Set Bubur I Love Yoo!

Tuesday, 19 November 2024

Kalau pergi SSM mesti tak tahu nak breakfast dekat mana. Dulu selalu makan dekat Kedai Kopi Malaya tapi service dia lately ni dah semakin tak best. Pergi kedai sebelah pulak panas sangat. Sudahnya pergi lah ke I Love Yoo! sebab nak makan bubur cakoi dia. Kebetulan pagi tu gusi kiri dan kanan bengkak sebab nak tumbuh gigi. 


I order set bubur ada semangkuk bubur nasi, dua batang cakoi dengan segelas susu soya sejuk. Lepastu tambah kuih bijan kacang merah sebab dekat I Love Yoo! je ada kuih bijan inti kacang, dekat tempat lain kuih bijan dia inti kelapa. Dulu ada jumpa kuih bijan inti kacang hijau tapi akak tu dah tak meniaga :( 

Kenapa entah dalam dunia ni benda sedap mesti ditamatkan, memang semua benda best kena tunggu masuk syurga ke?


Bubur nasi dia nampak sedih sebab kosong, tapi set ni harga RM14 lebih. Rasa kesian dekat diri sendiri sebab beli bubur kosong macam ni. Selalunya bila beli bubur ada daun bawang, ikan bilis, isi ayam rebus, sambal dengan telur masin.  Tapi tu lah orang kata jangan judge dari rupa je sebab bubur kosong dia dah blend dengan isi ayam. Lebih kurang sama dengan rasa bubur mekdi. Makan pulak dengan cakoi yang panas tu, sedapppp!


Last sekali baru makan kuih bijan favourite ni, bau dia pun dah A+++ sebab bau wangi bijan kena bakar. 

Seronok lah dapat makan breakfast set yang sedap tapi lepas ni tak singgah situ dah sebab cashier dia garang. Dengan lelaki baik pulak dia bercakap. Selekkkk.

Melabuhkan tirainya pada malam semalam, kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara ‘Muzikal Lawak Superstar 4’, sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM 150,000 beserta trofi. Danial Zaini, Acap S dan Shashic telah menampilkan persembahan yang penuh emosi, lantas menyentuh perasaan para penonton dan juga barisan juri dengan sketsa mereka. 

Sarkas mendapat markah keseluruhan sebanyak 67.89%, diikuti oleh kumpulan Padie (67.07%) di tempat kedua dan kumpulan Putehh (64.57%)  di tempat ketiga, dengan masing-masing membawah hadiah wang tunai bernilai RM 75,000 dan RM 50,000 beserta trofi. Mengejutkan satu dewan dengan bakat komedi dan lakonannya, Zulin Aziz turut dipilih sebagai pemenang ‘Superstar Paling Gempak’ pada musim keempat ini. 

Senarai Markah Penuh Minggu 9 ‘Muzikal Lawak Superstar 4’

Sarkas – 67.89 %

Padie – 67.07 %

Putehh – 64.57 %

Deroyan – 64.47 %

Zuara – 63.18 %












Senarai Hadiah

Tempat Pertama : RM 150,000 beserta trofi

Tempat Kedua : RM 75, 000 beserta trofi

Tempat Ketiga : RM 50,000 beserta trofi

Tempat Keempat : RM 25,000 beserta trofi

Tempat Kelima : RM 5,000 beserta trofi

Strim episod-episod ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ menerusi On Demand, Astro GO dan sooka.

Movie Review | Don't Move (2024)

Sunday, 17 November 2024


Directors: Adam Schindler, Brian Netto
Writers: TJ Cimfel, David White
Cast: Kelsey Asbille, Finn Wittrock, Moray Treadwell, Daniel Francis
Production Companies: Raimi Productions, ZQ Entertainment, Capstone Studios, Hammerstone Studios
Distributor: Netflix
Genre: Thriller / Drama
Running Time: 92 minutes
Release Date: 25 October 2024
Trailer:


Iris (Kelsey Asbille) mendaki gunung dan buat keputusan untuk terjun dari puncak akibat kemurungan yang dialami. Ketika masih ragu-ragu dengan keputusan tersebut, Iris dihampiri oleh seorang lelaki muda bernama Richard (Finn Wittrock). Mereka berkenalan lalu turun ke bawah menuju ke tempat letak kereta. 

