Ramadhan 2024 | Kelapa dan Ketupat

Sunday 21 April 2024

Setiap kali balik beraya dekat kampung, aktiviti menganyam ketupat adalah antara aktiviti wajib. Tapi walaupun wajib, tak semestinya tangan I mampu menganyam ketupat palas dengan sempurna. Bukan takat sempurna, jadi seperti yang sepatutnya pun belum tentu. 


Umi: Chaq, mangkit pi parut kelapa sat
Chaq: Eiii tak mau lah parut kelapa. Satgi tangan luka macam mana, dah nak raya dah ni. 
Umi: Eiii hang pi lah beli dekat pekan dah kalau tak mau ka
Chaq: Nak berapa? 
Umi: 2 kilo cukup kot. Eiiii Tokwan hampa pi jual buah kelapa dekat orang, mai dekat cucu dia dok buat takmau parut kelapa pastu pi beli kelapa parut dekat orang. Harga lagi mahal dari buat sendiri
Me: Kita jana ekonomi setempat.



Dah dapat kelapa, dah tanak pulut, bermulalah aktiviti menganyam ketupat. Daun palas tu dah ambil dekat pokok palas masa subuh tadi tapi tak banyak sangat. Daun pun kecil halus je, tak macam daun palas dekat pekan. Kitorang buat ketupat ni masa Ramadhan ke-28, itupun dah ramai yang kecoh sebab ada yang cakap esoknya raya tapi dalam kalendar tunjuk 1 Syawal jatuh hari Rabu. 

Plan tak nak anyam banyak pun ketupat palas ni sebab kitorang nak beraya dekat Kuala Nerang masa raya pertama tapi sebab pulut ada banyak, terpaksa lah habiskan. Sayang pulak nak bazir sebab ketupat ni boleh bekukan. Daun palas yang mak I ambil subuh tadi dah habis makanya keluar ke belah kanan rumah nak ambil daun palas baru. Tak tahu lah bila masa tok tanam pokok palas ni sebab sebelum pkp dulu tak ada lagi. 



Jenuh la jugak nak mengait daun palas sebab pokok yang belum kembang tu terlindung so nampak tak nampak je bila nak kait. Dah la pakai galah tinggi, berat pulak tu. Nasib baik lah berjaya jugak dapat dua tangkai. 



Sepetang jugak lah buat ketupat ni sebab nampak je bertiga tapi sebenarnya yang anyam dua orang je itupun satu tangan laju, satu tangan lagi sederhana, satu tangan lagi terpaling teruk. Tok I dah anyam 10 ketupat, I baru anyam 1 itupun kena touch up balik dengan mak I.


Nampak tak beza ketupat palas I dengan tok I buat? Walaupun ketupat I tak berapa nak jadi tapi kira ketupat ni ketupat palas 3 generasi hshshs siapa yang bertuah je dapat makan. 


Dah settle bab ketupat terus rebus dalam kuali. Lepastu baru je nak layan drama Korea, tok dah ajak keluar cari asam limau. Asam limau tu limau nipis. Tok tanam dua pokok dekat area kebun tebu. 


Besar tak besar lah pokok dia tapi tak banyak pun limau nipis kitorang dapat sebab haritu Tok baru je kutip. Kitorang kat limau nipis pun kemain riuh suara sebab kait guna galah. Sorang tolong pegang ranting pokok, sorang lagi tolong potong tangkai guna galah. Pastu dapat pakej kena gigit dengan kerengga. Demmmm. 


Sebakul ni pun tak penuh, itupun ada yang kitorang kutip dekat tanah. Tok kata dia nak makan air asam sebab tu dia nak kutip limau nipis. Masa beli daun palas tu Tokwan ada beli daging sekali. Lepastu dah singgah belakang, kutip lah sekali daun putat. 







