Book Review : Cerpen

By farhanna jafri - 06:45


Penulis : Nadia Khan
Penerbit : Buku FIXI
Helaian : 263 mukasurat/20 cerita
Genre : Pelbagai
Tarikh Cetakan : 
Cetakan Pertama - September 2012
Cetakan Kedua - November 2012
Cetakan Ketiga - Februari 2013
Cetakan Keempat – April 2013
Syarikat Cetakan : Vinlin Press Sdn Bhd 

Harga : RM 18.90

SINOPSIS


Lepas karya Gantung, upon recommendation by my friend, try baca novel Cerpen terbitan Buku Fixi ni. Cerpen ni sama dengan tajuk novel ni merupakan koleksi cerpen karya Nadia Khan semasa awal kariernya sebagai penulis. Banyak juga karya yang menang anugerah dan diterbitkan di majalah atau akhbar tempatan. Bukan setakat baca novel je, baca cerpen pun memang terhibur dengan penulisan kak Nadia ni. Unik dan menengahkan isu semasa masyarakat dengan cara dia yang tersendiri.

Dalam novel Cerpen mempunyai 20 cerpen pendek berbeza genre – sains fiksyen, sejarah, cinta, keluarga dan banyak lagi. Walaupun ada satu ataupun dua cerpen yang agak tak matang penulisannya (ni Kak Neddo sendiri mengaku okay) tapi jalan cerita boleh lagi nak layan cuma cara penulisan tu je kebudak-budakan sebab karya zaman muda saja diselitkan untuk hiburan. Boleh nampak lah yang Nadia Khan yang dulu bukan seperti sekarang. Usaha untuk baiki penulisan dan jalan cerita supaya nampak menarik dan cantik.


Nak review cerpen actually tak best sangat sebab terlampau singkat. Dekat sinopsis pun dah boleh tahu jalan cerita kan tapi antara cerpen yang boleh dipanjangkan jadi novel ialah Nasi Putih Daging Cincang, Epilog Damak, Kopi Kola, Puaka Pak Jaha, Budak Baru dan Nakahari sebab jalan cerita menarik dan kalau dipanjangkan jadi novel pun puas membaca.

Cerpen fav yang menyentuh hati ialah Kopi Tiga Suku, kisah tentang si suami yang suka minum kopi bancuhan isteri cuma 3 suku. Walau sikit macam mana pun bancuhan si isteri, suami akan tinggalkan suku. Kenapa? Kena baca sendiri. Perbuatan suami dia memang nampak pelik tapi bila tahu jawapannya boleh menangis bila baca. Maybe relate dengan life sendiri jugak kot sebab bila minum air dia mesti minum sikit sebelum kita minum tak pun dia akan suruh minum air dia sikit walaupun tak suka dengan rasa air tu.

Lagi satu cerpen Cili genre komedi. Cerpen ni tak berat pun dan plot dia cuma Pak Rabu mencari cili merah untuk Mak Yah, isterinya masak sambal nasi lemak buat berniaga esok harinya tapi perjalanan mencari cili tu agak unik sampai boleh jadi cerpen. Kalau ada yang pandai olah cerpen ni, boleh diadaptasi jadi telemovie jugak ni.

Recommended to read this novel, memang berbaloi beli sebab tak bosan baca plus cerita pula pendek je. Dalam sehari dah boleh habis baca ditambah pula dengan gaya penulisan santai kak Neddo. Tapi rasanya novel ni dah tak dijual di Buku FIXI sebab dekat website dah takde. Maybe you guys should try online if keen to read it ya :)

1. Author +1, 2. Accuracy +1, 3. Writing Style +1, 4.Plot +0.7, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.9 = 9.1/10

  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. Tak baca lagi Cerpen... Kelabu pun tak baca lagi baru start baca Gantung (。ŏ_ŏ)

    ReplyDelete
  2. interesting la, ada banyak cerita.

    ReplyDelete
  3. Ada baca satu buku Fixi tu best sangat starting dan isi tengah tapi ending rasa macam nak maki. Apabenda ending macam tu? Terus tak jadi nak baca buku Fixi. Setia dengan RAM je..

    ReplyDelete
  4. terbaek.. mesti menarik ni :)

    ReplyDelete
  5. dulu sy suka juga baca cerpen..best2

    ReplyDelete
  6. buku terbitan fixi mmg terbaikk

    ReplyDelete
  7. tq for sharing, farhana.
    akak nak beli kan Nurin kot.
    last 2 weeks beli kan buku utk dia, tapi bukan novel.
    buku motivasi. nak pelbagaikan bahan bacaan dia :)

    ReplyDelete
  8. Rasa menarik nak baca, maybe boleh jadi ilham...

    ReplyDelete
  9. haritu ada terniat nak beli kat google play tapi takut takbaca huhu

    ReplyDelete
  10. hans sekarang buku banyak beli
    bacanya tu entah bila
    hahaha

    ReplyDelete
  11. Baca review Farhana buat akak nak baca juga.. Nanti nak carilah..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)