Baru saja Iris lega bertemu dengan Richard yang menggagalkan Hasrat dia untuk bunuh diri, Iris diserang oleh lelaki asing tersebut. Dia diculik, diikat tangan dan kaki lalu pengsan kerana renjatan elektrik dari stun gun. 

Sebaik saja Iris tersedar, Richard beritahu mereka menuju ke rumah kabin yang terletak di kawasan hutan tak jauh dari gunung tersebut. Richard rancang untuk luangkan masa hujung minggu bersama Iris sebelum dia membunuh wanita tersebut. Richard suka dengan raut wajah Iris yang hampir sama dengan bekas teman wanitanya. 

Nasib Iris baik kerana dia mempunyai pisau utility di dalam kocek hoodie tapi Richard lebih bijak mengatur Langkah kerana dia sudah suntik cecair ejen pelumpuh. Badan Iris akan hilang motor skills, rasa kejang dan kaku selepas 20 minit. Iris cuba selamatkan diri dan lari ke dalam hutan dan terjun ke dalam sungai. Richard hanya tenang mengekori Iris kerana dia tahu Iris tak akan mampu pergi jauh dalam keadaan yang tak stabil. 

Naskhah thriller Don’t Move arahan Adam Schindler dan Brian Netto mewujudkan saspens apabila pembunuh menggunakan suntikan cecair ke tubuh mangsa. To be honest, I tak familiar dengan cecair yang digunakan, it’s fine sebab dari apa yang dijelaskan oleh Richard, badan Iris akan kaku selepas 20 minit. Memang tahu dah Iris tak ada harapan untuk hidup sebab dia tak ada apa-apa untuk selamatkan diri kecuali pisau yang dia bawa dari rumah. 

Kalau dekat awal filem penulis TJ Cimfel dan David White dah bagitahu kelemahan mangsa dan kelebihan pemangsa, sudah tentu lah filem Don’t Move ada plot twist dan kejutan yang tersendiri. Macam Iris diselamatkan oleh arus sungai dan kayu balak yang muncul entah dari mana untuk bawa dia bergerak ke destinasi lain, jauh dari pemangsa. 

Pace penceritaan untuk filem thriller seperti ini, tersangatlah perlahan tapi disebabkan Netflix ada speed setting, 1.5x adalah penyelamat. Kalau ada 2x, mungkin kitorang akan pilih speed 2x sebab terlampau perlahan untuk tengok Iris gerakkan jari minta tolong kepada orang lain. 

Sinematografi dari Zach Kuperstein menggunakan landskap hutan tebal di kawasan pergunungan untuk mewujudkan suasana hening sunyi yang mengerikan. Ada banyak babak yang menggunakan close-up untuk anggota badan Iris bergerak seperti yang diharapkan oleh Iris sendiri ataupun penonton.
 
Selain watak protagonis, Finn Wittrock juga bagus dalam persona lelaki psiko yang mencari mangsanya untuk penuhi fantasi. Tak pasti siapa Richard dan macam mana nasib mangsa-mangsa sebelum Iris sebab dia ada mention yang lain pun akan buat perkara tipikal seperti Iris jadi kita tahu dia dah berpengalaman sebab tu dia bijak atur langkah cuma dengan Iris, nasib menyebelahi si mangsa. 

Walaupun naskhah Don’t Move mempunyai idea yang menarik tapi jalan cerita tak dikembangkan dengan baik terutamanya selepas Richard dan Iris keluar ke bandar. Macam mana Richard boleh terlepas dari pihak polis ataupun macam mana Richard boleh kuat lagi lepas kena tikam dan beberapa pertanyaan lain buatkan filem Don’t Move tampak dangkal di second half. Not bad to watch kalau nak layan secara santai tapi for a suspense thriller movie, Don’t Move ada banyak yang perlu diperbaiki. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 5.8/10

Movie Review | Ipar Adalah Maut (2024)


