Sunday, 18 February 2018

Movie Review : Along with The Gods : The Two Worlds

Image result for along with the gods

Director: Yong-hwa Kim
Cast : Ha Jung-woo, Cha Tae-hyun, Ju Ji-hoon, Kim Hyang-gi, Kim Dong-wook, Do Kyung-soo
Genre : Fantasy/Drama
Running Time : 139 minutes
Trailer :


Lately banyak sangat tweet pasal movie AWTG ni sebab ramai yang kata best. Tengok dekat Pencurimovie pun dah keluar HD so try lah tengok. Tak sangka betul movie ni bagus. Rasa insaf betul walaupun garapan ikut kitab agama lain tentang Hari Neraka dan cara diorang hisab amalan si mati. Tapi gambaran diorang ni tak seteruk gambaran kitab kita lah but still insaf hoi. Tapi kejap je lah. Manusia kan. Hihu

AWTG mengisahkan tentang roh mulia, Kim Ja-hong (Cha Tae-hyun) yang meninggal selepas selamatkan seorang budak perempuan dari bangunan yang terbakar. Diiring oleh 3 penjaga, Gang-rim (Ha Jung-woo) sebagai ketua penjaga, Haewonmek (Ju Ji-hoon) penjaga keselamatan dan Lee Deok-choon (Kim Hyang-gi) dengan keupayaan untuk melihat semua amalan si mati menemani di setiap perbicaraan iaitu di Neraka Pembunuhan, Neraka Kemalasan, Neraka Penipuan, Neraka Pengkhianatan, Neraka Ketidakadilan, Neraka Keganasan dan Neraka Keluarga.

Dalam setiap perbicaraan akan ada 2 orang pendakwa yang akan menilai setiap tindakan si mati semasa hidup di dunia dan sehabis boleh akan membuatkan si mati jatuh ke dalam neraka sekiranya dewa/dewi membuktikan dia bersalah. Tapi disebabkan Kim Ja-hong ni roh mulia so ada beberapa neraka yang dia boleh skip dan perbicaraan dia pun tak lama sebab orang baik. Ada sebab kenapa dia diiring oleh 3 penjaga sebab penjaga-penjaga ni pun ada dosa diorang tersendiri pada masa lampau yang perlu ditebus. 

Image result for along with the gods

For first half memang menarik tengok konsep Hari Akhirat dan perbicaraan diorang tapi masuk second half ada masalah yang berkait dengan Kim Ja-hong. Ada dosa dia yang buatkan dia tak boleh dapat kelahiran semula dan impian dia untuk berjumpa ibu dia dalam mimpi akan ditarik balik. Sebelum Kim Ja-hong meninggal dia tak sempat nak berjumpa dengan ahli keluarga so harapan nak berjumpa dengan ibu dia untuk minta maaf memang tinggi sangat sampai dia sanggup buat apa saja supaya dia dapat jumpa ibu dia kali terakhir. Tapi satu demi satu dosa besar dia tersingkap melalui Cermin Karma. Mampu atau tak Kim Ja-hong berjumpa dengan ibu dia dan minta maaf? Betul atau tidak dakwaan dia roh mulia? Tu semua kena tengok sendiri lagipun tak rugi you guys tengok sebab dekat Korea sekarang movie ni adalah movie kedua yang tertinggi jumlah kutipan di box office dalam sejarah perfileman Korea. 

Image result for along with the gods

Ditambah pulak dengan visual yang cantik memang power part Gang-rim kejar roh jahat yang berdendam dengan Kim Ja-hong, scene ribut pasir sebab roh berdendam & ada banyak lagi scene yang lain memang wow sangat onscreen. Ini semua hasil kerja tenaga 300 pereka seni grafik dan technician yang dilantik untuk menghasilkan visual sinematografi cantik dibawah kelolaan salah sebuah VFX studio yang terbesar di Asia, Dexter Studios. Even the background music buat tambah feels tu. Intense betei part Neraka Penipuan tu. 

Disebabkan kisah Kim Ja-hong ni berkisar tentang kehidupan dia bersama ibu dia yang bisu dan seorang lagi adik lelaki yang dibesarkan dalam kehidupan yang serba daif so its filled with emotion. Nak pulak bila masuk part terlerai misteri kenapa Kim Ja-hong ni roh mulia walaupun banyak dosa besar yang dia buat. Menangis berjejer air mata tak boleh nak tahan sebab tengok dengan family malu lah kalau nangis tapi tetap nangis jugak sebab sedih wei part hujung tu masa dekat Neraka Keluarga. Yang lain pun sedih jugak tapi boleh cover macho lagi tapi dekat Neraka Keluarga tu padu betul director buat kerja. Kalau korang hati tisu, jangan tengok ramai-ramai. Tengok sorang-sorang tapi kalau korang homesick, better jangan tengok sebab rasa nak mintak maaf dengan family, dengan Tuhan, dengan pets ah semua lah kalau boleh sebab perangai tak semenggah. 