Bila tengok kawasan kebun tebu dekat belakang rumah Tok ni baru perasan yang kawasan belakang ni luas teruk. Dulu sebelum tanam tebu, Tokwan tanam padi tapi tak tahu lah kenapa dia buang. Malas nak jaga kot. Tengok banyak pokok buah ni rasa nak balik masa raya Haji sebab masa tu dah banyak buah matang. Nak makan durian, manggis dengan cempedak. Aaaaaa sedapnya makan cempedak goreng fresh! 

Anyway, settle entry bulan puasa, lepasni update entry beraya pulak. Tengok ramai yang update entry bulan puasa dengan raya, kita pun nak share pengalaman berpuasa dan beraya dekat kampung macam mana. 

Ramadhan 2024 | Balik Kampung

Dari tahun lepas lagi kitorang dah plan nak balik beraya dekat kampung sebab dah 6 tahun tak balik beraya dekat sana. Sebelum ni sebab covid lepastu tak ada transport pulak. Nak sewa kereta pun kena booking awal. Rezeki lah tahun ni dapat balik kampung sebab adik-adik dah ada kereta masing-masing. 

Sebelum puasa haritu highway baru menghala ke belah utara dah siap, highway WCE dah siap sepenuhnya. Tengok dekat Waze pun ambil masa 3 jam lebih dari Sabak Bernam menghala ke Baling, Kedah jadi pilih highway ni lah sebab tak nak stuck dekat Menora. Kitorang balik hari Ahad sebab dah tahu dah Isnin mesti sesak punya bila Kerajaan umum tol percuma untuk 8 hingga 9 April. 


Nak jadi cerita, masa kitorang nak topup Touch N Go dekat Sabak Bernam tu system fail so terpaksa lah topup dekat perhentian pertama. Nak topup RM30 tapi I bagi RM50 sekeping. Mesin pulangkan balik RM20 dalam syiling. Dah la banyak syiling dua puluh sen dia bagi. Sabo je lah. 


Kalau guna highway PLUS ada banyak gunung dengan air terjun, dekat highway WCE pulak banyak sungai dengan laut sepanjang Sabak Bernam sampai ke Teluk Intan. Lepas dari kawasan tu dah banyak ladang kelapa sawit dengan gunung batu. Bosan jugak lah guna highway WCE ni tapi masa balik tu bulan puasa jadi tak terasa lah nak pergi tandas atau beli makanan ke apa. 

Me: Ni banjaran apa eh?
Chaq: Entah. Banjaran Titiwangsa kot
Me: Ye ke? Banjaran Titiwangsa bukan dekat Pahang ke?
Chaq: Aikkk habis tu? Banjaran Tahan?
Me: Hmmmm entahhhh
Farah: Eh banyaknya gunung dekat sini
Me: Ha'ah tadi lagi banyak, masa Farah tidur tu. Ada air terjun dekat gunung tu. 
Chaq: Ada gajah jugak tadi. 
Me: Ha'ah nampak tu cermin kereta basah sebab gajah tu sembur air dekat kereta.
Farah: Alaaaaaa kenapa tak kejut Farah?!
Me: Malas lah, Farah tidoq lena sangat tadi. 
Farah: Alaaaaa

Menangis lah bila exit highway kena masuk Selama. Dekat situ jalan berliku teruk, sampai adik pun pening kepala masa drive. Jauh la jugak dalam 80km nak kena hadap jalan macam tu. Jarak dia macam pendek je tapi bila berliku sangat terpaksa lah drive slow je. Dekat sini pun ladang kelapa sawit jugak lepastu jalan pun sempit. Tengok jalan macam tu dah set taknak lalu highway WCE dah lepas ni. Sanggup lagi lalu Menora dengan cerun dekat sempadan Gerik-Baling tu. 


Terasa lama betul bila lalu jalan kampung tapi bila dah jumpa signboard tunjuk arah Baling dah seronok dah sebab nak sampai destinasi dituju. Masuk Kuala Pegang tu dah melebar senyum. Lalu kampung Lanai andddd sampai!

Gerak jam 8 pagi, sampai dalam 12.30 tengahari, lebih kurang 4 jam lebih lah perjalanan itupun sebab ada berhenti pergi topup dengan toilet. 