Pengarah: Hanung Bramantyo 
Penulis Skrip: Oka Aurora 
Pelakon: Michelle Ziudith, Deva Mahenra, Davina Karamoy  
Syarikat Produksi: MD Pictures
Pengedar: Antenna Entertainments (Malaysia), Netflix  
Genre: Drama 
Durasi Tayangan: 131 minit
Tarikh Tayangan: 13 Jun 2024 (Indonesia), 20 Jun 2024 (Malaysia, Singapura & Brunei) 
Trailer:


Selepas 10 tahun berkahwin, Nisa (Michelle Ziudith) dan suaminya, Aris (Deva Mahenra) menerima adiknya, Rani (Davina Karamoy) untuk tinggal bersama kerana kos sewa hostel di universiti agak mahal untuk ditampung oleh ibunya. 

Nisa menganggap Aris sebagai malaikat kerana sudi menumpangkan adiknya di rumah mereka kerana tak ramai suami yang sanggup menerima kehadiran ipar. Kehidupan mereka awalnya seperti biasa tapi kerana tingkah laku Aris sebagai suami yang baik dan juga pensyarah yang sentiasa menjaga Kebajikan Rani, perasaan suka mula hadir. 

Sejak Aris selamatkan Rani dari Yan (Toby Armstrong) dari diperkosa di bangunan kampus, perasaan suka mula menjadi liar hingga dia sanggup curang dengan abang ipar sendiri. Mereka sentiasa bersama baik di kampus ataupun di rumah tanpa disedari oleh Nisa yang sibuk menguruskan bisnes bakeri yang semakin lama semakin berkembang dan meningkat jualannya. 

Pak Junaedi (Susilo Nugroho) berpesan kepada Aris supaya jangan bermain dengan api namun nasihat tersebut tidak diendahkan sehingga lah satu hari hubungan sulit mereka ketahuan oleh Nisa. 

Naskhah drama yang mendapat tontonan tertinggi di negara Seberang dan juga menjadi bualan di Malaysia sejak ditayangkan di sini dan juga di streaming platform Netflix merupakan adaptasi kisah benar dari content creator bernama Elizasifaa. Penceritaan yang diolah oleh Hanung Bramantyo adalah lite version yang sebenarnya berlaku namun sudah cukup buatkan ramai panas hati dengan Aris dan Rani. 

Personally, for me jalan cerita Ipar Adalah Maut agak lemah dengan dialog yang ditekankan secara melampau macam Nisa yang terlampau mengagungkan suaminya Aris padahal bukan sesuatu yang mulia pun tumpangkan adik-beradik ipar di rumah. Kalau masyarakat B40 atau M40, perkara ini biasa. Kalau T20 memang tak wujudlah scenario ni sebab dia kaya, dengar je adik perlukan duit dia terus transfer duit. Bayarkan terus yuran pengajian sepanjang adik ipar belajar. 


Dialog yang berulang-ulang pun menjengkelkan juga sebab kawan-kawan Rani tak sudah memuji Aris padahal benda biasa je. Of course, pengarah dan penulis Oka Aurora cuba letakkan Rani sebagai watak antagonis tapi tengok pada keadaan yang diletakkan tu agak kesian juga lah sebab semua watak paksa Rani bersama dengan Aris. Merepeknya Nisa minta Aris betulkan paip dalam bilik Rani padahal suami dia pensyarah bukannya tukang paip. Kalau dia boleh upah orang gaji, tak mustahil boleh upah tukang paip.  

Tak dinafikan Rani adalah punca keretakan rumah tangga Nisa dan Aris dan mereka berdua pun sentiasa bersama dari pagi hingga ke malam. Senang sangat untuk Aris tergoda dengan Rani yang suka berpakaian singkat di rumah dan bagi dia ruang untuk terlihat perkasa. It feeds his ego walaupun dia sembang dia suka wanita berdikari tapi lelaki kalau sembang kari memang boleh pergi jauh. Lepastu dia salahkan Nisa bagi kebenaran Rani tinggal di rumah padahal dia yang bagi kebenaran. 

