkinja nak bergambar dengan Refal Hady. Lahhhh kisahnya. I pun blah je lah dari situ sebab dah malas nak cara. Balik, mandi dan tidur. 

Setakat ni, event ni lah paling teruk I pernah hadap. Tak minta pun royal or VIP treatment tapi tak patut kot kena layan macam ni just because dapat tiket tayangan percuma. Pergi pun tak dapat payment, memang semata tengok movie free je. Kecewa teruk tapi hadap je lah. Jadi pengalaman dalam kehidupan, ye dak?

Anlene Mobility Check Mendedahkan Risiko Kesihatan Tulang Yang Membimbangkan Dalam Kalangan Warga Malaysia | Anlene Malaysia meneruskan komitmen untuk menyokong pendidikan mengenai kesihatan tulang sempena Hari Osteoporosis Sedunia

Anlene, jenama Susu Tepung Dewasa No. 1 di Malaysia* serta perintis dalam menyokong pendidikan mengenai kesihatan tulang, sendi dan otot selama tiga dekad yang lalu, baru-baru ini telah mendedahkan penemuan mengejutkan melalui Anlene Mobility Check. Dimulakan pada Mei 2022 dan telah berjaya menyaring seramai 20,000 rakyat Malaysia sehingga kini, saringan yang melibatkan imbasan ultrasound tulang dan ujian kekuatan otot ini telah mendedahkan bahawa 50% orang dewasa Malaysia mungkin berisiko untuk tulang lemah. Ini mungkin berpotensi membawa kepada penyakit tulang seperti osteoporosis yang berisiko untuk menjejaskan pergerakan seseorang.

Saringan ini juga turut mendedahkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia1 mempunyai kekuatan otot yang lemah. Bertujuan untuk menilai kekuatan tulang dan otot, saringan percuma ini telah dijalankan melalui beberapa siri roadshow bermula pada bulan Mei 2022 dan dibuka kepada orang dewasa berumur 19 tahun ke atas.  

Ganesh Thiagarajan, Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia & Singapura berkata: “Hasil daripada saringan mobiliti telah mendedahkan trend yang membimbangkan iaitu kesedaran rendah dalam kalangan warga Malaysia mengenai kesihatan tulang. Ini sekali gus menekankan keperluan mendesak untuk menangani masalah dan risiko berkaitan dengan mobiliti di negara kita. Di Anlene, kami percaya bahawa langkah pencegahan terhadap osteoporosis boleh mengurangkan kelazimannya dalam populasi rakyat Malaysia dengan ketara. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan individu untuk menjaga kecergasan dan kesihatan tulang, sendi serta otot mereka secara proaktif, agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan membantu mereka untuk kekal aktif selama yang boleh.” 

Bersempena dengan Hari Osteoporosis Sedunia 2023, Anlene Malaysia mengukuhkan komitmen teguhnya untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan tentang kesihatan tulang dan otot dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk memperkasakan warga Malaysia dengan pemahaman yang lebih mendalam dan menggalakkan penjagaan proaktif untuk kesihatan tulang mereka, Anlene Malaysia telah bekerjasama dengan rakan kongsi runcitnya, AEON serta rakan kongsi perubatannya, Columbia Asia Hospital Puchong.

Kerjasama eksklusif ini akan ditunjukkan melalui inisiatif meluas dengan roadshow Anlene Mobilit Check yang dijalankan di pelbagai cawangan AEON di seluruh negara dan di Columbia Asia Hospital Puchong sepanjang bulan Oktober 2023. Roadshow ini akan menawarkan pemeriksaan percuma kepada orang ramai dengan menggunakan imbasan ultrasound tulang dan ujian kekuatan otot, bertujuan untuk memberikan warga Malaysia maklumat tentang kekuatan tulang dan otot mereka.