Masa sampai ni tengah nampak Tokwan tengah raut tebu untuk jual petangnya. Lepas 6 tahun tak balik, Tokwan nampak susut banyak sangat. Tok pun berjalan pakai tongkat dah. Lama jugak peluk sebab dah lama tak balik. Syukur rezeki dapat balik beraya dekat kampung tahun ni. 

Settle unload barang dari kereta, kitorang pergi melawat kawasan sebab dekat rumah Tokwan dengan Tok ni ada banyak pokok buah. Pokok manggis dah berbuah tapi tak besar lagi. 



Depan pokok manggis ada pokok petai tinggi melayup dekat atas atap rumah. Dulu Tokwan selalu lah panjat naik ambil petai tapi sebab sekarang dah tak larat memang biar je. Masa balik ni ada dua papan petai dah nak masak. Sayang tapi tak berani nak panjat naik. Pokok rambutan dengan rambai pun dah mula berbuah tapi belum besar lagi. Putik buah durian pun dah keluar. 


Pergi kawasan belakang rumah nampak pokok macang dah penuh dengan buah. Pokok pelam dengan kelapa pun sama. Dekat dengan kebun tebu ni ada pokok putat merimbun dekat pagar. Seronok lah tengok sebab berbuka puasa nanti boleh makan ulam cicah sambal belacan. Sedappppp!



Testing ootd raya dekat kebun tebu....



Sekejap je kitorang melawat kawasan petik mana yang patut lepastu masuk rumah tidur. Belah petang tu adik tolong Tokwan ikat tebu untuk mesin dekat gerai tepi jalan. Alang-alang dah tak ada apa nak buat, baik ambil pengalaman dan kenangan tolong Tokwan meniaga air tebu. 


Selalunya kalau kitorang balik memang Tokwan akan mesin tebu untuk anak cucu dia jugak. Air tebu Tokwan memang pekat lah, tak macam orang lain meniaga. Nak minum air tebu piau memang minum Tokwan punya ja sebab tak campur air pun. Satu plastik besar pun dia jual RM3 je. Kalau dekat Subang dah RM8 itupun ceroi. Kalau nasib malang dapat yang masam hshshs


Jumaat minggu pertama April kitorang decide untuk iftar dekat luar sebab Oasis tak ada pun plan nak berbuka sama-sama. Pilih punya pilih, tarikh ni je yang available tapi tak semua lah boleh join sebab Ain work from home, En. Fendy pula ada iftar dengan family. Ms Liyana ada hal lain. 

Plan asalnya nak berbuka dengan Yun je tapi Luqman nak join sekali lepastu Debbie kebetulan sempat nak join sekali. Dari court terus shoot balik untuk iftar sama-sama sebab rumah dia pun memang dekat Ara Damansara. 

Kitorang pilih Penghulu Seafood sebab tengok review banyak positif, second reason sebab dekat dengan office. Tak payah nak rushing keluar redah jam untuk makan sebab hari Jumaat memang jam teruk dekat area Oasis Square ni sebab depan CITTA Mall tu ada exit untuk pergi ke KL, Kelana Jaya, Subang dengan Shah Alam. 

Banyak kali dah nak try makan dekat sini tapi tak pernah berkesempatan. Bila dah ada peluang ni terus suggest restoran ni. Try contact untuk reserve meja sebab takut juga dah penuh since kitorang dapat kata putus masa tengahari Jumaat tu. Alhamdulillah ada kosong lagi. 



Lepas bagi nama untuk reserve, dapat whatsapp dari Penghulu Seafood untuk pilih set makanan. Ada 8 pilihan dengan menu yang berbeza set so kitorang pilih Rama 4 (4 Pax) sebab ada ikan siakap masak kerabu mangga. Tambah nasi putih 1 mangkuk lagi sebab kitorang 5 orang. Masa booking tu kena bayar RM100 sebagai deposit. 