Penceritaan Ipar Adalah Maut bersifat klise dan mempunyai saspen yang sengaja dibuat-buat walhal ada banyak yang boleh dikembangkan dan diperjelaskan dengan lebih baik. Pengarah build momentum agak perlahan untuk hubungan sulit Rani dan Aris tapi itulah kalau dia buat dengan cantik pun, hipotesis dia tetap sama. Lelaki kalau dia nak curang, dia curang. 


Enough about storyline, sembang pasal performance kesemua pelakon, semuanya biasa je nyah. Lakonan Michelle Ziudith sebagai wanita yang lemah tak berdaya tapi emo berebut parking pensyarah tak ada yang memberi impak pun. Walaupun kaki dia tertusuk kaca sambil meroyan cari di mana tempat Aris dan Rani bermiangan tu pun biasa. I terkesan dekat babak Nisa tahu Rani pregnant. Betul lah dia kata, Aris ni dah hancurkan hidup dia, hancurkan pula hidup adik dia. Sampai macam tu sekali Tuhan nak tunjuk yang manusia tetap manusia, bukannya malaikat. 

Chemistry Deva dan Michelle tak ada, mungkin sebab babak mereka memang sengaja terlihat dingin untuk kuatkan screenplay kecurangan antara suami dan ipar. Bolehlah justify yang Aris terbiar dahaga oleh isteri sendiri sedangkan Rani boleh siram air lencun dalam shower. Tak hairan lah kalau Davina boleh menang Pelakon Pembantu Terbaik bila dia banyak menggunakan renungan mata untuk goda abang ipar sendiri. Dia sebut nak je, filem dah boleh berjalan jauh. 


Sinematografi dari Ipung Rachmat Syaiful tak perlu dipertikaikan lagi dan sama seperti filem KKN Di Desa Penari (2022), Pasutri Gaje (2024), Surga yang Tak Dirindukan 2 (2017), Ipar Adalah Maut juga mempunyai tona warna dan moodnya tersendiri. Warna suram dan romantik lebih selesa menjadi pendukung mood filem. Ruangan rumah Nisa dan Aris seperti menjemput kecurangan berlaku antara Aris dan Rani. 

Kesimpulannya, filem Ipar Adalah Maut adalah filem drama yang diperlukan oleh masyarakat awam untuk mencemuh watak antagonis secara total setelah jelak dijamukan dengan kisah bermadu dan poligami.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6.7/10

Movie Review | My Boo (2024)


Director: Komgrit Triwimol
Writer: Kirati Kumsat
Cast: Sutthirak “Gee” Subvijitra, Maylada Susri, Chaleumpol Tikumpornteerawong, Thatchaya Supathanyasatit
Production Company: GDH
Distributor: Netflix
Genre: Horror / Comedy
Running Time: 125 minutes
Release Date: 01 May 2024 (Thailand), 20 June 2024 (Malaysia)
Trailer:


Naskhah seram komedi mengisahkan tentang Joe (Sutthirak “Gee” Subvijitra), seorang game streamer yang pergi ke sebuah kampung untuk menjual rumah pusaka. Abang sepupunya, Top dengan riang hati memberikan rumah tersebut kepada Joe kerana sumpahan puaka yang berlaku pada tepat jam 12 malam. 

Anehnya perkara yang berlaku di rumah tersebut sama seperti mimpi yang dialami Joe sebelum pergi ke sana. Bezanya, Joe jatuh cinta dengan kecomelan Anong (Maylada Susri) sampai dia buat keputusan untuk jadikan rumah tersebut sebagai rumah hantu. Anong bersama dua orang lagi hambanya, Thongkon (Chaleumpol Tikumpornteerawong) dan Thong Yip (Thatchaya Supathanyasatit) menjadi ‘pelakon utama’ di rumah hantu tersebut. 


Rumah hantu mereka semakin popular dan viral hingga tersenarai sebagai Top 5 Rumah Hantu Paling Seram di Thailand. Joe juga berjaya bayar hutang termasuk bunga yang dipinjam dari ah long sebelum memulakan perniagaan tersebut. Hidup dia semakin indah dengan kehadiran Anong, persoalannya sampai bila dia akan bercinta dengan hantu?