Dr Paisal Bin Hussin, Pakar Bedah Ortopedik di Columbia Asia Hospital Puchong menjelaskan bahawa osteoporosis adalah salah satu kebimbangan kesihatan yang  boleh menjejaskan ramai orangsecara senyap. “Kelaziman osteoporosis diunjurkan lebih tinggi di Asia berikutan populasinya yang semakin tua, dan Malaysia tidak terkecuali. Lebih membimbangkan, Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan tertinggi dalam jumlah patah tulang pinggul menjelang 2050. Lonjakan ini adalah akibat langsung daripada osteoporosis—keadaan yang dicirikan oleh tulang yang lemah yang lebih terdedah kepada patah tulang, terutamanya di kawasan pinggul,” kata Dr. Paisal.

Tambahnya lagi, "Untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat, badan kita secara semula jadi menjalani proses yang berterusan dipanggil pembentukan semula tulang, di mana tulang lama digantikan dengan tisu tulang baru. Proses ini berlaku sepanjang hayat kita. Walau bagaimanapun, apabila usia meningkat, ia boleh menjadi kurang cekap, dan kemerosotan tulang mungkin bermula seawal usia 30-an. Wanita yang dalam tempoh peralihan menopaus mungkin mengalami kehilangan tulang yang cepat, berpotensi kehilangan sehingga 20% ketumpatan tulang mereka.

“Mujurlah penyakit berkaitan tulang seperti osteoporosis boleh dicegah. Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang anda dari usia muda adalah penting. Dengan mengambil langkah proaktif untuk menguatkan tulang kita hari ini, kita boleh menjamin masa depan yang lebih sihat dan berdaya tahan,” nasihat Dr. Paisal.

Turut hadir pada majlis pelancaran kempen tersebut ialah Ms Liew Yen Lee, Penolong Pengurus Pemakanan di Fonterra Brands Malaysia. Beliau menasihatkan, “Menjaga tulang, sendi dan otot kita bermula dengan pilihan gaya hidup yang sihat yang menggabungkan kedua-dua senaman kerap dan diet yang seimbang. Mengamalkan senaman yang kerap bukan sahaja menggalakkan tulang yang kuat tetapi juga menguatkan otot yang menyokongnya. Gabungan aktiviti ini dengan diet seimbang yang kaya dengan kalsium, vitamin D, protein, adalah penting. Anlene diformulasi untuk menyokong kekuatan tulang bersama dengan diet seimbang dan gaya hidup yang aktif,” jelas Yen Lee.

Anlene™ GOLD 5X™ dirumus secara saintifik dengan nutrien utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan orang dewasa. Setiap gelas menyediakan 100%** kalsium & vitamin D, tinggi protein, kolagen, MFGM Active™, dan 17 vitamin dan mineral. 


Satu kajian mencadangkan bahawa pengambilan harian dua gelas susu yang diperkaya dengan nutrien penting seperti kalsium, Vitamin D, magnesium, dan zink, boleh membantu dalam mengurangkan kemerosotantulang dalam tempoh 4 minggu. Satu lagi kajian menunjukkan bahawa pengambilan MFGM dalam diet seseorang berserta dengan senaman yang kerap, boleh meningkatkan kekuatan otot selepas 4 minggu.

Pemakanan yang baik adalah asas untuk membina dan mengekalkan tulang, sendi, dan otot yang kuat yang amat penting untuk gaya hidup yang aktif. Dapatkan saringan pemeriksaan status kekuatan tulang2 dan otot anda secara PERCUMA di roadshow Anlene Mobility Check. Saringan ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober di pelbagai cawangan AEON dan Columbia Asia Hospital Puchong.

Untuk maklumat terperinci tentang lokasi dan tarikh Anlene Mobility Check, sila layari https://www.anlene.com/my/ms/anlene-move-check.html. 

****************

Tentang Fonterra
Kami merupakan sebuah syarikat pemakanan tenusu global yang dimiliki oleh 10,000 orang peladang dan keluarga mereka. Kami membina kepakaran menerusi warisan ribuan peladang yang menjadikan New Zealand sebagai peneraju tenusu di dunia. Menerusi semangat kerjasama dan sikap serba boleh, kami menjadi pengeksport tenusu yang terkemuka di peringkat global. Warga kami seramai 22,000 orang berkongsi kebaikan pemakanan tenusu dengan warga dunia menerusi jenama penyelesaian khidmat makanan pengguna dan ramuan yang inovatif dan operasi perladangan dan pemprosesan kami di empat buah benua.