Related image

Disebabkan movie ni power, tak sabar nak tengok sequel, Along With Two Gods : The Last 49 Days sebab sequel actually diorang dah siap dah, diorang berlakon serentak dengan yang first chapter ni. Kalau ikut schedule dalam pertengahan tahun keluar lah sequel. I recommend you guys tengok movie AWTG ni. Tak rugi & rasa insaf tu memang menusuk teruk. Lepas tengok movie ni solat taubat terus baq hangggg. 
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Lirik Lagu Sampai Ke Hari Tua - Aizat Amdan

Aizat amdan is back with his lovely single, Sampai Ke Hari Tua & this song actually dedicated to #Fattzura. Awww sweet! Nampak Aizat perform lagu ni dekat insta. First time dengar terus jatuh hati. Nak pulak dekat lirik 'Jika aku air wudhumu, menjadi serimu dalam lima waktu' memang kreatif & berbunga sangat. It makes me goes awwww throughout the whole song. 



Lagu : Sampai Ke Hari Tua
Penyanyi : Aizat Amdan
Komposer : Aizat Amdan

Jika ku radio dan engkau lagunya
Dan aku putarkan hingga semua terleka
begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Jika ku air wudhuk mu
menjadi seri mu
dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya
akulah jodoh mu
jaga mu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
mencintaimu

Kaulah watak utama dalam setiap drama
yang sering dimainkan menjadi kegilaan
begitulah kita ditakdirkan untuk bersama
Jika ku air wudhuk mu
menjadi seri mu
dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya
akulah jodoh mu
jaga mu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
mencintaimu

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
Hingga ke akhirnya
Engkaulah cinta terindah
Engkaulah satunya
sampai ke hari tua
menjadi milikku
Hingga ke hujung nyawa
Huuuuu
mencintaimu
mencintaimu

Movie Review : Haseena Parkar

Image result for haseena parkar

Director :
Cast : Shraddha Kapoor, Siddhanth Kapoor, Ankur Bhatia
Genre :
Running Time :
Trailer :


Dawood Ibrahim merupakan seorang mafia paling berbahaya di India dari tahu 90-ann sehingga lah sekarang, sama juga dengan adik perempuan kesayangannya, Haseena Parkar yang lebih dikenali sebagai Aapa (Godmother) di Bombay, India. Diadaptasikan dari kisah dan kejadian sebenar di hari perbicaraan Haseena untuk kes mengambil alih perniagaan haram abangnya, movie Haseena Parkar diarahkan oleh Apoorva Lakhia menceritakan tentang hubungan Dawood dan Haseena. 

Image result for haseena parkar

Walaupun beberapa karakter utama mengikut karakter sebenar tapi ada beberapa fakta yang telah diubah oleh team HP macam bilangan beradik Haseena pada hakikatnya mempunyai 10 orang beradik meanwhile in reel life, 12 orang. Tapi susah untuk nampak kesemua beradik kecuali part makan nasi beriani itupun sekali imbas je sebab dalam movie ni diorang fokus Haseena & Dawood. & because of that Apoorva come up with the idea to cast real siblings, Shraddha & abang kandung dia, Siddhanth Kapoor untuk dapat chemistry tu onscreen tapi sayangnya both of them memang takde talent dalam berlakon and that's what make this movie flop really bad and hurt Shraddha's career. 

Cuma ada certain part je Shraddha mampu carry watak Haseena tanpa dipaksa & nampak natural. Terutamanya scene dia bergaduh masa ambil air dengan part suami dia, Ibrahim Parkar mati. Menangis jugak lah part dia peluk anak sulung dia, Danish sebab nampak dia betul-betul takut sebab lepas kehilangan abang sulung dia, Dawood lepastu suami dia, Haseena memang kena kena hidup sendiri since parents dia kena jaga anak-anak yang lain. Lepas kahwin memang boleh kata jarang dia jumpa parents except abang-abang dia yang ambil berat.

Tak lama lepastu, pada tahun 1993 ada 10 letupan di Bombay and police have concluded dalang di sebalik letupan tu Dawood. Seminggu Haseena pergi balai polis untuk bantu siasatan sampai terabai anak-anak dia sampai satu tahap dia dah menyampah dengan caci maki perli polis dan orang sekeliling so dia guna nama abang dia untuk jadi Godmother supaya orang lain hormat dia dan anak-anak. Tapi start dari sini fizikal Haseena berubah. Dari kulit gelap kurus kering jadi cerah dan berisi dengan makeup yang dark and heavy. Mulut Shraddha macam kena sumbat bola pingpong and it looks bad. ShEven cara jalan pun dia tak mampu nak buat nampak real and of course muklakonan dia nampak terpaksa sangat since dia tak dapat rujukan macam mana Haseena in real life. Either dia tak cukup masa untuk buat research, tak cukup bahan rujukan ataupun dia yang malas. Considering her negative attitude on set, I take pemalas for her failure in depicting Haseena Parkar. 