Sebab office kitorang dekat dan nak tunggu Debbie sampai ke Ara Damansara, kitorang decide untuk Maghrib dulu dekat office tapi lupa pulak nak bagitahu staff Penghulu Seafood. Habis sejuk makanan sebab diorang dah serve dah dekat meja around 7pm macam tu. 


Memandangkan kitorang datang lepas Maghrib untuk makan, Penghulu Seafood tak serve dah kurma untuk iftar tapi kalau diorang letak pun tak ada masalah sebab dah ada dalam set kot. Portion makanan dia besar jugak lah. Tomyam dia kena dengan tekak, tak ceroi sangat tapi tak pekat jugak. I suka tomyam yang tak ada santan banyak sangat. Sebelum ni happy makan dekat Thai Nyonya BBQ Ara Damansara tu tapi sebelum puasa haritu pergi dinner kat situ, kuah tomyam dia dah ceroi. Pes tomyam naik harga kot. 



Betul lah macam yang orang review tu, seafood dekat sini memang segar. Bahan tak kedekut ea sebab dalam tomyam tu penuh dengan seafood. Ikan siakap dia hidang pun tak kedekut saiz. Selambak pulak tu kerabu mangga dia, puas hati makan malam tu. Kalau makan panas-panas mesti lagi sedap gamaknya. Kena lah dengan nama dia, Penghulu Seafood. 

Dalam set Rama 4 ni ada ayam masak sos asam jawa. Takut jugak nak sentuh tapi takkan la tak makan kan. Ayam dia masak tu sedap, rasa asam jawa tu tak lah pekat sangat. Dia rasa masam manis macam tu. Bila makan dengan nasi dan lauk lain tak terasa pun asam jawa dia. 

Lepas ni kalau ada makan-makan nak suggest restoran ni lagi sebab sedap. Bab harga I rasa berbaloi lah dengan kualiti makanan dan service. 





Lepas dah habis makan dekat situ, perut masing-masing dah penuh so kitorang dengar lah Luqman menyembang gebang pasal personal background dia. Tapi tak boleh lepak lama sangat sebab I nak balik kampung esoknya, bag tak packing lagi. Yun, Luqman dengan Debbie pun nak gerak balik kampung masing-masing malam tu jugak. 

Overall, we had a nice experience so thank you Penghulu Seafood!


30 Mac lepas dapat jemputan dari Astro untuk join Majlis Berbuka Puasa The Experts di Glenmarie Hotel & Golf Resort. Seronok bila Astro buat event dekat dengan rumah, weekend pulak tu. Tak payah ambil cuti satu hal, tak payah penat meredah jam satu hal lagi. 

Event start jam 5.30 petang tapi kitorang gerak pukul 4.30 lepastu Asar dekat sana sebab takut hujan lepastu sangkut dalam jam (if any). Weekend pun kena hadap jam memang nangis lah kan. Untuk event ni I bawa adik yang lain sebab Fariha ada CSR event dekat Kota Kemuning. Sepatutnya RSVP 3 orang tapi jadi 2 je. 

Walaupun sampai awal dekat Glenmarie Hotel ni tapi dah buang masa cari surau untuk solat Asar. Patutnya pergi terus je dekat Cenderawasih Ballroom tu sebab tak memasal naik buggy dalam hujan. Sampai dekat event hall pun tak boleh masuk lagi sebab media registration tak buka lagi jadi kitorang pergi solat Asar dulu. Dekat ballroom ni lagi dekat suraunya. Tak jauh pun dari event hall. 


Selesai solat, register, dapat press release, kitorang pergi cari meja. Dekat tiket event The Experts tu ada nombor cabutan bertuah. Kalau hilang memang rugi lah. Memandangkan team The Experts buat majlis berbuka puasa dengan ibu tunggal dan anak yatim, I dapat meja paling belakang sekali. Jauh teruk dari pentas tapi dekat dengan makanan. 

Event ni bukan trailer launching pun cuma nak launch iklan raya The Experts bersama Mirinda je so I tak join Q&A session masa press conference nanti. Apa yang pentinggggg? Ya, benar. Makan. 