Fonterra Brands Malaysia memulakan operasinya di Shah Alam, Selangor pada 1975. Hari ini syarikat memiliki dua kilang pengeluaran, Susumas dan Dairymas, dan seramai 700 pekerja yang berusaha untuk menyediakan khasiat tenusu terbaik untuk rakyat Malaysia. Semua produk tenusu Fonterra Brands Malaysia memiliki sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Fonterra Brands Malaysia turut mematuhi standard industri antarabangsa dan tempatan dan memiliki sijil FSSC22000, Veterinary Health Mark dan GMP. Fonterra di Malaysia dikenali menerusi jenama terkemuka termasuklah Anlene, Anmum Materna, Anmum Lacta, Anmum Essential, Fernleaf, CalciYum dan Chesdale. Bagi bahagian khidmat makanannya, Anchor Food Professionals, dikenali menerusi jenama Anchor, Mainland dan Perfect Italiano.

Keretapi Sarong 2023 Meriah!

Sunday 24 September 2023

Ikutkan tak nak join pun Keretapi Sarong tahun ni sebab penat dengan kerja so weekend nak rest lah memandangkan Hari Malaysia tahun ni jatuh hari Sabtu. Tak ada cuti lebih macam tahun sebelumnya. Esoknya pula ada Family Day RRM jadi banyak lah energy nak pakai. 

Tapi adik beria nak pergi so I pun okay je lah sebab event pagi je, petang tu boleh rest lah. Tahun lepas pun tak lah lama sangat kitorang lepak dekat Keretapi Sarong. Kitorang keluar lambat tahun ni sebab bangun lambat, penat punya pasal. Patutnya kena ada dekat MRT Bandar Utama sebelum jam 8.30 pagi tapi sampai lambat, terpaksa lah melepak dekat tangga je sebab ramai sangat yang join tahun ni.


MRT Bandar Utama

Bila terkejut dengar yang menjerit nama Nadhir, baru tahu Nadhir lepak MRT Bandar Utama jugak sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. Sebelum bergerak ke destinasi utama, sama macam tahun sebelumnya, ada persembahan etnik. Tahun ni tak sempat lah nak tengok sebab datang lambat but thanks to social media, I boleh tengok lah persembahan Dikir Barat, Tarian Nyonya dengan sesi berbalas pantun. 

Boleh kata nyanyi dalam tren tak meriah lah tahun ni sebab terlampau crowded sampai tak dengar apa yang organizer instruct. Memandangkan ada 6 stesen jadi kitorang sempat nyanyi lagu Standing in the Eyes - ELLA, Rasa Sayang, Jalur Gemilang, Chan Mali Chan dan lagu Gemuruh - Faizal Tahir. Masa nak turun stesen mana tu ramai yang terpinga-pinga nak turun stesen Pasar Seni ke stesen Merdeka. Nasib baik lah tren laluan Kwasa Damansara tiba pada waktu yang sama, jadi semua orang tahu kena turun dekat stesen Pasar Seni. Sepatutnya organizer buat hebahan dekat Twitter atau Instagram flow perjalanan setiap stesen macam mana supaya tak ada kekeliruan. Mungkin ada tapi I yang tak aware kot. 

Disebabkan semua turun dekat stesen Pasar Seni pada satu masa yang sama, lama juga lah tersangkut dekat situ. Untuk elakkan bosan atau marah sebab kena sidai lama, organizer ajak nyanyi lagu Jalur Gemilang dengan lagu lain dekat stesen tu. I sempat nyanyi Jalur Gemilang je lah lepastu terus bergerak melintas ke seberang jalan. 

Dah sampai ke seberang nampak this guy dalam persalinan baju etnik Sarawak tengah mencari assistant untuk pegang panji. Panji tu berat jadi kena ada yang betul-betul kuat lah sebab nak pegang lama, dari Pasar Seni sampai ke Merdeka. Itupun kalau yang depan berjalan laju. Baru separuh jalan dah mula rasa penat sebab hari semakin panas. Nak berjalan laju pun tak boleh sebab crowd mula slowing down. 