Filem My Boo arahan Komgrit Triwimol menggunakan kisah cinta dua alam sama seperti francais terkenal Bollywood, Stree (2018) atau filem Do You See What I See (2024) dari Indonesia. Bila tengok Joe dapat idea untuk buat rumah hantu menggunakan hantu betul teringat pula dengan jalan cerita Agak Laen (2024) tapi I enjoy layan My Boo sebab Joe dapatkan consent dari hantu-hantu yang ada dan berjanji akan bantu mereka bertiga untuk dilahirkan semula.  


Sinematografi My Boo banyak menggunkaan CGI untuk kesemua hantu bila Thongkon terputus kepala, Thong Yip terkeluar usus dan Anong yang boleh pusingkan kepala ke belakang. Filem My Boo tak lah seram sangat tapi lebih terarah kepada komedi yang menghiburkan di separuh pertama. Tapi ada beberapa babak yang bikin saspen juga. Music score dan music album My Boo antara kekuatan naskhah romantik lantas menguatkan suasana romantik dalam dunia Joe dan Anong. 

Lakonan Gee sebagai Gen Z yang chill dan panjang akal tampak menghiburkan dan lakonan dia yang banyak carry filem My Boo. Kelakar bila dia pergi dating dengan Anong dekat bandar sampai orang sekeliling pandang-pandang sambil judge. Kalau Gee tak pandai lakonkan babak tu rasanya tak menjadi sebab dia bermain dengan dua watak masa tu. Ada juga character twist di penghujung cerita dan twist tu menguatkan lagi range lakonan dia. I tak familiar dengan Gee, mungkin dia banyak berlakon drama sebelum ni tapi screen presence dia kuat sangat. 


Chemistry Gee dengan Maylada pun comel, rasa tak puas tengok scenes diorang berdua. Siapa lah yang come up dengan idea hantu comel macam Anong ni sebab awwdorable sangat bila dia muncul. Cakap pun sopan je lemah-lembut, hati siapa je tak bergetar tengok dia. Jadi seram pun tak mampu sebab comel. Menangis pun comel bila cemburu tengok Gee menyembang dengan Soda (Aom Punyawee Jungcharoen) atau Thongchai (Thanaerng Kanyawee Songmuang). 

Dalam banyak kelebihan filem My Boo ada juga babak yang terasa draggy macam babak Gee dan Anong menari dengan lagu klasik. Kalau tak ada pun tak apa sebab dah tahu bukannya hantu dengan manusia boleh buat apa sangat. Patutnya letak dekat credit scene. 


Better kalau pengarah masukkan plot macam mana Top boleh tergerak hati nak robohkan rumah pusaka tu padahal sebelum ni dia yang takut nak pergi. Kalau penulis Kirati Kumsat tambah babak seram masa Top rosakkan rumah tu pun boleh. Dia macam eh jugak lah sebab kalau rumah tu semudah itu boleh dirobohkan pada waktu siang, kenapa Top tak buat sebelum ni? 

Filem My Boo masukkan juga unsur karma tapi I tak faham dengan konsep tu dalam filem ni, mungkin penantian Joe adalah karma untuk kelahiran sebelumnya. Hidup mewah tapi sunyi. Jadi pengajaran juga lah tapi kenapa Joe tak tebus dosa dengan bertapa di tokong macam dalam filem Nang Nak tu tak pasti. Mungkin dia tak nak kehilangan Anong. A bit complex lah dekat sini tapi penulis tak nak explore sebab takut hilang vibe dan mood santai tu.


Pace filem ni sederhana, tak lah laju sangat, tak juga perlahan sebab template dia santai so in terms of entertaining, it does pretty good job. Siapa yang perlukan filem romantik komedi berlatarkan dunia mistik, layan lah filem My Boo dekat Netflix. Pretty sure you akan jatuh cinta juga dengan Anong. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.8/10

Sundobu Jiggae Seafood Myeongdong Topokki, IPC Tunnel

Saturday, 16 November 2024


Sebelum ni dah pernah ada bad experience dekat Myeongdong Topokki One Utama tapi disebabkan masa ni tengah craving sundobu jiggae dan restoran ni je yang jual maka terpaksa lah cuba juga makan. Sebab nak cuba je kan, kitorang tak lah order banyak masa tu. Surprisingly turns out sedap. 