I nak join event ni sebab nak tengok Mimi Lana sebab dia girl crush hihu, dapat tengok dari jauh pun tak apa. Sebelum ni pernah jumpa Mimi Lana masa malam gala Polis Evo 3 sebab dia temankan Syafiq Kyle. Patutnya Isnin tu join event drama baru Mimi Lana tapi sebab jauh sangat sampai ke Putrajaya, I tak ada energy nak pergi. 


Sebab kitorang datang awal, meja ni memang kosong lah. Nasib baik line internet kuat, boleh la main phone sampai tetamu lain datang. To my surprise I duduk sebelah Zhafvlog. Banyak kali dah pun jumpa Zhaf dekat event Astro tapi tak pernah bertegur pun. Bila dah duduk sebelah ni baru berkenalan. Tapi tak banyak pun kitorang sembang sebab dia banyak menyembang dengan plus one dia, Tiktokers Sabrina. 


I tak bergurau bila I cakap dapat tengok Mimi Lana dari jauh pun takpe sebab malas nak pergi depan ambil gambar dari jarak dekat. Ni pun zoom 10x dari seat. I ambil video actually so dalam video nampak full lah muka dia berbanding dalam gambar ni. Lepas habis sesi perkenalan barisan pelakon The Experts, semua dah boleh ambil makanan sebelum masuk waktu Maghrib. Dah ambil semua makanan yang sedap, ternampak Remy Ishak datang melawat setiap meja sambil buat video untuk vlog dia. 


Nasib baik lah kitorang bersabar tunggu turn sebab Nurin kena interview dengan Remy Ishak. Video tu tak masuk pun dalam vlog dia sebab Nurin has zero knowledge pasal The Experts. Buat perabih storage handphone dia je rakam video dengan adik I haha

Remy: Event ni untuk apa? 
Nurin: Majlis berbuka puasa The Experts
Remy: Apa watak saya dalam movie tu
Nurin: errr......aaaa...
Remy: Haaaa tak fokus la ni masa saya bercakap kat depan tadi

Not much happened pun masa berbuka sebab semua pun fokus makan lepastu I pergi solat Maghrib. Habis solat tu ramai dah buat interview session dengan pelakon The Experts tapi tak semua lah sebab main cast dah balik. I lepak dekat meja je sembang dengan siapa yang ada. 

Masa tu macam bingung juga lah sebab tak pasti ada ke tidak cabutan bertuahnya. Nak kata ada macam separuh dari tetamu dah balik. Nak kata tak ada pun macam tak jugak sebab tak ada siapa pun yang cakap batal. Walaupun I tak pernah bertuah tapi kalau separuh dewan dah balik, ada can lah kan nak menang? Nak balik pun hujan lebat sangat masa tu, kereta pulak park jauh so tunggu je lah sampai habis majlis.



Selesai sesi interview, pelakon semua dah balik baru lah team Astro buat cabutan bertuah. Pusing punya pusing, tikam punya tikam, nombor kitorang tak kena jugak. Dangggg betul-betul takdak luck. Sudahnya balik dengan air botol Mirinda atas meja tu je. Kira hadiah jugak lah tu sebab yang menang cabutan bertuah pun dapat air botol Mirinda jugak hshshs


Masa balik tu hujan dah renyai-renyai, tunggu kejap sampai buggy datang pastu balik ke kereta. Masa on the way balik rumah dapat tahu Fariha dekat Hospital UiTM Puncak Alam sebab tulang lutut dia meletup, tak boleh gerak. Tapi baru dekat pintu kecemasan je lah sebab kes tak kritikal so diorang tak nak ambik. 


Dari situ bawak pergi ke klinik area rumah untuk jumpa doktor. Banyak betul benda jadi dalam satu hari kan? Ingatkan all well ends well rupanya ada twist jugak dekat hujung. Nasib baik tak teruk, kalau tak memang tak beraya lah cerita dia.