Entah macam mana kitorang ada belakang panji, lepastu boleh bergerak laju sebab semua bagi laluan dekat panji. Bila panji berlari, kitorang pun berlari sekali sebab dah ada laluan kan, buat apa nak join crowd lain. Dari yang kat belakang tiba-tiba kitorang yang terpaling depan sebab ikut panji. Tiba-tiba crowd dekat belakang menjerit, bila pusing kepala nampak ada Nadhir Nasar dengan Erysha Emyra dalam persalinan pengantin siap ada bunga manggar. 

Event Keretapi Sarong 2023 ditaja oleh Bulan Bintang jadi sebagai duta jenama pakaian tu, Nadhir Nasar dengan Erysha Emyra datang memeriahkan majlis. Sempat lah ambil gambar dengan video lepastu cepat-cepat lari dari crowd sebab taknak sangkut lama dekat situ. Kita dah biasa jumpa Nadhir so tak perlu kot nak teruja sekali. 

Dari tempat tu terus menuju ke Dataran Merdeka tapi macam huru-hara lah sebab semua tak tahu arah tuju ke mana. Menghalang laluan satu hal juga sampai tak bergerak trafik. Kesian jugak lah yang stuck tanpa sengaja dekat laluan tu. 

Bila sampai dekat Dataran Merdeka rasa terkejut sebab ramai sangat yang join Keretapi Sarong tahun ni. Dekat dataran pun ada ongoing events juga macam climbing wall Wonda Coffee di sebelah kanan dataran, ada trak Milo dan permainan tradisional di kawasan tengah Dataran Merdeka. Tak sempat nak explore semua benda sebab semua macam blur nak pergi mana so all of us ended up stuck di laluan utama di bahagian hadapan Dataran Merdeka tu. 

Sakit kaki berdiri lama dekat spot yang sama, sesak nafas pun ye jugak lepastu panas terik lagi. Nasib baik lah ada laluan untuk ke sebelah kiri. Tak sanggup dah nak proceed ke bahagian tengah, untuk tengok persembahan dekat stage. Ambil gambar kejap dekat tepi stage lepastu blah sebab duta Bulan Bintang dah sampai ke backstage jadi crowd dah mula ramai sebab nak bergambar dengan Nadhir. 

Sebelum balik kitorang stop kejap dekat bahagian tepi yang tersorok juga lah dari crowd, dah penat join haruslah ambil gambar ootd join event Keretapi Sarong 2023. Tengah bergambar tu terkejut sebab tiba-tiba ada lelaki bertempik "Mana pengapit aku?!" lepastu ada lagi soalan yang dia tanya tapi tak dengar dengan jelas sebab masa toleh belakang tu dah berlanggar dengan crew yang lain. Terkejut dengar lelaki bertempik tu tak hilang lagi, tiba-tiba terkejut ada crowd berasak ke arah I. 

Rasa marah sangat masa tu sebab boleh je kan datang elok-elok minta kitorang excuse dari situ sebab duta Bulan Bintang nak shoot video berlatarkan Bangunan Sultan Abdul Samad. Apa perlunya nak bertempik lepastu kacau orang lain nak bergambar? None of them said sorry for their behaviour. Sudahnya kitorang blah je sebab mood pun dah lari. Lagi baik blah dan cari makanan sedap sebab kita pergi Keretapi Sarong bukannya berbayar macam artis jemputan pun jadi tak payah lah buang masa hadap benda tah pape macam ni. For sure lah tahun depan dah tak nak join event ni. 

Terpesona dengan Ultraman Blazar di Lalaport Mall

Friday 25 August 2023


Masa dapat invitation ni rasa ragu-ragu nak pergi ke tak sebab dah lama tak layan Ultraman. Last pun masa zaman sekolah dulu so tak tahu apa Ultraman terbaru sejak dari Ultraman Dyna. Punyalah lama Ultraman ni bersiaran di Malaysia, dari zaman tengah pakai pampers sampai 30 tahun kemudiannya masih hebat lagi melawan raksasa. 