Datang kali kedua pun order Sundobu Jiggae Seafood juga lepas tu add-on gimmalee. 



Sebelum ni makan sundobu jiggae dekat Dodo Korea lepastu selalu nampak sundobu jiggae Omaya dekat tikTok, bila pergi Kplus tak ada pulak pes sundobu jiggae sebab malas nak beli semua pes cili dengan minyak dia pakai dalam resipi ni. Sebab tu cari dekat Myeondong Topokki je. Nak pergi ke Nu Sentral semata nak makan sundobu jiggae macam jauh sangat pulak. 


Harga satu set ni RM19.90, lengkap dengan nasi putih, iced green tea dan 3 jenis side dishes tapi side dishes dia perlu diperbaiki lagi rasanya sebab cili keras, radish pickles tawar, kimchi je lah okay sikit. Sundobu jiggae ni sup tauhu je tapi ikut lah nak jenis apa, ada ayam, daging dengan seafood. I pernah try daging dengan seafood tapi I lagi suka seafood lah sebab daging tak lembut sangat. 

Sundobu jiggae ni sedap makan panas-panas, truly a comfort food bila perlukan something yang light dan sedap. Light sebab dia tak banyak ingredients dan sup rebus je. Tapi cari nahas lah I pakai baju warna putih masa makan sundobu jiggae ni sebab terpercik sana-sini. 

Gimmalee dekat Myeongdong Topokki pun nice jugak tapi bila dah makan set Sundobu Jiggae, memang perut rasa penuh sampai tak boleh nak habiskan semua gimmalee tu. For me, a bit pricey jugak sebab japchae biasa je pun, wrap dengan seaweed lepastu goreng. Tak lah crunchy sangat but okay lah nak makan sekali sekala. 


Lepas jalan-jalan dekat Deepavali festival The Curve, kitorang lajak ke IPC shopping Mall sebab nak singgah MPH tapi ternampak pulak Mr. DIY buka cawangan baru dekat tingkat 1. Seronoknya dekat sini Mr. DIY dia besar gila. Cawangan ni ada Mr. Toys dengan Mr. Dollar sekali dekat dalam. Banyak lah pilihan yang ada. 




Dekat ruangan depan ada skrin besar untuk main game pick barang guna cart Mr. DIY tapi tak mudah ye nak kutip semua barang sebab mata tak cukup luas untuk tengok semua barang yang jatuh dari langit. Tapi dapat la skor tinggi dalam ranking Top 5 cumanya tak dapat hadiah lah hahaha

I tak tahu sejak bila Mr. DIY berkempen beli barang lokal but it's good to watch a local store supports local products yang lain. Tudung bawal Zoe Arissa pun banyak pilihan dekat sini, cantik-cantik tapi I malas nak beli sebab tak ada warna yang I nak. 













Dekat bahagian belakang pun ada permainan untuk kanak-kanak tapi terlampau ramai kids dekat situ so tak boleh ambil gambar sudahnya ambil gambar dekat cermin siling. Dapat la bergambar macam TREASURE buat dekat airport tu tapi lupa nak zoom. Maybe next time I try kalau tak ramai orang hshshs


Sambung cuci mata balik dekat Mr. DIY Plus supaya tangan tak kosong bila keluar. 





Pusing punya pusing sudahnya tersangkut dekat bahagian jeweleries sebab banyak design yang cantik-cantik. I beli satu earrings butterfly sebab nak convert jadi pin tudung. Dekat bahagian sini bersepah teruk sebab tangan orang yang datang gatal tak reti tempat asal. Kesian lah staff kena susun balik semua ni. 



Sebab dah beli something dekat Mr. DIY plus ni boleh la dapat bear cotton candy percuma dari akak ni. Tak tahu lah sampai bila akak cotton candy ni collaborate dengan Mr. DIY Plus tapi kalau ada lagi, pergi lah claim bila beli barang dekat sini sebab bear dia comel.