Image result for haseena parkar

Scene dalam court pun huru-hara jugak bila Mr. Keshwani dengan Mrs Satham kendalikan kes Haseena Parkar. Dialogue pun antara kelemahan movie Haseena Parkar ni. Tak pasti lah kalau kata-kata lawyer dan hakim diambil dari suasana sebenar but if its not then its a foolish attempt to create this movie at the first place. Movie ni boleh kata asal siap je. But I really impressed with visuals. Nak pulak masa letupan di Bombay tu memang cantik sangat. Perfect! Tapi part Dawood dekat Dubai tu nampak macam tak ada hala tuju. Like I said earlier, cincai. 

Tak faham actually apa motif movie Haseena Parkar ni, whether nak tunjukkan kehidupan Haseena dan kenapa dia boleh naik jadi Godmother di India & naikkan dia sebagai hero ataupun semata nak tunjuk hari perbicaraan Haseena but whatever the reason is, this team fail big time. With slow pace, bad casting, bad direction and editing, worst dialogue, definitely not a great choice movie to watch. Haseena Parkar buktikan yang Shraddha tak mampu berlakon pun instead jadi watak pasu bunga. I wish Bhumi Pednekar yang berlakon because she fits the character well. 
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.9/10

Friday, 16 February 2018

Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi

Movie Review : Three Billboards Outside Ebbing Missouri

Image result for three billboards outside ebbing missouri review

Director : Martin McDonagh
Cast : Frances McDormand, Woody Harrelson, Sam Rockwell, Abbie Cornish, Peter Dinklage, Clarke Peters, John Hawkes
Genre : Drama/Crime
Running Time : 110 minutes
Trailer : 


Movie TBOEM antara movie yang hangat diperkatakan tahun 2017 sebab content yang bagus & already menang 4 anugerah di Golden Globes so its kind of jinx kalau tak tengok. And yupp its such a great decision to watch this simple yet brilliant piece. 

Mengisahkan tentang Mildred Hayes (Frances McDormand) yang kehilangan anak perempuannya selepas dirogol dan dibakar namun selepas 7 bulan berlalu masih lagi tiada tangkapan dibuat. Lebih parah lagi bila ketua polis Bill Willoughby (Woody Harrelson) yang handle kes Angela mempunyai masa yang singkat untuk hidup kerana kanser pankreas. Jalan menuju ke rumah Midred mempunyai 3 buah billboard di tepi jalan so she come up with the idea untuk letak soalan kepada Bill Willoughby tentang kes Angela yang masih belum jumpa sebarang bukti.

Related image

Sebelum wujudnya iklan Mildred di billboard tu ramai yang dah lupa ataupun jarang guna jalan tersebut tapi sejak kes Mildred, ramai yang marah dengan tindakan Mildred sebab Bill cuma ada masa beberapa bulan sahaja lagi untuk hidup ditambah pula dengan kehadiran local TV news sehingga tersebar meluas di media masa dan cetak. Meanwhile, Dixon (Sam Rockwell) cuba untuk mematahkan semangat Mildred dengan pelbagai cara untuk menurunkan iklan tersebut termasuklah menolak pengusaha syarikat pengiklanan dari tingkap syarikat kerana enggan membuang ikalan tersebut.

Jalan cerita movie ni memang simple je but full with emotion. Walaupun dah boleh agak hala tuju movie ni macam mana bila Mildred decide untuk letak iklan mempertikaikan betapa lemahnya pihak polis dalam menangani kes Angela tapi ada banyak plot twist dalam karakter di pekan tu sendiri. Kalau pada awal movie nampak karakter ni tak menyokong tindakan Mildred tapi bila masuk second half sedikit demi sedikit beberapa karakter tu berubah. You'll never expect the ending and some plot to turns out that way or this way. You'll never know which character will bloom as a beautiful one and which will sink in their hatred. The great thing happened in this movie you guys susah nak tentukan siapa salah siapa baik siapa betul siapa jahat sebab karakter masing-masing terikat dengan tugas. Masing-masing bertindak ikut perspektif masing-masing. It just great. You do you without being helpless and asking for God's help.

Related image

Walaupun dalam movie ni dialog agak kasar tapi memang kena dengan situasi & kawasan tu. It just perfectly written. Same goes to cinematography team for this movie. Visual untuk kawasan pekan tu memang simple tapi sharp. Dari scene horror kepada intense and full with emotion. Kudos! Walaupun karakter Mildred ni digambarkan sebagai wanita yang tabah walaupun diasak dengan pelbagai cara untuk lunturkan semangat dia tapi you guys boleh jugak nampak sisi lemah sebagai seorang ibu tu. Sama jugak dengan Officer Bill. They're just humans.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...