Bertempat di Lalaport Mall, kitorang naik monorel pergi ke mall besar ni. Dari dalam tren lagi dah nampak figura Ultraman depan pintu masuk Lalaport Mall. Masa sampai dekat kawasan ruang tengah Lalaport dah sesak dengan peminat Ultraman. Tak sangka ramai sangat yang datang masa tu. Nasib baik lah media, kalau kena beratur dengan fans yang lain, memang tak nampak lah cerita dia sebab ketot. 


Event Live Show & Cast Talk di Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar kecil je sebab ruang tengah depan Metrojaya tu pun tak luas. Dah masuk dalam ambil seat sebelah kanan, dekat dengan peminat tegar Ultraman. Sebelum event start kitorang bergambar dulu dekat display Ultraman Decker. 






Meriah sangat dengan jeritan dari fans Ultraman sebab pelakon sebenar - Hiroki Matsumoto (Kanata Asumi), Raiga Terasaka (Kengo Manaka) dan Yuka Murayama (Ichika Kirino) datang munculkan diri atas stage. Handsome betul Hiroki Matsumoto tu, dah lah tinggi. Raiga dengan Yuka pula jenis ramah dan bubbly. 

Terkejut diorang tengok fans Malaysia ramai yang datang. Masalahnya bukannya budak-budak tapi yang dewasa melayan Ultraman ni. Suara crowd menjerit masa tu tak payah cakap lah, banyak kali tiga-tiga pelakon tu terkejut dengar. Tu yang seronok memasing dok bagi heart pose dekat fans. 






Since diorang tak pandai berbahasa Inggeris, so sepanjang event tu ada translator jadi reaction diorang lambat sikit lah bila emcee tanya soalan. Reaction fans pun lambat sikit bila dengar jawapan dari 3 orang pelakon utama ni. But still both parties are having fun interacting with each other. 

Lepas sesi temu ramah dengan barisan pelakon utama, ada game session dengan kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah. Comel lah tengok diorang main osom sampai menang. Tak pasti lah pihak Astro Ceria aware atau tak yang fans Ultraman ramai orang dewasa sebab tak ada contest untuk adult fans pun. Atau mungkin ada cuma I tak tahu. 


Lepas habis game tu, ada performance dari Kanata dan Kengo tup tup raksasa keluar datang serang diorang. Kitorang punya excited tengok live show kalah budak-budak. Bila Ultraman nak kalah kemain menjerit nama Ultraman sebab nak bagi semangat. Kalau dalam siri ultraman, semua orang akan menjerit 'Bersinarlah'. Sekali keluar Ultraman Blazar, ultraman baru yang akan diperkenalkan dalam siri baru. Cantik siot. 





Lepas Ultraman Blazar ni keluar, tiba-tiba muncul video call dari Gento Hiruma, kapten kepada SKaRD (Special Kaiju Reaction Detachment) bagitahu yang dia kirimkan Ultraman Blazar datang ke Malaysia. Ultraman Blazar berasal dari objek astronomi ekstragalaksi yang berada jauh dari Bumi. Comel betul Ultraman Blazar berdiri dekat belakang tu tengok skrin. Ultraman lain dah happy jumpa fans, dia diam je berdiri dekat satu spot. 




Seronok eh jadi media, boleh jumpa Ultraman Blazar depan mata macam ni. Cantik kan kostum dia? Headpiece dia cantik macam serpihan ais dekat belah kanan tu. 



Masa press conference dengan Hiroki, Raiga Terasaka, Yuka Murayama bersama dengan wakil Astro (Farah Fauzana, Ketua Kandungan Kanak-Kanak Astro) dan Tsuburaya Productions (Encik Kei Minamitani, Pengurus Eksekutif Jabatan Perniagaan Antarabangsa) tu tak banyak soalan yang media tanya. Jadi emcee buka ruang kepada fans tegar Ultraman dekat bawah. Berebut lah fans nak tanya masa tu especially kepada pelakon utama. 


Tamat je press conference ni, semua media dapat peluang ambil gambar dengan Ultraman dekat atas stage. Sedihnya, Ultraman Blazar tak ada :(


But all in all, it's a fun event! Dapat jumpa main cast, menyanyi lagu Ultraman, tengok secara live Ultraman kalahkan raksasa yang menganggu penduduk Bumi dan bergambar dengan Ultraman. Thank you Astro Ceria!